Wednesday, November 9, 2011

Nasi Ayam Gemas Mustafa

Banyak kenangan aku dengan arwah ayah dekat Pekan Gemas ni, kakak dengan abang aku yang sulung sempatlah sekolah dekat STAR Gemas tu. Gemas kedudukannya adalah sempadan dengan Segamat Johor, kiranya ada Gemas, Negeri Sembilan dan Gemas Johor. kalau nak ke Johor dari sini memang dekat je. dulu masa kecik2 ayah suka bawak aku makan dekat dengan station keretapi Gemas, memang famous station ni sebab semua train yang nak ke pantai timur mesti interchange di station ini. pekan ni kecik je ala pekan koboi gamaknya tapi best, barang2 dekat sini murah2 je. Ari ni aku cuti, terpaksa ambik cuti pun sebab kena hadirkan diri ke Pejabat Tanah di Gemas atas urusan penting keluarga.

Inilah kedai Nasi Ayam Mustafa yang famous dekat Gemas tu, dulu setiap kali balik sini...mesti ayah bawak pegi makan nasi ayam ni. memang tak dibaginya anak2 masak, ajak terus makan dekat sini...memalam lagi dah rancang. kedai ni dekat sangat dengan station bus Gemas, tak payah nak susah2 pakai GPS pun. kedai ni memang penuh sepanjang masa...masa aku + adik beradik serbu pun kena tunggu 15mins untuk nak dapat tempat duduk je. yang membungkus jangan dikiralah, line tak pernah abis, asyik panjang je. suasana ni memang selalu berlaku sekiranya kita selalu makan dekat sini. selama aku makan dekat kedai ni, belum pernah aku tengok tak penuh dengan pelanggan. aku tak pernah ajak Faizal datang sini lagi, Gemas pun mamat ni tak pernah jejak...since aku sorang je bersama sibling, ku tapaukan satu untuk dia jugak. nak bagi dia rasa, lepas ni mesti cepat je dia ajak aku pegi makan dekat kedainya pulak hahahahaha.

nasinya yang lembut, ada rasa rempah ratusnya sekali

ayam

sup yang memang sedap...berhirup licin akhirnya



Ada jugak branch dekat Semenyih, Segamat, Melaka dan Senawang (tak taulah kalau ada lagi dekat tempat2 lain), yang dekat Senawang tu pernah mencuba sekali. tapiiiiiii tetaplah yang dekat Gemas tu paling best sekali...perbezaan rasa kenikmatan yang ketara okay.