Saturday, March 31, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengok pada tajuk, alahaiiiii kemain jiwang tahap 24 karat kan. tapi itu hanya pada kulit bukunya saja, hakikatnya buku ni memang sangat menarik untuk di baca. ada plot yang memang kelakar terutama cara penggunaan bahasanya dan ada plot yang betul2 menyentuh perasaan sehingga mampu mengalirkan air mata. tak payah nak tunggu sampai setengah buku, baru bab pertama lagi dah mampu mengenangkan air mata sudah. syabas kepada Siti Rosmizah kerana berjaya menghasilkan novel yang begitu menarik hati untuk di baca, pertama kali aku baca novel tulisan beliau and akan cuba mencari lagi novel2 beliau untuk dijadikan koleksi.

Sebab novel nilah, kurangnya entry hahaha bila dah pegang baca tu memang susah nak berhenti. walaupun wajah kulit muka depannya taklah berapa gempak kan tapi masik ada unsur2 persamaan dengan watak dalam novel tersebut di mana watak Tengku Aqilah yang sememangnya takut dengan gelap dan kilat. dia merasakan sentiasa ada hantu bila berkeadaan begitu. memang best novel ni dan tak sia2lah membacanya kerana novel ini adalah novel paling laris di pasaran. saya sudah habis membaca buku ni dan memang ada harapan untuk saya ulang baca semula. meh tengoj sinopsis;

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


novel ni memainkan pelbagai emosi ketika membacanya dan cukup terkesan di hati.

Thursday, March 29, 2012

1 Hari 1 Resepi

Antara koleksi buku masakan saya yang baru, kebetulan Popular ada buat jualan murah dekat CM awal bulan March. mulanya lama jugak aku belek buku ni, ambik belek letak balik dan begitulah seterusnya sehinggalah aku letak balik tanpa beli pun. tapi aku suka dengan buku ni, senang nak buat rujukan dan semua resepi dalam buku ni merupakan resepi masakan yang biasa kita sediakan di rumah setiap hari. buku masakan ini adalah daripada buah tangan Chef Hanieliza sendiri. ada terbaca yang Chef Liza akan berada di CM jugak untuk mempromosikan buku masakan tersebut, jadinya memang confirm aku ambik buku tu kesudahannya.

Resepi yang terdapat dalam buku ni adalah sangat ringkas cara penyediaannya. pada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ni, bolehlah dapatkan di any Popular sahaja ye.

Harga senaskah buku ni ialah RM39.90 tapi saya mendapat potongan sebanyak 20%, so murahlah sikit. kalau ada yang nak mendirikan rumah tangga atau nak belajar masak tu, harussssslah dapatkan buku ni, memang banyak membantu. taklah nanti mati kutu memikirkan nak masak apa kan, dah katanya 1 hari 1 resepi.

Inilah dia Chef Hanieliza, terima kasih kerana sudi berkongsi masakan chef dengan peminat2 diluar sana dan salah seorangnya adalah saya.

Boleh simpan buku ni sehingga anak cucu nanti, memang berguna sangat. dan yang paling penting sekali, buku ni beserta dengan tandatangan Chef Liza sekali...thanks to my buddy yang tolong belikan buku ni.

Wednesday, March 28, 2012

My Homemade Spaghetti Oglio Olio

Resepi ikut sesedap rasa dan secukup bahan2 yang ada dalam gobok peti ais rumah ku aja.
 
Kebetulan sih, lagi keburuan untuk ke kantor, tambahan pulak lagi dah lama ngak makan spaghetti oglio olio...terus bikin.

Gembira bapak Faizal sambil senyum sampai ke telinga, bolehlah bawak ke kantor buat bekalan nanti. the best part boleh bertukar2 bekalan dengan rakan2 yang lain jugak, sungguh jimat i like
 

Tuesday, March 27, 2012

My Homemade Nasi Goreng Cina untuk breakfast

Hari ni aku cuti lagi, Faizal pun cuti...rajinlah hari ni bangun pagi nak sediakan breakfast. ada pulak orang requested nak makan nasi goreng cina. buat jelah kebetulan ada lagi lebihan nasi malam tadi, sesuai sangatlah kalau nak buat nasi goreng pun. aku buat sekali dengan cili kicap, barulah semangat sikit nak makan...ada rasa pedas2nya.

cara masakan sama je dengan masak nasi goreng biasa cuma takde letak cili padi, campur dengan sayur campur, sausage ayam dan telur

Rupanya sikit pulak nasi lebihan tu, dapatlah sepinggan makan tu je...ha ambik ko kemainlah laki bini berebut makan nasi goreng ni. takpelah seronok jugak, habis dengan sekelip mata. selepas tu terus siap2 untuk our next vacation selepas ini, nanti aku update okay...

Monday, March 26, 2012

Cinta Kura-Kura

Aku suka tengok movie ni sebab very colorful warnanya. penggunaan teknik CGI untuk menghidupkan watak kura2 yang boleh bercakap bergerak bagai tu juga mampu menarik minat aku untuk terus menonton. santai, kelakar dan bersesuaianlah dengan konsep romantik komedi untuk movie ini tapi masih biasa2 je pada aku, berminat nak menonton...korang bolehlah tengok dekat Astro First sekarang ni.


Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.
Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.