Tuesday, March 26, 2013

My Makaroni Goreng Pedas

Menu malam minggu yang lepas, terus resepi je ye...takde apa menarik yang nak di kongsi. penat weh berpusing mencari Bank Rakyat yang deposit machine nya berfungsi, sudahnya dekat area office jugak yang okay...selamat dah bank in duit tabung haji untuk makcik saya.
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan, jangan lupa selepas tu gaulkan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan makaroni tu melekat antara satu sama lain. panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau. selepas itu masukkan cili kisar dan kalau sehingga mesra. kemudiam masukkan sos tomato, sos tiram, sedikit belacan dan capsicum yang dipotong dadu. masukkan udang atau ayam pun boleh, ikut suka uolsss dan kacau sehingga masak. kemudian masukkan cendawan butang, cili merah, cili hijau yang dihiris dan makaroni...kalau sehingga mesra. perasakan dan bolehlah dihidang.
Lepas makan kenyang, terus tido...perhhh memang terbaek!!!

Friday, March 22, 2013

My Sambal Tumis Telur rumah pengantin

Dari awal tahun sehinggalah sekarang, almost every week saya dapat jemputan kawin...tahun mengawan kot sekarang ni ye ahaksss. kalau takde apa2 aral melintang, memang saya or my laki or both of us akan datang. ada yang kami kena pegi asing2 ikut kawan memasinglah, dah date sandingnya sama. weekend ni pun ada lagi sampai June. in sha Allah jauh dekat kami pasti datang sekiranya masih sihat tubuh badan, berkederat nak drive jauh.

Setiap kali pegi kenduri kawin ni, mesti tak lari dari mendapat door gift...trend zaman kini katanya. tapi dalam banyak2 gift, saya paling suka kalau dapat telur rebus...tradisi sangat tapi susah dah nak jumpa sekarang. mostly orang ramai bagi cake or muffin or bahalu + candies for children. dengan alasan orang bukannya makan pun, banyak buang je telur rebus tu. okay...itu juga adalah alasan segelintir makpakcik saya masa saya kawin dulu. yang tak setujunya sorang dua je, yang setuju majoriti + knowing me yang memang keras kepala dari batu, buat jugaklah.

Saya suka makan telur rebus, curah pulak dengan kicap manis + masin...perh i tell u, memang terbaek!!! lepas tu kentuttt tak henti2 ahaksss. selain dari makan dengan kicap, rajin jugak buat sambal. tak payah susah2 nak merebus telur lagi, penuh sebakul telur rebus rumah pengantin saya dapat. bagi perabih sekali harung tadi, saya buat masak Sambal Tumis Telur rumah pengantin.

Kupas telur rebus dan goreng hingga sedikit kuning dan toskan. panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih, halia lengkuas dan belacan yang ditumbuk halus sehingga naik bau. selepas itu masukkan pula cili kisar, sos tomato dan sos cili, masak sehingga terbit minyak.

Masukkan air asam jawa dan perisakan, masak sehingga pekat. masukkan bawang besar, bunga kantan dan telur yang dah digoreng tadi. gaul rata dan biarkan sehingga bawang lembut...hidangkan.
 
Kan rumah saya takde beras, kami laki bini makan dengan roti je...habis sebungkus. mujur lunch hour siang tadi makan jugak nasi walaupun 3 sudu di Nandos KLCC tapi teringat2 ayamnya yang sedapppppppp tu. oh....saya dah berkenan dengan satu kasut tu tapi tak beli pun. bagi mimpi dulu malam ni baru boleh beli, if not lupakan aja :P

Thursday, March 21, 2013

My Sagu Gula Melaka

Hari ni dapat meloloskan diri balik awal, boss meeting dekat KLCC and terus balik...tak masuk office semula. lagi pun my laki ada di rumah, semangatlah nak balik awal...bolehlah nak dinner sesama di rumah. asyik makan/bungkus luar pun bosan jugak. 
 
Dah lama rumah ahkak takde beras ko, tak terbeli lagi...kesian je bunyinya ye. betul dek, ahkak dah lama tak masak nasi di rumah, macam nak ketuk pintu rumah sebelah mintak sepot beras ahaksss. taklah begitu, cuma sekarang ni Faizal tak bagi saya masak nasi di rumah...nak diet nasi katanya. okaylah senang keja kan, tak payah nak masak beria berlauk pauk bagai. yang penting ni ha, ku sediakan sayur2 hijau merah kuning buat salad bagi dia makan sudah...ini je pun yang dia nak. 5 mins dah siap!!!
Takkan sayur je kan, kenalah ada sumber protein jugak sebagai egen pemberi tenaga. sekarang ni saya beli ayam, sebelum simpan dalam ice gobok tu saya marinate dulu bagi mesra alam. senang setiap kali nak grill, unfrost kan dan terus grill je. ikan daging pun saya buat yang sama jugak kecuali udang sotong. senang cepat ringkas, 30 mins dah siap masak.

Inilah hidangan makan malam kami tadi. tanya my laki, "cukup ke tu?!!" dia kata "cukup, sedapppppppp alhamdulillah." senang hati daku. tapi hidangan tu tak habis setakat ni je, lepas tu ada pulak desert. ala2 orang putihsss katanya, after main course follow by desert pulak. sebab segala hidangan adalah express, makanya saya sempat buat Sagu Gula Melaka yang super duper pantas. oh saya memang suka hidangan yang very the express penyediaan ni.

Taunya nak resepi kan, nah ambik resepi Sagu Gula Melaka ni. yang atas tu akak main lebur je dek, tak payahlah ye.



Bahan2nya;
300 gram biji sagu
2 liter air
2 helai daun pandan
3/4 camca teh pewarna hijau makanan
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*
1 cawan pati santan 

Cara2nya;
 
Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan biji sagu dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk. 

Sapukan sedikit minyak jagung pada acuan/loyang yang nak digunakan. Kemudian masukkan ke dalam acuan atau loyang, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 2 jam. 
 
Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat yang telah dimasak seketika bersama sedikit garam dan tepung jagung. Hidangkan sejuk.

Monday, March 18, 2013

Katerina (Saga 2) by Ahadiat Akashah

secoret kesayuan hati...

Satu lagi sekual terbaru yang diadaptasikan dari salah satu novel Ahadiat Akashah. saya tak berkesempatan nak menonton filem ni tapi kalau buku tu saya dah habis baca pun, katanya beli satu set kan kisah Lagenda Budak Setan ni.

Saya merasakan kisah Kashah dalam novel ini adalah lebih menyedihkan dari novel yang sebelumnya tetapi Kashah masih maintain cool menghadapi segala dugaan yang mendatang.  tak sabar nak baca Saga 3 pulak...

Harga : RM20.90

Segalanya tinggal memori - Ayu pergi takkan kembali...

Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka - aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat Ilahi...setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau mungkin untuk sementara...

Thursday, March 7, 2013

Lagenda Budak Setan (Saga 1) by Ahadiat Akashah

Kasyah & Ayu - Azmi & Ayu - Kasyah, Ayu & Katerina

membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria
segala suka duka terhimpun di sini.
adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya?
hanya Tuhan yang menentukan segalanya...

Yang ini adalah edisi yang baru, saya pernah memiliki buku ni jugak masa sekolah menengah dulu tapi tak tau dekat celah mana terselitnya, hilang tak dijumpai lagi. akhirnya saya beli semula 1 set buku ni (ada 3 buku) masa ada pameran buku dari MPH dekat office. dapatlah special discount untuk staff, apa lagi rembat belilah...30% babe sapa nak bagi, pegi MPH sendiri pun belum tentu dapat. terus sinopsis jelah ek, tentu korang pun dah baca buku ni + tengoh movie dengan drama lagi kan...
 
Keluaran : Roket Kertas
Harga : RM24.90

Lebih satu dekat Kasyah mencipta cinta. 

Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang...dia menjadi pencinta agung. 

Dia tabah mengharungi apa saja...demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. 

Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahannya?

Namun, berjayakan dia menyunting Ayu sebagai permaisurinya?

Akan bahagiakah dia?

Mampukah dibuktikannya pada dunia...cinta adalah segala-galanya!

Cuma Ayu yang punyai jawapan itu

Dan, Allah sebagai penentu!

Dan, siapakah pula Katerina?

Wednesday, March 6, 2013

Movie day out

Selagi ada cerita kami pegi tengok, 3 movie in one day...ermmm seronok betul orang sebelah saya tu. terisi masa cutinya dengan aktiviti mengmovie...