Tuesday, May 31, 2011

Cari makan sampai Setiawan

Balik kampung mertua biasanya memang ujung minggu selang2 2 minggu dengan balik umah ayah aku jugak. tapi balik umah MIL memang setiap minggulah ater MIL dekat Kg Baru Kuala Lumpur je. selalu balik Bota sebab opah masih ada lagi, so boleh tengok2 sakit peningnya.

Bila dah hari minggu tu, baliklah anak2 ke kota semula ye. so aku teringin nak makan steam fish pulak. dari Bota terus pecut ke Setiawan semata nak cari2 makan. jumpa kedai makan ni, taklah tempat menarik mana, kedai kayu tepi jalan je tapi orang ramai ko masa ni. sayang aku tak ingat nama kedainya pun. so tak dapat nak promo dekat korang2 semua. nantilah kalau aku pegi kedai ni lagi haruslah aku snap2 ye sebab rasanya ingat lagi kot jalannya.


air tembikai

udang goreng tepung

siakap steam fish



Tak banyak makanan kali ni sebab focus nak makan steam fish je. lagi pun sebelum balik tadi dah minum petang, tapi gatal nak makan jugak steam fish kan...

Monday, May 30, 2011

Dunkin Donuts on the way back kampung

Tak kisahlah ke mana sahaja kalau dah tak sempat nak makan tu di sebabkan dah memang lambat atau malas nak berhenti makan bagai masa dalam perjalanan, so inilah cara laki bini ni menyantap. sekarang ni pulak dah ada pandu lalu Dunkin Donuts, haruslah kepala ni terbayang donut, sandwish yang sedap2 tu + benda wajib beli kalau kami travel ke mana2, ice coffee. memang terbaiklah untuk sarapan pagi, lunch or dinner. croissant chicken mayo adalah my fav + ice coffee latte and Faizal pulak croissant tuna mayo + ice coffee. donut tu tak berapa IN sangat dekat tekak tegar ni.



Memang gilozzz lapo dedua ni, singgah je dekat tempat rehat terus belasah makan sandwish. kami ni dalam perjalanan nak balik kampung Faizal nun dekat Bota, ater lama beno tak balik. tapau je senang, bila lapo terus ngap makan, tak payah nak singgah2 RnR ni, malas wehhhh kemain ramai orang tu. dulu aku ingatkan highway ke selatan je selalu penuh dengan kereta lori, tapi skang ni highway utara pun sama jugak.


Beli make up kemainlah banyak wehhhhhh tapi napa pucat lesi je mung ni?



Okay dah masuk jalan kampung mertua ku...harus nampak sawah padi. kisahnya sampai sekarang ni aku masih tak boleh hafal lagi jalan nak balik kampung si Faizal ni. memang dia je yang kena drive, nanti aku drive dia bantai tido. tak boleh jadi co pilot dia nih.

Sunday, May 29, 2011

Reveal make up pulak

Dah namanya beli make up banyak banyakkkkkkkkkk...haruslah di pakai ye. kalau tak nak pakai pun boleh buat present jugak. as foe me, ada yang ku pakai dan ada jugak ku jadikan hadiah hari jadi kepada yang bernasib baiklah. more you give, more you get kan...takpe alhamdulillah. nak reveal make up yang aku dah memborong dekat Stage tempoh hari, memandangkan harga memang runtuh abis, memang runtuh jugak keimanan haku ni.


antara make up yang di borong ~~~ tak clear ka, jab haaaa


ni baru clear ye ~~~ nak tau pulak apa bendanya yang aku beli, sattttt no



picture perfect and photo pro foundation. picture perfect for daily use and photo pro for heavy make up. kalau ada dinner ker atau ada terima wedding invitation dekat hotel ke...mesti nak tampil glam kannnn. haruslah guna photo pro foundation.


eye liner


liqued eye liner


picture perfect liquid camoflage - apply di sekeliling mata dan kesan2 jerawat untuk kesan yang sekata. bila apply dengan powder nanti, barulah cantik je tanpa ada kesan cela di muka.


lipstick


photo pro creme camoflage - sama macam liqued camoflage cume beza pada cream dan liqued sahaja


yang ni memang banyak sikit aku borong ~~~ eye shadow mono


Harga untuk semua barang2 dekat atas ni adalah berharga RM12 sahaja. memang sesuailah untuk orang2 yang baru nak berjinak2 dengan make up ni. untuk yang nak menambah koleksi pun okay jugak. ye lah kalau kita nak beli sekali banyak macam ni dengan original price, memang agak membunuh jugak kan.

Friday, May 27, 2011

Gedik santai

anis

ai merangkap tuan tanah - ann ishak

mimie

reen

together and always be together, AMIN

Rumah kosong

Selepas aku confirm untuk continue tinggal dekat umah sekarang ni sebelum nak kawin dulu...dan selepas housemate pun sikit2 pindah barang. akhirnya tinggallah aku sorang saja dalam rumah ni sementara menunggu bakal laki dalam lesen besar duduk bersama. memang terasalah sunyinya especially bila malam menjelang.

So bila ujung minggu tu mulakan buat segala kerja pemunggahan barang2 untuk bawak masuk jugak sikit2. makan pun apa ada je waktu ni benda2 yang kering sebab peti ais still lagi dekat rumah bakal MIL (tapi skang dah jadi MIL pung). kettle untuk masak air tu memang adalah, dapat jugak buat air barang segelas huhuhuhuuu. aku lebih banyak makan dekat luar je waktu ni, senang sikit.

Ada masa terluang ujung2 minggu mulalah kemas sikit apa2 yang patut dulu. waktu ni umah memang kosonglah, bila bercakap tu dah macam dok dalam gua ko...bergema. tapi syokkkkk seh sedang je nak kemas.

Untuk a few week sebelum kawin ni, hanya ini je peneman malam ku. tu nasib ado, tak kalu lagilah aku bosangggggggg

Thursday, May 26, 2011

Noodle Station for gossip girls

Penat shopping, masa untuk makan pulak. dah kata menonggok dekat Stage tu kemainlah lama, bila dah abis borong memasing, barulah rasa perut ni lapo kemain. port seterusnya untuk lunch adalah di Noodle Station. ada macam2 variety of mee ada dekat sini, tapi nasi jugak ada, jangan kecewa ye pada pencinta nasi. memang banyak ye outlet Noodle Station ni tapi memandangkan tika ni aku dengan BFF berada di Mid Valley, so dekat MV pun ada jugak ye.

I Love You Lemonade hahaha nama tu aku paling ingat sekali for Anis's drink ye. menu makanan pulak Springy Noodle with Beef Pastrami. as her review, sedap dan dia makan sampai licin. Portion nampak macam sikit je tapi memang kenyang bila makan. pingan je tu yang sekapal.

For me is Mocca Ice Blended lah...wajib pilih. makan pulak Mee Kari...sedap tidak mengecewakan sampai hirup2 kuah tu.

Reen jugak sama drink nya dengan saya, Mocca Ice Blended. not too sure apa makanan yang di order.

Mimie with her fav (katanyalah) Tomyam Fried Rice with drink not sure apa namanya. rasanya kalau sesuap aku kata memang best tapi kalau dah bersuap2 tu aku kata takmo dah. sebabnya ada perisa yang membuatkan aku rasa cepat muak.

My 2nd drinks is Hot Honey Lemon Tea. duduk melepak macam biasalah sampai 2 3 jam. meja lain silih berganti orangnya tapi tidak meja yang ini.

Wednesday, May 25, 2011

Project montaj + pre-wedding bermula

Sekarang ni kan memang dah jadi trend kot kalau nak kawin mesti kena ada pre-wedding dengan montaj masa nak kawin. klu takde itu dua benda macam tak urban orang kata. itu orang kata bukan aku kata, aku cuma mengikuti peredaran trend semasa je. dek nak ikutkan sama trend tu, dalam list wedding aku pun terlist jugak project ni. it's will be our sentimental value. mestilah kita nakkan kenangan sebelum mengtitlekan diri menjadi mrs nanti kannn. tak salah, as long as project ni still selamat bersama budget, bolehlah proceed.

Lokasi untuk project ni selepas tambah tolak bahagi sama rata, kita pilih untuk buat dekat Taman Tasik Perdana. awal2 pagi lagi sudah gigih untuk pegi taman, untuk mendapatkan mood waktu pagi ketika matahari terbit dengan cahaya yang cantiklah gamaknya. aku dengan Faizal diarahkan untuk memakai pakaian yang bewarna cerah2 untuk kelihatan kontra dengan alam sekeliling.

Mujurlah ada kawan yang memang buat kerja2 gini, so terus je appointed untuk project ni jugak. tengoklah dengan segala barang yang diangkut sekali ke dalam taman ni. tema for our montaj dengan pre-wedding adalah "Fairytale". so memang ada banyak belon2 dengan buih2 sabun beterbangan.

Lepas abis selesai je project kawin tu, kami buat project pecahkan belon pulak :) masa yang kami teruntukkan untuk project ni dari awal hingga selesai dapat segala CD adalah 2 bulan sebelum tarikh nikah.

Tuesday, May 24, 2011

Be a Stage user

Sebelum ni cuma lalu je, tak penah pulak nak masuk. sekarang ni rasa macam semangat tu tetiba je melonjak2 nak masuk. cuba apply dekat tangan muka, personally i like this product. most of the item aku dah beli accept brush lagi yang belum yang lain dahhhhhhhh. for the 1st time shopping dekat sini aku dah jadi member, tulah dia penangan Stage Makeup.

Selain boleh menjadi member, dengan setiap pembelian melebihi RM200, anda akan dapat voucher bernilai RM10. Stage akan memberi present pada setiap members yang menyambut birthday nanti which is makeover yang tak taulah berapa nilainya...best best best.




Stage jugak tak kurang hebatnya kalau nak di bandingkan dengan product2 lain yang ada sekarang ni. kalau tak, takkan boleh ada kedai yang besar dekat Mid Valley dengan Pavilion ni. dan sekarang Stage pun dah menapak di Tropicana jugak.


Okay sekarang ni Stage tengah jual murah semua itemnya tidak termasuk brush ye. murah2 saja...mari2 datang. dengarnya Stage will be change their product packaging, tu yang tengah lelong2 item yang sedia ada. harga murah tu serendah RM8 - RM12 sahaja. some item are buy 1 free 1 basis.

This is personal consultant for Stage product dekat MV ye. datang sana cari this lil cute guy ni namanya Edmund. he will be your personal consultant too.

Special Post

Hari ini dalam sejarah, aku telah menukar my header blog kepada sendiri punya header yang telah di cipta khas oleh cik ina dari http://inaachik.blogspot.com

Memang aku suka dan teruja sangat dengan hasilnya. terima kasih banyak2 kepada ina...aku tak tau berapa banyak terima kasih dah aku bagi dekat cik ina ni tapi aku tetap nak ucap terima kasih jugak. kalau nak tunggu aku buat header sendiri ni, memang takda yang menjadinya...seriously memang aku tak pandailah bidang2 ni.

Aku jugak nak ucap terima kasih kepada my BFF yang dah bagi komen tentang apa yang patut, perlu, tak perlu @ perasaan kacau pada preview sebelum ni. dari situ aku dapat perbaiki segala yang kurang tu jadi lebih, buruk tu jadi sedap mata memandang and apa yang dirasakan berguna untuk aku, aku akan perbaiki. aku memang suka komen2 korang, sharing is caring kan.

Last but not least, thanks a million to all of you.

Monday, May 23, 2011

Tron for movie day out

Manghaiiiiiiiii lamanya n3 ni aku peram...mau dah jadi tapai masam. tapi takpe, aku tetap nak taruk jugak dalam ini blog sebab nanti senanglah aku nak recall balik samada aku penah tengok citer ni ke tak. aku ni pelupa sikit.

Sebelum tengok movie kenalah isi perut dulu. ingat lagi masa ni aku juga sedang sibuk bz bee dengan hal2 kerja kawin untuk diri sendiri. tapi masa untuk beriadah jugak tetap ada. adalah sangat memenatkan untuk hal2 perkahwinan ni, so perlukan masa untuk rehat2kan minda dan badan juga. makan dulu di Popeye Wangsa Walk.

Bagi semangat membara teruja terpesona untuk menonton. budak2 memang suka ambil gambo dekat replika tu sampai aku pulak naik segan. segan bukan apa, semua orang dok tengok2 je replika tuh. memang pulak malam tu ramai jugak yang nak tengok mid night gamaknya.


Dua orang ni walaupun mata dah memang sembab2 je tapi tetap gigih demi Tron punya pasal. sebenarnya aku bukanlah nak tengok sangat, saja nak teman Faizal je. lepas tu aku bantai lelap tido dalam tu sampai abis citer.

This time no review lah....dah berabat pulak citer ni keluarkan. takde gunakan aku nak review2 lagi.