Monday, November 28, 2016

Last weekend

Last weekend yang memenatkan, seyes memang kelang kelibut sangat. Saturday baru nak pegi ambik baju yang dah siap lama tapi tak ambik jugak walaupun hari2 je lalu dekat Ampang Park tu. Selepas tu terus pegi ke KD hantar barang ambik orang ke Tropicana. Walaupun tak jauh mana tapi kalau dah jammed pusing 2-3 kali, mau tak muak dibuatnya. Sampai ke malam jugak, sebelum Magrib terus cabut balik...tak kira da, memang daku tinggalkan je. Biar yang tinggal tu je settlekan balance kerja yang ada 😓

Terus singgah ke masjid TTDI untuk magrib dan lepas tu niat nak cari tempat dinner je sebelum balik. Ini pun pusing2 jugak, arhhhhh stress betul hidup dekat KL ni. Pegi Dotty, terbantut hasrat sebab dah tutup...ye la lepas magrib baru nak pegi memang tak dan la. Lepas tu pegi Artisan Coffee, penat tawaf berkali2 tapi nan ado peluang dapat parking. Pusing pulak Strand, lagi macam nakharom tempatnya...parking jangan ko cerita, buat penat tunggu je. Akhirnya nekad kami masuk Curve je, suami cakap kalau dekat sini pun takde rezeki nak makan...kita niat puasa je malam ni. Ok lah hakak redho dan kami masuk Curve sambil berdoa dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah dapat jugak makan tempat makan dan makan 🍴🍰☕ dengan tenang di sana.

Semalam saya just di rumah saja sambil sediakan lauk pauk 🍳 sebab ada cousin yang nak datang menumpang untuk bersiap dari rumah saya. Mereka sampai di tengah hari, moleklah kalau sediakan lunch terus. 

2 orang je yang datang nak menumpangnya, jadi takdelah beria sangat nak memasak pun...cukuplah sekadar ikan goreng, sambal udang, kentang goreng kari, seketul ayam grill sebab nak habiskan stock terus, ulam2 dan budu. Meriahlah makan lunch semalam ramai2, jarang rumah penuh dengan tetamu 😃

Ada yang paling gembira bila ada tetamu datang, kemain lagi dia landing tido bagai bagi orang usap2 dia 🐱. Itu sebab tetamu tu dia dah biasa, cuba orang yang dia tak pernah jumpa...takdenya dia nak buat macam ni, mesti menyorok dalam bilik takmo keluar langsung. 

Dalam 5pm kami semua dah mula bersiap2, mana yang nak iron baju tudung, mandi solat, makeup segala bagai. Saya yang sepatutnya nak book orang untuk makeup, tak terbuat...lupa yang hamat sangat. Takpelah terus je keluar skill makeup masing2, lambakkan aje makeup set yang ada...pandai la nanti macam mana nak cat muka tu bagi cantik kan 🙅 

630pm terus move to Tropicana Golf and Country Resort for our cousins wedding, ada 2 pasang mempelai sebenarnya which is 2 orang ni adalah my cousin. Sampai club house dah ramai tetamu yang sampai, terus je bertegur sapa dengan all immediate family yang lain + tetamu2 yang hadir. 

Upacara bermula 830pm sehinggalah 11pm baru habis sepenuhnya. Saya tak stay lama, badan dah penat sangat + today kerja. Saya tak ambik cuti for this occasion, ingatkan tak penat tapi rupanya penat jugak. 

Begitulah weekend saya dan selesai sudah majlis di pihak keluarga kami. Gambar perantin tak sempat nak transfer lagi, kalau berkesempatan bila2 nanti saya share...if not simpan je sebagai koleksi peribadi.   

Friday, November 25, 2016

Today is FRIDAY!!!

Seronoknya hari ni hari Jumaat, hari yang penuh barakah. Hari yang dimuliakan sepanjang minggu. Dan selalunya hari Jumaat memberikan mood yang paling happy tahap max lompat bintang. Tak kisahlah walau macam mana kisah hujung minggu tu nanti, tapi Jumaat akan sering dinanti sepanjang minggu 😁

Lunch siang tadi, semangat nak makan makanan korea kekdahnya, terus pegi Ampang Point dari Ampang Park. Kalau teringin tu, ada pulak kawan2 yang sanggup melayan...dah cukup package untuk melayan tekak masing2. Maklumlah Jumaat adalah hari untuk pegi makan tempat yang agak jauh sebab lunch break lama, boleh guna pakai kan alasan tu 😋

pilihan my buddy 👩

minum air  free je 

Masa makan tu, mata ni ralit je tengok anak korea ni makan. Pandai sangat budak ni menyuap sup pakai sudu, takde pun menitik or tumpah kena baju. Makpak dia makan tenang je sebab anaknya pun pandai makan elok molek perbuatan...tahap kagum 😍 jugaklah hakak ni tengok. 

Ini menu saya pulak, sebenarnya kemaruk nak makan sup kimchi. Kawan saya tu pulak tak pernah lagi makan makanan korea dekat sini walhal dah sampai Seoul, Jeju Island bagai tu, kelek jugak pegi sama. Dah tercapai keinginan anak tekak ni, takde apa nak citer pun pasal makanan ni. Nak tau sedap ke tidak, datang jelah makan sendiri dekat Ampang Point nun kedainya level 2 😁

Monday, November 21, 2016

Last weekend yang boring

Lemaunya mood sekarang ni kan, selemau cuaca sekitar jugak. Musim2 sejuk ni membuatkan diri ni rasa malas je nak tinggalkan rumah. Kalau boleh nak berkurung je dalam rumah, pakai baju kelawar, pakai stokin sepanjang masa...sejuk katanya. Entah macam mana agaknya orang2 duduk dekat overseas tu kan yang ada 4 musim. Kita yang baru sejuk lit lit ni pun dah macam2 kerenah :p

Weekend lepas takde apa sangat aktiviti. Nak keluar jogging pun malas ko...perh jarang2 terjadi ni tapi hakak turutkan kata hati jugak, lepas subuh terus tarik selimut semula. Kesimpulannya begitulah kejadiannya sepanjang hujung minggu lepas.

my anak buah bagi gambo kucingnya sedang ngulit anak kecik

2 ekor anaknya, baru 3 minggu 

mata dah bukak sikit, tapi jalan masih menyondol2 lagi

ini pulak anak bulus my kakak dekat Lenggeng, ni dah 2 bulan umurnya. kalau dalam gelap memang tak jumpa budak ni, lengut sangat kalernya pun :p

Friday, November 18, 2016

Selsema

Adoiii selsema datang lagi. 

Asal berubah cuaca je mesti hidung ni pun berubah laku. Bersih tak henti2 sampai sakit dah perut rasanya menahan senak bersin. Bila balik ke rumah pulak, berlawan bersin dengan suami yang sama je penyakit berjangkit berdua ni.

Kena redho orang kata, sakit2 ni semua kan penghapus dosa2 kecik. 

Selepas habis activity di gym semalam, terus balik ke rumah mertua di Kg Baru...suami menunggu di sana saja. Sampai di rumah, ada lagi makanan untuk di makan walaupun semua orang dah makan. Memang tak tolak sebab ada budu, typical sangat menantu ni kan kalau dengan budu tu.

Lepas makan, borak ramai2 yang kebetulan dekat rumah mertua ada makcik2 suami datang bertandang menjemput. Nak cuti sekolah ni kan, mulalah banyak jemputan kawin datang menjengah. InshaAllah kalau tiada aral, kami menghadirkan diri. 

Masa nak pulang tu terjumpa kucing hitam ni, sangat cantik bulunya. Umur dalam 1 tahun gitew, manja ya hamat sampai nak ikut masuk dalam kereta. Hey ko ni kucing tentu ada tuannya, jangan nak buat hal masuk2 kereta hakak tau. Mau bawak balik nanti :p

Thursday, November 17, 2016

Mee goreng basah

Musim sejuk ni asyik craving je perut kan....wah musim sejuk ko feeling2 korea aku datang je. Takpe lah kan, merasa jugak hakak musim sejuk...tak payah sibuk nak ke over the sea semua tu. 

Ada lagi sebungkus mee kuning yang dah tinggal hujung2 nyawa nak tamat tarikh sah eloknya, dari mereput duduk dalam ice gobok tu baiklah dimasakkan aja...membazir pujaan syaiton tu. Itu bahan utama, yang selebihnya tu pepandailah sampak2 ja asal boleh makan.  

Elok kejadiannya ni, jadilah mee goreng basah buat dinner tadi. Boleh tido tenang malam ni, sejuk2 kan :p 

Apa?!!! nak resepi. Google je la weh. 


Wednesday, November 16, 2016

Rabu dah...

Hakak semangat lain macam sikit pagi ni nak pegi keja. Bangun pagi 545am dah bangun, iron baju tudung, mandi bersiap terus. Sebelum keluar rumah, masa cukup lagi untuk breakfast dulu dekat rumah. Dapatlah secawan teh o panas dengan bread toast in the house gitew...bukan senang nak dapat feeling macam ni, once in the blue moon :p

Teruja lebih coz dah 2 hari tak jumpa boypreng dekat opis tu and today dia akan masuk opis.

Petang tadi tak pegi gym, plan nak masak malam ni untuk restock frozen food. Ini bini2 punya activity la, kita takde bibik nak masakkan hari2 pun. Kalau ada senang hakak bagi je menu ape nak masak dengan duit belanja barang dapur. Ni semua benda hadap sendiri, eh jangan menyungut...pahala tu pahala, takkan tak nak. 

Sebagai reward untuk makanan yg isteri sediakan, suami belanja minum kopi secawan dengan muffin sebutir. Dah lebih cukup pun ni...alhamdulillah, mujur ada ..... (sila isi tempat kosong) :p  

kopi sedap tapi entah kenapa nak minum sejuk2 pulak di cuaca sama sejuk ni dengan banana muffin

pilihan kopi tentulah di tempat penyumbang israel terbesar nih...kehkehkeh

Monday, November 14, 2016

Takde ape nak update...

Kelang kelibut pagi tadi, lambat pulak terbangun dari tido sebab lambat tido sebelumnya...salah diri sendiri dekat situ. Agaknya terlebih dos rajin mengemas memalam hari, selagi tak settle kerja mengemas mata ni tak mau lelap. Akhirnya kesan selepas kejadian, 645am baru sedar selepas beberapa kali jam di snooze kan :p Bila dah macam ni, mood hakak memang tak berapa moleklah jadinya + saya bukan morning person yang bangun2 terus ceria sokmo. 

tengok dua beranak ni golek2, macam nak tumpang golek2 sama

satu ketika masih gebus lagi :p

Malam ni Supermoon, moh la kite tengok bulan ramai2. Itupun kalau nampak la bukan besaunya tu.

Sunday, November 13, 2016

Food testing...

Hari ini attending final food testing untuk upcoming wedding my cousin akhir bulan nanti. So far so good, hope the majlis will be perfect as plan. 

Selepas larian last night, badan ada sikit dedar. Maybe berhujan sebelum larian bermula tapi memang berdoa saja supaya hujan berhenti masa pelepasan dan alhamdulillah, hujan memang berhenti masa pelepasan acara 21km @ 830pm malam tadi. Bila tamat acara, terus je telan ubat demam yang memang sentiasa ada dalam dashboard kereta. 

Baru saja selesai masak makanan untuk bekalan esok hari sambil2 mata asyik di tv menonton Gegar Vaganza. Entah kenapa musim kali ini kemahen lagi saya follow sedangkan tak pernah langsung tengok musim2 yang sebelumnya. Faktor usia kot tapi memang hakak tak pernah perasaan diri ni muda sangat, hakak jemah sedar diri sendiri dek. 

Ok itu je nak cerita untuk kisah hari ini. Kisah besok, besok je kita cerita ye. Selamat malam sayang2 semua (tiru sikit trend mark DSV) :p

Saturday, November 12, 2016

Lepak time tunggu larian

Hari ini rehat sepenuhnya di rumah sahaja. Tapi tadi tak keluar jogging, simpan tenaga. Sediakan sarapan yang ringkas saja, cucur ikan bilis dengan teh panas.

Lunch pun masak saja apa yang ada di dalam ais gobok tu. Ada ayam lagi sebab last time beli 3 ekor terus. Masak sambal saja, terus masak lebih jugak untuk di frozen kan.

carbo loaded untuk larian malam ni...

Lepas ni nak tido sekejab, simpan tenaga lagi. Nanti dalam 5pm bangun dah siap2 ready for tonight marathon.

Wish me luck malam ni at Putrajaya Night Marathon 2016 *_*v

Thursday, November 10, 2016

RHB Half Marathon 2015

Bib collection on 31st Jan till 01st Feb 2015 at Paradigm Mall. Masa ambik bib ni lah pertama kali saya ke Paradigm ni. Saya bukan mall hunter, setakat nak datang cuci2 mata memang takkan sampai lah :p

dry shirt bukannya vest 

Date event: 08th Feb 2015 
Venue: Stadium Bukit Jalil 
Distance: 21km
Official result: 02:43:31
Ranking: 122

Agak kecewa sikit dengan result...still keep running till now >.<

Wednesday, November 9, 2016

Entry merapu

Okay dah terjawab siapakah next president of USA walaupun memang dah yakin mamat dungu ni pasti akan menang jugak. Kita lihat saja apa yang jadi for the next 5 years ni.

Dah, tak perlu pening2 kepala lagi. Kita ni sepatutnya lebih kena peningkan kepala pada hal ehwal negara kita sendiri >.<

gambar takde kena mengena dengan entry :p


Tuesday, November 8, 2016

Mika Miko

Another anak bulus in the house. Kami beri nama Mika & Miko. Owner asal kena outstation lama dan dah tentu tak dapat nak menjaga kucing2 ni. So kami dengan rela hati ambiklah untuk di bela macam anak2 bulus yang lain. 

Baru ambik malam tadi, mula2 tu agak meronta jugak diorang ni. Tempat barukan, lepas tu takut2 bila nampak kami. Pagi tadi pujuk2 jugak masa bagi makan tapi nan hadonya diaorang nak datang dekat tapi makanan habis. Tengoklah sehari dua ni lagi, inshaAllah ok hendaknya. 

Monday, November 7, 2016

Kurma ayam

Tengah malam tadi saya mulakan operasi memasak makanan untuk simpanan selama 2-3 hari nanti. Sekarang ni dengan kos sara hidup yang benar2 mencabar, harga makanan juga turut naik sama. Jadi biarlah berpenat sedikit dalam proses penyediaan makanan, asalkan saja boleh berjimat dan pasti makanan kita jugak terjamin kebersihan dan sedap.

Hari ini saya sediakan ayam masak kurma, saya masak lebih untuk dijadikan bekalan untuk besok dan hari2 seterusnya. Sekor ayam sekali masak, hadaplah sampai habis nanti.
 
Pagi tadi bangun awal sikit, nak goreng ikan, rebus peria dengan telur asin. Hari ni suami cuti, sediakan lunch dia siap2 sebelum pegi kerja. 

Marilah kita berjimat cermat, pasak je dalam hati yang ape kita buat ni untuk mendapat redho Ilahi. Kita kaun wanita kan beruntung, senang dapat pahala asalkan bagi suami gembira dan senang hati dan bahagia selalu.  

Saturday, November 5, 2016

Majlis kawin hari ini

Teruja sangat hari ni, teruja nak pegi kenduri kawin lagi di Dewan MPAJ. Bukan sebab nak makan saja tapi nak jumpa kawan2 lama sebenarnya. Yes, the only time yang kita boleh berkumpul dan berjumpa kawan2 lama...di majlis kawin. 

Jemputan kawin dari kakak yang sama2 department dulu di Dayabumi, jemputan kawin anak lelakinya. Majlis bertandang gitu, takde bersanding2 bagi cuma duduk sekejab dekat mini pelamin gitu. 

Makanan pulak, masyaAllah sedap2 belaka especially ayam golek dengan kambing goleknya sampai suami tambah sampai 4 pinggan. Majlis yang sangat santai membuatkan mamat ni tak segan silu langsung. Dah macam majlis reunion gamaknya.

Oh rindunya cuaca macam ni...PANAS >_<

Thursday, November 3, 2016

Minyak oh minyak

Fenomena paling hangat sekarang ni, kenaikan harga minyak masak. Pegilah mana2 kedai runcit ka, hypermarket ka, mini market ka...semuanya kata minyak takde or dah habis. Fakta ke auta, sendiri fikir la ek.

Semalam untuk sahihkan fenomena ni, saya pergilah ke Giant, memang takdok doh minyok masok. Yang ada pun macam minyak Carotino, Sunseed dan assorted brand for olive oil. Minyak masak cap tudung saji, minyak masak cakap kapak ke pisau ke tu semuanya memang yillek walhal seminggu sebelum tu bersusun penuh je dekat rak siap berkotak2 di tepi rak menunggu giliran nak naik ke rak je. Takkanlah semuanya habis terjual sekelip dua mata kan.

Entahlah, makin mengarutlah pun ye jugak dengan segala yang terjadi ni. Hakikat yang nampak, jurang kekayaan dan kemiskinan tu semakin ketara. Sendiri ada akal, silalah fikir2kan.

Lagi seronok update entry berkenaan dengan aktiviti sendiri, keluarga ataupun dengan sahabat handai dari kepoci hal2 pentadbiran negara yang marba ni. Nak bersuara pun 'ko sapa'...usah kata nak di layan, pandang pun tidak.

Ok tutup topic boring...

Kembali kepada gambar di atas, kakak dengan abang ipar serta anak saudara di salah sebuah kedai hardware di Australia. Ketika ini mereka masih lagi berada di sana. Abang ipar seorang pengumpul segala jenis parang dan keris, dah tentulah dekat sana takde keris kan. Parang tu ada kot. Entahlah kita tengok nanti apa yang di bawa balik ke sini. 



My kakaks pulak apa lagi kalau tak shopping barang2 pempuan. Tak payah describe la ek apa dia, tengok gambo pun da tau kehkehkeh.

Kakak dan abang saya di sana, 2 beradik je. Tujuan sebenarnya adalah untuk attend convocation day anak saudara di sana. Budak ni banyak sangat merantau belajarnya dari dalam negara, Dubai dan akhir sekali ni di Australia. 

Tak habis lagi shopping, dah murah katanya. Kita je yang duduk negara sendiri ni rasa macam nak tinggal di negara orang huhhhhhhh

Tuesday, November 1, 2016

Sambal Goreng

Hasil dari menabung di Tesco weekend lepas, dapatlah beli udang yang kelihatannya begitu segar di mata. Bila dah beli, mula akal tu berfikir nak dijadikan apa dengan udang tu. Hujung minggu lepas habis masa di luar rumah, hari ini je baru dapur nak panas semula, maka jadilah hidangan sambal goreng versi saya...nak jugak versi diri sendiri :p walhal cilok resepi makcik sendiri.

Nak kata orang jawa, memang saya langsung takde campuran ke situ tapi tekak ni memang teruja sangat dengan makanan jawa. Rasanya saya lebih teruja dengan makanan jawa dari makanan minang. Kalau ada jemputan kawin dari keluarga yang berdarah jawa, memang saya pastikan dapat hadir sebab teruja nak makan hidangan mereka...mesti adalah hidangan jawa yang mereka hidangkan. Salah satu hidangan yang sering dicari, sambal goreng perantin...ermmm sedapnya. 

Saya ada seorang makcik yang dah tinggal lama di Johor Bharu, dekat Majidi nun. Dia pandai buat sambal goreng tapi makcik cakap itu sambal goreng singapore. Bila makan rasa macam sambal goreng jawa je tapi jangan di tanya ape perbezaannya...saya cuma tahu sedap je. Teruja sangat nak merasa lagi, saya terus mintak resepi dari makcik selepas gagal mintak dekat anak2nya. Semuanya kes tau makan je tu tapi tak teruja nak belajar dari mak kehkehkeh.

Meh saya share pulak resepinya di sini;

Santan kelapa
Air asam jawa 
Bahan perasa

Bahan goreng:
Udang 
Tauhu
Tempe
Bawang besar + cili hijau + cili merah (dihiris) 

Bahan kisar:
Bawang besar
Bawang putih
Halia 
Serai
Cili kering 
Belacan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan semua bahan goreng, kacau sebati dan biarkan sehingga masak. Masukkan santan dan air asam jawa, didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasankan selepas kuih menjadi pekat dan sedia untuk di hidang.

Walaupun makanan bertema jawa tapi budu tak tinggal :p Berpadanan pulak dengan ulam dan telur masin di situ. Kita rojakkan terus jawa terengganu la ye. 

Sekarang dah masuk fasa hujan. Almost hari2 pun hujan. Seronok bila tidur malam, alangkah liat nak bangun bila pagi. Setiap hari mengira waktu untuk sampai ke hujung minggu semula. Boleh bangun lewat sambil kekal bergulung dalam selimut selepas subuh. Nikmat dunia ni bukan selalu boleh dinikmati sepenuhnya *__*