Wednesday, December 26, 2012

On The Banks of Plum Creek by Laura Ingalls Wilder

A book that i still keep till now, On The Banks of Plum Creek. tika masa tu memang hazab merangkak2 nak mengenal makna bahasa cara sebutan yang betul untuk bahasa inggeris ni. baca sebaris, selak2 kamus sampai sudahnya tak habis baca langsung. dulu sekolah felda dan hampir2 nak masuk sekolah pondok tapi tak jadi, manalah nak menitik beratkan sangat bahasa inggeris ni. belajar sebab masuk periksa je.

Tapi bila umur makin meningkat, tahap pembelajaran pun meningkat sama barulah sedar diri bahawa bahasa inggeris adalah penting. di situ barulah saya belajar secara serius. zaman sekolah saya dulu ada hari bahasa inggeris which is every Wednesday. setiap pelajar kena bertutur dengan cikgu or kawan2 menggunakan bahasa tu. memula memang caca marba jadinya tapi lama kelamaan dah jadi biasa pulak. sekiranya didapati tidak mengunakan bahasa inggeris dalam pertuturan, RM0.10 untuk setiap perkataan selain bahasa inggeris akan dikenakan. cikgu siap bawak tabung masuk kelas lagi tu. kiranya cara ni memang dah lama ada.

Buku ni my abang yang punya, banyak buku2 depa semuanya berbahasa inggeris. dulu saya tak pandang pun tapi sekarang ni rasa teringin pulak nak baca. saya dah habis baca buku ni, yang lain akan menyusul pulak. buku sesuai untuk budak2 tapi saya yang terlebih umur pun suka jugak...
 
Having left their little house on the Kansas prairie, the Ingalls family travels by covered wagon to Minnesota and settles in a dugout on the banks of Plum Creek. Pa trades his horses Pet and Patty to the property owner (a man named Hanson, who wants to go west) for the land and crops. He later gets two new horses as Christmas presents for the family, which Laura and her sister Mary name "Sam" and "David". Pa soon builds a new, above-ground, wooden house for the family, trusting that their first crop of wheat will pay for the lumber and materials.

Now that they live near a town, Laura and Mary go to school for the first time. There they make friends, but also meet the town storekeeper's daughter, Nellie Oleson, who makes fun of Laura and Mary for being "country girls." Laura and Mary attend a party at the Olesons' home, and Ma has Laura and Mary invite all the girls (including Nellie) to a party at their house to reciprocate.

The family goes through hard times when grasshoppers (actually Rocky Mountain Locusts) decimate the much-anticipated wheat crop, and lay so many eggs that there is no hope of a crop next year. For two harvest seasons, Pa is forced to walk three hundred miles east to find work on farms that escaped the grasshopper plague.

The book ends with Laura's Pa returning safely to the house after becoming lost near their home during a severe four-day blizzard. Laura is portrayed in this book as being seven to nine years old.

Harga buku dulu2 murah je kan...seronoknya kalau sekarang pun boleh dapat dengan harga macam ni.

Tuesday, December 25, 2012

Daging Kambing Yogurt

Makanan yang tidak berkonsepkan hari natal, tidak jugak berkonsepkan hari anniversary...tapi lebih kepada konsep ikut anak tekak selera dan saiz perut sebetulnya. di hari yang very the salji berbentuk air turun dari pagi sampai ke malam, keadaan yang sememangnya sejuk mengalahkan berada di Cameron Highland...adalah lebih enak sekiranya di jamu dengan sesuatu yang mampu memanaskan usus perut yang sentiasa mintak di isi sejak dari celik mata, tutup mata sampai celik mata semula. jadilah hidangan Daging Kambing Yogurt penawar pada segala keadaan. nak resepi...nah!!!

Potong daging kambing kecil2 dan rebus selama 30 minit. panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan2 yang dikisar (jintan halus, jintan kasar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam) dan dihiris (bawang besar, halia dan bawang putih) sehingga naik bau. kemudian masukkan bahan tumis (bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga) dan kacau mesra. selepas itu masukkan tomato puri, kentang dan lobak merah yang dipotong dadu serta daging kambing yang direbus tadi, gaul mesra. kemudian masukkan yogurt, kacang pis dan perasakan dengan garam secukupnya. dah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

saya lawankan sekali dengan telur dadar...

Friday, December 21, 2012

Pecah by Khairulnizam Bakeri

Antara novel yang menarik untuk di baca. saya ulang baca sampai 2 kali, lain sangat rasa kepuasan bila habis baca Pecah ni. cerita dalam cerita, kena baca betul2 supaya paham jalan cerita dengan senang. jangan pulak pegi baca bab pertama, lepas tu langkau bab akhir...insyaAllah memang tak paham langsung. sungguh saya ingat cover depan novel ni adalah perempuan tapi bila belek tenung balik, tambahan nampak bayang seperti janggut pulak di sebalik purdah tu dan jalan cerita permulaanya berkenaan dengan rompakan bank...ah confirm lelakilah tu.

Pengolahan setiap watak dalam novel ni jugak adalah sangat bagus, banyak watak2 yang bersangkutan dari awal cerita sehingga ke akhir, even kisah silam jugak. okaylah meh tengok sinopsis ye;

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

Thursday, December 20, 2012

My Slice Cheese Cake

Menu minum petang saya, Slice Cheese Cake bikin sendiri. tekstur kek yang gebu's dan moist, sedap je lalu di tekak bersama teh o panas berasap. nak buat jugak ke, meh ai bagi resepi;

Bahan2
6 keping slice cheese
300ml susu segar
100gm butter
6 biji telur - asingkan putih dan kuning
125gm gula
100gm tepung gandum
Sedikit esen vanila

Cara2
1. Siat slice cheese kecil2. campurkan susu segar dan masak di atas api sederhana sehingga semua cheese cair dan larut.
2. Masukkan butter dan biarkan butter cair. tutup api dan sejukkan.
3. Pukul gula dan putih telur sehingga kembang dan menjadi meringue.
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga kembang.
5. Masukkan sebatian cheese, butter dan susu tadi dalam bekas, masukkan kuning telur dan kacau rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dan masukkan sedikit esen vanila.
7. Akhir sekali masukkan meringue ke dalam adunan tadi menggunakan cara kaup balik sehingga adunan rata.
8. Butter sekeliling loyang dan alaskan dengan kertas minyak. masukkan adunan ke dalam loyang.
9. Bakar menggunakan kaedah bain marie untuk mendapatkan kek yang lebih cantik. kemudian masukkan ke dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit. kemudian kurangkan suhu kepada 140C dan sambung bakar lagi selama 40 minit.

Wednesday, December 19, 2012

My Ex & The Neighbours

Salah satu cerita Korea yang saya follow setiap hari, dah habis pun on last Monday. tahan bersengkang mata nak tengok cerita ni, waktu siarannya 630pm tapi saya jarang dapat tengok waktu ni, terpaksa tengok ulangan pada 130am. happy ending...

http://asianwiki.com/images/9/93/Definitely_Neighbors-p1.jpg
Mengisahkan pasangan suami isteri yang berpisah tetapi mempunyai hubungan yang tidak baik, sering bergaduh dan sentiasa berebut hak penjagaan anak perempuan mereka (Kim Eun-Seo). 
Definitely Neighbors-Son Hyeon-Ju.jpg Definitely Neighbors-Yu Ho-Jeong.jpg Definitely Neighbors-Ahn Eun-Jung.jpg
Selepas berpisah dengan suaminya (Kim Sung-Jae), isteri (Yun Ji-Young) ini cuba untuk tinggal balik di rumah keluarganya tetapi di tentang keras oleh ayahnya (Yun In-Soo). jadi terpaksalah isteri ni tadi tinggal di rumah kawannya yang kebetulan akan berpindah sementara ke luar negara.
Definitely Neighbors-Park Keun-Hyeong.jpg Definitely Neighbors-Jeong Jae-Sun.jpg 
Keadaan menjadi bertambah haru bila mana pakcik (Kim Woo-Jin) kepada bekas suami telah berpindah dan berjiran pulak dengan bekas isteri tadi. terpaksalah mereka bertemu selalu bila bekas suami mengambil keputusan untuk tinggal sementara bersama pakciknya dengan alasan untuk menjaga anak perempuan mereka. adegan bergaduh tu confirm ada setiap kali mereka bertemu, memang kelakar bila tengok mereka bergaduh pada benda2 yang tak sepatutnya.
Definitely Neighbors-Hong Yo-Seop.jpg
Buat masa sekarang belum ada cerita Korea yang menarik di hati. cerita baru di tayangkan sekarang adalah cerita ulangan, tak kuasa heh nak tengok.



 

Thursday, December 13, 2012

Sup Tulang versi saya

Dari raya Aidiladha sampai sekarang, berkepuk tulang ni tak bermasak. meh saya masak sup je, tak sanggup pulak nak simpan sampai tahun depan. tak payah panjang2, nak ambik resepi di bawah;
 
Rebus tulang selama 30mins. di dalam periuk yang lain, tumiskan bawang besar yang dibelah 4, hirisan bawang putih, halia yang diketuk, kulit kayu manis, rempah kurma dan serai yang diketuk sehingga garing. kemudian masukkan tulang yang dah direbus tadi bersama air rebusan sekali, boleh tambah lagi air ikut quantiti tulang tu. kacau mesra dan biarkan sehingga mendidih selepas itu perasakan dengan garam, cili padi yang diketuk ikut tahap kepedasan memasing (tak suka pedas, jangan letak cili), hirisan seleri, serbuk lada hitam nak bagi panas, jus limau nipis dan daun sup yang dipotong kasar. biarkan mendidik lagi dan bolehlah di hidangkan dengan nasi panas. kalau makcik saya di kampung pulak suka hidangkan dengan mee kuning ataupun bihun. 

Kalau dah sediakan sup tulang, satu benda wajib ada sekali adalah telur asin + sambal belacan, memang terBAEK lah. tapi saya rajin sampai tahap telur asin je, lepas tu saya buat lawan dengan sambal terung ikan bilis.

Friday, December 7, 2012

Kougar by Shaz Johar

Sempat meminjam beberapa novel dari Eri Chan masa bertandang ke rumahnya untuk tolong bungkus membungkus door gift perkahwinan. 

Seriously saya tak pernah tau apa itu kougar, tapi bila membaca buku ni membuka ruang untuk saya memahami apa makna kougar yang sebenarnya. watak Kisha dalam cerita ni amat kesian dan menyampah pun ye jugak bila membacanya. walaupun di umur 40 tahun tetapi masih bujang. berkisar perjalanan hidupnya yang bertemu lelaki pelbagai peringkat umur dengan perwatakan yang berbeza. fizikal Kisha yang di gambarkan sebagai moden dan menarik membuatkan dia di minati ramai orang walaupun lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Novel Kougar ni menggunakan bahasa harian atau lebih kepada bahasa sempoi gitu...tak bosan langsung bila membacanya. okay meh review sinopsis cerita ni;
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun yang bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur do karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika di cabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!  

Tuesday, December 4, 2012

Ayam masak stew untuk dinner

Hidangan biasa2 je, main lebur apa yang ada dalam ice gobok...ayam masak stew. nah kalau berkenan, ambiklah resepi ni.
 
Panaskan sedikit minyak, tumis halia dan bawang putih yang dihiris, bawang besar yang dipotong dadu beserta kulit kayu manis sehingga wangi. apabila bahan tumisan agak garing, barulah masukkan sedikit air, sos tiram, ayam yang dipotong kecik2, lobak merah (potong dadu), seleri (dihiris), kentang (potong dadu), cendawan butang (belah dua), lada benggala (potong dadu) dan cili merah yang dihiris, gaul mesra. selepas itu masukkan sedikit minyak bijan, lada sulah dan perasakan dengan garam. biarkan di atas api perlahan dan masak sehingga ayam masak. angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
 
Selain dari ayam masak stew ni, saya sempatlah sediakan sekali sayur pucuk manis masak lemak, dengan sambal belacan + ulam timun jepun.