Tuesday, October 30, 2012

My Homemade Nasi Goreng Planta Cina

Malam ni dah plan for dinner ke uolsss...?!! maybe ada yang dah siap bahan2 nak masak pun kan. takpelah pada yang dah ada plan, just proceed as schedule ye tapi pada yang belum idea nak masak apa untuk malam ni, apa kata malam ni kita main goreng2 simple je. ala buat nasi goreng cina, senang mudah dan sedap.
 
Goreng telur dan hancurkan, kemudian ketepikan. panaskan planta, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. kemudian masukkan hot dog yang dipotong bulat dan sayur campur. selepas itu masukkan nasi dan gaul rata. akhir sekali perasakan dengan garam. untuk nak mengelakkan rasa bosan nak makan sebab tak pedas, boleh letakkan hirisan cili padi di dalam nasi goreng ni dan saya masukkan sekali dried cranberry beserta telur yang dah digoreng tadi. kacau mesra dan bolehlah dihidangkan.
 
Nak makan nanti hati2 tau, jangan sampai tergigit cili pulak. mau mengelabah mencari air gamaknya.

Monday, October 29, 2012

My Almond with Apricot Tart

Di suatu petang yang dingin, perut meragam mintak di isi. tapi bukan dengan ruji kebiasaannya tetapi dengan sesuatu yang boleh membangkit nafsu seleranya. inginkan sesuatu yang sweet and sour and the same time it's crunchy. 
 
Selepas tangan penat menguli, muka membara mengadap pembakar...maka terjadilah tartlet yang boleh membuatkan perut berhenti meragam tapi tekak tak berhenti meminta. adoiii, begitulah kesudahannya selagi nikmat menikmati makanan masih ada, nikmatilah berpada2.

Thursday, October 25, 2012

Selar Masam Manis

Ikan selar saja yang tinggal lagi dalam ice gobok, baik perabih masakkan. lepas ni boleh beli bahan2 mentah untuk simpanan seminggu dua, kadang2 tu boleh mencecah sebulan jugak. saya tidaklah memasak hidangan setiap hari pun, saya hanya akan memasak bilamana Faizal cuti sahaja. hari2 yang lain tu, masak yang paling simple2 aje...tak pun makan roti lol. okay hari ni adalah hari cuti, meh saya masak saja ikan yang paling terakhir berada dalam ice gobok ku...Selar Masam Manis.

Bersihkan ikan selar dan toskan. selepas itu lumurkan ikan selar dengan garam dan tepung jagung di kesemua bahagian ikan, kemudian goreng sehingga masak dan asingkan.

Tumiskan bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama2 sehingga naik baru. kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. selepas itu masukkan air nanas dalam tin dan boleh di tambah lagi dengan air biasa. masukkan pula sos cili, sos tomato dan nanas yang di dalam tin tadi. biarkan seketika sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat dan tomata yang dibelah lapan, perasaan dengan garam secukupnya.

Masukkan ikan ke dalam bekas hidangan dan curahkan bahan tadi ke atas ikan tersebut. bolehlah di makan dengan nasi panas. kalau saya, suka sangat sos ikan tu buat cecah dengan roti, layan seh. 

Alhamdulillah makanan lunch kami, ditambah lagi dengan telur dadar dan daging black pepper versi goreng kering.

Wednesday, October 17, 2012

Daging masak blackpepper atas permintaan

Kenapa atas permintaan?!! Faizal nak bawak untuk portluck di office nya dan his buddy yang requested. okaylah permintaan orang, saya buatkanlah. takut ada yang kempunan nak makan pulak nanti :). kalau nak ikutkan, saya memang jarang masak daging di rumah kecuali bila ada permintaan macam ni je. ada jugak yang tanya resepi kan...nah ambik ;p

Hiris nipis daging, cuci dan toskan. tumbuk lumat biji lada hitam, bawang putih dan halia kemudian perapkan daging tadi bersama bahan tumbuk tu. campurkan sekali dengan kicap cair dan sos tiram. perap selama 30 mins kurang2nya tapi saya perap semalaman di dalam ais gobok.

Selepas di peram, panaskan sedikit minyak dan masukkan leek yang dipotong kasar.  selepas itu masukkan daging perap bersama dengan jusnya sekali. kacau rata dan kecikkan api, tuang air jika perlu dan masak sehingga daging empuk.

Selepas daging empuk, masukkan capsicum yang di hiris kasar. nak cantik, ambik 3 color trafic light tu...baru meriah nampak daging nanti. kemudian masukkan bawang besar yang di belah 8 dan masak sehingga layu. perasaan dengan garam dan gula, biarkan sehingga kuahnya pekat.

Selepas tu bolehlah dihidang.

Saya bagi sejuk sekejab dan masukkan dalam bekas tupperware ni. nampak macam sikit je kan tapi sebenarnya banyak, untuk 40 orang makan. alhamdulillah, habis licin bak kata laki ku. saya ada add on sekali kek lapis sebagai desert...

Tuesday, October 16, 2012

My Homemade Portuguese Egg Tart

Gembira sangat sekarang ni, kalau teringin nak makan portuguese egg tart dah tak perlu lagi mencari dekat KFC. bikin sendiri adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup rupanya. 

Saya penggemar egg tart, tak kira apa rupa/jenis sekali pun...memang makan punya. itu belum lagi nampak dekat kedai/bakery, mesti beli tapi tulah satu pun harga dah 2 hengget lebih. beli pun mestilah satu atau dua je, mahal kan...ikut tekak mau je nak sauk sampai sepuluh terus tapi alahaiii bersabarlah hati. okaylah terbebel pulak, nah resepinya;

Bahan2

1. Kulit pastry
2. 100g whipping cream
3. 50g gula
4. 1 keping Chesdael Cheese 
5. 2 biji telur
6. 125ml susu segar
7. Essence vanila
8. Pewarna kuning
9. Secubit garam 

Cara2nya

1. Lembutkan kulit pastry. griskan bekas yang hendak dibakar nanti.
2. Masukkan kulit pastry ke dalam bekas dan tekan sehingga penuh permukaan bekas. 
3. Panaskan susu segar, gula dan chesdale cheese sehingga cair. tuangkan ke dalam telur sedikit demi sedikit sambil kacau.
4. Masukkan essence vanila dan whipping cream, kacau mesra.
5. Bila sejuk boleh tuangkan ke dalam kulit pastry tadi. anggaran separuh dari bekas itu dan bakar 180c & 30 mins

Lebih berpuas hati bila buat sendiri, nak garing lebih...bolehlah nakkan sedikit suhu oven tu. selamat mencuba ;D

Thursday, October 11, 2012

Trifle pisang berbuah peace

Dah lama sesangattt tak buat trifle ni, sampai tahap dah ingat2 lupa pun ye jugak. cari resepi balik untuk refreshed my mind. jumpalah tapi saya rasa nak cuba buat yang lain sikit dari yang biasa saya buat. biasanya saya akan menggunakan swiss roll for base but this time i used banana cake and the result is still ohsem ;)


For 1st layer, potong nipis banana cake dan susun dalam bekas sebagai base. pastikan semua ruang di tutupi oleh cake ni. tuangkan air buah peace dan pastikan semuanya basah dengan air buah tersebut. saya menggunakan buah peace sahaja, boleh juga menggunakan buah2 yang lain ikut kesukaan masing2. 

For 2nd layer, saya menggunakan satu kotak jeli yang berwarna merah. masak mengikut arahan yang ada pada kotak tu. sementara menunggu jeli masak, susun buah peace di atas banana cake tadi dan apabila jeli dah masak, bolehlah tuangkan ke atas lapisan seterusnya. selepas itu bolehlah sejukkan di dalam ais gobok.

Memang terbaik di makan sejuk, nikmat je lalu dekat tekak...

Tuesday, October 2, 2012

My Ayam Masak Halia

Tak habis2 bawak keluar entry masakan kan...bolehlah ek, uolsss hadapkan aje, manelah tau boleh bagi idea untuk uolsss pulak. masak hari ni yang simple2 je, taklah terlalu leceh penyediaannya dan pasti kanak2 pun suka. kali ni saya menyediakan ayam masak halia, baru beli halia lah katanya...tu yang terus terjadinya masakan ni.

Pertama sekali perap ayam bersama halia dan bawang putih yang di tumbuk halus beserta dengan garam sekali. perap selama 1 jam, saya pulak perap dari malamnya...so sebelah petang nanti bolehlah terus di masak. panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia yang di hiris halus hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi dan goreng sehingga 1/2 masak. masukkan sos tiram dan kicap manis beserta air, kacau mesra. saya masukkan sekali cili padi yang di potong kasar untuk rasa pedas, kalau ada yang tak suka makan makanan pedas...tak perlu letak cili padi. perlahankan api dan renih sehingga kuah pekat. masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan perasakan dengan garam dan gula. masakan ini agak kering, jadi kalau suka berkuah...boleh lebihkan air dan biarkan sehingga mendidih. boleh di hidangkan dengan nasi panas dan bubur nasi.

Ayam tu memang saya tak potong kecik2, tapi sebelum di perap...kena kelar2kan sedikit dagingnya supaya masak sekata dagingnya.

Monday, October 1, 2012

My Spaghetti Udang Bercili

Lamanya tak ber entry baru, mesti ada yang bosan kan ;D kekangan masa, bila nak ber blog mata kemain mengantuk. alamatnya memang tutup balik notebook, baik naik katil tido je. hari ni pun gigihkan jugak, dan malam ni barulah berjaya buat new entry. macam biasa, entry masih berkisar tentang makan dan makanan...ohhhhhh sungguh saya suka tentang makanan. 

Apa agaknya hidangan korang untuk keluarga malam ni ye, mesti yang hebat2 kan uolsss. saya punya hidangan taklah hebat mana pun, yang biasa2 je. just makan berdua kan, taklah rajin selalu nak masak beria. makan malam saya hari ni, spaghetti udang bercili. cara penyediaannya pun senang bangat, mesti uolsss boleh buat sambil menari oppa KL style nanti.

Rebus spaghetti sehingga masak. hiris halus cili padi dan bawang putih. rebus udang sehingga mendidih dan toskan, simpan air rebusan udang tu. panaskan minyak zaitun, tumis hirisan bawang putih dan cili padi sehingga wangi. masukkan air rebusan udang tadi dan fresh milk (boleh jugak gunakan susu sejat), biarkan sehingga mendidih. masukkan udang, garam dan lada hitam secukupnya, kacau sehingga mesra. akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul rata. sedia untuk dihidang.

 

Macam mana, senang kan...i tell u oledy ;p selamat mencuba ye