Wednesday, February 6, 2019

Wednesday, 08th February 2019

Assalammualaikum semua...

Selamat berholiday cuti cuti seantero pelosok tempat. Kepada yang berbangsa Cina, selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Setiap malam dengar mercun papan demi papan meletup, hebat jugak penangan perayaan di celah pelosok Johor ni rupanya 😊

Saya seperti biasa still bekerja macam biasa walaupun public holiday, ish banyak dah in leau setakat January sampai sekarang dan entah bila boleh guna pun tak tahu lagi. Niatnya nak guna masa Ramadhan nanti, tengoklah keadaan masa tu pulak. Sekarang ni hanya mampu berangan je dulu 😌

Walaupun saya tidak dapat cuti tapi suami datang ke Johor untuk temanin isteri. Dia pun tak jauh beza pun dengan saya, still bekerja tapi on standby. On standby tapi boleh sampai Johor, kelakar jugak mamat ni kalau diberi ikut kata hatinya 😍

Pagi tadi suami dah berangkat pulang ke KL selepas 2 malam stay, tinggal seketul isteri di Johor menunggu peluang untuk balik ke KL hujung bulan nanti. Lepas suami pulang, saya terus drive ke office kerja macam biasa. Hari ni lunch di tempat makan baru, kedai ni dah lama cuma saya je yang baru discover. Kedai ayam/ikan/daging penyet, segala penyet...jangan tanya selain dari menu itu, memang TIADA lah jawapannya. Result selepas makan, sedap dan boleh datang lagi. Saya order ikan talapia goreng, garing dan tak berbau ikannya. Yang best sekali dapat 2 ekor ikan talapia. Panic kejab, fikir fikir saya salah sebut ke sampai dapat 2 ekor ikan. Rupanya ikan talapia saya tu kecik, thats why dapat 2 ekor. Hakikat sebenar, 2 ekor tu pun dah cukup besar sebenarnya untuk saya. Mujur ada yang sudi kongsi ikan talapia tu, if not kena bungkus sekor bawak balik bilik 😏

Hujung tahun lepas keluarga besar saya menerima 2 orang menantu, bukan secara serentak cuma majlis gemilangnya saja diadakan serentak. Majlis berlangsung sebelah malam bertempat di Glenmarie Golf & Country Club Shah Alam.

2 beradik yang naik pelaminnya, yang gambo atas ni abang sulong dengan pilihan hati. Menikah awal beberapa minggu sebelum majlis bersanding sebelah kami.

Ini pula adik perempuan dengan pilihan hati. Menikah sehari sebelum majlis bersanding ni. Tau dah kan kenapa kami buat majlis bersanding serentak di sebelah kami, sebab 2 beradik ni lah. Senang tak pening makpaknya nak menyusun majlis anak2, sekalikan saja lebih senang dan jimat. JIMAT dekat kami jugak, tak payah nak sediakan banyak baju sangat. Anak anak sekarang nikah kawin dengan keluarga sekali kena 'nikah kawin' kan baju sama, PENING 😎

Up sikit merpati 2 sekaler ni. Tiada apa yang dapat dibantu sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya ini saja majlis yang saya sempat attend, majlis nikah 2 beradik ni langsung tak sempat untuk saya hadiri sebab kekangan kerja. Suami pun sama jugak, jadi kami hanya bertindak sebagai tetamu saja pada majlis kali ni.

Yang sering dinantikan pada setiap majlis dalam keluarga besar kami, tapai bersama vanila ice cream. Desert paling WIN 😋

1 comment:

Ujie Othman said...

Tahniah Ann! Dapat ipar dua org sekaligus.

Hahaa..betul jugak, skrg ni kalo sorang kawin, abis satu family kena ikut baju tema.