Friday, October 28, 2011

Rendang daging

Dah orang nogori kan...rendang merendang ni memang juadah wajib ada setiap minggu...nak2 pulak kalau balik berkumpul anak beranak tu kan, hualaweiiiii meriah. bersempena hari ni hari jumaat, aku masak pagi tadi rendang ni untuk juadah makan lunch nanti (laki ahkak nak bawak bekal rendang pulak). bahan2 memang dah ada, tu yang sempat je nak merendang bagai. ala rendang simple je, cepat nak masak pun.


Bahan2;
1. Daging
2. Santan
3. Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas & serai di kisar
4. Kerisik
5. Daun kunyit
6. Garam

Cara memasak;
1. Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan kisar. kemudian masukkan daging dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan santan dan biarkan sehingga separuh kering. selepas itu masukkan kerisik dan kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan taburkan dengan hirisan daun kunyit. lepas tu bolehlah hidangkan.

Thursday, October 27, 2011

Kisah hati ini menjelang haji

Perasaan yang sama aku rasa dalam 3 tahun yang lepas, perasaan yang mana hati ni risau, rindu sangat2 pada orang yang jauh. terasa kehilangan yang sekejab je sebenarnya tapi alahaiiii lamanya aku rasa. kali pertama jugak terasa aku keseorangan di kala semua orang dok berkumpul di pagi raya. walaupun bersama ahli keluarga yang lain tapi seperti ada kekurangan di situ. sunyi sepi, knowing him yang memang ada gurau sendanya terasa amat kekosongan. inilah kenangan arwah ayah semasa pergi menunaikan haji 3 tahun yang lepas. sekiranya umur panjang, dah tentu tahun ini ayah pergi lagi menunaikan haji untuk kali ke 2 tapi tak kesampaian jua.

25th Oct, aku ke airport lagi menghantar BIL untuk menunaikan haji untuk kali ke 2, sekali lagi hati terasa sayu sangat bila masuk je departure area dekat KLIA nih. dari dalam perjalanan lagi hati dah sayu, sunyi sepi...macam biasa Faizal pun takkan cakap banyak, macam dia pun tau yang bininya tengah melayan perasaan. airport ni secara tak langsung menyimpan segala memory terakhir bersama orang yang TERsayang dalam hidup. macam dapat gambaran ulang tayang detik2 perpisahan dalam bulan 3 yang lepas sewaktu arwah ayah pegi menunaikan umrah. perginya ke tanah suciMu, takkan pernah kembali lagi. kalau hati dah rindu, semuanya sayu belaka.

Selamat pegi selamat kembali BIL ku...kami semua menanti kepulangan mu. sampaikan salam kami pada rumah Allah yang menjadi kerinduan abadi di hati. pergilah tunaikan ibadat mu dengan penuh keimanan di dada, semoga dikurniakan haji yang mabrur.

Aku sentiasa berdoa, sesungguhnya berdoa semoga aku juga berpeluang untuk mengunjungi rumah MU yang mulia ini. permudahkanlah jalan ku, perluaskanlah rezeki ku supaya aku mampu menjadi tetamu MU suatu hari nanti bersama keluarga. Amin...

Tuesday, October 18, 2011

Bihun soto + bergedil...yang simple2 je

Teringin nak makan bihun soto, jadinya sempat singgah kedai beli bahan2 untuk masak bihun soto untuk makan malam ni. capai jelah apa yang ada dekat kedai tu, segala rempah ratus yang ada...dah namanya tetiba teringin kan.

Soto ni yang pentingnya kena ada sup, jadinya meh kita masak sup dulu. Didihkan air, masukkan ayam yang telah dibersihkan bersama halia dengan bawang.

Sementara tu, tumiskan serai, bawang merah, halia, lengkuas, bunga lawang, bunga cengkih dan perencah soto sehingga wangi. bila dah naik bau, masukkan ke dalam sup tadi. masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Kacau rata sehingga masak dan angkat.

Untuk buat cili kicap pulak: campurkan cili padi kisar dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.

Bergedil : satukan kesemua bahan2 (daging cincang, kentang yang dah dilenyek, telur, serbuk lada hitam dan garam) dan bentukkan bulat2. goreng bergedil hingga keperangan dan masak dalamnya.

Bila nak makan tu, hiaslah dengan daun bawang dan bawang goreng. ayam tu aku tak carik2 pun sebab Faizal lebih suka makan macam tu saja.

Monday, October 10, 2011

Aktiviti sekali harung

Malam yang agak sibuk dengan agenda acara berdua. bukannya senang nak bersama bermesra berdua gini gitu tau, ahkak memang appreciate lah moment macam ni walaupun sekejapan saja.

minum kopi memang acara wajib

lepas tu pegi nonton2 pulak

akhir sekali pegi hantar si camar putih bersiram

Semuanya dilakukan pada satu malam yang di rasakan agak special jugaklah untuk kami berdua.

Monday, October 3, 2011

Libas...

Ada ke dikalangan korang yang pegi menonton citer Libas nih?!! sekali tengok preview nya dah macam Shaolin Soccer pun ada cuma versi melayu ni guna sepak takraw. yang membuatkan ada jugak perasaan nak menonton tu sebab ada tag "Filem Aksi Komikal" so dah tentulah banyak tak logik dari logik ye dak...menarik tuh. cerita ni pun lawak je manjang dari mula cerita sampai akhir, haruslah ahkak bawak tisu siap2, nak kesat air mata punca gelak banyak.

So sharelah review korang yang dah menonton tu, best tak?!!!