Thursday, January 26, 2012

My Homemade Spaghetti Tomato Sauce

Penat badan rasanya selepas 2 hari berada di bandar bersejarah, Melaka. kami ke sana just untuk bercuti je sempena birthday Faizal. semalam around 5pm aku dengan Faizal selamat sampai di rumah. memang penat badan2 ni tapi nak keluar semula untuk dinner memang takdelah nampak gayanya. plan masak yang simple2 dan yang penting cepat je. nak masak nasi berlauk tu lupakan je, takpe kali ni masak spaghetti sudah.

Rebus spaghetti dalam air mendidih sehingga lembut, jangan lupa letakkan garam semasa merebus tu. toskan dan gaul dengan sedikit planta.

Panaskan olive oil, tumiskan bawang besar, bawang putih dan oregano leaf sehingga naik bau. masukkan sauce tomato yang hak dalam tin tu dan tumiskan sehingga mendidih. kemudian masukkan black pepper dan sosej yang di potong bulat2, masak sehingga pekat.

Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul rata. bila dah sekata tu angkat masuk pinggan sudah dan bolehlah ngap ngap...

senang dan cepat kan, selamat mencuba

Wednesday, January 25, 2012

My Homemade Daging & Cendawan Tumis TomYam

Tak tau nak masak apa untuk dinner malam tadi, selongkar ais gobok, jumpa pulak daging. bolehlah masak saja daging ni dari simpan lebih lama nanti tak elok pulakkan. ada pulak cendawan dalam tin, ingat nak buat tom yam macam tak cukup bahan pulak...so jadilah masak tumis tomyam saja.

Kalau dah masak daging tentulah bahan utamanya daging kan, hiris nipis dan toskan. panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga naik bau. kemudian masukkan cili padi, pes tomyam dan sos tiram. kacau dan kacau lagi kemudian masukkan daging, tambahkan sedikit air untuk empukkan daging.

Bila daging tu dah empuk, masukkan cendawan, bawang besar dan sedikit gula. kacau lagi sehingga kuah menjadi pekat. masukkan sos ikan secukup rasa. masukkan jus limau nipis dan kacau lagi sehingga masak. biasanya aku memang tak letak garam kalau dah letak sos ikan sebab sos ikan tu memang dah masin. okay dah masak, bolehlah hidangkan...

Nampak best tak, bolehlah kan ikut tekak aku memang sedap je. nak pulak memang ada rasa tomyam tu. aku ni memang sukaaa sangat dengan tomyam. kalau makan dekat luar tu mesti nak kena ada tomyam jugak, kalau kena tekak tu sedap sangat...terus order bungkus untuk bawak balik. layan jelah...

Tuesday, January 24, 2012

My Homemade Kerabu Daging Salai

Ini bukan percubaan untuk nak buat nasi kerabu ye, memang sah2 aku tak pandai nak buat tapi makan memang lajulah. ada simpan sikit lagi baki daging salai, memang orang nogori femes dengan salai2 ni kan...so aku akan sentiasa ada stock daging salai di rumah. dah abis nanti, balik Seremban untuk tambah stock semula. malam tadi inilah juadah makan malam kami...

Daging salai tu hiris nipis2 ye dan ketepikan. Satukan hirisan bawang besar, hirisan daun selum, hirisan saderi dan hirisan daun bawang. kacau mesra dengan gula, sos ikan dan jus limau nipis, cuba rasa ikut tekak masing2 ye. yang penting kena letak hirisan cili padi ikut tahap kepedasan masing2 jugak. gaul lagi bagi mesra lepas tu letak hirisan tomato dan daging salai tadi, gaul semula bagi mesra lagi dan bolehlah di hidangkan.

Sempatlah aku pesan dengan Faizal, singgah pasar malam beli rangka ayam. tak selalu pun makan rangka ayam ni tapi kekadang tu macam teringin sangat pulak. tu yang dibelinya sampai 2 ekor rangka ayam ni. habis ko... dah lama tak makan kot, tu yang sedap je mengokak tulang ayam.

Monday, January 23, 2012

Simple jelah untuk dinner

Semalam sampai petang jugaklah aku duduk dekat office tu buat kerja, sudahnya penat sama macam hari biasa jugak. malasnya nak masak tapi kena masak jugak untuk makan malam pulak. dalam malas2 pun jadinya ini je yang aku masak dan makan malam tadi.

kacang boncis goreng

ikan masin goreng dengan cili dan bawang

Ini export mari dari pasar malam dekat office Faizal, ayam goreng Uncle Bob. jadilah ye, sedap jugak babe sesekali makan simple macam ni. ingatkan tak lalu nak tambah nasi, rupanya habis sudah, alhamdulillah

Friday, January 20, 2012

Inai di tapak tangan, Dr Jabbar di tengah laman

Awal tahun ari tu kan ahkak ni sibuk bebenar dengan majlis kawin anak buat sepupu tu sampaikan anak2 buat sibuk melukis tangan memasing dengan inai pun ahkak tak tau. tetiba je jari masing2 dah merah dek inai je, siap dengan macam2 corak tapi buat masing2 la. creative jugak budak2 ni buat corak2 tu, cantik pulak di mata ahkak ni. akhirnya aku pun pakai inai jugak atas pujukan diorang ni;

Anak buah: Maksu tak nak pakai inai ker?!!!
Aku: Apesal, harus kena pakai ke?!!!
Anak buah: Must lol, kan your anniversary ni!!!
Aku: Ermmmmm, tak payahlah...
Anak buah: Pakailah, boleh feeling2 macam perantin baru lagi...
Aku: Mantap alasan korang kan, ke korang sebenarnya saja nak conteng2 tangan maksu ni!!!
Anak buah: hahahaha tau takpe, meh sini tangan tu...jangan banyak tanya

Akhirnya berjaya jugaklah budak2 ni mencemarkan kesucian tapak tangan ahkak yang melepak tu (hahaha geli tak) dengan contengan mereka sendiri. sempat jugak ahkak bagi pesanan supaya diorang ni buat cantik sebab tak sampai 5 mins ahkak dah lelap kepenatan.

tapak tangan

dekat kuku jugak

Cantik jugak budak2 ni buat, bolehlah lepas ni tak payah susah2 nak melukis inai berbayar...ku seru je nama mereka2 ni.

Kini air paip biasa di rumah arwah ayah telah di gantikan dengan air paip Dr Jabbar. walaupun kini rumah ni kosong sepanjang hari biasa tapi setiap hujung minggu pasti ahkak atau adik beradik lain akan balik untuk stay dekat rumah ni barang semalam dua. dah semestinyalah rumah peninggalan ni harus di pelihara agar tak menjadi rumah tinggal semata. since rumah felda ni dah lama, jadinya sistem perpaipannya jugak dah sama lamanya dengan rumah jugak. paip dulu2 kan dari besi, besi ni lama2 akan menjadi karat dan akan memudaratkan kesihatan dalam waktu jangka panjang. selepas bertukar kepada master water filteration system ni, air di rumah tu kelihatan bertambah jernih dan tak perlu risau lagi dengan masalah karat kerana semua paip besi telah di tukar kepada PVC.

Berikut adalah Material Bagi Master Filter DrJabbar

Zeolite
Zeolite dikenal pasti amat sesuai untuk penyerapan toksik dalam badan disebabkan kelajuannya menyerap wap air dan juga amat berkesan sebagai agen pemutihan gigi disebabkan kehadirannya dalam bentuk microporous

Gravel
Fungsinya adalah untuk membekalkan bahan mineral seperti magnetite,chlorite, glauconite dan gipsum. Dimana seperti yang kita ketahui bahan diatas adalah sangat berkhasiat untuk badan dan boleh membantut pertumbuhan sel kanser

Karbon
Karbon adalah elemen kimia dengan symbol C.Mempunyai 6 atom, tergolong dalam kumpulan 14 pada jadual berkala. Semua ikatan karbon pada permukaan bumi terbentuk dalam bentuk pepejal. Biasanya karbon terdiri daripada berbagai allotropes antaranya graphite,berlian dan juga karbon amorphous.Sumber terbesar bahan karbon dibumi adalah batu kapur,dolomite dan karbon dioksida.tetapi komponen yang sihat dan bagus biasanya hadir dalam bentuk arang batu,lumpur,minyak dan juga methane. Karbon adalah antara 4 unsur utama dalam kerak bumi selepas hydrogen,helium dan oksigen.Karbon penting dalam pembekalan kalsium kepada tulang disamping digunakan sebagai komponen utama penyerapan bau.

Pasir Kasar
Gravel filtration telah digunakan dalam pengolahan air dari tahun 1800-a lagin di Scotland. Gravel filter terdiri daripada lapisan media kerikil berukuran 4 - 20 mm dalam arah aliran air. fungsi utamanya adalah pelindung SSF dari pembentukan kulat sehingga membantu SSF bekerja lebih baik dan lebih lama. Ditemui oleh pakar air minum dari Belanda yang bernama Wegelin pada 1998 bahwa dengan gravel filter ini, SSF dapat beroperasi lima (5) kali lebih lama. Unit ini dapat beroperasi selama satu tahun dalam keadaan air yang sangat keruh. Ini terjadi karena ia dirancang untuk penetrasi yang optimum dalam dalam kondisi kekeruhan dan kadar kehilangan serapan permukaan sangat rendah kerana keadaan parasitnya. maksudnya, air sekeruh apapun, kalau menggunakan system ini maka akan menjadi jauh lebih jernih dan secara teknikalnya dapat membantu SSF sehingga beroperasi lebih lama pada beban hidraulik yang lebih tinggi

Pasir Halus Silica
Terdiri daripada pasir bersudut yang sangat halus yang memhasilkan kepadatan yang bagus.melalui kepadatan pasirnye,ia mampu merendahkan saiz partikel air dari 1-1.5 mikron kepada 0.8-0.9 mikron. Dengan mengecilkan saiz air,ia akan membekalkan air yang lebih halus dan lebih senang untuk dikumuh oleh badan.
Fungsi utama silca juga adalah sebagai ajen penjernihan.

Monday, January 16, 2012

The Darkest Hour

Ada jugak dalam 3D tapi aku memang tak suka layan la, pening kepala weh...so nonton yang biasa2 ajelah. grafik movie ni memang mantap tapi takat tu je, jalan cerita buat aku tak puas hatilah sebab macam tak abis je ceritanya.

Permulaannya memang teruja nak tengok, ala2 macam kita tengok citer alien tu memula tu memang suspend habislah...perasaan keterujaan nak tau apa kebendanya tu kemain tinggi. tengah cerita pun okay jugak cuma ending tetap membuatkan aku tak berpuas hati.

Apa2 pun cerita ni mengisahkan tentang alien yang mula menakluki bumi, tu je...apa2 pun meh layan plot and trailer;



Two young American men travel to Moscow to sell their social networking/party finding software only to find their software is already being sold by the Russian team they were to sell it to, lead by a Swedish businessman. While commiserating in the company of attractive women they and many other people see an aurora-like apparition in the sky. Some of this light breaks off and lands nearby and when approached it disintegrates the human who approached it. More lights fall and aliens protected by force fields start attacking.

The two Americans, the Swedish businessman and two women hide for several days. When they leave their hideout, they notice a dog barking at something they cannot see and so learn that the aliens are invisible. They then notice that electrical devices activate when an invisible alien is near and they soon learn to use light bulbs as detectors since the bulb will glow when aliens approach.

The group learns that the entire world has apparently been invaded. The Swedish businessman is killed and the remainder head towards a light in the distance. The light is coming from a building in which there is a woman and a man, the latter of whom has constructed a Faraday cage that keeps the aliens out as well as a microwave device that he expects will help fight the aliens.

Despite suffering casualties, they meet up with Russian police who manage to kill an alien with conventional weapons. The police examine the microwave gun and plan to build improved models. The police believes that the aliens are strip mining Earth for metal.

The Americans make it to a submarine and plan to spread their alien knowledge to the world. They learn that Parisians have managed to destroy one of the alien mining towers and the film ends on a hopeful note.




Lepas tengok movie ni, terus je kami balik rumah...tak pegi mana2 dah. balik masak dinner dekat rumah saja, maklumlah tetengah bulan ni kan.