Saturday, April 30, 2011

Rumahku

Taklah hebat mana tapi tetap ku indahkan jua walaupun bukan sendiri punya tapi tetap ku jaga bersih karatnya, walaupun dah sayup mata memandang tetap ku lapangkan susun aturnya. walaupun banyak isi padunya tapi tetap ku lindungkan di balik papan dan kertas...tak ku tunjukkan pada sesapa biar yang melihat nampak macam takde apa je rumah orang tu. ada aku kisah semua tu coz cuma isi rumah tu je yang berhak tau. canang lebeh2 pun tak guna, buat juih mulut, percik air liur bila mengata lepas tu sibuk nak jugak yang sama. adoiiiiiiiiiii hai rumah ku dunia ku.

Friday, April 29, 2011

Flaming Steamboat Danau Kota lagiiiiii

So far dekat sini memang murahlah nak compare tempat lain + makanan yang memang banyak, boleh makan sampai tak larat nak bangun. yang saya ambik ni hanya sebahagian sahaja...yang lain dah tak kuasa nak snap2 lagi. kata makan pakai dua belah tangan, so simpan saja cameranya dalam bag sudah. cuma kalau boleh kuah tomyam tu, saya suka lagi pekat gitu...dekat flaming ni kuahnya agak cair bair sikit tapi still layan jugak. besttttttttttt

Last but not lease, time desert pulak. dah penat melantak segala seafood yang ada. setiap kali saya makan steamboat, mesti pakai seluar yang agak longgar2 sikit supaya boleh menampung kuantiti yang bakal masuk dalam perut dan membuncin sedikit. so nanti takdalah senak sebab seluar ketat hihihi. walaupun dah senak bagai, tak sah kalau tak makan ais cream pulak kan...rugi woooooooo. ice cream jugak ada disediakan dengan pelbagai perisa lagi, pilih je nak yang mana satu atau jadi je macam saya...bedal semua perisa.

Tengoklah muka orang yang tengah menikmati makanan, der!!! lu pehal sampai steam semacam je gua tengok.

Walaupun saya maintain jer tapi hakikatnya saya makan banyak hahahahaha


Okaylah pada sesiapa yang nak mencuba steamboat ni bolehlah jengah mape dekat sini http://www.flamingsteamboat.com/location-setapak.php ye.

Thursday, April 28, 2011

Flam Flam Flaming Steamboat Danau Kota

1st time cuba try test makan dekat restaurant ni yang kebetulan past by depan kedai ni dan kebetulan memang tengah mencari tempat makan yang menarik kiranya. banyak betul kebetulannya ye alih2 saya pusing balik datang restaurant ni sebab nampak ramai orang aka penuhlah kedai ni. mujur ada meja untuk 2 orang so....kita enjoy makan. nasib saya baik sangat sebab masa ni restaurant ni tengah buat promotion so dapatlah special price for steamboat at RM22.80. tapi la ni dah fix price at RM 25.00. masih murah lagi dan boleh makan seberapa banyak yang korang larat. operation hours untuk restaurant ni pulak dari 5pm to 12midnight and maybe extend on weekend depends on customer.

Yang menariknya restaurant ni, tempat untuk merebus tidak mengunakan gas ye tapi mereka mengunakan dapur elektric gaya gini, takdalah susah2 nak adjust api bagai cuma kalau nak slowkan tahap kepanasan, tekan je punat2 yang ada dekat tepi kiri tu. ada dua jenis kuah yang disediakan wish is kuah sup dan kuah tomyam. dan lebih menarik sekali kuah tu memang disediakan bersama dalam satu periuk macam dalam gambo ni. macam saya, suka rebus seafood dalam kuah tomyam and segala bebola/sayur dalam kuah sup.

Ada jugak di sediakan nasi goreng, mee goreng, lauk pauk jugak. takdalah semata steamboat je kan. senanglah pada yang bawak anak2 tu, bolehlah bagi depa makan kenyang2 dulu sebelum makpak pulun makan pulak ye dok. saya pulak memiliki suami yang memang comel dan kuit miut ni...tentulah dia akan ambik nasi sebagai starter dulu sebelum berflaming bersama ku ahakssss. tak ku kesah pun nasi/mee tu semuanya, cuma dapatlah merasa sesuap dua...cukuplah untuk merasa. selebihnya ku pulun seafood je.

Ada beraneka jenis seafood dekat sini termasuk berjenis2 bebola jugak. memang haruslah berpingan2 ambik walaupun yang makan cuma 2 orang saja. sampai waktu ni, kira dah banyak kali jugak kami laki bini datang makan dekat restaurant flaming ni. kiranya dah jadi tempat wajib datang setiap bulan gamaknya.



Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku 2011

Antara barang yang saya hand-carry dari Langkawi tu. set minuman harga dah lupa da...

Selepas makan kenyang2, teruskan kami pegi PWTC pulak. ada apa ke sana, pasal ada Pesta Buku 2011 yang telah bermula dari 22nd Apr dan akan berterusan selama seminggu. Saya dengan Faizal tak penah miss pun untuk menjointkan diri setiap tahun di tempat yang memang sama je. bukanlah nak kata kami ni ulat buku ke apa, tapi memang ada itu minat suka membaca.

Saya nak reveal satu benda, saya ada sifat yang mana kena membaca dulu sebelum tido. orang kata bedtime story dulu, barulah mata ni akan sayu je nak tido. tak payahlah nak membaca sampai habis sebuah buku tu, tapi cukuplah sekadar satu dua buka surat, sure punya ni auto je mengantuk. so memang dah wajib setiap kali nak tido kena ada buku di sisi, tak kira ke mana sekali pun. nak pegi holiday pun akan saya kelek jugak buku ke mana saja.

Pesta Buku ni memang saya akan tunggu setiap tahun sebab dekat sini saya boleh dapat beli buku yang masih takda dalam simpanan lagi. saya suka buat koleksi buku base on writer yang saya minati iaitu Norhayati Berahim. mana2 koleksi yang takda memang haruslah mencari dekat sini dan andai kata buku tu dah agak lama terbitannya dapatlah discount kan. untuk buku keluaran terbaru, memang tak ada. buku dari writer lain pun aku baca jugak basa to how interested sesebuah buku tersebut.

Saya suka membaca buku cerita, tak kisah jenis cerita janji jalan ceritanya menarik. Faizal pulak suka membeli buku2 berbentuk ilmiah + buku2 agama dah tafsiran jugak. we spend time sampai tutup untuk membelek2 buku yang bakal nak dibeli tu.

Tuesday, April 26, 2011

Lapolahhhhhhh.....

Hari ni Faizal coti...mamat ni memang coti tak setempat. kadang2 dapat coti hari minggu, syokkkkkkkkkkkkkkkkkk lah haku berdating sakan denganya. tapi buatnya coti weekday, ginilah gamaknya petang lepas aku balik keja baru boleh dating...kalau rajin. tak pun lepak2 dekat rumah je.

Tapi hari ni ada agenda terancang. sebelum tu isi perut dulu. lapo ko....penat menahan perut semata2 nak makan dengan laki ku gamaknya. port makan kali ni, dekat Kg Baru je. lepas melawat my MIL, terus kami pegi makan dekat restauran tah apa namanya tapi sebelah dengan The Ship tu. restaurant kelantanese punya.

nasi goreng USA...very the kan sausage nya. biasanya nasi goreng gayak gini, mesti ada ayam goreng kan. tapi yang ni taruk daging pulak. sedap boleh tahan rasanya.

for me, cam biasa nasi goreng kampung saja. sambal belacannya meletoppppppppp ko, terbaiklah dengan sup sekali.

benda wajib ada...segala jenis telurlah. tak kisah dadar ker, mata kerbau ker, bungkus ker....asalkan berasas telur semata.

comeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak saya!!!!!!

kalau dah makan takde airnya sudah pulak kan. okay, watermelon jus yang merah tu untuk ku dan yang macam bandung tu sebenarnya watermelon jugak cuma + susu. tu untuk Faizal. dia ni memang suka minuman berasaskan susu.

Monday, April 25, 2011

Langkawi Day 5 : Sayonara Langkawi Part 4

Dalam banyak2 blog, mamat ni paling suka baca blog bff akulah. katanya nak jumpa tu memang payah sebab masing2 ada hal memasingkan, dengan cara ni je nak tau perkembangan kengkawan pun. haahhhhhhhhhhhh aku memang setuju sangatlah...


Dah check in pun, tunggu masa nak fly fly lagi. Sayonara Langkawi, tunggu kedatangan kami lagi dalam tahun ni jugak sebab percutian ini adalah hak tahun lepas. habis bungkus sudah cerita Langkawi ni, rasanya takda yang tertinggal pun. pada aku Langkawi still lagi tempah yang menarik dan wajib pergi setiap tahun.

Now i'm announce that Langkawi Trip Story officially CLOSE

Sunday, April 24, 2011

Langkawi Day 5 : Sayonara Langkawi Part 3

Entry terakhir for Langkawi Trip 2010



Masa ni Faizal tengah syokkkkkkkkkkkk blog walking my BFF - anis. tah apa yang di comment aku punt ak tau, tapi pakai aku punya ID. babe klu ko terbaca comment yang ala2 bukan aku je tu, percayalah tu comment dari mamat ni.



Friday, April 22, 2011

Rindu lagi...cukup sekadar beberapa saat

Keadaan sebenar agak samar2 tapi yang pasti waktu tu aku dengan suami sedang bersiap2 untuk pergi bercuti. destinasi tidak pulak pasti dekat mana tapi yang pasti aku naik flight coz my sista akan hantar aku ke airport. waktu tu aku berada di rumah arwah ayah.

Sedang nak keluar rumah tu aku nampak arwah duduk di sebelah pagar rumah jiran aku sambil pandang dekat aku. aku pun nampak dan pandang kearahnya jugak. aku nampak muka ayah bersih dengan agak berisi jugak pipinya. ayah pakai baju dan seluar serba putih. mata kami tak berkelip pandang tu each other. tak lama rasanya aku pun tersedar bila terdengar bunyi jam loceng.

Rupa2nya aku bermimpi. walaupun cuma sekejab tapi cukup membuat pelepas rindu aku padanya. aku bukan penafsir mimpi dan aku tak tau apa maksud dari mimpi tu. aku harap tu cuma mainan tido semata.

Aku seorang yang memang payah untuk bermimpi, bak kata tido memang tak sedar dirilah. pejam mata malamnya sedar2 dah pagi je. event my late mother pun aku tak penah sekali pun mimpi. sampai sekarang ni aku dah memang tak ingat macam mana rupa arwah mama. tapi tak sekarang, aku dah mula bermimpi...mimpikan ayah setiap masa. adakah sedekah doa buat mu masih tak mencukupi. insyaAllah, anakmu akan cuba sedaya upaya untuk menerangi kuburmu...al Fatihah

Thursday, April 21, 2011

Langkawi Day 5 : Sayonara Langkawi

Dah seminggu masa berlalu dekat Langkawi ni, masa untuk kembali telah tiba. sedihlah pulak, rasa macam nak tinggal sini terus...tapi boleh ke. eh dekat sini takde port okay, yang ada jeti kecik je so jangan nak berangan pun kalau boleh transfer tu ha dekat Pasir Gudang. haiyoooooooo takmolah.

Sampai airport, tinggalkan kereta sewa dekat parking lot sahaja, nanti taulah owner tu datang pick up. kunci pun tinggal dalam kereta je, memang cara penyewa dekat sini kot, so taklah all the time kena ada dekat airport je kan. since ada masa lagi sejam, bolehlah duduk dulu sebelum check in. thank God ari ni flight tak delay.

Pegi kemainlah lenggang mak limah memasing, tapi balik dah jadi macam ni pulak. memang nangis nak angkut barang2 ni semua tapi takpe janji happy dapat belikan. next time i shopping2 lagi yok. beg kotak tu semua masuk kargo tapi sebelum tu kena bawak pegi wrap dulu coz semua dalam tu ada barangan kaca. memang harus lekat sticker FRAGILE. tak kalu nanti nangis susah pulak. back pack tu kita hand carry saja coz dalam tu pun ada barangan kaca yang aku sumbat hak kecik tu. recycle bag pun hand carry jugak.

Sementara nak tunggu check in, kita check in dulu dekat tempat wajib pegi kami bersama. bukannya sebab nak dapatkan WiFi free ye sebab aku memang akan membawak my broad band bersama kemana2 saja.


Masa ni memang aku sorang je, Faizal dah hilang dekat mana tah aku pun tak tau. katanya nak cari barang lagi, uisss memang kuat shopping mamat ni.

Wednesday, April 20, 2011

Pernikahan ini indah

Doakan kebahagian kami berkekalan untuk selamanya dan tepat pada 24 Disember 2010 terpatrilah perjanjian antara kami berdua setelah genap setahun mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2009.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang merestui pernikahan ini dan kepada arwah ayah dengan my siblings yang memang tak menang tangan membantu dari segi kewangan dan tenaga untuk menjayakan majlis ini. kawan2 yang sentiasa support usaha dalam menyatukan kami berdua, memahami kami yang memang kalau nak ikutkan manjang bertekak sesaja. beruntunglah berada di sekeliling orang2 yang memang prihatin macam korang2 semua termasuklah ahli keluarga jugak.

Sehingga ke hari ini, ahli keluarga ke dua2 belah pihak masih lagi mengambil berat pasal kami, menghupdate dan membantu kami dalam hal2 menguruskan rumah tangga. walaupun sampai sekarang, kami masih belum mempunyai tanda2 bakal menjadi ayah ibu tapi kami tak penah nak tension kerana yakin rezeki tu mesti ada. mungkin gagal sekarang tapi bahagia bakal menjelang pada masa akan datang...amin.

Pernikahan ini indah bila kita bertemu dengan pasangan kita sendiri. Pernikahan ini indah bila kita dapat mengeratkan lagi tali kekeluargaan sendiri dan pasangan.
Pernikahan ini indah bila kita sendiri gembira dalam menempuhi alam rumah tangga, dapat menguruskan kehidupan sendiri dan pasangan and hidup berkasih sayang.
Dan pernikahan ini menjadi lebih indah bila Allah memelihara kita, mengeratkan kasih sayang kita, menyemarakkan lagi perasaan cinta antara kita.

Tuesday, April 19, 2011

Langkawi Day 5 : Makam Mahsuri

Tempat wajib singgah sebelum berangkat pulang pulang pulangggg. Makam Mahsuri ni memang famous dengan minyak gamat yang murah dekat sini. memang haruslah aku memborong minyak lagi, walhal dah beli pun dekat Hj Ismail tu. kali ni aku ambik order bedak resdung dengan akar kayu arwah pak hj dekat gerai abg mat. abg mat ni memang kenal dengan arwah pak hj sebab tempat ni jugak merupakan fav bila dia datang Langkawi. sayang aku tak penah ambik pun phone no abg mat, tapi kami memang kenal sebab arwah pak hj selalu ambik akar kayu dekat dia. nanti bila aku datang Langkawi, akan aku sampaikan berita sedih ni. tapi aku tak cukup kuat untuk bagitau...Faizal lah yang akan sampaikan nanti.


Langkawi jugak tempat fav arwah pak hj setiap tahun mesti datang sini. skang ni memang aku mengikut sangat perangai dia, suka maintain tempat yang sama kalau dah tempat tu memang syokkkkkk untuk di lawati. selain dari Langkawi, arwah pak hj jugak suka pegi Kelantan sebab katanya boleh masuk Golok, Thailand. Aku pulak tak berapa suka nak pegi Kelantan so, makanya memang takdelah aku temankan dia ke Kelantan, tapi Langkawi memang banyak kali. memang banyak kenangan kami sekeluarga dekat Langkawi ni selain dari sejarah Mahsuri tu sendiri.


Monday, April 18, 2011

Terungkai sudah 017-212

Sedap2 tido di petang2 hari semalam di kala cuaca very the nyaman terasa ko... memang main golek2 je laki bini dekat rumah. bila petang tersedar, lapo pulak perut rasanya. petang2 macam tu memang nikmatlah bila pekena teh o panas, ada roti pulak tu...terus toast saja.

Dah perasan ada miss call dekat hphone tapi memang tak kenallah no sapa tu. peliknya Faizal pun dapat miss call dari no yang sama jugak dan dah call lagi check. receiver bagi tau "wrong number" dengar suara perempuan.

Aku pun rasa tak sedap hati, maklumlah banyak sangat perkara yang tak terduga berlaku atas aku ni...teruslah call no tu. takut ada kecemasan ker apa kan. receiver bagi tau "wrong number" jugak tapi kali ni suara lelaki.

Aku dengan Faizal dah rasa pelik nih...takkan ...dalam botol kot yang answer kan, tak larat mak nyahhhh. usah jadikan diri anda dibelenggu MISTERI...

Terus mak laung suruh Faizal call provider kami ni untuk check number tapi susah sikit sebab number tu dari provider yang lain...jawapan agak menghampakan tapi takpelah mak abaikan je.

Tapi hari ni terjawab jugak teka teki tu...mak dengan laki mak berjaya dihangitkan huhuhu, oleh sapa!!! adalahhhhh

Sunday, April 17, 2011

...kembali

Sibuklah hari ni memenatkan badan mengemas rumah yang dah lebih 2 minggu tak terkemasnya dek macam2 perkara berlaku. baguslah bila keja banyak, taklah kepala ni teringatkan... bukan apa bila dah teingat tu nanti, mulalah satu keja pun tak siap.

Rindu tu terus membeku, takpelah simpan dalam hati sambil pasang impian untuk bertemu nanti.

Saturday, April 16, 2011

zzzZZZzzz

Sejuk dingin pagi ni...best pulak rasanya. mata dah tentu payah lekat nak bukak. takpelah tarik selimut balik, bilik biar gelap gulita. nak ganti tido yang tak berapa nak sempurna seminggu 2 ni.

Friday, April 15, 2011

Langkawi Day 5 : Breakfast Time

Akhirnya kami pegi breakfast jugak dekat luar setelah dari day 1 hingga day 4 asyik breakfast dekat motel je dengan hidangan sendirian berhad. bukan tak nak breakfast dekat luar tapi kalau boleh nak safelah, kedai makan dekat Pantai Cenang ni membunuh jugak regernya. kalau tak beringat...mau kering nanti balik KL.

Satu2nya kedai mamak yang ada dekat sini...Tomata Nasi Kandar. open 24 hours lagi, kalau lapo memalam tu bolehlah singgah sini makan. tapi idoklah teman ye. rela teman telan coklat lagi.

milo panas for me

roti sardin for Faizal

roti telur for me

kari kambing for both of us (hidangan wajib)

telur setengah masak for me (wajib jugak)

Makan cepat2 sebab di hari terakhir ni jugak teman dapat call dari boss VVIP teman tu. apa lagi teman terpaksa buat keja pulak during my holiday dekat Langkawi it self. puas pusing2 buat call bagai dengan mencari buat survey siap booking semua sekali...during noon dah settle pun keja. so bolehlah boss VVIP teman tu datang dengan gahnya nanti, cuma tak sempat nak arrange bunga manggar dengan kompang je hihihihih...jgn marah ye.

Thursday, April 14, 2011

Terima kasih banyak2

    • Tok Kecik Pakcik Ishak kembali ke rahmatullah pada 4/4/11 maka ribuan muslimin dan muslimat telah sama-sama dengan imam Mekah mendirikan solat jenazah di Masjidil Haram... termasuk saya dan famili ...al fatehah.....
      Yesterday at 3:36pm ·
    • Abdullah Ishak Terima kaseh atas sumbangan saudara, semoga allahyarham ditempatkan bersama2 org yg beriman...amin
      Yesterday at 4:13pm ·
    • Ann Ishak terima kasih dari kami sekeluarga
      Yesterday at 7:37pm ·
    • Tok Kecik samo samo juolah ... itu juo dorongan dari Allah s.w.t. .. secaroo tibo tibo sy amik gambar tu ... bermakno lakolah tuu .. Alhamdulillah ...
      13 hours ago ·
    • Jamilah Ishak saya juga mengucapkan terima kasih dan alhamdulillah atas segalanya....hanya allah jua yang akan membalasnya...amin
      9 hours ago ·

Gambar di atas telah di ambil beberapa hari sebelum allahyarham meninggal dunia. dan gambar telah di ambil di Masjid Nabawi. nampak waktu ni allahyarham masih sihat lagi.

YaAllah rindunya...