Friday, August 10, 2018

Nasi kandaq mai

Assalammualaikum semua...

Saya tak sabar nak balik KL ni, rasa macam lambat pulak masa ni berlalu...kalih2 tengok jam takuk tu jugak. Nak kata jam tangan rosak, jam laptop pun sama je grrrrr

Besok plan nak cari jubah cantik2 dekat Jalan TAR tu nak buat jubah raya Idul Adha nanti, jubah senang nak selempang2 bila tiba2 kena turun padang melapah daging korban ke nanti kan. Saya suka la kerja2 melapah daging lembu korban ni, buat ramai2 gotong royong...seronok weh. 

Lepas tu dah alang2 berada di Jalan TAR tu nanti, ingat nak pekena nasi kandaq sat dekat Ibrahimsha. Teringat2 kuah campuq tu dengan ayam goreng cili hijau...perhhhhhh. Saya ni kalau briani ka, tak kisah sangat tapi hat kandaq ni susah nak tolak...boleh habis sepingan makan sorang macam dalam gambar tu tapi dengan syarat ayam kena share la, besaq kot ayam tu. 

Ada sapa2 nak join tak, jom besok makan lunch dekat Ibrahimsha Nasi Kandar 💖

3 comments:

Abam Kie said...

abe kie kurang suka mkn nasi kandar sbb berlemak. tp nasi beriani tu suka la pulak!

ejulz said...

sedap ni :)

Nina Mads said...

mai la penang boleh bawakkan. hahaha