Thursday, June 30, 2011

Dinner @ A&W

Tiba2 teringin sangat nak minum rootbeer float dekat A&W tu...hati melonjak2 lagi. gembira pelawaan di sambut semesranya lagi dengan Faizal yang memang kemaruk dengan rootbeer float tuh. dah alang2 berada di JJ AU2, terus je terjah A&W dekat sana. rootbeer haruslah yang besar sorang satu sebab takmo share, dikuatiri tak cukup sebab aku je sekali sedut dah tinggal setengah gelas.

Dah memang sinonim rootbeer dengan A&W ni kan. sama jugaklah dengan hot dog dengan waffle sekali.

Ni dia orang suka makan dan makin membesar size nya. kalau dah sedap kena dengan selera, tak dipedulinya orang nak ambik gambo ke, terus senyap sambil tangan tak henti menyuap.

Kali terakhir aku makan A&W ni (tak lama sangat pung) dalam bulan lepas waktu lunch dengan office mate. kalau pegi dengan Faizal pulak, biasanya aku order float sahaja dengan 1 set combo...makan aku share je. bukan kedekut tapi takut membazir...

XXXtra Long Coney Dog

Lepas kerja terus singgah sini, makan kenyang2 sebelum balik rumah.

Erti sebuah...!!!

Sesuatu yang bernilai, haruslah di kongsi bersama walaupun nilainya kita akui tak seberapa malahan celah gigi saja. kerana sesuatu tu sudah pasti dari seseorang yang bernilai tinggi dalam hidup kita seharian. belum tentu lagi kita dapat nilai tu dari orang lain...yang penting keihlasan nilai tu sendiri.

Jangan melihat ke arah megah jika hanya membebankan diri sendiri. biarlah melihat ke arah biasa tapi mengembirakan hati. nak bermegah memang senang tapi ingat nak memegahkan diri sendiri tu payah. takkan selamanya nak hidup dalam kesempitan sumber.

Biarlah yang biasa supaya kita sentiasa sedar akan rendah dan tinggi duduk bangunnya. mungkin yang rendah tu nampak terlalu murah tapi pastikah yang tinggi tu mahal melambung. jangan yang rendah menjadi lupa bila dah tinggi pulak dan dah mula membanding2 antara keduanya.

Takda kena mengena antara yang hidup atau yang mati. cuma memperingatkan diri supaya jangan alpa, lebih menghargai, lebih menyayangi, lebih merindui keikhlasan diri.

Wednesday, June 29, 2011

Kehidupan selepas kawin

Dulu sebelum kawin, memang angan2 takmolah kawin awal sebab takut kehidupan biasa jadi luar biasa pulak. tapi memang aku kawin lewat pung, dah 3 series.

Dulu sebelum kawin, balik keja takdalah nak kisah makan ke tidak, kalau perut lapo siap2 makan dekat luar sebelum balik rumah. sekarang bila dah kawin, balik rumah dah kena pikir nak masak apa, takdalah nak makan dekat luar sesaja. tu baru makan, belum masuk pakai pulak.

Dulu sebelum kawin, baju seminggu sekali baru gosok, gosok pun baju sendiri2 je. sekarang bila dah kawin, dah jadi double pulak nak kena gosok.

Dulu sebelum kawin selalu jugak bangun lewat tapi takdalah sampai tengah hari. sekarang bila dah kawin, bangun lewat jugak ahakssss. tu je yang tak berubah aku rasa setakat ni.

Yang paling penting bagi aku, kehidupan selepas kawin ni tidak perlulah dibebani dengan hutang piutang. selepas majlis tu haruslah selesaikan bayaran2 yang belum selesai tu supaya kita boleh menyusun semula kehidupan baru ni. elakkan daripada rumah dah siap, tapi pahat berbunyi lagi.

Yang penting kesempurnaan hidup suami isteri dan keserasian bersama dalam membentuk kehidupan berkeluarga pulak.

Aku budak kampung

Eh korang tau tak nak beli bantal kekabu dekat mana?!!! ada jugak aku jumpa orang yang jual bantal kekabu tu dekat Seremban, siap berhenti tanya berapa harga...rm21 untuk sebijik bantal biasa yang kita tidur tu. aku tak beli pung coz aku rasa macam mahal tapi tak tahulah sebenarnya harga berapa sebab aku tak penah beli bantal kekabu selama ni. korang rasa dekat mana aku boleh dapatkan bantal kekabu yang dah siap ye, yang boleh beli...sampai umah pakaikan sarung terus boleh pakai tido. laki mak malas nak jahit2 sarung bantal ni, katanya dewa menjahit tak turun lagi muahahahaha. ataupung adakah harga rm21 tu sebenarnya harga murah. tolong ye kawan2...

Tuesday, June 28, 2011

Gediksss pulak

dengan sepupu yang tudung pink, yang baju coklat tu my ipar jugaklah gayanya, dengan anak buah belah sepupu

dengan anak2 buah sendiri punya

aku tak tau pulak ni tangan sapa, layan jelah

finally, we are together berdua

nanti kita beramai2 macam ni pulak ahaksss

Selamat sudah...

Alhamdulillah selamat semuanya, dengan kini rasmilah sudah aku menjadi suami orang hemmmmmm, kata mamat ni dalam hati

Doa kesyukuran selamat selesai yang wajibnya. sign semua borang yang ada diunjuk tok kadi.

Upacara pembatalan air sembahyang, apa lagi acara sarung cincin la pulak...
u sarung cincin untuk ai, ai sarung cincin untuk u ahakssss

Dah sah kan...apa ada hal
tengoklah penuh satu muka aku kena cover dengan tangan mamat nih

Monday, June 27, 2011

Majlis yang di nanti, hati berdebar2

Acara akad nikah berlangsung pada sebelah malam pada 24th Disember 2010, ala2 Christmas eve gitu. dan hari ni jugak genap setahun aku jadi tunangan orang dan akan bergelar isteri orang pulak. kejab je masa berlalu, rasanya baru je majlis ni berlangsung ahaksssss. malam yang mendebarkan wink wink winkkkkkkkk.

Masa ni tok kadi tu tengah baca khutbah, lama sangat...rasanya mau sejam aku duduk teleku tegak gitu. kaki waktu tu dah semut2 kaku weh. badan rasa macam nak bersandar je rasanya... yang baju melayu putih membelakangkan camera tu arwah ayah bersama my bro.

Saya di nikahkan dekat rumah saja selepas solat isyak pada hari jumaat. acara memang totally ikut budaya kampung2 lah, itu permintaan arwah ayah jugak. aku ikut je, kan ni majlis anak bongsu dia jugak.

Tengah berdebar2 ni menunggu rombongan keluarga pengantin lelaki tiba. syukur alhamdulillah rombongan sampai seperti yang di rancang. mujur home stay untuk rombongan pengantin lelaki memang tak jauh dari rumah pun...takda alasan nak lewat pung.

Aku terima nikahnya...ahhhhaaaaa semputttt

Akhirnya aku selamat dinikahkan dengan 2 kali lafas. kalau nak ikutkan lafas yang pertama memang takda masalah tapi tok kadi tu mintak ulang semula. mungkin laju sangat ayatnya tak berapa jelas dek telinganya. si Faizal masa tu aku tengok peluh dah merembeh keluar. yang dekat belakang tu semua ahli keluarga aku dengan Faizal jugak sebab rombongan pengantin lelaki memang ramai malam tu yang tiba. 2 khemah makan untuk mereka2 je.

Raikan CINTA

Bukanlah cupcake aku pun tapi aku dapat dari officemate yang sambut wedding anniversary nya hari ni.

Happy Anniversary ya. Semoga kehidupan anda berdua sentiasa aman dan damai selalu, sayang dan cinta sentiasa. Semoga bertambah lagi zuriat buat peneman yang sorang tu ye...insyaAllah

Trend office aku sekarang ni, bila wedding anniversary je dapat cupcake. macam last year aku biasa dapat coklat je, tapi apa2 pun kawan2 jugak untung perut tekak dapat merasa.

Sunday, June 26, 2011

Breakfast untuk cinta kasihku

Jumaat lepas, pepagi lagi dah terkejut...rasa macam tak percaya pun ada jugak. bila pegi dapur nak makan multivitamin, dah nampak ada sesuatu yang pelik je. biasanya aku bawak jugak bekal sarapan pagi dari rumah cuma ari tu takda pulak rasanya aku sediakan bekal sarapan pagi. macam mana pulak bekas bekal dah sedia. rupanya cik abg comeiiiiiii bulat kita sediakan sarapan pagi untuk bininya bawak bekal pagi tuh. dah siap taruk dalam bag bekal lagi huhuhuhuhu terharunya...rasa macam nak menitik ayor mata nih.

Ni dia sarapan pagi yang Faizal sediakan untuk aku, walaupun burger je dengan air white coffee tapi cukup untuk buat aku kenyang banggat. burger dia beli je selepas balik kerja malamnya. white coffee tu pulak dia buat sebelum masuk tido, still panas berasap lagi bila aku minum pagi tu.

Burger daging special sampai boleh aku share dengan orang lain jugak sebab besar sangat, tak larat nak abiskan sorang.

Final preparation

Untung bila ada ramai assistant ni, senang je nak suruh buat itu ini. tengok mandor tengah buat checking, jangan main2 mandor tu garang dowhhhhhhh.

my mini pelamin for akad nikah nanti

my pelamin masa bersanding nanti

proses masukkan door gift dalam paper bag

Saturday, June 25, 2011

Yang paling penting

Tempat yang paling penting kena pegi sebelum balik kg. selesai je pegi tempat ni bolehlah balik kg dengan riangnya sambil menunggu hari2 yang bakal mendebarkan.

tengok paper bag pun dah tau kan ai pegi mana...of course juga dah tau untuk apa ye kannnnn

beli baju melayu untuk arwah ayah (masa majlis ni, arwah masih ada lagi), color mestilah merah menyala

siap belikan butang baju melayu bagi arwah nampak hensem sambil2 tu pilih sekali untuk Faizal punya baju nikah

Kasut nikah pulak

Nak marah pun tak boleh...apa pun tak boleh, jadi geram je yang boleh. boleh pulak mamat ni cakap dia tak beli lagi kasut untuk nikah dan bersanding nanti. dahlah memang hari tu jugak kami dah nak balik kg. seingat aku, memang aku ada suruh dia pegi cari kasut nikah sebab dah tentulah office dekat je dengan One Utama tu kan. gerammmmmm betul dibuatnya. alasan, memang busy dengan keja, tak sempat nak pegi pun shopping. okaylah boleh diterima sebab aku pun sama busy sebelum cuti panjang untuk kawin.

cari last minutes macam nilah jadinya. size pun susah nak jumpa

barang dia biar dia pilih sendiri, aku duduk senang lenang je

makan cepat2, senang ambik fast food je sebab lepas ni kena beli barang yang paling penting pulak. tak boleh nak buang masa, sebab waktu ni dah 4pm untuk lunch kami. apa yang penting tu...tungguuuuuuu