Sunday, November 18, 2018

Gulai Kerisik Ikan Tongkol

Assalammualaikum semua...

Hari ini kelas belajar masak memasak. Well today is Sunday uolsss, mak2 biasanya memang di dapur la tempatnya kan 🙆 Blog ni dah sendu sikit dengan kelas belajar memasak tapi kadang2 tu nak jugak la up sikit resepi hado2 sikit. Nak la kabo yang hakak ado gak memasak sesekali bila balik KL tu. Kang suami hakak 'makan luar' mau pening kelapa dek non oiii 😥

Siang tadi sebelum balik ke Johor, hakak masak lauk makan lunch...gulai kerisik ikan tongkol. Resepi menyusul di bawah, seperti biasa kuantiti bahan ikut kesesuaian masing2.

bekalan yang hakak bawak dari rumah untuk dinner tadi di bilik hotel

Bahan2:
Ikan tongkol
Bawang besar (dihiris)
Kulit kayu manis
Kerisik
Rempah gulai ikan (bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes)
Santan
Minyak masak
Asam keping
Garam 

Bahan kisar/tumbuk:
Bawang besar
Bawang putih
Cili api merah
Halia
Kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang dihiris bersama kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar/tumbuk dan kacau sehingga mesra. Masukkan rempah gulai ikan dan kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan dan kerisik, kacau sehingga semuanya mesra dan mendidih.

Apabila telah mendidih, masukkan ikan tongkol dan asam keping. Akhir sekali masukkan garam/gula secukup rasa. Kacau gulai sehingga mendidih dan boleh dihidangkan. 

5 comments:

Cik Nor said...

wah.blh cuba ni..:)

blog berwajah baru..:)

Maria Firdz said...

dah la tengah lapar.. buka blog ni nampak makanan... terus berlagu perut.. hehe

Mia Liana said...

berselera kalau dapat makan ni...

Azhafizah MN said...

blog dah lain..hihi
ikan tongkol mmg sedap masak gulai

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Nampak menyelerakan.
Lama Kak Mirror tak masak guna kerisik. Dulu masa kat JB, Makcik suami rajin masak apa2 bubuh kerisik utk pekatkan kuah, cthnya kari or masak kurma. Ingat nak buat juga la nanti.