Wednesday, August 31, 2011

Flaming Steamboat lagi

Best punya pasal...tak tau ni dah kali ke berapa pegi makan dekat Falming Steamboat nih...

Kali ni aku pegi berbuka puasa pulak...pada aku sama je makanannya walaupun pada bulan Ramadhan ni. takpelah layan je sampai perut hampir nak pecah.

Thanks Faizal temankan binimu ni nak makan dekat sini...walaupun hakikatnya u pun nak jugak kannnnn

RINDU

Cuba untuk menghilangkan perasaan ni tapi tak mampu. setiap perbuatan, kata2, keadaan sekeliling akan membuatkan aku bertambah RINDU.

Sibukkan diri dengan kerja seharian di rumah mahupun di office, tapi tetap tak mampu jugak untuk menghindari dari rasa RINDU itu datang.

Kekasih kawan malahan suami sekalipun masih boleh di cari ganti tapi tidak pada seorang ini, takde yang boleh menggantikan tempatnya apa lagi setanding dengannya di hati ku. walaupun Allah menggantikan tempatnya dengan seorang lagi insan yang aku sayang tapi RINDU masih menebal buatnya.

Adakala seperti tak mampu nak balik ke rumah, setiap sudut pasti ada kenangan yang tinggal dan tak mampu melenyapkan RINDU itu.

Setiap saat teringat terkenang cuma Al Fatihah je yang mampu diberi, setiap solat tak pernah tinggal dari mendoakan dan menyedekahkan bekalan untuknya selagi nyawa di kandung badan insyaAllah. itu je yang buatkan aku lega dari perasaan RINDU.

Mempunyai hobi yang sama membuatkan RINDU bertambah/berkurang adakalanya memberangsangkan semangat untuk terus meRINDUinya.

Semakin Ramadhan pergi semakin menebal perasaan RINDU itu kepadanya. kerna ku tau dia sentiasa ada bersama2 sepanjang Ramadhan ini. selalu berharap agar Syawal takkan menjelang agar lebih lama lagi dia bersamaku. Syawal kali ni tidak memberikan aku makna apa2 lagi, takda tanah kuburmu untuk dilawati apatah lagi tanda ingatan. yang kekal hanyalah kenangan bersama. mujur pusara mama masih mampu dilawati tapi RINDU lagi sebab setiap kali ke pusara mama, dia pasti ada bersama. kali ini tdak lagi, cuma suami sebagai pengganti. raya tetap raya tapi masih rasa sepi...sepi seorang peRINDU.

Tuesday, August 30, 2011

The Manhattan Fiash Market di Sogo

Back dated waktu kejadian, ingat dekat Sogo takde pasar ikan ker...adoooooo.

Pegi Sogo sebab nak shopping dekat Jalan TAR, parking kete dekat sini...tapi waktu aku sampai memang dah masuk waktu berbuka. punyalah ramai orang dekat dalam Sogo tu sambil bersidai tepi2 dinding untuk berbuka. apa lagi aku dengan Faizal just beli air and jalan terus ke Jalan TAR, tak lalulah nak bersidai2 sama ni.

After penat berjalan cari barang, barulah kami balik ke SOGO semula untuk cari tempat makan. tak payah nak congak makan dekat mane, memang dalam kepala dah plan nak makan dekat sini je, pasar ikan.

Muka mamat ni alahai...lepas balik dari surau. terpaksa pegi bergilir sebab nak dapatkan tempat duduk. boleh tahan ramai jugak orang nak makan dekat sini, okay giliran aku pulak ke surau dalam Sogo nuh...bismillah

cream mushroom light

iced lemon tea

Dah lama rasanya tak makan dekat sini, last makan pun dekat Sogo jugak dengan kawan2 office. dekat Sogo, ni saja my fav tempat untuk makan pun...

flames mushroom

flames giant platter

Tak abis pun flames giant platter tu, banyak sangat or bulan Ramadhan ni berkat agaknya. makan sikit je perut dah kenyang bangat. tapau bawak balik, sahur nanti boleh sambung makan balik.

Suasana malam raya

Sayu hati bila terdengar alunan takbir bergema, tengok sekeliling seperti ada kekurangan, seperti tidak lengkap rasanya sekelian yang ada. mata tu sentiasa berkaca, hati rasa macam nak pecah menanggung perasaan yang terlampau rindu. terbayang2 lagi dimata, selalunya waktu ni kami semuanya gembira bersama berkumpul bertakbir ramai2. tapi kali ni agak lain, semuanya seperti mulut terkunci...gembira tu tak berapa tergambar di mata.

Biasanya selepas selesai orang takbir dari rumah ke rumah, kami mulalah dengan planning shopping pulak. mencari kuih raya setiap malam raya adalah yang paling happening sekali dekat sini. memang ramai sesaklah orang lain pun sama jugak membeli. tapi taklah semuanya pegi, ada yang tinggal dekat rumah menjaga ketupat yang tengah bertenggek atas api di belakang rumah. malam tadi, suasana tu masih seperti biasa tapi masih terasa kekurangan jugak...arwah ayah memang suka mengikut kami mencari kuih raya. masa tu jugak akan bawak dia shopping baju kemeja kasut sampai capal raya pun sekali. tapi kini dah takda lagi...terasa canggong pulak tak membeli apa2.

Aku sampai di rumah ayah seperti biasa selepas berbuka. Faizal kerja sampai 6pm...aku terus je buat juadah berbuka. lepas berbuka, solat barulah bergerak balik NS. alangkah bestnya bila dapat berbuka secara berjemaah dekat rumah ayah, berebut2 makanan dengan anak2 buah + dapat makan sedap2 ikut selera tekak masing2 sebab waktu ni sebut je nak makan apa, pasti permintaan akan ditunaikan. tapi maaf semua, daku terpaksa melepaskan moment tu, ikutkan hati nak je balik dulu tapi...

Juadah untuk pagi raya pun dah dalam proses masak semuanya. biasanya aku dengan abang kena anyam ketupat, takpe memang suka je kerja2 mengayam ni. dapat buat dalam 100 sarung tu pun dah kira banyak. kakak2 pulak sibuk buat rendang...rendang kami memang special punye sebab kami tak guna daging atau ayam tapi kami guna haiwan exotic. hihihi suspend tak...hihihi jangan begitu, biasanya kami masak rendang rusa/kijang/landak kalau ada rezeki dapatlah makan rendang ayam hutan. abang2 pulak punya hobi memburu, memang pakat bawak balik senapang patah memasing. ayam beli kedai biasanya kami buat masak lemak cili padi untuk juadah berbuka. anak2 remaja semuanya kena kerah buat rencah2 untuk kuah kacang dari proses mengoreng kacang sampailah tumbuk, unsur nak membuli kene tumbuk pakai lesung batu...takdenya dapat pakai blender. rebus merebus ketupat tu kerja orang2 anak2 lelaki, dari proses masukkan beras sampailah mengantung ketupat, takde sapa yang nak buat selain mereka2 ni. anak2 kecik apa lagi kerja mereka...memekak terjerit2 satu rumah bergema suara, lepas tu berkejar2 luar dalam rumah. yang besar sikit sibuk main bunga api dengan mercun dekat luar...yang pasti jauh dari rumah dengan kenderaan yang memang dah penuh halaman. yang perakal kena pantau adik2 sebab budak kecik tau main je, bukannya boleh pikir bahaya.

Tapi keadaan ni semua masih lagi tak mampu menghilangkan rasa kehilangan kerinduan...seperti terbayang2 di mata kelibatnya melihat anak2. kami tetap balik ke rumah ayah walaupun ayah dah tak menunggu kami lagi, kami tetap bersama di sini walaupun ayah tiada lagi sebab ayah sentiasa hidup dalam hati kami... tak terjawab rasanya bila anak2 kecik sibuk bertanya "bila atuk nak balik...besok dah raya..."

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri



Buat semua yang mengenali kami - family, saudara mara, sahabat handai dan rakan2 di alam maya.