Friday, June 22, 2012

My Homemade Kari Ayam

Malam tadi korang tengok tak Masterchef Celebrity, ala bahagian penyingkiran yang Tomok akhirnya terkeluar tu. memang respect betul dengan mamat ni, mengaku yang dia tak pandai masak...masa nak masuk program ni barulah berhempas pulas belajar masak dari bininya. lepas tu mampu bertahan sehinggalah malam tadi selepas berturut2 berada di bawah dan akhirnya keluar jua. apa2 pun memang aku suka tengok Tomok bila memasak, muka memang innocent sangat tapi cute (^0^)

Malam tadi tu masa program penyingkiran, diorang kena masak masakan berasaskan lempeng. terfikirlah kalau lempeng mesti best kawankan dengan kuah kari kan...erm sudahnya hari ni aku masak kari ayam. untung2 malam nanti bolehlah buat lempeng cecah dengan kuah kari ayam tu nanti nyummmm.

Aku pakai rempah Adabi je untuk masak kari ni, tak pandai heh nanti campur2 rempah segala tu...kang kot rasa lain pulak. tumbuk kasar bawang kecik, bawang putih dan halia. bawang besar pulak di hiris ye. panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang bersama bunga cengkih dan kayu manis. kemudian masukkan bahan tumbuk kasar tadi dan biarkan hingga naik baunya. bila dah berbau wangi tu masukkan bawang besar hiris tadi, cili merah dan hijau, kentang, ayam dan tutup periuk selama 5-10 minit. sementara tu gaulkan rempah kari ayam bersama asam jawa dan selepas tu masukkan ke dalam periuk tu tadi. gaul rata dan biarkan hingga garing. akhir sekali barulah masukkan air dan perasakan dengan garam. apabila dah mendidih, bolehlah angkat dan hidangkan dengan nasi panas ataupun lempeng panas2 jugak.

Berkenan idok heh korang, kalau berkenan bolehlah jadikan list hidangan untuk berbuka puasa nanti ek ;)

Selain dari kari ayam, ada aku lawankan dengan sambal belacan dan ni ha...ayam goreng uncle bob frozen yang aku goreng buat ratah2 kendian.

Monday, June 18, 2012

Cosway

nasi goreng sempoi...

lawan dengan hidangan ni, inilah makan malam kami laki bini malam tadi

Hujung2 bulan buat lawatan tempat yang harus pegi setiap bulan, apa lagi shopping la. shopping barang2 pencuci pelbagai cara dekat Cosway. aku suka pakai product dari Cosway ni, harga pun murah2 je nak compare jenama yang lain. beli lebih sebab nak agihkan di rumah MIL, rumah ayah dan rumah makpakcik jugak.

Semuanya adalah ehsan my bro bagi, rezeki tak elok di tolak...berilah berilah berilah lagi. patutlah beria suruh datang rumah, sudahnya aku suruh Faizal je singgah ke Kota Damansara dulu sebelum balik rumah.

Friday, June 15, 2012

My Homemade Ayam Goreng Vico

Vico dekat rumah ni dah lama terbiar tapi taklah sampai tarikh luputnya lagi tapi rasanya adalah beberapa bulan tak berusik langsung. tekak ni pulak kalau teringin je baru nak buat air Vico, bukannya jadi minuman yang mesti hidang pun.

Di hari hujung minggu ni, dapur ku berasap okay...asyiklah makan luar je tak lalu jugak. hidangan yang simple je, cukuplah untuk aku berdua. kali ni nak cuba Ayam Goreng Vico yang mana aku jumpa resepi ni dalam majalah tapi aku derhaka sikitlah, resepi asalnya gunakan Milo tapi dah dekat rumah ni ada Vico je...aku gunalah apa yang ada.

ha ko merentung je aku tengok tapi lebih kurang je dalam gambo majalah tu (^__#)

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, Vico, stok ikan dan garam secukup rasa, kemudian perapkan selama 15 minit. selepas 15 minit, panaskan minyak dan goreng sehingga masak. dah siap, cepat giloz kan...rasanya macam kita makan ayam goreng madu je.

Selain tu adalah jugak sayur sawi goreng dengan sambal tempoyak (harus) pembuka selera. selamat menjamu selera di tengah hari ni ye...

dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah

Update : Apy confirm dijangkiti virus sebab berlakunya direct contact dengan kucing jantan yang lain. sekarang ni dah berangsur sihat selepas di rawat dan besok boleh keluar wad selepas 2 malam bermalam di wad. cost perubatan adalah RM640, pitam mak ko ni tau...tapi demi sayangkan kucing takpelah. haruslah lepas ni aku tak hantar lagi ke tempat transit tuh, biar tinggal rumah sendiri lagi baik.

Thursday, June 14, 2012

Kasino by Saifullizan Tahir

Antara buku keluaran FIXI yang dah aku miliki, sebelum ni aku pinjam saja dari Eri Chan tapi rasa macam tak puas kalau tak memiliki sendiri walaupun dah pernah bacanya. sekarang ni aku tengah gigih membaca Zombijaya juga dari keluaran FIXI juga.

Okay tentang perasaan aku bila membaca buku ni (aku ulang baca semula), serasa macam membaca sambil menonton drama melayu kita...berkisar pada wang ringgit, pangkat besar, golf, rasuah dan seks skandal dengan wanita2 tertentu. novel yang menceritakan kisah hidup Dato Narcissus sebagai seorang usahawan Bumiputera yang berpengaruh. mempunyai pakej yang lengkap, wang, rupa dan kote (maaf tapi dalam novel ni memang banyak menggunakan ayat2/perkataan mencarut). kisah bermula apabila beliau terpaksa melangsaikan hutang RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada kerajaan negeri, yang akhirnya membawa beliau ke Kasino.

Kalau boleh jangan bagi yang bawah umur untuk membaca buku ni, bukan apa nanti macam2 pulak yang mereka tanya ;)

sekian...

Tuesday, June 12, 2012

My Homemade Sambal Taon Tempoyak

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai rumah petang semalam selepas away untuk beberapa hari. keadaan di rumah pun selamat, rehat lurus2kan badan dan terus keluar semula untuk ambik kucing2 yang di hantar transit. boleh je nak ambik hari ni tapi hati tu dah rindu sangat nak dengar mengiau mereka2 tu.

Tak ada plan nak makan malam dekat luar pun, lepas ambik kucing2 tu terus je aku menonong balik ke rumah. dalam kepala ni dah pikir, masak jelah apa yang ada dekat ice gobok tu. selongkar punya selongkar dapatlah ikan bilis tamban sikit, cili padi sikit dan yang best sekali tempoyak ada banyak sebab baru ambik dari rumah my sista tempoh hari. maka terjadilah sambal taon tempoyak untuk hidangan malam tadi.

Tumbuk halus cili padi dan asingkan. kemudian goreng ikan bilis tamban sehingga garing dan toskan. panaskan minyak dan tumis cili padi yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan dan garing. setelah tu masukkan tempoyak dan gaulkan hingga mesra. seterusnya masukkan ikan bilis tamban tadi dan gaul sebati. selepas tu bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Untuk nak lebih mantap bertambah2 nasi dalam pinggan, aku lawankan pulak dengan telur goreng dadar. perhhhhh memang habis 2 pot nasi di makan oleh laki bini nih...alhamdulillah

Friday, June 8, 2012

Kudapan Kodok Ikan Bilis

Bukan untuk sarapan pagi dan bukan bukan jugak untuk minum petang tapi hidangan ini untuk supper tengah malam di kala layan tengok EURO 2012. memang lapar pun kalau menonton bola ni especially bila nak masuk 2 games tu. jadi aku sediakan sepinggan kodok ikan bilis dengan secawan gelas besar oldtown white coffee untuk Faizal, biar dia makan sampai habis games tu nanti.

Sunday, June 3, 2012

My Homemade Sambal Rebus Ikan Bilis Tamban

Pagi ni entry tayang lauk dinner malam tadilah pulak ye. lauk biasa2 je, lauk orang kampung...tak taulah orang bandar pernah makan ke tidak. lepas dinner tu ada balance lagi buat cecah dengan kodok tepung pulak, kudapan untuk tengok bola EURO 2012.

Cili padi ikut tahap kepedasan sendiri di tumbuk. bawang besar dan bawang putih dihiris. satukan ikan bilis tamban, santan pekat, cili tumbuk, bawang hiris, secubit belacan dan air asam jawa ke dalam periuk. kacau rata dengan api kecik sehingga kuah menjadi pekat. perasakan garamnya dan angkat. bolehlah hidangkan dengan sayur rebus...memang marvelous.

selain dari tu ada jugaklah aku goreng ayam segera ni, jadilah 2 ketul sorang kan.

Hidangan ni kalau nak terasa lebih keDESAannya, meh makan bersama lempeng atau ubi kayu rebus. aku makan dengan kodok tepung je, takat tu kerajinan yang ada di tengah malam hari.