Monday, January 31, 2011

Ke Padang kita ya pak

1st time in my life jugak....ushhhhhh banyak lagi yang perlu kita belajar dalam hidup ni kan. kali ni aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada faizal. majlis perkahwinan kali ni mengikut budaya perkahwinan minang di Padang Indonesia. untuk pengetahuan u olssss arwah paknya faizal aka my FIL adalah berketurunan Padang Indonesia. so tak mustahil satu hari nanti kami akan balik ke kampung sana untuk bertandang...still in planning la. ingat lagi majlis akad nikah sebelum ni, yang aku dok terperap dalam kereta sambil perut lapo tu...ni ha majlis sandingnya yang diadakan sehari selepas majlis akad nikah.

Makanan yang disediakan, makanan padang juga ya pak. sebenarnya banyak lagi lauk yang aku tak ambik, tekak ku tak berapa nak menerima makanan padang ni. aku cuma ambik ayam goreng, sambal hijau, acar timun dengan keropok jer. cukuplah weh, tu pun dah mampu membuatkan air mata ku bertakung kepedasan ko. apa yang faizal makan, korang pun mesti dah boleh bayangkan kannnnnnn, penuh satu pinggan dengan segala macam menu di sumbat masuk pinggannya.

Sambil makan sambil berjoget ya pak... ahli2 muzik + penyanyi ni di terbangkan dari Padang Indonesia ya pak. yang berbaju kurung kuning sedondon tu bukan dari padang ya pak, tu artis saduran dari malaysia saja. penari minah saleh tu ya pak, kenalannya sama pengantin, tidak di import dari negara luar ya pak. masa ni ya pak, kepala ku pusing sedikit kerana aku enggak bisa paham bahasanya ya pak. mau pusing kepala aku dong.

Ya ini bapak sedang melihat2 ahli keluarga yang lain. kebanyakannya aku memang takkan ingat muka mereka2 ini semua sekiranya satu hari nanti kita2 berlaga bahu muahahahaha. aku ada masalah kelupaan ya pak, pasti susah untuk aku mengikat muka2 kalian.

Cuma ini ya pak yang mampu aku ingatin sampai mati.

Waduh2 perantinnya, cantik bangattttt dengan busana merah begini.

Sunday, January 30, 2011

Tesco penuh orang di pagi hari

Memang dah niat dari malam tadi, ari ni nak pegi shopping groceries pepagilah. bukan apa petang nanti takut ramai orang pulak. lagi pun memang nak buat stock barang2 mentah memandangkan CNY dah nak dekat ni. biasalah bila raya cina, susah nak dapat barang2 mentah segar, semuanya stock yang simpan lama punya. memang meriah satu troli sauk masuk dalam tapi subhanaALLAH ramaiiiiiiiiiiiiiiinya oranggggggggggggg. rerupanya ramai yang dah pakat nak shopping sebelah pagi ko. bila dah ramai orang tu, nak jalan pun susah tolak troli pun asyik berlaga dengan troli orang lain, nak timbang barang pun Q panjang macam nak beli ticket wayang gamaknya. waktu ni aku datang Tesco pepagi okay 930am parking dah penuhhhhhhhhhh.

Habis masa dekat Tesco untuk beli barang jer rasa2nya dah dekat 3 jam jugak lah. purata asal kalau aku shopping groceries ni biasanya tak sampai sejam pun coz semua barang yang nak beli memang aku dah siap buat list bagai. memang tulah cara aku, sebelum shopping menung dekat dapur tengok apa2 yang kurang, abis...baru ku beli. barulah tak membazir tapi macam susu, gula, tepung tu memang aku beli lebihlah boleh simpan buat stock. lagipun barang2 macam tu, harganya tak menentu, sesuka naik, sesuka turun. kalau dah kebetulan murah, rembat beli je.

Lagi pun aku gigih nak pegi Tesco pepagi pun bersebab jugak der. dah laki ku kerja hari ni, so kenalah aku masak lunch awal. weekend adalah masanya untuk aku memasak dekat rumah bagi laki makan dek, weekdays memang akak tak masak pun. laki akak selalu balik lambat, so akak akan masak yang simple2 je on weekdays. kekadang makan roti je dek, bukan akak tak nak masakkan untuk laki akak tapi laki akak tak bagi masak ; )

Okay memandangkan ari ni merupakan hari rasmi memasak, terus teringin nak buat ikan bakar sumbat lah. mak tak reti nak buat macam dalam buku resepi tu, tapi mak tulis jelah macam buat karangan 100 patah perkataan tu je ye. janji korang paham, boleh bayangkan, lepas lah tu gamaknya.

Akak gunakan ikan cencaru, siang buang segala sayap keliling ye. lepas tu belah belakang ikan untuk nak di sumbat. bersihkan ikan lepas tu toskan airnya.

Tumbuk hancur bawang besar, cili padi (ikut tahap kepodehan masing2) dengan tomato sekali. lepas tu sumbatkan dalam perut dan belahan belakang ikan tadi.

Bungkus dalam kertas foil supaya dapur adek2 semua taklah lecah dengan air lebihan ikan tu nanti bila membakar. pada yang tak suka ikan bakar, boleh jugak ubah kepada goreng. steps yang sama tapi tak perlu bungkus dengan foil tapi goreng pakai minyak. bakar atau goreng ikan sampai masak dan hidangkan.

Bila dah buat ikan bakar, mesti nak ada air asam cecah sekali kan; masukkan kicap manis dengan air dalam periuk (quantity ikut selera masing samada nak banyak or sikit). Cili padi pun boleh masuk sekali ikut tahap kepodehan memasing yer. masukkan sekali perahan limau nipis (boleh jugak guna tomato atau air asam jawa untuk pekat). masak sampai mendidih, lepas tu angkat dan hidangkan.

Memang best bila makan masa panas lagi ye. bukan apa, ikan bakar ni bila dah sejuk ia agak hanyir sikit. tu pasal kena cecah dengan air asam baru ada kickkkkkkk. setiap menu masakan akak memang ada ada istilah cili padi ye. akak ni suka yang pedas2 je, kalau tak pedas pun akak boleh ubah jadi resepi pedas hihihihi.

Saturday, January 29, 2011

Tugu Negara - meh pegi tempat lain pulak


Nak jugak ambik gambo banyak2 dekat sini, ini Tugu Negara juga sebagai bukti dekat bakal anak2 + cucu2 kami nanti (tak tau bila tahun) yang makpak toknek diorang ni memang penah sampai dekat tugu negara ni. biar diorang tau yang makpak diorang ni al gediksssss al sakan bila berphoto. mak pun nak berdiri macam tugu jugak dek...tegak terpacak je.

Ni dia tugu peringatan tu, wahhhh selepas umur ku menginjak 33 tahun...la ni baru merasa kaki menjejak Tugu Negara. dulu masa kecik2, aku membayangkan tugu tu besar weh tapi memang besarlah kalau ikut usia ku masa tu. cuma bila dah agak "muda" ni aku rasa tugu tu standard jer size nya. cuma makna di sebaliknya tugu negara tu sendiri yang besar betul2 bermakna untuk kita rakyat malaysia. mak rasa macam nak nyanyi lagu Negara Ku pulak ngeh ngeh ngehhhhh.

Ni dia pahlawan mek yang bersusah payah membawa mek datang sini. walhal dia pun belum penah sampai sini, apalah abe ni dok kl pun tak sampai lagi. lepas tu guna alasan; sian dekat mek, teringin sangat nak datang Tugu Negara, meh abe bawak mek ya.

Rupanya banyak tempat2 menarik dekat kl khususnya. asyik menyelak map tempat orang jer kan tempat sendiri tak katam pun. ikut rombongan sekolah pun takde rasanya masa dolu2. banyak lagi tempat menarik dekat kl ni yang aku belum pegi dan suatu masa nanti aku akan pegi jugak...tunggu dan lihat.

Abe...meh kita plan melawat Zoo Negara pulak. situ pun mek tak penah pegi lagi, selalu lalu depan pintu masuk je tapi tak penahnya nak berhenti masuk. jomlah abe, nanti mek panggil anak2 buah mek join sekali. tentu abe suka kan.

Friday, January 28, 2011

Buat hal pulak

Ari tu aku pegilah dekat Cash Deposit Machine (CDM) untuk bank in duit monthly installment. nasib dapat parking dekat dengan bank, so taklah menapak nak pegi bank. almaklumlah kawasan yang aku pegi ni memang sibuk manjang, nak dapat parking tu ya al berjanggut jugak. kalau nasib tak baik, tawaf 3 kali pun tak dapat lagi. tapi kali ni tak payah nak tawaf pun, terus je aku dapat parking sedap syokkkkkk dekat dengan bank yang aku nak pegi.

Masuk dekat kawasan bank, dekat CDM tu dah ada 3 orang beratur so aku orang ke 4. nak ikutkan urusan dalam 5 to 7 mins, turn aku pun sampai tapi manggggaaaaiiiiiiiii aku kena tunggu sampai almost 1/2 hrs sesaja. orang yang sedang gunakan CDM tu tak boleh masukkan duit. ala macam duit tu machine tak nak terima, manjang reject je. aku rasa dah lebih 10 kali kakak tu bawak keluar masuk duit, komot2kan, ramas pulas tapi bila masuk machine tetap reject jugak.

Aku rasa percubaan kali ke 11 baru duit kakak tu di terima kot...tah lah. yang pasti memang lama gilorssssssssss aku kena tunggu. bila the next person after kakak tu hingga sampailah masa aku sendiri takda pulak CDM tu buat hal.

Masa aku menunggu kakak tu berhempas pulak komotkan duit tu, nak aja rasanya aku bagi tukar duit dia dengan duit aku tapi aku pikir balik. buatnya masa aku nanti tak lepas pulak duit tu...tu baru dia.

Sebelah hati kiri aku pulak...nak je aku laung dekat kakak tu, duit palsu ker kak. hahahaha mau aku kena sepuk percuma pulak nanti.

Thursday, January 27, 2011

Tugu Negara - sejarah yang tak penah pudar

Sejarah

Tugu negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan stesen keretapi Kuala Lumpur bersebelahan Masjid Negara. ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira2 yang terkorban. kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.


Rasa macam tourist pulak kitorang ni, tulah pertama kali sampai memang teruja sungguh. memang cantik dekat Tugu Negara ni kan. memang tak sangka tempat ni di jaga dengan rapi. pelawat akan diarahkan keluar selepas 6pm yer...kalau tak keluar jugak, adalah pak guard yang akan menghambat nanti. walaupun masuk tak perlu bayar apa2 tapi tempat ni memang bersih dah selamat.

Double pulak tugu tu jadinya...hihihi tettttt

Sekitar kawasan Tugu Negara ni pun memang cantik tau, memang sesuai kalau sapa2 yang nak buat outdoor masa kawin nanti. rugi pulak rasanya mak tak buat outdoor dekat sini, mesti meletop top toppppppp gambo.

Wednesday, January 26, 2011

Tugu Negara - akhirnya ku sampai jua

Benarrrrr percayalah, ini kali pertama aku menjejakkan kaki dekat tugu negara ni. belum penah lagi aku sampai sini, selalu tengok tugu ni pun dalam tv atau newspaper jer. dan sila percayaaaaaa jugak yang faizal pun tak penah sampai dekat sini lagi walhal dia memang membesar dekat kl ni. haaaaa ambik ko, rupanya tak sampai lagi mamat ni, kalau aku ni boleh percaya lagilah kan, ater seremban mari.

gambo selingan tu bukti yang memang mak bosan gilorrrrssss masa pegi majlis akad nikah sepupu faizal tu. dah mak duduk dalam kereta jer, takde benda nak buat, terus snap2 benda yang bukan2 yang ada dalam itu kereta. okaylah berbalik pada tugu negara tadi, lokasinya dekat dengan taman tasik perdana dan tak jauh jugak dari office tempat aku mencari rezeki, selalu lalu dan setiap kali lalu tu lah, mesti hati terdetik; bilalah aku nak sampai dekat tugu negara ni. cita2 nak pegi tu memang ada tapi kesempatan tu yang takda.

Rupanya ada 2 tugu yang ada dekat sana ek. satu adalah tugu peringatan dan satu lagi of course tugu negara tu sendiri. tapi 2 tugu ni berlainan bentuknya ye. tugu peringatan menempatkan nama2 orang yang terkorban semasa zaman untuk mencapai kemerdekaan dolu dan tugu negara adalah tugu khas untuk memperingati askar2 melayu kita yang terkorban demi mempertahankan negara kita Malaysia.

Dekat Amerika terdapat tugu negara diorang jugak yang di namakan Marine Corps War Memorial. Mungkin jugak tugu negara kita di bina atas idea tugu dari Amerika ini untuk memperingati perjuangan pejaung2 kita dulu. bukan kecik2 anak yer perjuangan pejuang2 kita dulu demi untuk memastikan negara kita mengecapi kemerdekaan macam sekarang ni.

Sejarah Tugu Negara Malaysia

1. Di bina dengan kos rm1.5 juta dan di buka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966.

2. Sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918) , Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960)

3. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di sini (Tugu Negara).

4. Tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Australia, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC di Virginia, Amerika Syarikat.

5. Komunis pernah mencuba mengebom tugu negara pada 26 Ogos 1975.

6. Kejadian itu berlaku kira2 jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal.

7. Simbol kemenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata2 untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka.

Aku rasa memang patutlah kita memberi penghargaan kepada mereka yang berjuang bermatian demi mempertahankan tanah melayu dan mencapai kemerdekaan. kerena mereka jugaklah kita boleh hidup aman damai macam sekarang di bumi kita sendiri, bukannya di bumi orang lain.

Tuesday, January 25, 2011

For birthday boy treat

Bersempena hari cuti tak rasmi secara amnya tapi umumnya bagi aku dengan faizal je. memang dah jadi tradisi sejak mula bercinta sampai sekarang, kami2 ni akan bercuti aka ambik cuti sekiranya tarikh lahir kami2 ni jatuh pada hari bekerja. tu yang jadi hari cuti umum untuk kita2 aja. walaupun kini dah berdua lebih baik, amalan tu akan tetap diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan kami2 ni. ..hahahaha ini cara kami.

Sempena cuti umum kami2 ni, terus plan lunch dekat Sushi King la. sambil tu boleh redeem voucher rm20 yang dapat masa renew member card tempoh hari. lama gak aku simpan voucher ni dari nov last year...punye cepat renew card coz takut aku tak sempat nak renew nanti masa dis...kan masa tu mak kawin.

Gyuu Don-E for him - rm15.90

Mujurlah laki ku ni memang pemakan sushi jugak, senang mak ajak makan sesama. sebelum ni pun aku selalu bedal sorang2 jugak kalau dah teringin sangat tu...tak pun bila masa pegi JJ tu, sempat jugak aku rembat beli. sushi ni macam ada satu ketagihan...kalau tak makan sebulan tu rasa macam tak lengkap bulan tu. kira makanan ni memang makanan rasmi aku dengan faizal setiap bulan. kalau rajin lebih sikit, mak buat sendiri dekat rumah tapi bila rajin sahaja ye. buat sushi ni agak leceh sikit bila tak biasa buat, kena ada peralatannya jugak, tak kalu memang tak jadi.

Hotate Tama Don-E for me...ni under this month promo - rm10.90
ada jugak yee sang tapi aku tak abiklah...takkan nak tos berdua je kan tak seeeyokkk

Percayalah kami2 ni memang peminat tegar makanan jepun bukan setakat sushi, sashimi aja tapi semuanya. jangan tak percaya, dekat rumah pun ada simpan wasabi dengan mayonis jepun tau...memang selalu guna buat cecah kodok tepung atau tempura. sedap weh...cubalah.

Monday, January 24, 2011

Kasih ku Cinta ku

Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo...
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo...
Yang bertahta dalam sanubariku

Happy birthday to you sayang & love you so much

Sunday, January 23, 2011

1st time in my life


Akibat lapau mengila, harap pegi nikah orang dapatlah makan rupanya nan adonya. sepatutnya buatlah jamuan kecik2 kan tapi takpelah bukan majlis keluarga ku. kalau family mak ni, memang dah ada pulut kuning dengan sambal ikan bilis weh...takkan ada tetamu balik dengan perut kosong.

Lepas makan tu kita pegi tempat yang tak penah kita pegi pulak.

Saturday, January 22, 2011

Biru in the house

16th Oct 2010 yang lepas, aku dengan faizal attended majlis akad nikah sepupu faizal dekat masjid sekitar gombak. macam biasa kami mesti sampai lambattttttt la kan. laki ku bersiap memang lama, kalah mak yang siap mengecat muka ni. sampai masjid tu, orang dah siap akad nikah pun, takpelah masuk je, janji tunjuk muka bukti memang datang.

Muka sengih2 masa keluar masjid, tak lamanya mamat ni masuk kurang dari 15 mins je. semua orang pun memang dah nak keluar, majlis dah selesailah. majlis akad nikah ni berlangsung lebih kurang 2pm tapi sampai 3pm

Aku just menunggu dalam kereta je...mak tak boleh masuk majlis weh masa ni. dahlah panas terik dekat luar masa tuh, tak larat weh, mak lari masuk kereta balik cari acc. perut pulak manggaiiiii memang lapau sesangat masa ni...ingat adalah kenduri makan2 sikit ker apa rupanya nan adonya. hari ni hanya majlis akad nikah sahaja...majlis bersandingnya sehari selepas tu.

Penat mak melaram sakan ingatkan boleh makan best2 masakan padang. takpe lah lepas ni teringin plak nak makan rojak dekat Titiwangsa tu. makan rojak lepas tu pekena plak cendol memang meleTOP.

Friday, January 21, 2011

Online Shopping

Dunia sekarang ni semuanya mengunakan teknologi internet. kiranya internet tu dah tanpa sempadan laaaaaa ni kan. samalah jugak dengan shopping. orang sekarang ni takdelah susah payah nak pegi menapak ke shopping mail untuk membeli barang. sekarang apa aja yang kita nak beli @ cari semuanya boleh dapat dengan menggunakan talian tetap @ broadband @ wifi segalalah. cari guna search engine jer semuanya ada samalah concept dengan online shopping. nak beli baju ada seluar ada handbag kasut sampai tudung pun ada kalau untuk barang2 perempuan. lelaki pun sama tak kurang hebat jugak.

Senang ye dok...pilih2 mane berkenan, make a payment and tunggu jer barang sampai umah. mak pun suka shopping online. bukan apa, kadang2 tu memang malas nak mencari barang yang kita nak tu dekat luar, cari2 online jumpa pulak, mak sebat je lah.



Kuality masih sama macam yang aku tengok dalam website jugak...puas ati membeli secara online ni.

Thursday, January 20, 2011

Thaipusam is holiday now

Manyak syokkk oooooo ini hari...cuti2 lepak2 time dkt umah. takdalah plan apa untuk cuti sempena thaipusam ni.

Lepak2 sambil tengok tv sambil cabut uban faizal

Minum petang pun beli dekat luar jer dek...akak belum dapat aura nak masak lagi...tunggu sat agi tengok macam mane. menu minum petang untuk hari ni...pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng dengan cakoi cecah kaya cair + air teh o panas. orangnya berdua aja tapi si faizal beli kuih macam nak jemput jiran sebelah datang minum pulak, banyak sangat.

Wednesday, January 19, 2011

Petua budak demam panas

Kesian birthday boy ni demam gamaknya.

Tu yang aku azankan dekat telinga faizal suruh balik KL cepat, sebenarnya untuk attend birthday anak kawan kami dekat Pantai Dalam. dah janji, tak elok pulak tak datang kan. lagi pun aku memang tak penah culaslah nak menghadirkan diri dalam apa2 majlis sekalipun kecuali kalau ada perkara @ acara lain yang betul2 aku memang tak boleh nak mengelak, barulah aku mengecualikan diri.

Sesampai je dekat sana, tengok birthday boy demam pulak. merengek2 je, sian. korang nampak yang bergulung dekat kepalanya tu, kain napkin yang dah basah dengan air asam jawa. katanya boleh mengurangkan panas badan. ni petua orang tua2. lumurkan air asam jawa, tuang je dekat kain, tak kira kain apa janji boleh menyerap air, balutkan dekat kepala budak2 kecik ni. jgn pulak korang pegi mandikan dia, sejuk lah nanti budak tu. betul atau tidak, tu terpulang pada individulah ye. dah namanya pun petua.

Tuesday, January 18, 2011

Mengeteh dekat Cameron Bharat Plantation

Mamat ni memang boleh tahan jugak kuat shopping nya, ada saja yang tersangkut dekat tangan. lepas makan dekat Tanah Rata, kita jalan2 jab cari present pulak. bantal2 strawberry tu adalah untuk anak2 buah yang dah memang mengirim manjang. pantang dengar maksu nya ni berjalan.



Mak kena paksa dek, jadilah minah bunga tersasar landasan ni ;) kita singgah mengeteh sekejab sebelum meneruskan perjalanan pulang. ni destinasi kita yang terakhir, ni pun dah petang membawak ke malam dah. tak mo lah turun bukit jalan pusing2 waktu malam pulak. so kita pakat turun sebelum hari gelap.

Cameron Bharat Plantation ni kalau kita nak balik KL ikut Tapak, mesti lalu dekat sini. tempat wajib singgah pada yang nak membeli borong teh. macam kami2 ni, faizal suka side seeing, so wajiblah untuk dia berhenti. ikut mak, memang takdelah. penat dah weh...ingat nak balik je dah.



luas jugak ladang teh ni


memang sedap kek ni...coklat + teh + ice cream

teh tarik Bharat

memang terbaek mengeteh dekat ladang teh


+ makan kek teh jugak

dah kenyang kan...jom laling kita balik. perjalanan pulang ikut Tapak memang memeningkan. i'm suggest that balik ikut Simpang Pulai jer...kena reject sesaja dengan faizal. ater mamat ni memang sentap bila aku sebut SIMPANG PULAI...ada sejarah dalam sejarah. jangan ko pegi delete pulak ayat ni, kan ai dah jadi ISTERI u hihihihihi