Saturday, February 23, 2019

Saturday, 23rd February 2019

Assalammualaikum semua...

Hari ni dapat sarapan sedap, nasi lemak yang dibungkus dengan daun sebok. Pertama kali jumpa daun ni dan agak pelik namanya. Cuma pada pendapat peribadi saya, bau daun itu tidak terlalu kuat. Tidak seperti nasi lemak daun pisang yang kita still boleh bau aroma daun pisang itu sendiri. Itu saja yang baru diteroka buat masa ni 😀

Selepas makan nasi lemak, buat web check in untuk balik KL petang ni.

Sampai KL about 515pm, suami ambik dekat TBS. Pegi KLCC cari sport attire untuk Sunday run, kena jugak ada yang baru kan even sport bra yang duduk dalam baju pun. Singgah Sony cari ear phone for runner, yang lama tu tak tau terselit dekat bag mana. Ingatan tu rasanya dalam gift bag masa last run tapi bag tu yang tak terjumpakan. 

Settle semua, terus ke Citta Mall. Dinner sama dengan family my bother dekat sana. Asalnya nak dinner dekat KLCC je tapi dah ada jemputan, kami pegi jugak. Sekarang agak payah nak jumpa dengan family members.   

tempat pilihan, Chili's 

pilihan suami - Classic Sirloin 

my choice - Buffalo Chicken Ranch Sandwich 

Makan sambil mingle, update semua cerita kekeluargaan. Lepas makan terus balik sebab next day ada run to attend. Rehat kena cukup walaupun hanya for 15km 😓