Saturday, December 1, 2018

Asam Pedas Ikan Selar

Assalammualaikum semua...

Saya sangat suka makan asam pedas, dalam seminggu mesti kena ada menu asam pedas untuk saya makan. Kalau takde tu macam ada rasa kekurangan, mesti nak cari jugak asam pedas. Hebat penangan asam pedas ni, kalau dapat pulak yang memenuhi citarasa...boleh bawak masuk mimpi 😀

Pagi tadi ke pasar basah dekat2 rumah saja, nak cari beberapa jenis ikan untuk stock bahan basah di rumah. Kebiasaannya saya cari ikan2 yang sederhana besar sehingga yang kecik. Saya dengan suami suka makan ikan goreng kunyit, kalau yang besar2 tu macam tak syok pulak untuk digoreng kosong macam tu. Masa memilih ikan tu, jumpa ikan selar yang molek2 pulak...terus terfikir nak masak asam pedas la 😁 Pasar basah ni yang seronoknya boleh dapat bahan2 lain secara fresh, jumpa bunga kantan cantik2 jugak. Jumpa nenas madu comel2 + harga boleh tahan murah, penuh jugak sekarung beg selepas shopping dekat pasar ni.

Seawal 10am tadi saya dah mula memasak, membuak2 betul semangat nak makan asam pedas dengan suami hari ni. Meh tengok resepi:

Bahan2:
Ikan selar
Nanas madu - hiris tebal
Tomato - belah 4
Bunga kantan - belah 2
Serai - diketuk
Daun kesum - cuci bersih dan toskan
Pati ikan bilis
Serbuk lada hitam
Air asam jawa
Cili kisar - sekiranya gunakan cili kisar yang sedia ada
Garam dan gula
Air secukupnya

Bahan2 kisar halus:
Bawang merah
bawang putih
Halia
kunyit hidup
Sedikit belacan
Cili kering - sekiranya tidak menggunakan cili kisar sedia ada

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan masak hingga naik minyak. Pastikan cili betul2 masak dan garing, gunakan api kecil dan kacau selalu supaya tak hangus bahagian bawah. Masukkan air asam jawa dan nanas madu. Gaul mesra dan masukkan air secukupnya untuk kuah. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih. Selepas mendidih masukkan ikan selar dan daun kesum, tambah sikit pati ikan bilis, serbuk lada hitam dan bunga kantan. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur dan perasakan. 

Akhir sekali masukkan tomato, biarkan sekejab dan boleh matikan api. Hidang bersama nasi putih, telur asin/telur dadar dan ulam2.


2 comments:

Cik Nor said...

sdapnya..:)

Ujie Othman said...

sepp..akak pun peminat asam pedas!
bahaya, boleh jadi makan byk kalau ada asam pedas yg kena selera. Biasa buat sendiri untuk sesuai dgn selera sendiri. :)