Friday, September 30, 2011

Pancake

Nak ker...?!!! boleh tapiiiii pie beli barang dulu.

Apa!!! mahal ker...taklah mahal sangat, bolehlah buat makan seisi keluarga.

Nampak macam buruk je kannn tapi don't play2....its soft and yummy okay.

Jomlah buat pancake bersama di dapur sendiri...apa nak resepi, takpe ikut je resepi yang ada belakang kotak tu, jadilah. ahkak pun ikut yang sama jugak. lepas tu nak bagi memberangsangkan, ahkak teruklah madu bermadu...selamat malam

Thursday, September 29, 2011

Oats baik untuk kesihatan jantung

Banyak betul kebaikan oats ni kan...takkanlah korang tak tau kan. sekarang ni oat pulak di transform kepada pelbagai cara, boleh dicampur dalam masakan, cookies dan macam2 lagi. aku kalau oats ni memang suka masak bubur, siap campur ayam ke udang ke atau cendawan...sedappp. tapi kali ni aku nak gunakan oats dalam masakan rendang ayam pulak, takmo dah pakai kerisik ni...dalam masa yang sama dapat membantu Faizal untuk mengawal tahap diabetic nya tuh.

antara barang yang sempat sambar je petang tadi, tak dan nak memilih lagi...azan magrib dah memanggil

ayam

daun kunyit

santan rendah lemak - aku tengah membantu dalam mengawal berat badan suami

pes rendang

quaker oats

goreng oats hingga garing

dalam kuali lain pulak, masukkan pes rendang dan isi ayam

masukkan santan dan didihkan, kacau perlahan

selepas itu barulah masukkan oats goreng tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat atau kering

aku suka kering, so jadilah rendang ayam oats yang baik untuk kesihatan jantung kita hihihih...macam promo iklan pulak

siap dengan sup sayur okay...babaiiiii

Wednesday, September 28, 2011

Udang goreng sos tomyam

Petang semalam aku memasak resepi ikut apa yang ada dalam ice gobok...selongkar jumpalah udang yang tak berapa nak banyak lagi. masak udang jelah gamaknya sebab cepat lembut walaupun baru keluar dari ice gobok sejuk beku tu ketika baru balik kereja. bolehlah masak kot, sebelum tu check dulu barang2...ingat di hati nak buat goreng sos tomyam saja.

Bahan A
udang kena ada, size sederhana...kalau ada besar2 pun bisa
garam
chili flakes
telur putih sahaja
tepung jagung

Bahan B
bawang besar - tumbuk
bawang putih - tumbuk
cili hijau nak kemerahan - sebab tu je yang aku ada - tumbuk
cili padi - tumbuk
pes tomyam - tak snap sebab pes tak sampai lagi, order dengan laki mintak belikan
jus limau kasturi
hirisan daun limau purut - dah kering daun tu tapi aku simpan jugak
tomato cherry

Gaul semua bahan A kecuali udang sehingga sebati, dah tu barulah kacau bersama udang pulak. goreng udang sekejab dan angkat ke tepi. gorengkan bahan tumbuk sehingga garing, kemudian masukkan pes tomyam...kacau sehingga naik bau. masukkan air, tomato dan daun limau purut...kacau rata. tambahkan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam. selepas tu masukkan udang tadi dan kacau rata, boleh jugak kalau nak buat agak berkuah, aku lebih suka kering2 gini...ikut suka tekak memasinglah ye.

Monday, September 26, 2011

Buku oh buku

Setiap tahun saya tak pernah miss untuk pergi ke pesta buku dekat PWTC tu. walaupun kadang kala tak membeli apa2 buku pun di sebabkan mungkin waktu tu ongkos tiada tapi mesti nak pergi jugak, dapat pegang buku dengan berjumpa writer2 yang turun padang pun dah cukup puas rasanya. pesta buku yang lepas, saya ada beli beberapa buku tapi tak banyaklah, bolehlah dari takde langsung.

4 buah buku je yang berjaya di rembat

Nyanyian Syahdu (dah abis baca) dengan Irama Semalam (dalam proses membaca)

Juara Carta Cinta dengan Biar Jadi Kaktus

Pada hari yang sama jugak, saya terjumpa pulak jualan buku dekat ruang legar The Mall, singgah jugak gamaknya. saja belek2 kot2 ada yang berkenan di hati. memang ada pun...

Fruit and Nutcase

Asking for Trouble

Supreme Overload Penelope

Vinegar Street

Dandelion & Bobcat

yang Faizal sibuk nak beli, boleh main dengan anak2 buah nanti

Friday, September 23, 2011

Green Lantern

Makin banyak pulak citer superhero yang keluar dekat pawagam sekarang ni kan...ermmm memang haruslah jugak list nak tengok wayang memuncak. cerita yang aku dengan Faizal tunggu2 sangat nak tengok...Green Lantern



Green Lantern adalah filem superhero memaparkan kisah seorang lelaki biasa bertukar menjadi hero dengan kuasa luar biasa. Kuasa Green Lantern dari cincin hijau yang dipakai di tangan kanannya. Lelaki ini adalah Hal Jordan, juruterbang Tentera Udara Amerika bertugas sebagai test pilot.

Sebelum berubah menjadi seorang Green Lantern, Hal Jordan adalah seorang juruterbang yang angkuh, suka cakap besar dan mempunyai ego yang tinggi.

Bermula dengan organisasi Green Lantern Corps yang diserang oleh makhluk asing bercahaya kuning yang ingin merampas kuasa dan menewaskan Abin Sur iaitu pahlawan green lantern yang dilantik untuk menjaga keamanan Corps. Hal Jordan menggantikan tempat Abin Sur dan perlu menewaskan makhluk asing tersebut dari menghancurkan bumi.

Sardin masak kicap

Kenal ini tin...ari ni kita makan sardin je ye. maklumlah dah ujung2 bulan ni, lepas raya pulak tu...lagilah laku makanan ni kan. tapi kali ni aku tak nak makan sardin biasa2 je, nak cuba masak cara lain pulak...ubah selera katakan walaupun hanya menggunakan sardin, wahhhhh macam yoyo je. selalunya orang bila tengok sardin ni sinonim dengan masak sambal atau kari sardin tapi kali ni aku nak cuba masak dengan kicap pulak.

bawang merah, bawang putih dan halia di hiris...halia tu memang aku sengaja potong gitu sebab boleh buat gigit2 sambil buang angin

bawang besar dengan cili padi ikut tahap kepedasan - di mayang

dah masak kicap tentulah kena ada kicap

air asam jawa gaul sendiri - aku dah lama nak cari asam jawa cap adabi tu, senang kan dah siap tinggal masak je lagi...tapi nak cari dekat kedai mana ek?

goreng semua bahan hiris dengan minyak

selepas naik bau masukkan kicap

akhir sekali masukkan sardin dengan sosnya sekali, air asam jawa dan perasa dengan garam

Siap dah...tetiba nampak bawang je yang penuh, sardin kena timbun. aku memang suka bawang besar tu, taruk banyak2 pun takpe kekdahnya. makan bersama dengan nasi panas2 berasap tuh...perhhhhhh

sambal colek tetap kena ada, dah tekak melayu kan

dengan ayam goreng jugak

Thursday, September 22, 2011

Sharing is caring at Pak Li Kopitiam

Laki : Maaf ye kalau i tanye? Memang orang tu suka buat macam tu ke...?!!

Bini : As u know la...

Laki : Yelah tapi macam tak .......... langsung bila orang tu macam tu, jatuhkan air muka orang ni pulak

Bini : No comment la, i tak tau

Laki : I nak pesan dengan u ney, u jangan buat macam tu tau. Tak baik...sama2 jaga ye

Bini : Yelah bee, i janji

roti bakar

honey lemon

There always something that you have to share only with you partners.

Bila laki pulak yang shopping sakan

Lepas raya ni biasanya takdanya lagi nak pegi shopping kan sebab ongkos dah perabis masa raya ari tuh...termasuklah aku hahaha. tapi tidak pulak bagi my laki si Faizal, lepas raya nilah dia sakan shopping pulak. sakan taklah sakan sangat tapi banyak jugak dia membeli untuk diri sendiri. yang pasti penat sungguh aku mengikutnya shopping, nak beli bebaju dia ni je ambik masa sampai 3 hari terturut2. gila betikkan shopping baju sampai 3 hari berturut2, bukan apa...ingat senang nak cari size comel macam my laki tu. tu yang aku selalu amalkan konsep bila jumpa je baju yang dia boleh pakai, memang sah2 aku rempat.

hari pertama borongan

hari ke dua borongan

hari ke tiga borongan

Walaupun helainya taklah banyak mana tapi harganya aku agak2 boleh dapat berganda baju aku gamaknya. baju lelaki ni mahal2 jugak kan, dahlah design sama je tapi humangaiiiiiiiiiiii mak boleh pitam tengok regernya yang mampu merentapkan saluran pernafasan ku... takpalah dia bukan selalu pun shopping sendiri, biasanya every month aku je yang belikan baju untuk dia + aku jugak, kira sama2 dapat baju barulah. takpakan macam tu, sekarang beli baju laki...besok dah ada anak beli baju untuk anak pulak ahakssssssssss

Wednesday, September 21, 2011

Kuali Ikea vs TupperChef Tupperware

Nak citer pasal kuali la...tingat kuali dekat rumah arwah ayah tu, punyalah lama sebab kuali tu lebih tua dari aku tau tapi sampai sekarang masih elok lagi takda pulak berkarat bocor. bukannya ada brand mahal pun cuma brand cap ayam je tapi quality memang terjamin hebat. sekarang ni susah nak cari kan kuali macam tu, teringin jugak nak ada satu dekat rumah, nak pegi cari dekat kedai hardware cinalah...manalah tau ada pulak.

Kuali ni aku beli dekat Ikea okay, di ulang sekali lagi IKEA. ko tengoklah apa dah jadi, warnanya tertanggal lepas tu berkarat lagi. taulah harga masa aku beli ni memang tak mahal mana, cuma RM20 hengget je tapi quality memang teruklah. taklah regret sangat sebab harga tak mahal tapi ralat jugak sebab tak puas pakai pun. rasanya tak sampai setahun pun lagi aku pakai dah jadi gini pulak keadaannya. sekarang ni aku buat tempat simpan buah2 je tapi aku lapiklah surat khabar dekat atasnya. nak buang sayang, kata nak cukupkan setahun usianya di rumah ni kan.

Sebab benggang sangat dengan kuali Ikea yang berkarat tu, aku terus bertukar kepada kuali TupperChef dari Tupperware. memang puas hati sangat walaupun harganya memang mahal RM459 tapi masa aku beli tengah ada harga promo RM390.20 je, berbaloi untuk pakai sampai anak cucu nanti insyaAllah. kuali ni pun boleh menjadi oven jugak, bolehlah nak masak pizza atau kek dalam kuali ni je. cirinya seperti;

1. Pemanasan yg sekata dan berterusan- Mengelakkan makanan hangus ditempat2 tertentu sahaja.
2. Makanan cepat dimasak dgn pemanasan yg sederhana. Cth. Jika memasak rendang menggunakan kuali biasa akan mengambil masa sehingga 1 jam. Tetapi dgn TupperChef Wok anda jimat 30 minit. Menjimatkan gas anda!
3. Stainless Steel Body -Direkabentuk khas untuk 'contemporary cooking'.
4. Penutup dan tombol yg unik direka dgn ciri2 stim.
5. Pemegang dan tombol yg tahan panas.

Akhirnya dapat jugak aku beli kuali ni yang memang dah lama aku idamkan...hahaha kelas kan, orang idamkan rumah besar, kereta besar tapi aku cuma idamkan kuali besar je.

Cucur badak untuk sarapan pagi

Kenal tak kuih cucur badak ni apa dia, janganlah tak kenal pulak ek, ni kuih lama...mak2 kita dulu mesti pandai buat kuih ni. sedapppppp dalam ada inti kelapa goreng pedas2 memang mabeles lah bila pekena pulak dengan teh o panas2 berasap.

Selamat pegi semua...jemputlah sarapan sekali ye

Tuesday, September 20, 2011

Pekena William SS2 untuk sahur

Besok insyaAllah sambung puasa lagi, so sahur dekat William SS2.

yang ni tak tau nama apalah tapi rasanya memang sedap...lamb tu

tengah malam dah ni, tu yang mula toya je

macam biasa air share berdua segelas laici + rebina

Yang ni je aku makan untuk sahur, potato tu memang besar sangat grill dan ada feeding dalamnya cecah bersama sos tah apa namanya tapi sedap. onion ring besar besar dan sedap puas terasa betul onion nya.