Sunday, November 25, 2018

Sunday, 25th Nov 2018

Assalammualaikum semua...

Bangun sekitar 8am selepas tidur semula after solat subuh. Plan memang tak nak keluar jogging hari ini, misi membersihkan dapur perlu diteruskan lagi. Terlalu banyak habuk dah, lebih kepada membersihkan bulu2 kucing yang banyak berterbangan dalam rumah. Kesian suami, sekarang semput dia getting worst because of bulu kucing terutamanya. Semalam dah bersih separuh dari kawasan rumah, sampai saya pun dah tak larat nak layan bersin lagi. Dari pagi kerja menyental habuk sampai ke tengah hari. Berhenti masa tengok siaran ulangan final GV je (tak dapat tengok live). Inilah akibatnya kalau suami ditugaskan menjaga rumah tangga 😃

Tengah hari lunch dekat MZ, suami teringin nak makan nasi budu katanya. Tapi yang pasti saya makan 2 pinggan nasi 😀 Tak boleh tahan dengan budu ni, memang mengundang sangat. Suami makan tak tambah pun, ngelat sebab pagi dia dah makan nasi lemak. Menu kami kalau makan nasi budu cukup sekadar ikan bakar or rebus dengan telur dadar + ulam dan wajib BUDU TEMPOYAK la. Mission setiap kali balik KL, layan apa saja yang suami nak makan. Reward dia sebab dah jaga rumah kucing2 dengan baik sepanjang saya tiada. 

Terus saja ke Citta Mall, nak minum2 kopi pulak. Tapi dekat situ nak minum2 tu macam takde tempat sepadan pulak. Jumpa Starbucks tapi dalam punyalah penuh, duduk luar paneh tapi duduk jugak dah kalau takde tempat dekat dalam takkan nak buat muka ketat pulak. Memang gigih sekarang ni mengopi di Starbucks sebab nak kumpul point to redeem 2019 PLANNER 💪 

Dalam sejam saja lepak di Citta Mall, by 4pm dah kena keluar dan menuju ke Subang Airport...time to pulang. Saya memang prefer KLIA lagi tapi kesian suami kena hantar jauh, Subang better la kan. Lepak mengopi sorang diri selepas suami drop off, dah tentu di Starbucks jugak...nampak tak kegigihan mengumpul point di situ 😁 About 515pm baru masuk boading area, flight Malindo 530pm to Johor Bharu. 

And now, reality. Dalam bilik hotel sambil melayan Fox Movies - MI Ghost Protocol + laptop buat kerja2 update for tomorrow agenda + layan secawan Nescafe panas cicah dengan biskut Tiger. Rasa2 mengantuk nanti tidolah dan routed same life sampai hujung minggu 😂 Ini adalah aktiviti kami sebagai suami isteri PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). 

Lunch malam minggu, resto arab layan roti depa. Suka yang jenis lembut ni, cicah pulak dengan kari depa tu...ermmm tapi dalam gambo ada yogurt pulak, kari tak sampai lagi.

Shawarma tak berapa padat, tapi takat nak buat appetizer boleh la. Nak shawarma yang sedap ada dekat resto arab Ampang Avenue, sungguh ni cuba la 👍

1 comment:

Anis Azalea said...

3 cawan kopi la ko minum hari tu