Wednesday, April 15, 2015

Kalau Memang Harus Begitu by Acik Lana

"Tak mungkin musim cinta ini berlalu,
seandainya hatimu seperti hatiku..."

Saya sangat suka hasil penulisan penulis ni dan ini antara buku tulisannya yang saya miliki sendiri. saya bukan seorang yang suka membaca online novel, saya lebih suka membeli or pinjam novel...baru terasa kepuasannya. 

Review dari cerita ni, sangat fairy-tales sangat. yelah kan, dari tealady je menjadi seorang secretary dan kemudianya menjadi bini boss dia sendiri...tak ke fairy-tales tu :p. masih ada plot yang slow tapi tidak membuatkan pembaca berhenti membaca. pengolahan watak Adara, saya rasa sangat keperempunan di situ dengan ciri2 dan tindakan yang penuh sopan santun. 

Novel setebal 1031 muka surat ini mampu saya habiskan dalam masa sebulan saja. impressed untuk diri sendiri kerana kebiasaanya mau makan masa setengah tahun untuk habiskan novel setebal tu. ini menunjukkan novel ini sangat menarik dan harus dimiliki oleh kaki2 novel yang lain. Okay, meh terus ke sinopsis...

Penulis : Acik Lana
Title : Kalau Memang Harus Begitu
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM36.00 

Zidan Adiputra...seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan menjadi buruan gadis-gadis yang menggilainya. Kerana itu, dia merasakan dirinya layak dilayan seumpama seorang 'Tuan Putera'. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Tetapi dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan felda ke kota besar. Namun, hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra.

Umpama air dan minyak, mana mungkin dua hati yang saling membenci bisa bersatu. Namun, kemunculan Riyad yang berjaya melakukan make over kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Adara sehingga dia sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika perlu memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra : Memang pelik, tapi hati aku memang tergila-gilakan perempuan kampung tu!

Adara : Dulu benci bagai nak gila, tapi sekarang cuma dia paling aku cinta. 

Wednesday, April 8, 2015

Sambal Goreng

Saya sangat jarang memasak di rumah pada weekdays kecuali hujung minggu sahaja. itu pun ikut mood jugak, ada masanya memang tak masak berminggu2. kali ni terasa nak masak pulak, masakan apa tu kena tanya my laki. kadang2 mamat ni mampu membantu memberi idea masakan apa yang bakal kami makan nanti. saya ni petang2 memang buntu sikit, takut nanti bila sampai dekat rumah...ikan goreng je yang saya masak pulak. mujur lagi my laki tidak ada banyak kerenah dalam bab2 masakan ni, dia makan apa saja yang saya masak, sedap tak sedap belakang kira katanya janji air tangan bininya itu dah cukup sedap bagi dia. mulalah ahkak ni berhati sayu sayang cinta bagai, mesti nak masak sedap2 jugak untuk dia. kali ni saya sediakan sambal goreng untuk juadah dinner kami malam tadi.

Bahan2:
Santan kelapa
Air asam jawa
Garam dan gula

Bahan2 goreng:
Daging - direbus sehingga lembut
Udang
Tauhu
Tempe
2 biji bawang besar - dihiris
Cili hijau dan merah - dihiris

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia
2 batang serai 
Cili kering
Belacan

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak. kemudian masukkan semua bahan2 yang telah digoreng dan kacau sehingga sebati. masukkan santan dan air asam jawa, kacau dan biarkan masak sehingga santan menjadi pekat. perasakan dan bolehlah tutup api, hidangkan bersama nasi panas...ketupat pun boleh jugak.

Hidangan kami malam tadi, telur asin, ulam2 dan juga budu tak pernah tinggal :p