Friday, November 30, 2012

Sambal Tumis Ikan Tongkol

Start to resepi jelah

Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit belacan yang di kisar halus, tumis sehingga harum. tambah cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing. masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula, gaul rata dan biarkan mendidih. masukkan ikan tongkol dan gaul rata, masak sehingga sambal menjadi pekat. akhir sekali masukkan bawang besar yang dibelah 8  dan masak sehingga bawang layu. hidangkan bersama nasi panas dan kalau lebih rajin lagi, boleh sediakan nasi lemak...memang ermmmm tau.
 
Sambal tumis ikan tongkol ni memang fav saya dan Faizal. kalau tengah takde idea nak masak menu apa kan, memang inilah jelah kesudahannya...senang je. penggunaan belacan tu bergantung jugak, kalau ada yang tak suka makan belacan atau bau belacan takut naik resdung...jangan di letak pulak. tak pincangnya rasa kalau tak letak belacan pun, no worries okay.

Wednesday, November 28, 2012

Ketam masak lemak cili padi dengan nenas

Ni hidangan untuk makan saya solo je, Faizal tak berapa gemor makan ketam ni...leceh katanya. takpelah saya campur dengan nenas, so dua2 pun still boleh makan juadah yang sama.

 nenas lebih banyak dari ketam, jadilah untuk saya 2 ekor ketam je

morning peeps!!!

Tuesday, November 27, 2012

Lontong makan tengahari

Makanan lontong ni sinonim pada musim2 perayaan dan sarapan pagi. tapi kali ni saya sediakan lontong untuk lunch pulak. penggunaan nasi impit tu memang sesuai sangat dijadikan makanan tengahari jugak kan, boleh kenyang sampai ke malam tu. cara nak masak kuah lontong ni pun apa pelbagai cara, saya guna cara yang simple je...boleh makan cepat ;)

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih dan cili kering yang dikisar sehingga naik baunya. kemudian masukkan santan bersama sedikit air. masukkan kacang panjang, lobak merah dan kobis bulat yang di hiris, tauhu kering, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. masukkan pula tauhu dan tempe yang di goreng terlebih dahulu dan biarkan kuahnya mendidih. selepas itu bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi impit.
 
Saya rajin sikit je, tu pasal saya hanya letak telur rebus sebagai hidangan sampingan, kalau oulsss rajin lebih, bolehlah sediakan sambal sotong jugak...mesti lagi sedap lontong tu nanti.

Monday, November 26, 2012

Fruits Muesli untuk lunch

Saya dan suami bukan pasangan yang menitik beratkan perihal breakfast ni, kami hanya breakfast sekiranya ada waktu terluang ataupun bila masa teringin untuk makan sesuatu untuk masa breakfast tu sendiri. 

Bukan saja waktu breakfast, kadang2 waktu lunch pun kita terkejar2 jugak untuk nak makan. tapi kini saya tak kisah lagi kerna saya lebih suka makan makanan yang lebih berkhasiat lagi sihat dan yang lebih penting masa penyediaan yang singkat. tak perlu beratur untuk membeli makanan, tak perlu memasak yang mengambil masa berjam2 di dapur. saya hanya perlu menyediakan hidangan yang simple tapi penuh dengan high fiber di dalamnya. so hari ni saya menikmati lunch saya dengan fruits muesli.

Masukkan oat ke dalam mangkuk or whatever bekas yang uolsss nak gunakan dan tuangkan sedikit madu. selepas itu masukkan yogurt dan kacau sehingga sebati. masukkan pula, low fat milk, lemon juice, orange juice dan epal hijau. kacau mesra semua bahan. kemudiam taburkan kismis, dried cranberry dan kekacang di atasnya. tuang ke dalam mangkuk hidangan dan taruklah buat kesukaan uolsss untuk hiasan, saya menggunakan buah laici.

 lunch yang menyihatkan untuk saya...

...dan untuk dia (Faizal) juga

Friday, November 23, 2012

J.Kamisah & The Wisma "Jelingan Manja"










Mengimbas semula antara lagu popular era 60an dulu yang di nyanyikan oleh Allahyarham J. Kamisah yang telah menghembuskan nafas terakhir belian pada 21/11/ 2012 yang lepas. al fatihah...

Tuesday, November 20, 2012

My Homemade Jeli Laici

Didihkan serbuk agar2 bersama gula pasir sehingga pekat dan likat. kemudian masukkan ke dala acuan atau bekas dan sejukkan. bila dah sejuk, hidangkan jeli atas piring, letakkan buah laici dan curahkan fresh milk di atasnya. memang best di makan ketika minum petang di hari panas terik seperti hari ini :) 

Monday, November 19, 2012

Sambal tempoyak ikan bilis di musim durian

Hai uolsss, musim di tunggu sudah kembali lagi...musim apa nak tau tak?!!! musim durianlah dek non. semalam ahkak balik rumah my sista sebab dah dapat panggilan durian ko. haah on the way nak ke Semenyih-Lenggeng tu, di sepanjang jalan memang nampak gerai durian semata dengan penuh kereta berhenti di bahu jalan. yang pasti ahkak tak berhenti dek non, ahkak nak pegi makan durian di pokok dusun sendiri ahaksss. 

Dek kerana musim durian dah datang semula ni, tetiba ahkak teringat ingatan semula...rupanya dalam ice gobok rumah tu masih ada lagi sebotol tempoyak yang masih tak bukak lagi. ahkak dah dapat rasa ni, mau akan bertambah lagi botol tempoyak lepas ni...lebih baik habiskan dulu tempoyak yang ada. apa lagi, masak nogorilah kita, sambal tempoyak ikan bilis in the house. 
Tumis cili padi, cili merah, bawang merah, bawang besar dan serai sehingga naik bau. kemudian masukkan ikan bilis dan daun kunyit yang di hiris halus. akhir sekali masukkan tempoyak dan santan, kacau sehingga mesra dan perasakan dengan garam dan gula.
 
Hah senang je kan, cepat lagi cara penyediaannya. ahkak tambah buat lawan2 dengan telur dadar, ulam rebus ulam tak rebus dengan yang paling penting budu wat sambal colek.

***terima kasih kak AzieAzah.