Monday, April 30, 2012

My Homemade Sup Suhun

Semenjak dua ni terasa badan ni macam start menaik semulalah, kalau nak naik tangga tu sesampainya tingkat empat...mangaiiiiiiiiii mengah semacam pulak rasa. tapi ada jumpa kawan2 yang agak baru seminggu dua tak jumpa dah dok tanya kenapa badan aku nampak susut sangat nih...haiiiiiii pelik. cuma yang pastinya sekarang ni memang aku agak malas dah nak buat morning walk ke jogging ke, even ke gym pun dah boleh bilang dengan jari sebelah tangan je. amatlah sifat malas tu makin menebal di jiwa.

Demi mengikut seruan sang suami yang memang terpaksa rela kurangkan berat badan atas nasihat doctor, terpaksalah sang isteri terpaksa rela ikut berdiet sama demi merialisasikan impian sang suami. vah vah vahhhhhh mithali lah sangat kan. bolehlah sama2 membantu bagi sokongan dan maka dengan itu menu dinner kami malam tadi adalah sup suhun sahaja...memalam hari tak elok makan nasi.

Rendam suhun sehingga lembut dan toskan. panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih, halia yang di ketuk sehingga naik bau. kemudian masukkan sausage, udang, sotong, crab stik dan bebola pelbagai jenis yang di potong bulat. seterusnya masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan biarkan mendidih. selepas tu masukkan pulak lobak merah, cendawan butang, sawi dan brokoli beserta cili padi yang di ketuk untuk bagi kick masa nak makan nanti. masukkan pulak sos ikan dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan pecahkan telur. kacau bagi mesra semua bahan2 dan tuangkan ke atas suhun tadi.
   
Kalau hari2 makan macam ni, memang mau jugak menyusutnya sang suami ku itu ek...insyaAllah.

Tuesday, April 24, 2012

My Homemade Ayam Goreng Ketumbar

Pejam celik saja hari ni dah Selasa kan, besok dah Rabu dan seterusnya sehinggalah tarikh berganti tarikh dan tahun berganti tahun. cepat je masa berlalu, makanya nikmatilah setiap masa yang kita ada ni kerna besok belum tentu ada masa lagi untuk kita. jadinya malam tadi menu makan malam adalah seringkas yang boleh sebab nak sambung tido :(  mata memberat sangat ni + rasa macam hujung kelopak mata ni dah membengkak pulak. tak taulah kenapa, besok kalau sakit lagi, haruslah ke klinik gamaknya. jadi menu makan malam tadi hanyalah ayam goreng ketumbar dan sayur campur saja. eloklah tak payah nak bebanyak sangat, nanti tak habis dah membazir makanan pulak.
 
Meh kita buat bumbunya dulu ye, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai di kisar halus. masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas berisi ayam yang dah dibersihkan dan tos. masukkan garam, serbuk ketumbar dan gaul sehingga rata. kemudian perapkan ayam selama 30mins bagi segala bahan rempah ratus tu menyerap dalam ayam, barulah heaven nak makan nanti. selepas tu bolehlah goreng sehingga masak...senang sangat kan cara pembuatannya.

terbaiklah kalau dapat makan dengan sambal tempoyak colek ko...

Saturday, April 21, 2012

Breakfast ala english with my homemade Spaghetti Bolognese

Masakan yang rasanya serba ringkas je penyediaannya sebab ada je yang tak cukup rencah dalam tu sebenarnya tapi dek kerana tu jugaklah yang ada makanya terjadilah menu sarapan ala english ni. jadilah untuk pagi ni, lepas ni nak siap2 pulak...pegi check in hari ni yahooooooooo



Tuesday, April 17, 2012

Battleship

Uhaiiiiiiiiiii kemain malasnya sekarang ni aku nak buat entry...makanya blog sepi tak berupdate pun. kemaruk gamaknya dengan online games sekarang ni, kalau masa cuti tu memang 24hrs notebook ON untuk games saja. sekarang ni aku tengah gigih sangat main online games Township dekat google + tu...sonok weh, ada sesapa yang main tak, boleh jadi neighbor ai ;)

Sungguhpun kemaruk online games tapi aku tetap berkobar2 nak menonton Battleship yang memang ada dalam list wajib tonton untuk tahun ni. last Sunday aku heret jugak anak buah hati untuk menonton sama dekat TGV Seremban 2, budak ni memang menadah je kan.

Okay, back to the movie ye. cerita ni kalau dari trailer memang 1st impression ingat citer Transformer, apa taknya dengan muzik latar yang memang seakan sama sebab Hanzimer (my fav musician) punye power of music kan yang buat. permulaan cerita yang agak slow dan ada jugak scene yang bosannnnnnn especially masa dekat padang bola tu, USA vs Japan hahaha old story. jalan cerita masih yang sama jugak dengan cerita2 sebelum ni, biasalah kalau dah berlawan dengan alien tu...mestilah berpunca dari manusia sendiri sebab pegi hantar isyarat kepada alien ni, jadinya alien ni datanglah mengikut isyarat yang diberi tu tadi. cuma yang membezakan jalan cerita adalah peperangan dengan alien ni berlaku di lautan di mana kebetulan watak utama Hopper yang terlibat dengan latihan ketenteraan laut di lautan Hawaii, tidah jauh dari tempat alien ni jatuh ke bumi dan juga di Hong Kong di mana serpihan pemancar jatuh di sana.

Watak utama pada aku adalah lemah kerana Hopper lebih banyak bergantung harap kepada kebijaksanaan orang2 disekelilingnya sahaja seperti Nagata sehingga aku merasakan Nagata adalah tunjang utama cerita ni. lebih memeranjatkan, ada pulak watak2 veteren yang turun padang untuk membantu Hopper dalam misi memusnahkan alien tu dengan menggunakan kapal latihan perang lama yang dijadikan sebagai musium tapi masih mampu digerakkan di air. perasan jugak dalam cerita ni, plot di mana benda yang macam bola api tu datang memusnahkan bangunan, jalan raya dan heli tu macam tergantung je...

Watak alien dalam cerita ni pun tak begitu kuat dibandingkan dengan pertempuran di lautan tu sendiri, memang sepadanlah dengan tajuk cerita 'Battleship' kan tanpa mengetahui asal usul alien tu sendiri.

Overall untuk cerita ni memang menarik walaupun sudah dapat digambarkan pengahirannya, permulaan yang slow tapi semakin menarik di pertengahan dan seterusnya sehingga habis cerita. ada jugak disebutkan nama Malaysia dalam cerita ni...banggo den sekojab. kalau nak dibandingkan dengan Transformer memang takkan mampu di tandingi tapi aku suka compare cerita ni dengan Independance Day, banyak mempamerkan ketangkasan tentera2 amareka ni. ada perasaan nak menonton sama...meh tengok sinopsis dan trailer dulu, bagi mood memuncak;


In 2005, NASA discovers an extrasolar planet with conditions similar to Earth. On the chance that it contains intelligent life, NASA transmits a powerful signal from a communications array based in Hawaii.

In the Hawaiian Islands, an international naval fleet at Pearl Harbor engages in a dynamic and intense battle against an alien species known as "The Regents". The aliens come to planet Earth on a mission to build a power source in the ocean. Upon their visit, they come in contact with the naval fleet.

Alex Hopper is a talented but undisciplined slacker. His brother Stone, a naval Commander, forces Hopper to join the Navy. Hopper becomes a lieutenant on the USS John Paul Jones DDG-53, sister-ship to his brother's command, the USS Sampson DDG-102. Hopper also falls in love with Admiral Shane's daughter, Samantha, and wants to marry her, but is afraid of asking her father's permission, as he doesn't like Hopper. During the RIMPAC opening ceremony, Hopper gets into a brawl with Captain Nagata of the Japanese Maritime Self Defense Force, In charge of JDS Myoko DDG-175. Hopper soon learns that he is to be kicked out of the Navy at the end of RIMPAC. Meanwhile, Samantha accompanies an Army veteran amputee Mick Canales on a hike on Oahu in order to help him adapt to his prosthetic legs.

A small fleet of alien ships arrives in response to the NASA signal. One ship collides with an orbital satellite and crashes in Hong Kong, while five others land in the waters near Hawaii. The aliens erect a massive forcefield around the islands, trapping a number of American and Japanese warships, including Hopper's ship. USS Sampson launched attacks on the alien fleets under the command of Hopper's brother and gets killed when they blew up the Sampson with no survivors. With the USS Sampson destroyed, Hopper took charge of the USS John Paul Jones as he is the highest rank officer on board.The Myoko opened fire at the alien fleets and suffered the same fate as the USS Sampson. Captain Nagata and some of his crew members are rescued from the waters and assists the Americans in setting up a discreet way to track the aliens using wave-detection buoys. During a night-time battle, the aliens and the Americans exchange pot shots, but Hopper manages to sink two alien ships. They rescued an alien from the water. They discover the aliens are very sensitive to sun light and have to wear filters during the day. Using this knowledge, Hopper attacks another alien ship at dawn, using a sniper rifle with Nagata to breach their cockpit window and blind them with sunlight. Both ships are destroyed in the battle.
A group of alien footsoldiers lands on Oahu and attack the NASA communications array. Samantha and Mick narrowly avoid their detection, and run into a fleeing NASA scientist. Because the aliens' communications ship crashed in Hong Kong, the aliens plan to use the NASA array to signal their home planet to invade Earth. Realizing that a larger invasion might be imminent, Samantha manages to get a radio and warns Hopper of the threat.

Having no better options, the surviving crew of the John Paul Jones return to harbor and board the USS Missouri BB-63, a 70-year old decommissioned battleship that has been converted into a museum. With the aid of the museum staff, all elderly war veterans, Hopper manages to put the Missouri out to sea again. With some clever maneuvers, the Missouri destroys the last alien ship and shells the communications array, destroying the aliens and ending the threat of invasion.

Back on shore, the crew and Mick all get medals, including a posthumous one to Stone, after the ceremony, Adm. Shane leads Hopper off to discuss his 'Terms of Surrender' over a meal.