Friday, September 30, 2016

Kancil togel

Semalam saya dah mula masuk office, masih dalam MC lagi tapi dah lemau sangat duduk dekat rumah. Saya nak ambik aura office kembali, semoga minggu depan takdelah rasa kelang kelibut sangat. Boss saya pulak cuti hari ini, itu yang saya masuk office semalam supaya boleh update apa2 yang perlu dengan dia sekali. Seat down jugak dengan staff yang covering my place while am away selama 2 minggu. 

Ikutkan during lunch or lepas lunch saya dah boleh balik memandangkan masih MC lagi tapi saya stay jugak dekat office sampai petang. Macam hari ni saya cuti semula coz boss pun cuti jugak, minggu depan je kita masuk bekerja seperti biasa semula. Tepat 5pm semalam, saya dah keluar office dan terus balik ke Lenggeng. Semenjak MC panjang ni memang masa saya banyak habis di Lenggeng saja. Suami pun kebetulan follow office hour jugak, time in and out pun sama. Senang jugak untuk dia berulang tapi kalau dia balik lewat, dia just balik Ampang saja.

Saya dan suami stay di Lenggeng semalaman dan hari ini kami balik ke Ampang semula. Dekat rumah ada kucing yang perlu diberi makan minumnya, kami tak boleh tinggalkan rumah lama sangat. 

pisang goreng, karipap dengan roti goreng tepung berinti sardin

Sebelum sampai di rumah kakak, singgah beli kuih goreng2 dulu buat juadah minum petang ramai2. Call rumah and suruh anak saudara buat teh susu, boleh gandingkan bersama kuih goreng2.

kancil togel yang telah dibersihkan sebelum bawak balik ke rumah

Abang ipar baru balik dari memburu dan ada rezeki kami makan kancil weekend ni nanti. Nampak dalam gambar macam besar je kan kancil tu tapi sebenarnya kecik je. Besar sikit dari ayam kot rasanya. Weekend nanti baru kakak buat masak lemak cili padi dan panggil semua adik beradik balik makan sama2. Begitulah selalunya perangai kakak saya, kalau ada rezeki tu memang sentiasa ingat adik2nya yang lain.

Seronoklah nanti hujung minggu ni dapat berkumpul ramai2 lagi dan paling best...saya dah bebas dari chicken pox, yahoooo0

Thursday, September 29, 2016

Durian Jeli

Sambung semula kisah Kelantan yang tak gantung tak bertali tu...entry yang lepas di sini.

Pasal nak dulukan cerita hari raya korban, bagaikan terus lenyap kisah Kelantan ni. Memang tak menarik pun, jalan2 santai saja tapi ingin jugaklah buat entry kot2 ada yang sudi nak baca...inshaAllah.

Tujuan utama saya dan keluarga ke Kelantan adalah untuk menghantar anak saudara masuk UMK di Jeli nun. Universiti ni baru jugak dan dah tentu tempatnya jugak baru. Masa hari pendaftaran masuk terus dapat bilik untuk mereka berdua. Dua orang anak buah saya masuk UMK ni, sorang anak kepada kakak dan sorang lagi anak kepada abang saya. Macam biasa angkut segala barang, beg je dah 2...besar2 pulak tu penuh dengan segala kelengkapan mereka dari kain baju cadar sarung bantal selimut sehinggakan barang2 personal masing2 semuanya dah lengkap. Tempat baru kan, takut susah nanti nak cari barang2 keperluan. Bila dah sebulan dua duduk situ barulah mahir sikit kawasan sekeliling kan.


Semua itu diuruskan sendiri oleh makpak masing2. Saya dengan anak2 saudara yang lain2 tu duduk bawah khemah ni sementara menantikan makpak masing2 settle dengan anak2nya. Nak tinggal anak belajar jauh2 ni bukan senang ye dak, itu belum lagi masuk drama air mata macam takde jumpa dah anak tu lepas ni hihihihi.Itulah ragam makpak kan, saya paham...jangan ingat saya takde anak dan saya tak paham perasaan makpak ni.

Selepas settle urusan kemasukkan anak2, kami semua bolehlah beredar dan tinggalkan anak2 untuk meneruskan perjuangan mereka untuk belajar. Tinggallah mereka di Jeli ni selama 3 tahun dan maybe lebih terpulang pada course yang mereka ambik. Semester break nanti baliklah mereka untuk bercuti pulak. 

Selepas keluar dari UMS, tak jauh pun kami dah jumpa gerai durian. Ishhh mana boleh miss kan, harus singgah...kita makan durian Jeli dulu. Durian kampung saja yang ada tapi tak mengapa asalkan durian. Saya sekeluarga memang pencinta durian, sanggup je singgah makan durian walaupun sekadar durian kampung...Jeli pulak tu, bukan dekat kan. Yang pasti 4 longgok tu kami belasah makan. Syok woooo makan durian tengah2 panas terik tepi jalan pulak tu, duduk pulak atas pangkin bak duduk tepi sungai ko.

Alhamdulillah, dapat pulak isi yang molek2 manis2 sampai tak terasa dah 4 longgok kami makan.

Wednesday, September 28, 2016

Bila masuk recovering proses masa chicken pox

Last weekend balik ke rumah my sista di Lenggeng. Kena paksa balik sebetulnya sebab saya masih lagi down with chicken pox cuma masa tu badan dah tegap sikit tapi bila malam bisa2 badan datang menyerang semula. Cucu saya yang kecik tu tak dibenarkan balik kampung, takut nanti mau berjangkit dekat budak kecik tu nanti. Yang besar2 takpe sebab mereka semua dah pernah kena sebelum ni.

Tiada apa sangat pun bila duduk di rumah my sista, nak makan pun kena pantang. Ikutkan kena pantang sebab takut gatal2 badan tapi saya alhamdulillah takde gatal2 pulak cuma jaga makan jugak takut tinggalkan parut dekat badan nanti macam kicap kopi tu semua tak boleh makan minum buat masa ni. Mujur je saya bukan seorang yang obses dengan benda2 tu. Ayam ikan even seafood saya boleh makan macam biasa tanpa ada rasa gatal. Air kelapa pulak saya dah stop minum hujung minggu lepas, cukup 5 hari saja saya minum. Ini mak mertua pulak suruh stop bila dia tengok dah banyak yang keluar dan takde lagi yang nak tumbuh. Ikut sajalah apa kata diorang, dah kita jugak yang menanggungnya nanti kalau tak dengar kata kan.

terubuk masin untuk makan lunch

roti canai untuk sarapan

Apa lagi yang nak dibuat bila duduk di rumah kakak ni selain dari makan, makan dan makan. Cuma waktu ni masih tak keluar berjalan2 lagi selain dari transit ke rumah mak mertua or rumah kakak saja. 

Tuesday, September 27, 2016

Raya kedua korban

Alhamdulillah selepas seminggu tiada entry baru, hari ini saya bersiaran lagi bersama entry lama yang baru je nak keluar cerita. Saya baru lepas recover dari chicken pox, ye ramai sangat yang tegur kata dah tua2 ni baru nak kena chicken pox ke. Nak buat macam mana dek, hakak dah nak kena...tak boleh nak elak2 lagi dah. Dah bahagiannya begitu, redho sajalah akan ketentuanNYA.

Ok, cerita itu kemudian2 kita cerita la ek. Tak seronok mana pun walaupun sampai sekarang saya masih lagi dalam MC. Duduk rumah seminggu lepas dalam proses cacar bermaharaja keluarnya adalah tidak ohsem ye. Dan seminggu ini pulak dalam proses recovery, cacar dah mula mengecut dan ada yang dah hampir kering kudisnya. Jenuhlah menjadi anak dara sunti, duduk dalam rumah saja tak keluar2 langsung. InshaAllah semoga dipermudahkan segalanya. Semoga minggu depan saya boleh mula masuk office semula, jenuh 2 minggu duduk rumah tanpa buat apa2 ni.

Kita terus je sambung entry tertungguk selama seminggu lepas. Entry sambungan hari raya korban tempoh hari. 

Masuk saja hari raya ke dua, kami adik beradik dah mula kemas2 rumah ayah sebab nak ke rumah kakak yang pertama pulak. Raya korban pun still raya jugak kan, amalan berkunjung tu pasti ada so ada jugaklah acara jalan2 hari raya. 

Kakak pertama saya dah balik lebih awal masa hari korban lagi kerana dia perlu ke hospital untuk her dialysis. Itu dah memang routine nya, tak boleh tidak. Tak puas berkumpul ramai2 katanya, maka terus saja hari raya ke dua kami berkumpul pulak ke rumahnya. Ada juadah yang dia dah sediakan dan ada jugak yang saja menunggu kami sampai baru masak. Meh kita tengok apa yang my kakak sediakan.
   
menu wajib setiap kali raya, rendang paru limpa daging

 sarung ketupat yang menunggu kami datang untuk isikan beras dan masak, sarung macam biasa anyam sendiri. kuah kacang pun kami ramai2 masak

abang ipar sempat melemang dalam sepuluh batang, siap dapat bawak balik sebatang sorang

Itu antara juadah wajib hari raya, tidak kira raya apa pun asalkan raya namanya...adalah juadah ni. 

Thursday, September 15, 2016

Hari pengorbanan

Pagi raya adalah sama saja pada setiap rumah kan. Seisi rumah pastinya sibuk dengan tugasan masing2. Raya kali ini saya tak dapat solat sunat hari raya, biasalah masalah perempuan tak boleh ditahan2. Beri laluan pada yang bergegas untuk nak ke masjid, walaupun bilik air ada 3 tapi yang satu tu je tetap menjadi tumpuan...agaknya sebab berair kolah, yang lain tu air pancuran saja. 

Di dapur hanya sibuk dengan menyediakan hidangan selepas solat nanti. Tiada air disediakan pun. Leka panaskan kuah masak air, tiba2 rumah jadi sunyi sepi...dah berlalu rupanya mereka2 ke masjid.

Hidangan pagi raya, hanya nasi dagang beserta condiment nya sekali. Minuman dah tentulah teh susu, teh o, kopi o dan minuman2 2in1. Ramai orang, ramai jugak seleranya...baiklah buat sendiri minuman pilihan masing2. 

Lebihan makanan semalamnya pun masih ada lagi dan rendang juga dah siap masak. Memang biasa tak sediakan makanan banyak di pagi raya sebab nanti pasti periuk sup tertenggek di tungku menunggu tulang2 lapahan masuk ke dalam. Sediakan aje mee kuning, bihun, sambal kicap dan daun sup daun bawangnya.

Tunggu sehingga semuanya balik dari masjid, barulah sarapan beramai2.

Selepas siap sarapan, mulakan acara 'akad' untuk korban. Biasanya hari raya korban saya sekeluarga memang takda gambar2 keluarga. Baju raya pun biasanya pakai baju lama saja or paling senang sarung jubah pun dah cukup. Tudung pulak tak payah nak shawl sangat lilit2 bagai, hakak sarung je tudung syria.

Lepas 'akad', terus saja ke belakang rumah. Acara penyembelihan akan dimulakan sekejab je lagi. Suami hakak dengan baju melayu johor berkain pelikat saja, itulah fesyen dia ke masjid jugak. 

Penyembelihan jugak dilakukan oleh abang2 saya saja. Sediakan aje parang sembelihan, selebihnya serahkan pada mereka. Suami saya tak buatlah, dia tak reti sembelih2 binatang ni.

 korban pertama

 korban ke dua

 korban ke tiga

Dari sembelihan sehinggalah melapah semuanya kami lakukan sendiri dengan dibantu jugak oleh jiran2 tetangga dan saudara2 yang hadir sama. Cuma proses melapah tu agak lambat jugak sebab pakai parang je, kalau dekat masjid biasanya ada mesin pemotong daging...cepat sikitlah prosesnya. Alhamdulillah, selepas solat zohor daging2 korban dan boleh diagihkan kepada yang berhak. 

Mana yang menjadi bahagian kami sajalah yang kami masak untuk makan tengah hari. 

Sempurna sudah ibadah korban kami untuk tahun ini, semoga diberkati. InshaAllah sekiranya berkemampuan lagi untuk tahun hadapan, kita berKORBAN lagi. 

Wednesday, September 14, 2016

Malam menjelang hari raya korban

Agaknya menjadi satu trend dalam keluarga saya, mesti akan ada acara bakar2 binatang untuk di makan...bbq la tu. 2-3 tahun ini je yang baru terjadinya aktiviti ni tapi macam dah menjadi acara wajib pulak. Tapi saya suka je sebab best kan, sapa tak suka bbq...makan ayam bakar ke kambing bakar ke daging bakar ke kan tapi sangat jarang buat bakar2 seafood. 

Abang saya adalah orangnya bertanggungjawab buat semuanya ni, dari marinate sampailah menyalakan api, dia punya kerjalah tu. Tukar bakar pulak biasalah ikutkan yang lelaki2 mana ada masa tu, sukalah diorang part bakar2 ni. Kami pulak yang pempuan2nya suka makan je, asal masak makan...habis dalam pinggan tambah lagi selagi ada. Dah habis nanti semuanya lesap, yang lelaki jugaklah dok kemas segala perkakas tu nanti.

Antara bahan2 bbq malam raya tempoh hari;

ayam sudah semestinya, peha dengan kepak. ada jugak bontot ayam tapi ini orang perseorangan punya...hah gitu

 sausage ni saya yang suka, ikutkan abang memang dia takde masukkan benda alah ni sekali dalam list marinate dia. sedap ape, sausage bakar...diorang ni je yang tak pandai menghayati kahkahkah

itulah dia bontot ayam, ini memang menjadi rebutan sangat. kalau nak memang kena chop awal2 sebab dikuatiri akan tinggal lidi je kalau lewat seminit. Part ni memang bakar paling last, bagi semua orang dah sentak melantak...dah tak lalu lagi nak merebutkan bontot nan secucuk tu

Tuesday, September 13, 2016

Sehari sebelum hari raya korban

Selamat hari raya Aidul Adha semua. Semoga saudara2 kita yang sedang mengerjakan ibadah haji tahun ini dikurniakan haji yang mabrul, inshaAllah. 

Seperti tahun2 yang lepas, tahun ini sekali lagi kami seisi keluarga dapat menyempurnakan ibadah korban. Perancangan ibadah korban ni biasanya hanya akan dirancang setiap kali berkumpul pada hari raya puasa dan abang saya akan uruskan pembelian lempu atau kambing ikut pada bahagian yang dah confirm. Ibadah korban juga biasanya kami akan buat di kediaman parent kami, senang kita pun boleh tengok sendiri dan biasanya family saya akan proses sendiri jugak daging korban tersebut.

Untuk tahun ini punya aktiviti, sama jugak sebenarnya macam tahun2 sebelum ini dan inshaAllah akan kekal jugak pada tahun2 akan datang cuma saya tak pernah lagi up dalam entry secara details. Tapi tahun ni saya rasa macam rajin sikit nak share, ikut jelah ek...mana yang sempat saja dan secara random. 

Sehari sebelum hari raya, part ni memang saya dengan suami punya kerja...pergi ambik order kelapa parut dengan santan sekali. Kerja order kelapa parut dengan santan pulak tugas abang. Saya mana tau nak order benda2 ni cuma tukang nak masak je yang tau kan base on menu yang bakal di masak nanti. Kira jadi tukang ambik barang je, itu pun 8am pagi dah berbaris tunggu turn. Kalau datang lewat sikit lepas 9am ke, entah panjang mana pulak ekor barisannya. Memang kedai kelapa ni menjadi tumpuan sebab kedai ini aja yang menjual segala anak beranak berasaskan kelapa. 

Kakak dengan yang perempuan2 lainnya pergi pasar beli segala barang untuk kenduri korban besoknya (hari raya) beserta barang2 untuk juadah hari ini jugak sebab ahli keluarga yang lain dah mula balik semuanya, rumah pun dah mulai penuh. Ini jugak untuk mengelakkan ada yang tak cukup or terlupa beli sebab kebiasaanya kalau hari raya, kedai2 melayu pun jarang bukak. Kalau dah takde jugak barang di cari, kira dah tak rezekilah tu.

ikan patin tempoyak, kangkung goreng, sambal sotong, ikan goreng dengan budu

Bila dah start berkumpul adik beradik, hidangan pun dah serupa macam kenduri jugak. Hidangan takde nak hidang dalam mangkuk lagi, sedia je tray. Senang, tak payah nak bekas banyak2. 

Makan lunch dulu sebab sebelah petangnya dah kena mulakan acara potong2 bawang dan segala benda untuk keesokan punya kenduri. 

Bukan setakat bahan2 untuk masakan, segala perkakas untuk kenduri pun semuanya kena keluarkan dan cuci semula. Barang bukan pakai selalu, just bilas takut ada habuk2 yang melekat. Khemah pun dah siap pasang untuk aktiviti besoknya sebab kawasan tepi rumah ni agak lapang, kalau panas ke hujan nanti takde pulak tempat nak berteduh. Kereta semuanya dah tak boleh parking dalam kawasan rumah, kena susun di luar pagar. 

Inilah dia haiwan tunggangan kami nanti, inshaAllah...2 ekor lembu dan seekor kambing. Hanya kami adik beradik anak beranak je nama dalam setiap bahagian2 tu. Dah selamat berada di rumah kami dari hari Sabtu lagi sebelum khemah di pasang. Saya memang tak mengadaplah lembu2 ni sebab mulut ni cepat je nak cakap...'kesiannya lembu2 ni nanti'. 

Ada kisah ko, saya pernah kena marah sebab cakap macam tu. Biasalah orang tua2 kan tak bagi cakap macam tu. Lepas dari kena marah tu, terus saya tak nak tengok lembu tu lebih2...buat tak tau jelah. 

Thursday, September 8, 2016

Family dinner

4th week September, saya dinner di rumah my sister dekat Lenggeng. Kakak call suruh balik semua adik beradik hanya kerana nak dinner sama2. Hai la kakak daku sorang ni, mujur je semua adik beradik dekat2. Dekat2 pun KL Seremban Bahau jugak la tapi momantai, demi keluarga daku turutkan aja kecuali kalau ada hal lain yang betul2 tak boleh dielakkan.

senja nan biru tapi gazebo gelap gulita

Saya sampai agak awal, lepas zohor dah keluar rumah. Settle dulu segala hal sendiri dan suami, lepas tu terus drive balik ke Lenggeng. Sempat lagi tolong masak2 hidangan dinner. Walaupun kakak yang ajak dinner...takkan datang untuk makan semata. Kalau boleh balik awal untuk tolong2 masak apa salahnya. Selection menu biasanya ikut permintaan, masa inilah yang paling saya suka...boleh request nak makan apa, akan cuba dipenuhi sekiranya termampu. Sekiranya takde permintaan, tuan rumah masak je ikut selera sendiri.

Dan ada yang requested menu rupanya, meh tengok apa yang disediakan;

Inilah dia, masak lemak cili padi daging salai dengan jering. Saya memang tak makan ni sebab tak suka makan jering. Jering ni kalau dimasak, habis segala2nya akan berasa jering jugak...memang TIDAK lah dengan saya.

Menu wajib setiap kali kakak saya ni buat makan2, kari kambing. Abang ipar memang suka makan kari kambing, tu yang menjadi menu wajib tak kira apa jua acara. Adik beradik saya tak berapa sangat daging2 merah ni tapi kalau dah ada bedal saja, kari kita kan letak santan...memang sedap la. Kuah tu boleh simpan buat cicah roti ataupun cekodok tepung.

Ini baru menu wajib saya, senang je tak cerewet pun tekak ni. Kalau uolsss nak jemput hakak datang rumah makan2, hidang ikan goreng kosong dengan budu...sungguh2 ni, hakak tak mengata punya :) Adik beradik saya yang lain memang dah arif sangat selera saya, kalau ada ikan goreng dengan budu memang tak usik dah menu lain. Makan ini je dah boleh bertambah nasi 2 pinggan. 

Ini sajalah menu family dinner kami tempoh hari. Tak banyak sedikit janji semuanya dapat berkumpul dan makan sama2, itu je pun yang pentingnya dalam keluarga. Kejadian ini adalah sebelum suami demam campak, kalau sekarang dihidangkan menu2 ni depan dia...ontahlah, ada yang langgar pantang nanti.

Tuesday, September 6, 2016

Lido Corner Kota Bharu

Bersambung kisah ke Kelantan...entry sebelumnya 

Selamat sampai di Kota Bharu, almost tengah hari jugak. Sampai je bandar cik siti wan khadijah ni, terus menuju ke hotel. Check in dulu masukkan barang semua sambil2 tu dapat jugak baring atas tilam luruskan pinggang. Lepas tu pantang letak kepala atas bantal, dapat pulak aircon kan...nak lelap je mata ni.

Lepas 3pm terus turun ke lobi, tujuan utama untuk cari tempat makan...nak yang sekitar2 hotel je. 

Kebetulan pulak sebelah dengan hotel tempat kami menginap ni ada kedai makan yang glamer jugak di Kota Bharu. Lido Corner diberi nama atau lebih dikenali dengan nama lain, Nasi Sup Tepi Sungai. Saya memang tak tau menahu pun kedai makan ni femes, just pegi saja sebab memang ini je kedai makan yang paling dekat dengan hotel. Bila dah balik and nak buat entry ni barulah saya tau kefemesannya (ambik ko pencabulan bahasa dekat situ). Punyalah tak tau sampai tak ambik gambo rupa kedai pun. Tapi uolsss jangan mengambarkan kedai makan cantik ada aircon bagai ye. Ini just kedai tepi jalan atau sekali tengok sama macam warung je tapi makanan, perhhhh wa cakap lu. Alhamdulillah masa saya dengan semua keluarga turun selepas waktu lunch, dalam almost 3pm...so tempat duduk tu adalah untuk muatkan kami semua, 2 meja jugaklah.

Dekat sini hidangan yang paling femes, nasi bersama dengan sup daging. Selain dari sup daging, ada 3 jenis pilihan lauk lain seperti daging bakar, ayam bakar dan kari ikan. Yang bestnya, system kedai ini adalah layan diri. Saya memang agak suka system layan diri ni sebab makanan semuanya dah ada tinggal pilih and terus ambik. Biasalah kalau dah lapar ni tak dan nak tunggu2 lagi, kalau boleh order terus dapat je. 
  
air peberet selamanya, cincau ais

Ini hidangan pilihan saya, tak berapa suka berkuah bila makan nasi so saya just ambik ayam bakar dengan sayur saja..adalah sejemput sambal belacan disitu. Sekali suap, terus senyap. Wow sedapnyaaaaaaaaa. Lepas tu cuba pulak hirup sup daging (takde dalam gambar, hirup sup orang lain punya), tu yang best makan ramai2...macam2 hidangan boleh dicuba. Memang sedaplah, cukup segala rasa dalam sup tu. Kari ikan pun sedap jugak tau, tak ingat sapa yang ambik kari ikan tapi saya merasalah kuahnya (pun takde dalam gambar sebab bukan sendiri yang order).

Walaupun pilihan lauknya nampak terlalu simple tapi pada saya ini sudah mencukupi sekiranya hidangan itu benar2 sedap. Pada yang masih tercari2 dimana coroknya kedai ni, meh ahkak update;

Nama kedai: Lido Corner 
Direction: next to Grand Riverview Hotel (tau hotel ni maka senanglah nak jumpa kedai makan ni)
Waze: Lido Corner KB 

Saya tidak berapa familiar dengan Kota Bharu. Jangan tanya apa2 dekat sini, memang nganga je lah jawapannya. Percayalah, saya jalan2 dekat KB ni guna map hokay, terasa macam warga indon datang Kelantan pulak :p

Monday, September 5, 2016

Penat

Hari ni baru terasa penat, penat sangat tu tidak tapi penat la. Selalunya weekend adalah hari untuk recharge tapi last weekend tak sempat recharge ko.

Hakak penat menjaga suami demam, bukan demam biasa tapi demam campak (chicken pox). Biasalah orang tua kalau mengegek sakit sana sakit sini macam mana kan. Nak di marah, berdosa hihihi. Apa boleh buatlah, layankan aje selagi mampu.

hakak belanja selpie sebijik...bukan senang nak dapat pun kan :p

Thursday, September 1, 2016

Pengalaman drive dari KL sampai Merang

Family trip to Kelantan. Bukan bercuti pun cuma menghantar anak buah masuk ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Saya kena pergi menghantar jugak sebab sebelum ni adiknya berhantar jugak ke Kuching nun, tak adil pulak kalau turn kakaknya tak hantar. Hati anak buah ni sama macam hati kita jugak, senang merajuknya hiksss.

Saya mulakan perjalanan dari KL lepas magrib, senang tak payah nak singgah mana2 untuk solat. My other family ikut laluan dari Negeri Sembilan, lalu Keratong and janji jumpa di Kemaman saja dalam 10pm. Kami lambat sampai, maklumlah perjalanan tu jauh sikit + dekat Gombak sebelum masuk highway boleh tahan jugak jammed nya. 

Berhenti rehat sekejab dekat kedai makan tepi jalan sambil makan dinner. Saya tak sempat nak makan siap2 sebelum tu cuma kali ni makan yg lite sikit. Nak drive all night, nanti ada yang mengantuk bila kenyang sangat. 3 kereta semuanya dan dalam kereta pastinya co pilot boleh drive jugak. 

Selepas makan, teruskan perjalanan. Drive memang slow, kami semua tak nak laju2 sangat dah malam2 ni mata pun berpinar tengok lampu kereta orang lain. Saya tido dulu sementara suami terus drive sampai dia dah tak larat baru tukar driver. Entah dekat mana saya pun tak perasan, suami kejutkan untuk tukar drive. Kereta yang lain2 pun berhenti jugak. Basuh muka sikit bagi segar muka dan saya pulak drive sementara bagi peluang suami tido pulak. 

Drive all the way sampai Kuala Terengganu dan pit stop seterusnya di Masjid Batu Buruk. Kebetulan sampai tu memang dekat2 nak masuk waktu subuh, terus berhenti lama sikit untuk solat dan kalau ada yang nak mandi pun boleh jugak tapi saya taklah...air dekat masjid sejuk wehhh. Rehat2 luruskan badan, ada yang ambik peluang sambung tido. Ramai jugak rupanya yang sama macam kami, ada tu dari Johor Melaka drive all the way to Kelantan. Saya yang dari KL ni rasa macam dah nak mengalah, penatnya Tuhan je tau. Mungkin sebab siang sebelumnya tu bekerja, tak sempat nak rehat sangat badan...terasa sangat letihnya bila kena drive jauh2 macam ni.

Dalam 7am kami teruskan perjalanan lagi dan 2nd pit stop adalah di Merang, rumah saudara. Dah inform awal2 dengan tuan rumah yang rombongan mak jemah nak datang sesubuh sepiee :p siapkanlah benda yang patut2 kan.
  
Tu dia, pepagi sampai terus tuan rumah siapkan sarapan taraf syurga dunia punya. Memang terbaek melantak pelahap2 yang memang dah lapar + mengantuk semua ni. Lepas sarapan dapat pulak tido kan...memang dekat2 nak tengah hari jugaklah baru teruskan perjalanan ke Kelantan. 

Selepas dikerah bangun dan terus bersiap untuk destinasi seterusnya. Ikutkan nak sambung je lagi tido tapi takpelah, this time suami pulak yang drive so saya boleh sambung tido semula dalam kereta. Salam2 sebelum berpisah, entah bila lagi nak sampai rumah saudara ni...jarang2 jumpa jugak ni. Dan terima kasih for hospitality jugak, dapat jugak luruskan badan, segarkan badan dan dapat jugak kenyangkan perut jugak.