Sunday, October 31, 2010

Aku terima nikahnya

Mas kahwin dengan tanda pengikat kasih ni antara barang yang baling berharga untuk bakal isteri. mas kahwin tu adalah duit yang di tujukan khas dari lelaki untuk perempuan dan nilainya mengikut tempat2 pernikahan dijalankan. tanda pengikat kasih pulak bergantung pada pasangan tu sendiri, biasanya banyak pasangan yang memberi barang kemas tak kisahlah kuning ker putih ker gangsa ker...mahal ker murah ker, as long as ia tetap merupakan tanda pengikat kasih sayang antara suami dan isteri tu nanti. ye lah kan tak guna kalau bagi diamond besar batu kelikir kalau kasih dan sayang takde dalam hati. yang pasti nilai sesuatu barang tu takkan sama dengan nilai sebenar kasih sayang pasangan tu sendiri.


antara mas kahwin dan tanda pengikat kasih dari anak buah aku kepada bakal isterinya nanti. mas kahwin tu aku tak pasti pulak berapa....eh pahang berapa hengget mas kahwin dia ha... seutas rantai emas untuk bakal isteri dengan sebentuk cincin suasa untuk bakal suami tercinta



Seperti yang telah dijanjikan, tepat 10.30 am kita buat rombongan cik kiah pegi ke surau. kata majlis pernikahan ni dekat surau kan...mujur surau tu dekat dengan homestay kitorang. dekat sangatlah sampai aku dengan adik beradik yang lain parking kereta dekat dalam surau tu jer. ala2 lompat pagar dah sampai surau pun. dua dulang jer bawak ke surau, dulang yang lain dah serahkan kepada pihak perempuan masa majlis pertunangan malam tadi. anak buah aku ni buat majlis sehari semalam jer, dimulakan dengan majlis pertunangan sebelah malam, majlis nikah sebelah pagi keesokan harinya dengan majlis bersanding tengah hari nya. senang buat sekali jalan jer...tak payahlah nak pegi berulang ke pahang nuh sentiasa kan.

nilah dia pengantin perempuannya...bakal anak buah ipar ku. santik takkk?!!! cikgu tau, naper ramai nau cikgu dalam keluarga aku ni... senang korang ek pakat cuti sekolah lama2


Sebelum upacara akad nikah tu, mesti kena dengar lah syarahan imam ni kan. lama ko...penat aku menunggunya. tu baru aku yang penat, belum lagi pengantin lelaki ni dengan dada berdegap gegup. sian pulak bila tengok, berpeluh walaupun kipas perputak ligat.



tu ha penat pak haji menunggunya. waktu ni adik beradik aku yang lain semuanya macam dah ke tepi dinding jer, nak bersandar.

Saat yang dinanti2kan...bermulalah upacara akad nikah. waktu ni semuanya macam dah ke depan jer, baru tersedar ko...ada yang sempat terlena gamaknya. dengan sekali lafaz, sahlah sudah menjadi pasangan suami dan isteri.


wajah kelegaan + terharu gitu ek...!!!




Selepas akah nikah selesai...bermulakah upacara sign2 surat pulak. kang takda pulak black and white nya susah jugak. kawin dekat sempadan pun ada jugak sign surat ni ye dok...cuma bahasa surat tu samaada ko paham dengan tidaknya jer. surat pengesahan nikah ni di bawa sekali oleh juru nikah aka imam dan akan di edarkan selepas akad nikah selesai. orang yang wajib sign surat ni sudah semestinya pengantin lelaki dan pengantin perempuan, juru nikah aka iman ketika itu dan akhir sekali saksi kepada majlis pernikahan ni. lepas cukup seminggu, pegi ambik kad kahwin dekat jabatan agama yer...jgn buat2 lupa pulak.

bacaaan ikrar pulak...AKU BERJANJI






Selepas selesai semua perkara2 wajib buat tu, la ni bermulalah pulak upacara penyerahan mas kahwin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. lepas tu pulak upacara pembatalan ayak sembahyang...ala upacara cup cup dahi tu. naper always cium dahi ha...cubalah buat cup cup pipi ker cup cup molot ker hihihihi. syok jugak kan kalau aku buat pakat dengan shrek buat kelainan macam ni...mau gamat satu kampung wehhh.



semuanya senyum lebar...selamat sudah anak ibu


Selepas menjadi suami isteriorang ni, pandai2lah bawak diri dalam hidup berkeluarga ni yer. dengan keluarga sendiri tu memang takda masalah kan, tapi dengan keluarga mertua ni haruslah peka. jgn ko buat sama jer dengan keluarga sendiri, dah tentu ada lainnya. tu yang aku cakap dekat anak buah sendiri yer...yang anak buah ipar tu pandai2lah ko nanti ek. mataku sentiasa menilai kecekapan mu...muahahaha

rupanya taklah lama sangat dalam surau ni, tak sampai sejam pun...tapi kenapa bila masa sebelum akad nikah tu rasa punyalah lama sangat...?!!! ke perasaan aku jer

Nikah sudah anak buah aku ni...ingat pesanan maksu tu. terima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan kita, kerna itu adalah pasangan yang tak ditetapkan untuk kita insyaAlah selamanya. ala sayang...meh sini dap dap jab.


majlis pernikahan bersama photographer yang tak berapa bertauliah ni wink wink wink. tak boleh lawan abang bawak kamera gabak tuh...snap snap snap


Selesai sudah majlis nikah...mau berangkat pulang siap2 untuk majlis bersanding pulak. penat jugak macam ni ek, tak sempat nak rehat langsung ni. nasib baik rumah dekat jer...jom lompat pagar. sebelum tu kenalah berphotogedik dengan family members. ramai yang kata ai macam anak ibu jugak...hahaha kakak korang yang tua sekali walhal pangkat adik dengan makcik ni wehhh.


tak habis dekat dalam surau...luar surau pun jadik jugak. masa ni pengantin perempuan dah bawak lari balik umah, siap2 nak bersanding pulak

Saturday, October 30, 2010

Budget perkahwinan

Sebut pasal majlis perkahwinan mesti ingat berapa banyaklah RM beterbangan kan...kalau takat duit simpanan ala2 jer, jgn berangan nak buat majlis macam ala2 indra kayangan pulak, maklumlah zaman sekarang ni semua barang mahal2 weh. kita ni bukan anak waris empayar perniagaan yang kaya raya ada harta dalam negara dengan luar negara. nak ikutkan agama, cukuplah sekadar majlis kecil2an menjamu tetamu makan yer dokkkkk. yang pentingnya akad nikah tu sendiri tapi orang2 kita ni lebih mengikut adat resam masing2. boleh tak salah as long as duit sendiri tapi jangan sampai membazir sudahlah. niat nak jamu orang makan, kalau banyak sangat lebih2 duit tu, buat jamuan jamu anak2 yatim, tak pun sedekah dekat masjid. barulah nampak duit tu pegi kearah manakan...berkad.

Samalah aku dengan shrek sekarang ni tengah sibuk dengan segala urusan kerja2 nak kawin ni. budget penting weh kena buat kiraan betul2. cuba elakkan pembaziran masa majlis ni nanti. ni baru budget aku berdua jer, tak termasuk budget dari pihak keluarga. budget keluarga, abang aku pemegang segala duit belanja yang telah diluluskan masa mesyuarat kabinet dulu.....

Shrek memang ada buku kira2 untuk segala perbelanjaan untuk perkahwinan ni, tak campur langsung dengan duit belanja + jalan2 + berjima masing2. kalau campur sekali, ada jugak yang belum tengah bulan dah ikat perut nantiiiii...huhuh nangis weh. dan buku ni jugak cuma shrek sorang saja yang simpan, aku tak usik langsung. cuma ko kena sentiasa update buku kira2 ko ni....jgn ko simpan sampai kepam pulak,

Hobin jang hobin...!!!


Tak tau naper lah kan...perasaan nak pegi tengok Piala Malaysia dekat stadium tahun ni agak merosot sikit. adakah kerana tendangan sang rusa dah tak sehebat dulu. tapi naluri ku kuat mengatakan kali ni n9 akan kalah di tangan gomo klate gomo...naluri ku sesaja, jgn pulak korang ingat aku tak sokong negeri sendiri.

Walaupun aku ni penyokong tegar n9, idoklah teman teringin nak pegi stadium bukit jalil nuh tahun ni...(sebenarnya tak sempat nak beli tic, tic dah abis awal2 lagi huhuhu). cukuplah teman pegi beberapa tahun sebelum ni, tapi yang paling best sekali masa lawan kelantan 2 tahun lepas...superb babe. dengan manusia yang maha ramai, penuh sendad stadium dibuatnya. dan yang paling best sekali masa tu pulak n9 MENANG babe...bangga cik merah sekejab walaupun masa tu pakai baju color hitam. nak pakai baju merah, dah terkeluar list penyokong tegar kang...nak pakai kuning, nanti kalah teruk kene boooo babe; nekat kita mai pakai baju itam jer. tapi kasut ai waktu tu...kuning yer, belt pulak merah lalala.

Tah menang ker idaklah nnt yer...kita TUNGGU!!!! walaupun aku tak pegi stadium tahun ni, tapi dah pakat2 dengan sepupu sepapat penyokong tegar n9...kita bikin bukit jalil d'second dekat dataran senawang yeeeehaaaaa

HOBIN JANG HOBIN!!!

hupdate malam tadi; kan aku dah jangka n9 akan kalah malam ni coz aura2 hebat takda. nasib baik aku tak pegi stadium...tapi dataran senawang pun dah macam stadium jugak weh...

FINAL RESULT : KELANTAN 2 NEGERI SEMBILAN 1

Friday, October 29, 2010

Cerita tali gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederekan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga antara rm4,000 satu hingga rm5,000...kemain mahal lagi tali ni rupanya ek. tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan mengantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam...perh macam nak check piling kukuh ker tidak.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung yang kita terima ada perkiraanya. kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan', jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

Apabila rayuan di tolak---

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhkan hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan masa hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. untuk banduan beragama islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza', kata Samuel.

Semasa banduan akhir beradadi bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir'.

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai rm7.50.

Hari penggantungan---

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat2 terakhir.

'Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu', katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata2 terakhir seorang banduan untuk anak2nya, yang masih Samuel ingat.

Banduan jugak boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

'Ada banduan beragama islam hanya mahu pakai kemeja t dan seluar sembahyangnya. ada yang memilih kot dan tali leher. ada yang pakai kasut berharga rm300. mati penuh gaya. banduan itu kata dengan jenaka', cerita Samuel.

Hukuman gantung pulak hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

Bila pintu perangkap renggang---

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira2 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu2 saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. kalau kita hormat pada dia, semunya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaanya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. ini petua yang diberi oleh bos2 saya dulu', kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak kinsafan kepasa Samuel. beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai2 murni kepada anak2 mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala2nya bermula dari keluarga. kalau keluatga tak kawal; lingkup. dadah umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas', katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

p/s; menarik gak info ni...orang islam yang kena hukum gantung semua digantung pada hari jumaat...bukan senang nak dapat kelebihan mati hari jumaat hmmmm...

Thursday, October 28, 2010

Minum petang yang riang ria

Suatu petang yang tak tau nak buat apa. tanye perut macam nak makan sesuatu tapi takmo keluar rumah...tengah best berfb nih sambil layan citer P.Ramlee. pekena kodok tepung petang2 ni best jugak ek.

Eh...korang kenal tak kodok tepung ni, jemput2 kodok yang selalu mak2 kita buat tu yang taruk ikan bilis bawang segala tu. dari kecik memang aku panggil kodok tepung coz arwah nanny dulu yang panggil macam tu. keturun letak dekat aku pulak.

Kali ni aku buat kodok tepung taruk ikan bilis, bawang, telur bagi gebu2 sikit. kacau dengan air suam...nanti bila makan taklah keras gedegang sangat. lepas tu buat pulak cicahnya sambal kicap, cili sos pun buah cicah jugak. kira ada 2 jenis pencicah. lepas tu buat air jagung dengan air teh bunga...perh kenyang tergolek.

Wednesday, October 27, 2010

Tuesday, October 26, 2010

Gift from KSM

Dah lama tak dapat gift dari kelab sukan ni...last dapat pun masa tahun 2008. so tahun ni boleh bergaya dengan bag sukan baru lalalala

botol ayak baru kaler biru

towel kesat peluh kaler pink...adoiii

akhir sekali bag pegi gym...akhirnya ada jugak kaler merah