Monday, January 7, 2019

Isnin, 07 January 2019

Assalammualaikum semua...

Entry pertama 2019, rasanya masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2019 kepada kalian semua. Semoga tahun ini memberi segala yang baik baik untuk kita semua. Macam mana dengan azam tahun baru!!! Saya memang tidak ada apa apa azam sepanjang tahun, biasanya setiap benda/keinginan/matlamat/impian yang saya mahu datang tidak mengikut tahun. Semuanya bergantung dengan MASA dan TENAGA. Semoga kita semua diberikan KEKUATAN itu, inshaAllah.

Perkara yang menjadi keutamaan saya sekarang adalah stamina diri. Semenjak sudah menjadi penduduk Johor dan jauh di pendalaman ni, exercise tu sudah semakin kurang. Tapi itu bukan alasan untuk tidak exercise langsung cuma LIAT tu lebih la. Last timbang, berat badan dah mula lain sekilo 2, aduduh mimpi ngeri sudah kembali. Kena jugaklah berbaik semula dengan gym lepas ni, Saya lagi prefer jogging on the road tapi keadaan di kawasan tempat saya tinggal ni tidak berapa SELAMAT untuk berlari. 

1. Kenderaan dekat sini fuyooo boleh nipis nyawa dibuatnya...laju laju belaka
2. Keadaan jalan yang agak gelap dan sama sekali tidak sesuai untuk berlari malam atau pagi sebelum matahari terbit.
3. Nak jogging waktu siang/terang, maneh lit lit ko. Ini bukan nak bakar lemak tapi bakar kulit badan/muka sekali.
4. Dikuatiri terserempak dengan haiwan haiwan yang tidak sepatutnya seperti babi hutan, anging liar.
5. Dan yang paling utama, security. Bukan tempat sendiri, tentu juga bukan penduduk tempatan. Rasanya lebih ramai orang luar dari penduduk tempatan sendiri, jadi security sekeliling pun penting. Polis bantuan yang menjaga pun tidak advise untuk lakukan activity larian macam tu kalau takde pengawasan. Jadi, jangan ambik risiko. Tak berbaloi mengadai nyawa hanya kerana sebuah LARIAN.

Makanya saya lebih rela menjadi BFF dengan gym saja dan yang menjadi keutamaan/penting sekali, PEMAKANAN. Tekak ni kalau ikutkan nak je makan nun gambo atas tu...erm dapnya nasi kandar. Tapi tahan tekak dulu, capai target berat ideal semula dan lepas tu baru reward diri dengan makanan sesedap tu.

Working life masih seperti biasa. Berjumpa dengan pelbagai ragam/perangai manusia. Suka atau tidak masih kena berdepan dengan setiap kerenah itu. Cuba untuk tidak ambik peduli, be positive, just do my own thing/job dan be alone as much as i can. Sungguh, saya tidak ada teman yang rapat di tempat kerja. Tiada jugak yang tau me better, try not too la. Misteri sangat kan, but i ❤ it.

Thats all for today, jumpa lagi next entry... 

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Happy New Year Ann.

Cik Nor said...

selamat thn baru ann:)

aizamia3 said...

Selamat Tahun Baru 2019.
Moga rutin harian dipermudahkanNYA.. ;)