Tuesday, April 30, 2013

Jibam by Ujang

Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti

Tak berpeluang langsung untuk menonton movie nya tapi cukup puas hati bila dapat membaca novelnya. 

Novel ni saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas, masa ni je saya berpeluang untuk memilih buku dari karya Ujang. weekend ni kalau berkesempatan lepas election tu nak terjah PWTC lagi for Pesta Buku...tak tau lagi buku apa yang nak di cari. tapi yang pasti mencari buku yang dah susah nak jumpa di pasaran luar. 

Berkisar kisah Jibam, seorang budak yang lambam dan sering dianiaya + sering melakukan perkara yang di anggap bodoh. 

Penulis: Ujang
Terbitan: Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga: RM12.90

Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya...kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya - 'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti' 

Monday, April 22, 2013

Diary of a Wimpy Kid - The Ugly Truth

Ramai je yang tegur, "apa baca buku budak2 ni?". tapi saya masih suka membacanya, best kot kelakar lagi. boleh release tension bila baca buku ni. benarlah kata orang, kalau dah suka tu memang tak boleh buat apa, baca berkali2 pun sanggup. saya ada koleksi 7 buah buku Diary of a Wimpy Kid ni.
Diary of a Wimpy Kid - The Ugly Truth
by Jeff Kinney
Harga: RM29.90
217++ muka surat

Grey Heffley has always been in a hurry to grow up. But is getting older really all it's cracked up to be?

Suddenly Greg is dealing with the pressures of boy-girl parties, increased responsibilities and even the awkward changes that come with getting older. And after a big fight with his best friend Rowley, it looks like Greg is going to have to face the "ugly truth" all by himself...

bacaan yang mempunyai gambar macam ni memang sangat saya suka...
 

Terlalu membaca sangat on last weekend sampai tak layan sorang ni, siannn...buat muka boring je. okay hari ni kita main sama2 ye bolat gemuks

Wednesday, April 3, 2013

Bersyukur dengan apa yang kita ada...

Pernah rasa kecewa...?!!! mesti pernah kan, bohonglah kalau tak pernah rasa kecewa. tak dapat beli barang yang betul2 kita NAK...aduhhhhhhhhh kecewanya. tak dapat makan makanan yang kita NAK sangat makan...aduh kecewa lagi. walhal NAK tu sebenarnya adalah ikutan nafsu semata je, bukannya betul2 kita perlukan pun. 

Saya kalau tang barang tu taklah sangat pun merengek kalau tak dapat tapi tang makanan tu, ohhhhh payah weh. dalam FB tu selalu tengok kengkawan pegi makan sana sini, saya pun mulalah pasang angan2 nak makan sana sini sama jugak. tapi kalau tak dapat tu kan, 7 hari 7 malam...siang mimpi malam mengigau ko, dasat betul penangan kecewa ni. 

Tapi bila fikir balik, bukannya saya tak dapat makan langsung...malah apa yang saya makan tu rasanya lagi sedap kot dari yang orang lain makan ahaksssss. cuma perasaan nak sama dengan orang lain tu datang jugak walaupun dah di halau pergi jauh, tapi dekat rupanya.

My laki selalu sangat cakap, tak perlulah nak teringin bebenar makan dekat tempat tu...sedar sikit selama ni kita makan serba cukup serba sedap, bersyukur dekat situ. orang lain belum tentu makan sesedap secukup kita makan. bukan setakat makan saja, pakai, angggota badan, malah benda2 yang kita gunakan selama ni semuanya itu adalah  menjadi kesempurnaan diri kita. syukur sangat kita ada semuanya.

Rasa syukur mesti ada tetap dalam diri agar kita lebih menghargai segala apa yang kita ada dan punya. hari ni kita ada segalanya, besok tak menentukan lagi kita masih memiliki segalanya. syukur tu bukan subjective ye, tapi ia adalah HARUS...HARUS ada dalam diri sendiri. 
  
Malam tadi saya masak Asam Pedas Sardin je jah, stock ikan dah habis...yang ada setin sardin. syukur jah, dengan setin sardin tu mampu mengenyangkan perut saya laki bini + dengan pujian melambung lagi..."walaupun sardin, i tetap suka makan masakan u. tetap sedap tip top punya." ayat hati beli jiwa tu, jangan tertipu :P

Nak jugak ke resepi, okay meh kita kongsi nikmat syukur ni bersama;

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, sedikit belacan dan lada hitam) sehingga wangi, masukkan serai + lengkuas (dititik), cili kisar dan masukkan air asan jawa. nak sedap, tambah daun kesom, bunga kantan (belah 2) dan masukkan sardin bersama sosnya sekali. selepas tu masukkan tomato yang dibelah 4 dan perasakan. sedap makan dengan roti macam my laki buat, saya makan dengan nasi...tak behi nak makan dengan roti ni.

Ahad lepas, tukar tayar kereta...2 tayar belakang dah wajib tukar. my laki memang particular sikit pasal kereta ni, coz a part of keselamatan kena ambik serius. memang setiap 6 bulan, bertukarlah kasut kereta ni...itu pun as advice dari pomen. kalau bunga tayar tu cantik lagi, taklah kami tukar pun...tukar bila dah sampai masa kena tukar je.

Hantar kedai dekat rumah jo, syukur semuanya ada dekat dengan rumah.


Syukur jugak masih boleh menukar tayar kereta on time, kekadang kesian tengok kereta2 tersadai di tepi jalan sebab pancit. hazab ko...ahkak dah pernah merasa tu dek.

Monday, April 1, 2013

Kasyah Lagenda Berakhir (Saga 3) by Ahadiat Akashah

Dek kerana minat sangat dengan kisah kasyah dalam nivel Lagenda Budak Setan, kisah percintaan, kehidupan, persahabatan, ikatan persaudaraan yang terlalu banyak cabarannya...membuatkan saya teruja untuk menghabiskan kisah LBS ni sehinggalah novelnya yang terakhir (Saga 3). walaupun suka dengan novelnya tapi saya tak pulak beria nak menonton movienya, maklumlah tak semua babak dalam novel ada pada movie kan. tapi rasanya kisah novel ni akan difilemkan jugak kot, barulah complete perjalanan cinta kasyah - pencinta terulung. sinopsis terus je;
 
Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunanganya terputus dengan Katerina.Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tidak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya.
 
Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itu pun kerana setelah Katerina murung selepas pencerainnya dengan Hisyam.
 
Demi maruah, Kasyah menolak dengan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya, Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu.
 
Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. 

Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. 
 
Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, atau sebaliknya?