Monday, November 18, 2013

Highland Tower



Lama betul dah tak pegi menonton movie, last sekali menonton pun sebelum bulan puasa yang lepas. bukan takde movie yang menarik tapi hati ni rasa tak sangat nak menonton dah. tapi tidak kali ini, saya rasa tertarik untuk nak menonton Highland Tower ni...semua cerita bergenre documentary.

Pergi menonton bertiga, saya hangkut sekali anak buah pegi sama. yang pasti dalam panggung saya duduk tengah2, takut katanya. apa yang boleh saya katakan dari hasil selepas menonton, cerita ni banyak sangat dialog diawal cerita yang saya rasa agak membosankan. part yang best bila masa mereka2 dalam movie ni dah mula masuk ke dalam kawasan Highland Tower. cerita yang tak banyak kejutan dan tak banyak gambaran hantunya tapi saya memang seorang yang penakut, asyik tutup mata je masa tiba part2 yang menakutkan tu. ada jugak kesan bunyi bayi menangis tapi tak tau la memang benar2 dari rakaman ataupun dubbin semula.

Saya menonton movie ni minggu lepas tapi surprisingly pawagam masih lagi penuh, kami dapat seat pun yang baris depan2. sebelum masih pawagam, kami dah siap dinner, tapi bila movie time...ada rasa nak muntah pulak. sebabnya kerana movie ni self recording, pepaham jelah gegarnya macam mana kan + zoom yang melampau dekatnya sampai kembang2 gambar. usah kata macam nak muntah, pening kepala pun sepackage jugak. serious kesan ni pasti ada pada yang dah menonton movie ni.

Setiap kejadian aneh dalam movie ni adalah rakaman sebenar, yang ada nampak bayang2 yang bukan2 tu pun adalah benar...kecut nyawa jugak menonton movie ni. meh sambung je dengan sinopsis ye...kot2 nanti uolsss nak tengok pulak;

In December 1993, a luxury condominium tower block collapse after ground erosion from the neighbouring hillside. About 50 people lost their lives and to this day has become one of the darkest and saddest tragic incidents in Malaysian history. Twenty years later in 2013, a group of documentary filmmakers venture into the remaining two blocks that is left standing to do a ghost hunting expedition. What they discovered is not for the faint-hearted.
  

Wednesday, November 6, 2013

Ayam Goreng Kunyit Daun Kari

Hujung minggu lepas, ya Allah lebatnya hujan melanda bandar KL ni. masa hujan tengah lebat tu saya on the day balik dari Putrajaya ke TTDI untuk menjemput my laki dan menghantar kawan saya balik ke rumah. kawan saya ni sama2 pegi wedding di Putrajaya tu. since hujan lebat sangat, saya tak sampai hati nak hantar dia ke lrt. 

Lepas tu terus je balik ke rumah, masak je dinner malam tu. tak kuasa nak meredah hujan + badan pun dah penat nak dinner di luar. masak yang simple2 je, Ayam Goreng Kunyit Daun Kari...resepi dari che mat gebu lagi. lawan pulak dengan sayur bayam goreng.

Ayam dibersihkan, buang kulitnya dan cucuk daging dengan garfu. kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih yang di tumbuk halus dengan garam secukup rasa. perap adunan dalam ice gobok selama 1 jam (saya dah siapkan sebelum keluar pegi wedding siangnya).

Panaskan minyak, gorengkan ayam tadi...jangan garing sangat. angkat dan toskan. dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan daun kari, bawang putih yang ditumbuk halus serta serai yang diketuk sehingga harum. selepas itu masukkan bawang besar yang di potong bulat2 dan hirisan cili merah serta hijau, goreng sehingga layu. masukkan ayam tadi dan gaul rata. angkat dan boleh la hidangkan.


sayur bayam goreng