Tuesday, August 31, 2010

53 tahun Merdeka...21 tahun kehilangan

Ari ni genap 53 tahun negara kita merdeka. Dah terlalu banyak kemajuan, pembangunan, kejayaan yang kita kecapi. Beruntung kita kan sebagai anak malaysia ni, kita hidup aman damai...xde kucar kacir macam negara2 yang lain yang rakyatnya terpaksa berhadapan dengan segala bagai masalah, lebih2 lagi masalah bencana alam nih. Adoiii kita ni beruntung sangat di lahirkan di sini, segala kemudahan infrastruktur dari jalan raya hingga lebuh raya, kemudahan awan - bus, LRT, ERT Komuter dah jadi kemudahan asas selain dari kenderaan sendiri. Negara kita jugak dah banyak bangunan2 pencakar langit, yang sekarang aku tengok berlumba2 bangunan sapa yang paling tinggi. Nak masuk jugak buku The Genius Book of Record. Banyak lagilah kelebihan yang dah atau sedang kita kecapi kini, kira negara kita ni setanding dengan negara maju yang lain.

Tapi aku masih tak faham, kenapa masih ade segelintir rakyat yang masih tak berpuas hati dengan setiap kemajuan yang kita kecapi kini. Negara makin maju tapi cara pemikiran segelintir rakyat ni masih lagi di tampuk yang lama, orang sekarang cakap tak up to date tuh laaaa. Ada jugak yang masih tak berpuas hati dengan cara pemerintahan pemimpinan2 kita plak. Masalah ni pulak lebih berbau kepada masalah politik...idaklah aku campur hal2 macam ni. Yang penting aku masih lagi rakyat malaysia, dan akan sentiasa menyokong kepimpinan yang menjurus ke arah pembangunan masyarkat.

Hari ini juga merupakan hari ulang tahun ke 21 tahun kematian arwah mama. Lama kan aku hidup tanpa mama, sejak dari umur 9 tahun lagi. Aku tak penah rasa kehilangan mama, mungkin kerana aku lebih rapat dengan papa. Aku tinggat lagi, mama meninggal coz sakit 3 serangkai. Waktu tu pun umurnya dah agak tua, mungkin dlm lingkungan 50an jugak. Arwah mama melahirkan aku ketika umurnya dah 40an jugak, agak tua untuk mengandung lagi...tapi dah rezeki takkan nak tolak pulak.

Arwah meninggal waktu asar, selepas seminggu terlantar sakit. Adik beradik aku memang dah dipanggil balik waktu tu. Semasa orang semua nangis kehilangan mama, aku pun nangis samalah...aku tau yang mama dah takde lagi. Tapi lepas tu aku boleh pegi main2 dengan kawan2 yang datang bertandang dengan makpak diorang. Ada jugak abang2 aku suruh baca Surah Yassin tapi waktu tu aku baru baca mukadam, merangkak jugaklah aku nak baca sampai abis surah tu, segala tajwid aku langgar jer.

Sepatutnya aku rasa sedih waktu tu, tapi aku macam happy sangat coz orang ramai dekat umah tuh. Dari kecik lagi aku tinggal hanya dengan makpak aku jer, so bila ramai orang dkt umah mestilah rasa sonokkan. Walhal masa tu, sepatutnya aku bersedih, tahlah mungkin waktu tu aku terlalu kecik untuk mengerti erti kehilangan terutama sekali ibu sendiri.

Selepas arwak mama meninggal, bapak aku mengamanahkan adik perempuan dia untuk menjaga aku. Bapak aku still tak confident untuk menjaga aku lagi ketika tu, selama ni mama jer yang selalu menguruskan aku. Aku tinggal umah makcik aku dari umur 9 tahun, selepas saja mama meninggal sampai umur 12 tahun. Sepanjang waktu tu, papa tak penah mengabaikan tanggungjawab dia sebagai ayah, dia tetap memberi aku duit belanja sekolah, menanggung makan minum aku...datang tengok aku setiap minggu. Aku tak penah rasa tersisih dari kasih sayang bapak aku, sehinggalah aku sendiri yang nak balik tinggal dengan papa.

Masa aku tinggal dengan bapak aku, dia menjaga aku dengan baik sekali. Bangun pagi bapak kejutkan, bfast bapak siapkan, pegi sekolah bapak hantarkan, balik sekolah bapak jemputkan, makan lunch bapak masakan, mengaji pegi sendiri kadang2 jer bapak antar tapi balik confirm bapak jemput, makan malam bapak belikan kadang2 tu masak sendiri jugak. Yang pasti aku tak penah pun masuk dapur walau sekadar nak masak air...semua bapak buatkan. Mujurlah aku masih pandai masak air, masak goreng sayur belajar dari makcik aku. Tu pun makcik aku takut2 jugak nak ajar aku masak, alasan takut bapak aku marah dia muahahaha. Makcik aku pun memang takut sangat dengan abangnya yang garang tuhhh.

Sejak dari itu sampai sekarang, aku masih di bawah tangungan bapak aku. Dan selama itu jugaklah bapak aku tak penah mencari penganti mama. Dah banyak saudara mara, kawan2 yang recommend kan dia dengan perempuan lain, tapi alasan dia tetap satu;

Adalah perempuan2 tu mampu menjaga anak2 aku, macam aku menjaga anak2 aku sendiri...?!!

Bapak aku takut anak dia tak terbela bila dia kawin lain. Lagipun masa aku kecik2 dulu, mmg aku tak suka bapak aku kawin lain dengan alasan mak tiri jahat...pengaruh tv kuat nau waktu tu. Tapi sekarang aku tak kisah klu bapak aku nak kawin lagi, sekurang2nya nanti ada jugak orang yang boleh menjaga makan minum dia. Dah bapak aku tak mau, tak bleh nak buat apa lah kan.

Bapak akulah orang yang paling aku sayang dalam dunia nih. Bapak aku jugak lelaki paling setia yang penah aku jumpa.

ya Allah ya Tuhan ku...peliharalah kesihatan bapa ku, peliharalah segala amal ibadat nya kepada Mu.
ya Allah ya Tuhan ku...peliharalah roh ibu ku, tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman.
Amin ya robil alamin

Sunday, August 29, 2010

Pondan bertemu pondan...apa lagi

Mamat sengal ni baru potong rambut...tambah kebulatan terserlah

Macam biasalah, dah sebulan masa berlalu...ingat kan pertemuan ni dah jadi macam pertemuan bulanan kot. Tertanya2 pertemuan dengan sapa, mestilah ni si Ady Punk in the house. Mamat ni klu ada benda2 yang bergolak dalam kepala hotak dia, mulalah datang dekat bangunan Dayabumi ni mencari haku. Dah tu plak, dia ni suka datang main terjah ker, klu dia nampak shrek dengan tepi jalan tunggu aku turun, dia pun berhentilah lepaking skali. Lepas aku turun terus procide to mamak dkt tepi KTM.

Citer lebih kepada hal2 pekerjaan memasinglah, masalah dengan kerja, masalah dengan rakan sekerja...masalah dengan bos tempat kerja muahahaha. Mak paham perasaan ko nok...ater mak penah lalui dl dari ko. Macam2 kerenah kan, nak di lawan pun susah...nnt makan diri huhuhu. Nak buat tak tau plak, ati ni menanah jer tengok. Akhirnya aku pejam mate, buat nampak tak nampak jer...walaupun kadang2 tu tersadung jatuh gedebuk jugak. Lumrah ek bila kita makan gaji ni kan, terpaksa menurut perintah...ater dah di bayar untuk menurut perintah kan.

Muka very the berkilat, baru lepas pegi gym...tak sempat nak bersiram, shrek dah sampai plak. Kalau aku pegi mandi dl, confirm lamalah dia kene tunggu...lepas tu muncung sedepa panjangnya. Dalam bulan puasa ni, dah jarang2 pegi gym...tak larat nok nak ngangkat beberat tuh....mau tak terangkat pun besi2 tu semua.


Muka taklah tension sangat tengok, tapi bile dengar citer, haku lagi tension d buatnya. Takpe babe, kite citer pasal saga kite kay...yang kita punya tuh.


Limau suam dengan horlick ais...kaw2 punye manis, sampai terpaksa tambah air lagi

Naperlah setiap kali aku balik dari gym...mesti perut ni keriutttt manjang. Lapa nau rasanya, makan maggie sedap nih untuk berbuka puasa....sesuaiii juadah untuk berbuka puasa

Tingin nak berbuka dkt Burger King

Bila tiba waktu berpuasa ni kan...rasa macam2 makanan kita nak makan kan. Tengok iklan makanan dalam tv, tekak ni nak makan tu lah. Bile tengok iklan makanan dalam new paper plak...adoiii yang ni pun sedap jugak, semuanya nak makan klu boleh...ikut anak tekaklah katakan.

Tapi bila tiba waktu berbuka...cukup sekadar minum air, nikmat kekenyangan sampai dah tak layan makanan lain dah. Minum jer okay, cukup segelas jer tau. Itulah nikmat berbuka, bak kata orang2 tua kitalah kan...bila kita berbuka puasa tu eloklah dimulakan dengan memakan buah tamar (kurma) dengan segelas air. Buah tamar tu kaya dengan seratnya, air pulak sebagai penyegar (tenaga) dalam badan. Maklumlah dah berpuasa kan seharian, so tentulah banyak air yang hilang dalam badan kan.

Waktu sekarang, lebih kurang kol 2pm ni, aku macam tingin nak makan Burger King la. Sedapnya kan bila dapat makan worper junior tu + soft drint perhhhhh



Harap2 adalah selera nak berbuka yer...takut nnt kuasa gambo yang kemain hebat. Hasilnya haprak jer babe.

Wednesday, August 25, 2010

Dah dapat apa yg di hajat

Macam entry sebelum ni, aku berpusing2 mencari barang yang shrek nak...akhirnya berjaya jumpa jugak dkt alamanda putrajaya. Kena pusing2lah jugakkan, baru ko puas hati ek...nasib baik lepas tu ajak tengok movie, ko setuju...tidak kalu, jgn harap aku nak bagi beli tau. Bodek ayat baekkk punye.... Lepas confirm the thing, we have to collect a day after booking. So aku pegi lagi menapak ke alamanda pepagi sebelum alamanda bukak lagi coz shrek ade keje in the afternoon time.

We decided to bfast jer dkt alamanda sementara menunggu kedai tu bukak.

Bihun yang totally tak sedap, tengok rupe mmg sedap, rasa hampessss

Bfast for shrek, ambik koooo sepinggan nasi campur. Dia na pegi office after this

Taklah hebat sangat makanan dekat Rasa Food Court alamanda nih...maybe kene pandai pilihlah kot, kot2 ade yang sedap

Melawat orang baru

Sekarang ni aku kembali semua menjaga boss (BA) lame aku semula, tu pun aku cover for his sec position. Sec dia on maternity leave 2 bulan, so sepanjang 2 bulan ni aku cover lah. Punyelah aku keneng2 dekat sec BA dulu supaya cari jer orang lain aka poll sec yang takde bos tu jage BA, tapi BA tak mo jugak. Nak jugak aku ni yang cover....adoiii


Selepas 2 minggu sec nye deliver, tiba2 BA ajak aku g melawat sec dia dkt umah sambil menyambil nak hantar surat skali. Surat penting, kene hantar by hand ko...maklumlah surat result SAP, manelah tau kot dapat merit ker, bonus ker @ pun tak dapat langsung base pada result lah. Untuk aku plak, alhamdullillah result memberansangkan. Berkat keje kuat dari pagi sampai malam, doa bapak semoga anaknya berjaya. Thanks papa!!!




Inilah dia new born baby, nama tak ingatlah plak. Yang pasti nama panjang nau

1st son

Ambik ko...macam2 ade, lontong, sup tulang dengan roti, kuih gula melaka. Baru jer nak ajak boss g dating2 dkt ikan bakar keramat, terpaksa lupakan jer niat tuh. Hamboiiii dah kluar set vantage ko kak, cantikssss. Aku punye set vantage still perperuk dkt bawah katil umah shrek, dkt umah aku pun ade jugak set vantage. Ingat nak pakai bile dah kawin nanti, ajak kawan2 buat makan2...tapi coming soon lah yer geng.

Balik hari jer lah

Klu dah pegi ipoh ni, tak sahlah klu tak singgah dkt r&r tapah pekene wantan mee. Halal tau coz orang melayu yang buat, melayu kita bukannya melayu indon ker aper. Tingat dolu2 BIL aku selalu beli masa ujung minggu, kadang2 tu siap ber-orderkan. Korang tau tak wantan mee ni macam mane rupenye....gune mee wantan, rendam dalam air panas bagi lebut. Lepas tu gaul dengan rencahnye tapi yang penting skali kene letak kicap. Ade plak sup dengan isi wantan skali ummmmmp.

Mee ni sesuai di makan waktu pagi buat bfast, tapi bile2 masa nak makan pun okay jugak.



Aku dengan shrek pegi ipoh ni untuk menjemput bakal MIL aku balik kl. Dia dah seminggu dkt kg jaga opah. We olsss tak stay dkt kg pun, lepas ambik MIL terus balik kl semula. Lepas ni kl-ipoh dah sama macam aku berulang kl-seremban...adoiii


Lagu raya

Setiap kali masuknya bulan ramadhan, mesti kita akan ingat hari raya kan. Nak plak jaman sekarang ni, belum masuk bulan ramadhan tapi lagu raya terpasang sana sini situ cam besok nak raya jer. Rasa macam over pun ade jugak, shopping mall lah yang biasanya buat keje cenggini dengan alasan customer ade mood nak shopping raya...sesuaiiii


aku lebih suka dengar lagu raya masa dekat2 nak rayalah. Barulah bergelodak jiwa raga nak sambut raya muahahaha. Mulai hari ini, aku akan mula pasang lagu raya dkt ofis nih...SENTIASA tau. Aku suka lagu raya evergreen aka dolu2 lah, lagu2 baru nijam bukannya tak best tapi dah banyak sangat unsur2 moden...tak kickkk nak dengar, syahdu syahdan kureng. Untuk korang plak, lagu raya ape yang paling korang suke dengar...?!

Tuesday, August 24, 2010

Keep searching

Ingatkan dah surrender mamat ni, rupe2nya tidak lagi. Dia still nak cari jugak barang yang dia nak tu...korang mesti tertanye2 ape barang yang nak sangat dia cari tu., tunggguuuu. Shrek ni plak perangai dia, tak mudah mengalah, klu tak jumpa dkt sunway dia sanggup g cari tempat lain plak. So skang dari sunway, we olsss move to alamanda putrajaya. Dalam entry sebelum ni, ye2 aku kate nak save minyak...nampak takde maknenya.



Bile tengok muka dia ni, mmg aku tak sampai ati. Takpelah aku ikut jugak, tapi promise lepas tu kene upah tengok movie okay.
"Okay babehhh"

Letih puasa

Adoiii terlelap pulak. nyesal tul tak sahur tadi


jangan call. aku dah tak larat nak angkat ganggang tipon nih

sahur tadi minum susu jer, skang ni rasa cam nak makan nasi plak

syok betul tido mcm ni...terasa kekempisan perut nih

pehhhh nikmat nya walaupun dapat selelap jer

tido tak henggat dunia

lentok + bergulung abis...tak mo di ganggu

tak mo susun buku lagi

Masa untuk donat

Sentap jugak jiwa aku ni, dari rembau pegi sunway plak...panas terik dengan baju very the ayu nih. Ni sume pasal shrek yang sibuk sangat nak pegi Seng Heng (SH), gara2 Mimiey Hamid hupdate dengan dia, ade clearance sale start friday to sunday. Tak pasal2 ari ni g merendek dkt Sunway Piramid (SP) plak.

Memang takde makne aku nak balik tukar baju. Masa is time, time is emas tau. Sebeno2nya aku ni tak kuasalah nak pusing2 bagai nih. Klu dah balik karang, jgn ko harap aku nak kluar lagi. Bukannya dkt ampang dgn sunway ni pun kan...jimat minyak kete-hahaha kedek tul.




Sampai SP terus gagau2 cari dkt mane celahnya SH ni. Pusing2 setiap floor, sampai satu tahap tu;
"U bleh tak tanye reseption counter, penatlah jenjalan macam ni"
Ko nak tau, di bawaknya aku jalan2 pusing2 setiap floor, pancitlah kaki aku yang dah
sememangnya sakit dek memakai kasut bagai. Selalunya aku akan sarung jer selipar yg mmg sedia ade dalam kete tapi kelupaan plak. Ku tadahkan jer kaki ni ngikut shrek berjalan.
Jumpe jugak akhirnye SH tuh, mmg corok ko...patutlah tak nan jumpanya dari tadi. Belek2 barang yang nak dicari tapi shrek macam tak puas ati plak, katenya dah tak banyak choices. Yang dia nak plak, hak yang display punye...klu nak jugak, kenelah ambik display tu jer. Dah tentulah mamat ni sentap jadinya, ape yang dia nak...tak dapat.
Dengan perasaan kecewa yang memuncak, aku ajak dia g tea break dkt Krispy Kreme (KK). Dapat hot tea dengan donat pun sedap jugak nih.
Tak puas ati lagi tuh, siap google dkt mane lagi SH ade dkt area sunway nih.

Lantak ko lah, janji aku puas hati dalam makan donat.

Monday, August 23, 2010

Rembau aka kerbau lagi

Tak abis lagi cerita kenduri kendara dekat rembau ni. 2 minggu berturut2 aku dengan pegi ke rembau, dari tak tau jalan, skang ni dah expert ko... Minggu pertama, wedding kawan aku, minggu ke 2 wedding kawan shrek plak. Macam plan2 plak no.


Kali ni aku tak main tunggu2 kawan shrek la...aku terus redah g umah kawan dia jer. Tak kuase ehhh nak nunggu2 nih...ceh kawan dia aku ckp macam tuh ek. Harus shrek daring aku 3 macam nnt. Panas ko, tak laratlah nak tunggu menunggu ni...redah jer lah.


Bunga telur dari rumah pengantin

Muka puas makan daging kerbau. Senyum manjang

Lepas abis redah umah kenduri kawin ni, we olsss balik kl semua. Ade benda nak cari, URGENT

Keinginan memuncak

Tetiba plak tekak ni tingin nau nak makan muffin - Famous Amos. Haruslah mencari lepas office hour nih.

Dulu, maksudnya klu bukan dlm bulan puasa...nilah makanan tiap kali tea time pepetang waktu. Siaplah dengan secawan hot tea gitu. Aku taklah beli setiap hari, tapi setiap minggu sudah semestinya. Hari ni aku beli, besok kawan aku beli, besoknya plak kawan lagi sorang beli...begitulah bergilir2 ikut turn memasing. So setiap harilah aku makan muffin nih. Tu yang tetibe cam tingin plak nih.

Present time

Thank you so much to Eri Chan for the lovely present. Walaupun dah lama, tapi aku tetap nak letak dalam entry ni jugak muahahaha pemberian dari kawan2.

Cantik bag nye...aku still simpan lagi


Wangi-wangian harum semerbak

very the cantik shawl ni



Baju di mane2

Gara2 nak balik Duson, my gf ni sibuk nau mencari baju baru. Hampir setiap minggu ko, kluar masuk kedai sana sini situ. Minah ni nak balik kg mcm nak pindah kg terus aku tengok. Baju nak baru, seluar laki pun nak baru, anak lebih lagilah sampai stroller pun nak baru. Alasan ko memang mantap padat kan...


"Senang nak bawak naik flight..."




We olsss jenjalan meneman my gf ni dkt CM jer. Mujur bukan hari jumaat, tak kalu...memang jauhlah berjalan.

Setelah penat menunggu

Aku tak tau yang Ady Punk pun tunggu aku dekat office. Lepas shrek tipoh, turun kedek2 tetiba nampak mamat nih pun ade sama. Confirm nak ajak minumlah tuh + gosips, jgn ingat boysss tak pandai gosip okay...diorang ni klu dah start gosip, kalah mulut haku yang laserrrr nih.

"Jomlah wak...aku nak mengumpat dengan ko nih..."

"Berita panazzz ker babe?!!"

"Of course..."

Peha ayam tu macam peha aku plak...seksiiiii



Kangkung goreng

Biasanye port hebat kitorang dkt mamak tepi KTM, tu jer yang dkt dengan office aku ni kan. We olssss ni taklah lepak dkt cafe ker haper, tahap2 mamak tu oklah. Tapi kali ni kite hupdate tempat u olsss, kita g makan ayam golek dkt Pantai Dalam plak.

"Dekat dengan umah ko wak, senang ko nak balik nnt..."

"Ala, Nurol masaklah...tapi takpe, aku nak makan dengan ko jugak. Aku suruh Nurol makan dl."

Harul bini ko tinggalkan demi haku, nak gosip kannnn. Ape cerrrr!

Mamat ni sibuk nak nasi tambah lagi...tak cukup katenya, adoiiii


Licin beliaurrrr sudah

Time to gossip...memang peninglah aku dengar luahan perasaan mamat nih. Macam2 cerita, macam2 perangai.
"Biasalah babe manusia takkan penah berubah..."