Monday, April 14, 2014

Brownies Kukus Lapis Cheese

Hujung minggu lepas kan saya free, duduk di rumah tak keluar langsung. 2 hari engine kereta tak start, asyik start engine perut je bila di rumah. idea nak memasak tu asyik datang dalam pelbagai bentuk, dari lauk pauk terus ke manisan pulak. dah lama tak mengasah bakat membaking, takut lupa apa salahnya mereward diri sendiri dengan air tangan sendiri jugak...lebih berkat kan. 

Brownies Kukus Lapis Cheese in the house semalam, sangat sesuai untuk hidangan pada tetamu yang datang bertandang di rumah. sangat mudah cara menyediakannya, seperti biasa resepi ada di bawah...
 
Bahan choc brownies
500gm tepung brownies
200gm telur
200gm air
5gm baking powder
5gm soda bikarbonat
75gm minyak jagung

Cara2
Campurkan ke semua bahan2 kecuali minyak jagung. putar sehingga kembang. masukkan minyak perlahan2 dan pukul hingga kembang. bahagikan kepada 2 bahagian.

Kukus 1 bahagian selama 10 mins. selepas masak lapiskan dengan adunan cream cheese. kukus selama 10 mins lagi. selepas masak, lapiskan adunan choc brownies lagi dan kukus selama 10 mins.

Bahan cream cheese
250gm cream cheese
60gm caster sugar
60gm butter
1 biji telur
20gm tepung gandum

Cara2 
Pukul cream cheese, butter dan gula sehingga kembang. masukkan tepung dan putar hingga sebati. masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.

Topping choc
300gm coklat masakan
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

Cara2
Cairkan semua bahan di atas menggunakan kaedah double boiler. kacau sehingga likat dan licin dan biarkan ia suam2. selepas itu tuangkan choc ke atas permukaan brownies dan biarkan choc tadi meleleh secara semula jadi. biarkan choc mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc parut.
 
Inilah hasilnya, hiasan simple je
 
Menjadi hidangan minum petang paling best (@_#)

Sunday, April 13, 2014

Mihun Sup sarapan hujung minggu

Hujung minggu yang free, tiada apa2 event larian. hanya sekadar lari setempat dalam rumah sambil mengemas isi dalamnya. niat di hati nak sambung berpuasa lagi esok hari, nak langsaikan hutang puasa yang lepas2. 2 hari dalam seminggu, itu saja yang saya mampu buat...selebihnya dugaan asyik mendatang je hiksss. 

Bila sangat free di rumah, masa inilah baru berpeluang panaskan tunku dapur yang dah lama tak panas2 tu. hari ni saya sediakan sarapan pagi yang terus je heavy...heavy ke, erm pada saya heavy la. sangat jarang kot masak bagai untuk sarapan ni. menu sarapan pagi hari ni, Mihun Sup. cam biasa resepi ada di bawah, resepi ikut sedap citarasa tekak sendiri.
 
Bahan2
1. Mihun (dicelur)
2. Ayam (potong kecik)
3. Bawang besar dan putih (dikisar)
4. Halia (dikisar)
5. Air
6. Kulit kayu manis
7. Buah pelaga
8. Bunga lawang dan cengkih
9. Chicken stock 
10. Garam

Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau. masukkan air bersama ayam dan chicken stock. perisa secukupnya dan biarkan mendidih. 

Angkat dan hidangkan bersama mihun dan bawang goreng. 
 
Waktu penyediaan amatlah sekejab. sekiranya tak suka tumis, leburkan saja semua bahan2 tu dan biarkan sehingga mendidih. nak pedas, jangan lupa buat cili kicap sekali ye...selamat mencuba (@!@)

Saturday, April 5, 2014

Ungu Karmila by Ramlee Awang Murshid

...ia makan untuk hidup
tetapi tidak pernah minum

Sebuah kisah misteri yang berjaya membawa saya lebih teruja untuk mengetahui setiap bait penulisan dari mula sehingga akhir. keterujaan untuk mengetahui kisah demi kisah yang akan bakal berlaku ke atas kehilangan dan setiap penemuan watak dalam novel ini.

Penulis juga berjaya membawa watak2 dalam novel ini seperti hidup di alam maya dan berjaya 'menipu' saya sebagai pembaca bila mana salah satu watak dalam novel ini sebenarnya sudah mati tetapi saya tetap merasakan watak tersebut masih hidup akibat halusinasi yang tercipta. kisah yang mengaitkan tentang kisah misteri yang lebih kepada unsur2 mistik dan gabungan kajian sains berjaya diolah dengan baik sekali.

Sangat2 suka membaca novel ini, 1000x tahniah kepada penulis Ramlee Awang Murshid. walaupun membaca berkali2 tapi tetap merasai keterujaan untuk mengetahui kisah demi kisah yang akan berlaku.
  
Tajuk Buku : Ungu Karmila
Bilangan Mukasurat : 511 
Arif dan Karmila pasangan suami isteri yang berpindah ke rumah baru mereka, Vila Sunyi sebuah banglo di Puncak Rimba, Cameron Highland. Vila Sunyi adalah hadiah Arif buat isterinya Karmila yang sangat dicintai sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Misteri muncul dan mula berlaku apabila Arif mula menunjukkan sikap yang menakutkan isterinya dan orang gaji mereka - Jainab.

Perlakuan Arif mencurigakan dan memberikan kesedihan kepada Karmila. Satu malapetaka berlaku apabila mayat mereka bertiga ditemui oleh Tok Batin, ketua suku kaum orang Asli yang berhampiran datang ke rumah mereka untuk berdamai dengan Arif kerana perselisihan faham mereka berkenaan dengan spesis bunga liar yang diambil oleh Arif daripada 'kawasan larangan' di dalam hutan yang berdekatan.

Sejak malapetaka tersebut, kejadian demi kejadian misteri berlaku bermula dengan kematian Jikon, seorang pemuda orang Asli, abang kepada Ema yang bekerja sebagai pakar bioteknologi di UPM Serdang berkelulusan sarjana dari UKM. Ema difahamkan oleh ayahnya bahawa Jikon telah mati akibat puaka Vila Sunyi. Namun sebagai seorang yang berpendidikan, Ema tidak mempercayai cerita tersebut dan mengambil langkah membuat penyiasatan sendiri ke atas Vila Sunyi.

Pada masa yang sama juga, Arafat abang kepada Arif mengupah sekumpulan penyiasat untuk pergi ke Vila Sunyi dengan tujuan membuktikan bahawa Arif tidak membunuh Karmila dan Jainab. Apa yang terjadi semasa penyiasatan tersebut amat mendukacitakan dan mengerikan kerana seorang demi seorang daripada mereka mati kecuali Dino yang berjaya melarikan diri ke hutan. Ema yang juga kebetulan berada di dalam Vila Sunyi ketika itu turut menjadi mangsa.

Dr. Ismadi, rakan sekerja Ema mula membuat penyiasatan ke atas kejadian tersebut dan hasil siasatan menunjukkan bahawa misteri Vila Sunyi bukanlah kerana puaka tetapi sebenarnya berpunca daripada Ungu Karmila - bunga kacukan yang dihasilkan oleh Arif.