Tuesday, October 22, 2013

Udang masak kunyit

Hari ni agak redup mendung je, sinar matahari pun tak seterik biasa. dah mula berubah musim, hujan hampir setiap hari. 
 
Bila musim2 sejuk sebelah malamnya, haruslah terasa lapar kan. maka rajin la memanaskan tungku dapur untuk memasak. hidangan kami malam tadi, udang masak kunyit dengan sayur bayam...cukuplah untuk makan berdua.
 
Bersihkan udang dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit. panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dicincang sehingga naik bau. masukkan serai yang diketuk dan udang yang digaul tadi. saya tambahkan sedikit air untuk kuahnya, kalau tak nak berkuah pun boleh jugak. akhir sekali saya masukkan biji sawi dan boleh angkat untuk dihidang.

Untuk sayur, goreng macam biasalah...don't say uolsss yang pakar2 masak ni tak tau buat kan... :)

Thursday, October 17, 2013

Kuih Pai Tee

Lepas balik dari office malam tadi, saya dan my laki pegi ke rumah mertua. my laki seminggu dua ni akan pegi keja bersama2 coz dia kena attend something dekat Bangsar. bila dah sampai Dayabumi, mamat ni terus pegi Bangsar naik lrt je.

Bila dah siap dinner, kami terus nak balik. bertuah kan, datang umah mertua semata2 nak makan je. rezeki jangan ditolak weh, musuh jangan dicari.

Balik rumah bukan sebab nak tido cepat tapi nak buat kerja masak memasak sikit untuk makan dengan kawan2 di office hari ni. ada yang nak bawak ketupat kuah kacang, lemang rendang, kek bagai dan saya hanyalah plan nak buat snak. dalam kepala dok terngiang2 nak buat Pai Tee. selak2 resepi, terjumpa la resepi cik mat gebu kita...zasssss terus buat. nak resepi...yang proper kena cari dalam blog cik mat gebu, hok saya ni dah singkat2 je ayatnya. mintak izin ye saya kongsikan bersama resepi ni walaupun dah tinggal singkat.
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PIE TEE :- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung.
  3. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
  4. Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
  5. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
  6. UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh.
Adalah saya hidangkan sepinggan untuk my cik abang gebu saya. suka betul dia, sekali dapat terus habis, saya dapat merasa sebiji je. sat lagi nak pegi masukkan inti dalam mangkuk pai tee ni, kejab lagi dah nak duduk bersidang agenda makan2.

Tuesday, October 8, 2013

Tiramisu Strawberi

Doh semangat semula internet kawe selepas beberapa hari kawe pening2 lalat takdo internet kek umoh. lamo doh tak buat hal, sekali dia buat...kawe pitam.

Meh la kawe tayang2 balik teaser kawe kemarin. ramai kabo pavlova tapi bukan itu jawapannya. hok ni namonya Tiramisu Strawberi. hok pavlova tu ado gak tapi tunggu turn la ye nak kabo.

Betulkan channel semula. 

Okay nampak meriah je kan desert dengan strawberi. pada yang tak berapa nak suka dengan strawberi, boleh tukar dengan buah2an lain ikut kegemaran masing ye. durian pun boleh weh kalau mampu :)

Kita terus ke resepi ye, kot2 boleh cuba masa hari raya yang bakal tiba ni...hidang untuk tetamu yang datang, pasti teruja
 
Bahan2 sirap
1. 150g strawberry filling
2. 80ml air suam
3. 1 sudu kecil gelatin (pastikan yang halal ye)
4. Sedikit parutan kulit limau

Bahan2
1. 250g cream cheese
2. 125g whipped cream
3. 125g whipping cream
4. 50g gula icing
5. 1 peket biskut tiramisu
6. Strawberi

Cara2

1. Untuk menyediakan sirap, campur ke semua bahan dan kacau sebati. panaskan supaya gelatin larut.

2. Pukul cream cheese sehingga gebu dan masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga kembang.

3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan whipped dan whipping cream dan pukul sehingga sebati dan pekat. kemudian campurkan cream ke dalam adunan cream cheese tadi dan kacau menggunakan spetular. 

4. Masa untuk melapis. letakkan sedikit sirap yang dah disediakan awal tadi dalam bekas yang cantik, kalau boleh yang lut sinar gitu...baru molek rupanya. kemudian susun lapisan atas sirap dengan biskut tiramisu. selepas itu letakkan cream cheese ke atas biskut. ulang lapis melapis ni sehingga penuh. 

5. Bila dah habis, susun dan hiaskan dengan buah strawberi yang merah ranum tuh. selepas tu simpan dalam ice gobok bagi sejuk. lepas tu barulah nikmat lalu di tekak.
 
selamat mencuba v(^0^)

Friday, October 4, 2013

nak jugak buat teaser...


buat teaser dulu...internet dekat rumah tengah buat ragam tu. tak dapat nak bertenet memalam. resepi menyusul kemudian ye