Monday, January 14, 2019

Sambal Tempoyak Pucuk Kayu

Assalammualaikum semua...

Seronok la hari ini saya bersiaran di KUALA LUMPUR. Balik sekejab on biz trip, dapatlah spend time weekend dengan suami. Sekarang ni kena pandai menyusun masa, ada peluang balik KL dapatlah masuk dapur main masak masak. Walaupun sekadar ikan goreng je tapi nikmat memasak tu yang penting. Lebih lebih lagi memasak makanan yang suami teringin nak makan. 

Seperti hari ini, dia nak sangat makan pucuk kayu masak tempoyak. Dulu memang dikenali sebagai masakan wajib orang nogori tapi sekarang dah merata kita boleh jumpa makanan seperti ini. Google je resepi, mesti ada pelbagai cara/resepi masakan daun kayu tempoyak ni. Tinggal nak mencuba atau tidak saja lagi, orang over the seas pun boleh cuba kan. Yang penting bahan bahannya, tak cukup bahan maka tak lengkaplah resepi tu. So mari kita terus ke resepi seterusnya ini 😀 

Bahan bahan:
1 ikat pucuk ubi - ambik pucuk daun yang muda sahaja
5 helai daun kunyit
4 batang serai
5 papan petai - ambik ulas petai sahaja dan belah 2
2 genggam ikan bilis - bersihkan
4 sudu besar tempoyak 
Santan
Asam keping
Garam dan gula

Bahan tumbuk lumat:
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

Bersihkan pucuk daun, daun kunyit, serai dan hiris halus supaya mudah untuk di masak. Ketepikan. Di dalam periuk (saya suka guna kuali yang agak besar, senang untuk mengacau), masukkan santan, bahan tumbuk dan ikan bilis. Kacau rata dan santan masak sampai mendidih. Selepas itu masukkan daun pucuk ubi, daun kunyit dan serai yang dihiris tadi, kacau sampai rata dan masak sehingga daun empuk. 

Akhir sekali, masukkan tempoyak bersama garam secukup rasa. Sekiranya tempoyak masih baru, tidak perlu letak gula. Tapi sekiranya tempoyak dah agak lama dan agak masam, seimbangankan rasa dengan letak sedikit gula. Kacau serata sehingga benar benar pekat dan masak sempurna. Selepas itu tutup api dapar dan biarkan sambal sejuk sebelum dihidangkan.

Antara menu sampingan, ikan goreng, keropok kembang dan budu. Simple je hidangan untuk makan berdua. Sambal tu saya masak agak banyak, dapatlah simpan satu bekas untuk suami dan satu bekas lagi untuk ibu mertua. Lauk orang lejen, kena bagi orang lejen la 😁

See you guys on next entry...👋

8 comments:

ejulz said...

sedap :)

Cik Nor said...

wah.makan budu jgk tu..:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Lapo...

aizamia3 said...

Dulu antara lauk kesukaan tapi disebabkan satu kejadian terus durian bukan lauk kesukaan :(

mrs adam said...

peh sedapnya

Miss Volvo said...

Sedapnya.. My favourite ni confirm makan 2 pinggan nasi hehe

Nadratul Syazwana said...

Wow, tempoyak pucuk kayu ehh. Nad jenis tak makan sayur-sayuran so taktahu sangat jenis-jenis sayur ni. Nampak macam masak lemak pun ada hehe. Kita follow awak yer #698

Cho Zila said...

sedap weh...
tempoyak apapun my fav