Wednesday, July 20, 2016

OsteMatrix by Shaklee

Hari ini sangat sibuk, sibuklah nak buat kerja office yang tak pernah nak habis2....duduk berjam2 lamanya dekat kerusi pun boleh kalau turutkan hati. Lepas tu sibuk ni dengan event open house division nya hari raya jugak, 'hakak long' memang tak menang tangan la jemah oiii...anak2 buah terkiak2 panggil tanya itu ini. Sudahnya meh hakak long buat committee je terus, tempat baru staff pun semua baru nak kenal2 mesra gitulah. Hakak long pulak cepat je tangkap yang jenis mesra alam + rajin tu dengan sekali imbasan je...hahhhhh hambik ko, terus chop committee seumur hidup tanpa bantahan.

Alhamdulillah, event berjalan dengan lancar dan end up every committee berpuas hati dan teruslah menyandang jawatan committee tetap sepenuh masa.  

Siaplah malam ni nanti baru terasa kepenatannya, masa tu lah nanti rasa sakit sana sakit sini walaupun bukan buat apa kerja pun kan....makan je kekdahnya. Tapi tidak menjadi masalah bagi saya sebabnya...ni ha OsteMatrix.

Salah satu cara untuk saya kekal cergas dan mampu buat kerja2 menganas ni adalah dengan mengambil OsteMatrik sebagai kalsium tambahan.

Saya bukan seorang yang suka ambik supplement coz saya lebih suka mengamalkan cara2 semula jadi sahaja especially on body nutrition. Tapi ada masanya saya akan ambik jugak supplement tambahan SEKIRANYA badan saya masih kekurangan some nutrition and OsteMatrix sentiasa menjadi pilihan saya untuk menjamin kandungan kalsium yang cukup. 

Runner like me sangat mengutamakan kesihatan tulang dan kalsium adalah sangat penting. Sekiranya saya tidak mengambil minuman tenusu di waktu siang, saya akan pastikan yang saya akan mengambil OsteMatrix ini di waktu malam. Sangat bagus juga sebagai milk buster untuk ibu yang menyusukan anak, cubalah.  

Wednesday, July 6, 2016

Eid Mubarak

Assalammualaikum & Eid Mubarak

Hari ini merupakan hari yang mengembirakan kita semua umat Islam, hari kemenangan selepas menjalani ujian di sepanjang Ramadhan. Ramadhan yang sangat banyak menguji keimanan, ketabahan, kesabaran dan keyakinan kita pada Allah yang satu. 

Saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan (dalam sedar atau tanpa sedar) yang telah saya lakukan sama ada dari tutur kata, perbuatan atau gambaran yang menyinggung perasaan semua.

Semoga Syawal ini akan lebih sempurna dan dipenuhi dengan kesyukuran, kegembiraan kita bersama keluarga dan orang2 tersayang. Tiada apa yang lebih bermakna di Syawal ini tanpa mereka2 di sisi kita. 

Salam Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin
dari kami berdua