Saturday, December 31, 2016

Wayang

Apa movie best dekat wayang sekarang ni ek, lama bebenor rasanya saya tak jejak panggung wayang ni. Eh jejaklah jugak tapi setakat nak beli popcorn je sebab dekat TGV punya popcorn sedap weh 😼 

Semenjak harga tiket wayang naik sampai 18 hengget, saya dah takpe mood nak tengok wayang lagi. Paling menyakitkan hati bila mana setahun or sometimes tak sampai pun setahun movie tu dah keluar dekat tv pulak. Sampai sekarang saya memang tak boleh digest harga 18 hengget tu 😾 

Dulu bila nak tengok wayang saya suka pergi TGV coz boleh guna Maybank Card so dapat harga tiket dengan nilai 10 hengget je. Mujur ada je kelebihan itu, maka berpeluang saya tengok movie. Belum pernah lagi saya spend my 18 hengget for movie apa tah lagi nak pegi tengok movie dekat beanbag la hapa la bagai tu, not in my list at all 😿

Saya dengan anak saudara menonton wayang, tapi dah tak ingat bila tahun. Ada jugak keinginan menonton lagi tapi tah ada ke tidak privilege for Maybank Card holder tu. Kalau takde lagi sekarang ni, simpan je la keinginan nak menonton tu ye jemah 🙅 Kita tunggu je cerita2 baru ni keluar tv masa raya nanti. 

Tak pun jemah download je, banyak je link free download movie nowadays 🙈

Friday, December 30, 2016

Grill salmon

Hidangan dinner malam tadi, super cepat disediakan 😻 

#eatclean #healthymeal 😺

Thursday, December 29, 2016

Kisah JPN semalam

Apa khabar uolsss, hope sihat2 semuanya. Mesti tengah cuti ni ek, selamat bercuti and berhati2 di jalan raya. Sekarang ni pegi mana2 pun jammed melekat, bila jalan clear pulak mesti ada saja kejadian tidak diingini berlaku. INGAT, ikut rasa BINASA, ikut hati MATI.

Saya pulak baru je masuk office hari ini. Sepatutnya cuti sehari je, semalam dah masuk office tapi sangkut dek kerana urusan penukaran MyKad yang sangat lama dan memaksa saya untuk cuti lagi. Cuti hari Selasa lepas tu pun sebenarnya atas tujuan yang sama tapi semua UTC di KL ni pun penuh sesak kecuali UTC Keramat, tutup for renovation sampai 31/12/2016. Semalam saya decided untuk pergi JPN Putrajaya dengan harapan tidaklah ramai orang dekat sana TAPI sangkaan meleset. Saya mula ambik nombor at 9am dan saya terpaksa menunggu lagi 200++ nombor di hadapan. Since memang niat tu nak tukar jugak MyKad, terpaksa dalam rela menunggu giliran sehingga 3++pm. 

Process penukaran yang tiada apa2 masalah cuma saya dah tak mampu untuk menunggu lagi untuk process MyKad siap another 2 hours. Saya terus ambik option untuk collect MyKad di cawangan UTC Keramat after 2 weeks. Sekarang ni hakak separa warga tempatan la 😰

Selepas selesai gedebak gedebuk segala hal di JPN, terpaksa bergegas nak balik office cadangan asalnya tapi dipertengahan jalan saya tukar fikiran. Niat asal memang nak masuk office semalam andai urusan di JPN tu selesai awal tapi dah petang baru nak siap semuanya, saya dah cukup penat untuk masuk office. Terpaksa melepak di Coffee Bean untuk on laptop and buat urgent work sikit. Kalau tidak disebabkan urgent memang tidaklah nak on laptop ni, bergigih la 😩

Begitulah kisah saya semalam, ye la tidak semestinya yang kita rancangan sentiasa menjadi kan. Bak kata orang2 legend, buat awal...jangan tunggu sampai akhir waktu, beginilah jadinya 😨 Kesian pada suami jugak sebab terpaksa menemani isterinya walhal MyKad suami dah tukar baru dari last year lagi. 

Duduk terpengap dalam bangunan JPN yang tak nampak dunia luar. Rasa tersesak jugak mata ni bila terlalu ramai manusia yang pelbagai ragam di depan mata. Takde langsung senaman mata yang boleh di buat 😪 Bila keluar dari bangunan JPN selepas selesai urusan, terus tengok langit...wah terasa bahagia sangat.

Reward diri sendiri dan suami selepas seharian di Putrajaya, makan Chocolala hasil kiriman dari kawan yang balik dari Dubai baru2 ni.  

Saturday, December 24, 2016

Ke birthday party later on

Seronoklah minggu ni ek, mesti ramai yang ambik cuti siaran langsung sampai new year nanti. Saya tak cuti pun, just ambik cuti sehari each week je bagi clear cuti yg ada. Rabu nanti masuk office mesti best je, jalan raya pun tak jammed sangat...office lagilah kosong, ramai yang cuti. Bolehlah settle kerja2 tertangguh tahun ni, tak hinggin nak bawak ke tahun baru nanti 😥

Petang nanti ada birthday party event cucu pertama saya, hakak dah ada cucu dek...silalah percaya. Tahun lepas tak dapat attend makanya tahun ni cuba jugak luangkan masa untuk attend birthday party ni. Hope semuanya berjalan seperti yang di rancang, agenda kemahen lagi makpaknya susun 😤

Gambar lama, lepak sama dengan anak saudara sambil minum kopi dekat Sri Rampai 😤

Malam tadi pekena satay O Mulia Satay aka pulau dekat Jalan Semarak, depan Menara Celcom. Untuk batang tekak saya ni, inilah the best satay in town so far. Sini saja saya akan datang kalau teringin nak makan satay 😤  Satay yang juicy dan besar2. Selalu kalau saya datang makan berdua dengan suami mesti akan order 5 cucuk ayam dan 5 cucuk daging. Selalu terjadi adegan orang meja sebelah tengok2 makanan kami sebab sikit, baik tak payah makan satay...agaknyalah di fikiran mereka. Tapi hanya banyak itu je yang kami mampu makan berdua, order banyak2 lepas tu tak habis lagi tak bagus kan 😞 

Kali ini kami order lebih sikit, dalam 10 cucuk ayam dengan 10 cucuk daging sebab pergi makan bertiga dengan anak saudara jugak. Itu pun susuh nak habis tapi kami cuba sedaya upaya untuk habiskan. Bukan tak sedap tapi sebab isinya besar2, makan 2 cucuk je dah terasa kenyang. 

Pada pencinta satay, cubalah satay pulau ni...senang je nak cari, betul2 depan menara celcom tu. Tapi di INGAT kan, satay ni sedap di batang tekak saya...takut la nanti kalau uolsss rasa tak berapa IN sangat pulak dengan selera korang, hakak kena selar pulak 😢

Friday, December 23, 2016

Tetamu bulus datang melawat baby bulus

Semenjak dapat cucu bulus ni, cerita dia je semata up dekat entry saya sekarang ni. Tengah semangat orang kata ek, lepas ni jangan harap saya nak up lagi cerita diorang...tengah semangat ni teruskan aje. Jangan boring ye 😖

Ada tetamu bulus datang bertandang ke rumah, purposely datang sebab nak tengok baby bulus je. Sebenarnya anak saudara saya yang sibuk nak datang tengok baby baru tu, lepas tu dia angkut sekali toti. 

Inilah toti, seketul budak bulus yang dah dimandulkan tapi sebelum mandul dulu sempat lagi meninggalkan waris. Tu tengah ambik mood sebelum tengok budak kecik tu. Bagi tengok intai2 je sebab takut nanti juju marah ada kucing lain intai anak dia, mau nanti dia pegi pindahkan pulak anak2nya nanti.

Tetamu datang dengan perut kosong, kena sediakan dinner nampak gayanya. Malas nak masak beria2 sangat, tetamu pun tak nak makan nasi...senang cerita buatlah ikan grill sajo. Salad pun takde banyak pilihan dalam simpanan, tambah je apple hijau dengan sosej grill sama dengan ikan. Dressing salad memang sentiasa ada dalam tempoh kecemasan macam ni, curah je...simpan lagi lama kan lagi sedap dressing salad ni. 

Itu jelah hidangan untuk tetamu, alhamdulillah kenyang jugak kan 😘

Thursday, December 22, 2016

Masalah air

Hari ini plan nak ke Dayabumi menghantar kad jemputan perkahwinan. Sibuk sikit la seminggu ni dengan kerja2 menghantar kad sajo, hakak jadi mak perantin lagi tahun ni. Tahun ini dah masuk tahun ke 2 jadi mak perantin kepada anak boss, lepas ni cukup2 la ye...maleh dah nak layan anak2 seterusnya, mau hakak cari boss lain je nanti 😊 

Malam tadi, masa on the way balik ke rumah...terperasan lori hantar bekalan air dekat terrace house neighborhood area. Baru tau rupanya dekat area rumah saya pun ada jugak yang terputus bekalan air. Memang susah kalau takde air ni, nak buat ape pun susah...makan minum lagilah payah. Orang kata biar takde electric tapi jangan takde air, tapi bagi saya 2 benda tu sama penting...ikut perseption saya lah, kang ada pulak yang nak buat comparison between air dan electric 😌 Syukur alhamdulillah, rumah saya tidak terjejas dengan gangguan bekalan air ni...cuma tak taulah sumber air tu datang dari simpanan ke hapa. Pagi tadi sebelum ke office, singgah hantar baju dekat selfservise dobi dan alhamdulillah selfservice dobi pun masih on operation macam biasa.   

Tak ambik lagi gambo baby baru anak juju, hakak up je gambo makcik depa...lulu and lili masa umur baru 2 minggu. Tapi depa ni masa lahir pun memang besar size nya, lepas tu mewah susu sebab 2 ketul je kan 😍

Satu lagi pemandangan yang indah, cantik kan awan tu terbentuk. Snap dekat Taman Tasik Titiwangsa di pagi hari selepas habis jogging, duduk sambil santai2 sejukkan badan 😎

Tuesday, December 20, 2016

Juju dah beranak

Seronoknya rasa hati, kita dah ada baby kucing baru dekat rumah. Malam tadi kita jadi bidan kucing.

Masa balik dari gym semalam, bukak je pintu rumah...juju (kucing) dah menerpa sambil mulut dia dok bising. Dah boleh agak, ni mesti dah nak bersalin. Bila tengok bontot dia dah nampak la kepala baby start nak keluar. Air ketuban dia jangan cerita, jenuh suami mop satu rumah. Saya angkat juju bawak masuk dalam kotak yang memang dah disediakan awal untuk dia bersalin nanti, bagi keadaan gelap2 sikit dan biarkan juju meneran keluarkan anaknya. 

Memandangkan saya baru je sampai rumah, tinggalkan dulu juju dalam kotak dan pegi solat isyak. Bila dah selesai tanggungjawab barulah tengok semula ibu muda yang dah beranak tu, teruja nak tau berapa ketul anak yang keluar 😁

Akhirnya selamat semuanya, juju dah bersalin dengan 3 ketul anak. Masa intai tu juju tengah bersihkan anaknya, dianya pun dah lenjun basah. Miki, mak kepada juju ni sibuklah sama nak mengintai jugak dan akhirnya miki pun sama masuk dalam kotak duduk bersihkan baby. 

Bukan setakat itu saja, miki tak keluar dah dari kotak selepas tu...dok ralit dia mengulit cucunya tu 😂 Baby tu punyalah nyondol2 nak cari nenen miki tapi takde susu, cari pulak maknya juju...baru ada susu. Sayangnya haiwan pada anaknya memang takde tandingannya. Tapi kenapa masih ada di kalangan kita yang mempunya akal fikiran tapi masih sanggup tinggalkan anak, dera anak, malah sampai sanggup membunuh anak sendiri 😒

Gambar atas ni masa miki baru je seminggu kami bela, miki ni kan anak pungut tepi jalan jadi masa awal2 jumpa tu dia bukanlah gemuk sangat pun + ada jugak kurap yang baru nak tumbuh dekat badannya. Kami rawat bersihkan bagi makan cukup2, alhamdulillah sihat sampai sekarang.

Kami tak bela kucing mahal2 baka gebus gebas tu, kami bela kucing2 jalanan yang masih kecil saja. Bila cukup umurnya, bawak pegi sunat dan tinggallah bersama kami sampai hujung usianya 😇

Ada jugak berita gembira yang lain semalam, anak saudara saya dapat result PT3 dengan 9A. Anak boss saya pulak dapat 10A, diorang ni belajar di sekolah yang sama dekat Melaka.

Monday, December 19, 2016

Cekodok jagung dengan kepok lekor

Pada yang dah mula bercuti panjang hujung tahun ni mesti seronok ronok sangat kan, cuti panjang katanya 😁 Pada yang tak bercuti macam saya, jangan sedih ye...enjoy the moment. Moment takde ramai orang dekat office especially boss, masa ni lah nak rasa macam office ini kita yang punya...muahahahah kitalah BOSS. Tapi boss saya ada lagi, Rabu ni baru dia start cuti dan saya pun dok congak2 dalam kepala nak ambik cuti jugak walaupun tak ke mana2 tapi cukuplah sekadar rehat di rumah je kan...janji cuti jugak.

Biarlah itu menjadi perancangan besok2 je, ni nak tunjuk2 jugaklah menu dinner tadi. Iolsss dah dinner uolsss 😂 Buat cekodok jagung je, pakai jagung dalam tin lagi sebab dah hujung2 nyawa nak expired date.

Sekarang ni iolsss memang maleh sangat nak letak resepi, nak2 pulak benda yang sah2 uolsss semua memang dah pakar buat kan...so halal je la ek without resepi.

Bukan takat jagung dah nak expired date, kepok lekor ni pun dah hampir2 nak bertukar warna. Teruk betul iolsss ni kalau membeli limit macam boleh habiskan semua, tamak haloba sangat. Sekarang ni memang dah tak membeli lagi, habiskan segala stock makanan yang ada sebelum tahun bertukar baru. Hope iolsss boleh buat dgn jayanya untuk complete iolsss punya KPI tahun ni 😅

Sunday, December 18, 2016

Hujung minggu

Weekend datang lagi, tinggal 2 kali hujung minggu sebelum kita melangkah ke tahun 2017. Oh my, cepatnya masa berlalu...cepat jugak umur kita makin menginjak usia. Semoga 2016 memberikan memori yang terindah dalam hidup kita semua dan 2017 memberi sinar yang lebih membahagiakan, inshaAllah 🙏

Pagi tadi rasa malas pulak nak keluar cari sarapan, cepat je akal tu bekerja untuk cari idea sarapan di rumah saja. Ada roti, buat roti goreng sedap jugak kan. Tak payan kagum sangat dek, macam tu reaksi isteri2 di rumah, panjang je akal kalau bab masak2 kan...pakar semuanya. 
Asalnya inti tu nak buat karipap tapi punya la malas pulak nak buat dohnya. Buat inti tu pun unplan, saja buat kot2 nanti 'terajin' kononnya nak buat karipap tapi 'terajin' tu tak jugak kunjung tiba. Kita buat jelah jadi inti roti pulak, apa2 pun kita yang buat dia kan. 

Bila menjelang petang, perut pun kenyang...golek2 sambil layan ini 'budak' 😸

Wednesday, December 14, 2016

Last weekend

Macam mana long weekend uolsss. Saya tidak ke mana2 pun, keluar masuk rumah ke wedding invitation sajalah...musim kenduri kendara kawin sekarang ni kan. Dekat kampung pun ada undangan kawin jugak tapi sebab tak berapa nak kenal anak saudara sepupu ni, kita proceed pada yang lebih mengenali la iaitu kawan2 dekat sekitar KL je.

Hari ini dah masuk office semula, orang yang kerja sekitar Selangor seronok berganda2 la ek, cuti lagi sampai Selasa kan. Kita yang duduk je dekat Selangor tapi tempat mencari rezeki masih di Kuala Lumpur, sila rajinkan diri seperti biasa untuk bekerja dengan bersungguh2. Cukup bulan nanti dapat gaji macam biasa sama amount walaupun cuti ke tak cuti ke kan kecuali memang ambik unpaid, amount tu mungkin lain sikit la dari biasa 😜

Isnin malam yang lepas, dinner with my bro family at Citta Mall. The whole family will perform umrah starting this week and will be leaving just few days from now. As usual am the youngest sista always need their bless towards me and the whole family too. 

Only thing happen during my last weekend.

Malam tadi lepak kedai makan sambil order 3 jenis air untuk saya sorang je minum. Apa dia, air manis2 semuanya. Biasa tu dek sebab my body need suger loaded as my sugar level is very low and almost nak tumbang dah badan ni.  

This week back tu normal routine, pegi kerja balik kerja, pegi gym balik gym sampailah menjelang tahun baru nanti ek. No holiday plan too, saya tak berapa suka plan cuti during school holiday. 

Kena paksa makan jugak...jangan tanya kenapa, kadang2 nutrition specializes pun suruh cheat jugak...jangan nak poyo sangat nak berdiet bagai 😒 

Wednesday, December 7, 2016

Bukit Broga lagi

Saya tak berapa sihat hari ini. Mulanya dari semalam, badan dah rasa dedar, seram sejuk dibuatnya. Masa tu rasanya aircon dekat office ni sejuk sangat. Bila pegi toilet, saja duduk lama2 dalam tu, nak bagi panas badan. Dah the only tempat yang takde aircon, surau pun beku sejuknya. Mungkin sebab badan ni dah mula bagi signal tak sihat, semua benda serba tak kena jadinya. 

Hari ini masuk jugak office, selagi larat tunai je tanggungjawab. Besok kalau dah angkat kepala pun tak boleh, barulah ambik MC 😷

Terjumpa gambar lama lagi masa panjat Bukit Broga. Kali ke berapa memang dah tak terkira, banyak kali jugak pegi sini mengasah otot2 kaki dengan bukit so that nanti takde masalah untuk trail run lagi dan lagi. 

Waktu ni dalam 630am, matahari baru nak intai2 keluar. Kebiasaannya saya akan mula pendakian sekitar 530am. Memang keadaan sekitar sangat gelap dan harus di INGAT, bawa headlamp atau lampu suluh. Sekiranya tak bawak, sila join group lain yang sememangnya mereka pasti akan membawa lampu suluh sekali. If not, tunggu je lah sampai siang dekat bawah tu or batalkan saja pendakian. Mendaki bukit dalam keadaan yang gelap adalah satu tindakan yang BODOH, so jangan nak tunjuk pandai kecuali pada orang2 yang sangat mahir saja yang mampu buat macam tu. Walaupun bukit tak tinggi mana tapi masih ada bahayanya, beringat sebelum kena...itu je nak pesan 😎

Waktu ni dah almost 7am, dalam 645pm gitu. Lagi satu pesanan, bawak air sekali ye...tak payah bawak dalam botol besar, cukup2 untuk minum sendiri sudah la. Dekat atas bukit tu takde 7E ye, kalau dahaga macam mana. Kalau berani boleh je mintak dekat group lain, tapi mampukah nak minum sisa orang lain 😅

Bukit Broga (1.7km) dengan Bunung Tok Wan (4.8km) nampak macam tak tinggi  mana tapi masih ada cabarannya tersendiri. Susah nak kabo, kena daki dan rasa sendiri. Setiap orang mempunya lain2 perasaan dan pendapat kan. Masa ni saya msih lagi kembang semangkuk 🙈 Suasana dekat bawah bukit ketika kami turun ni agak lengang, masa ni orang ramai baru nak mulakan mendakian. Masa turun tu memang akan berlaku kesesakan sikit, berhati2lah. 

Dekat belakang itulah Gunung Tok Wan. Ramai pendaki suka ambil gambar di Bukit Broga sebab mempunyai pemandangan yang lebih cantik. Gunung Tok Wan tak kurang hebatnya. Saya lebih selesa berada di Bukit Broga lagi, ambik2 gambo dan bila suasana dah mulai terang barulah boleh turun ke bawah.

Mendaki bersama anak2 saudara yang masa ni mereka masih lagi bercuti semester. Turun saja dari mendaki terus ke Pekan Lenggeng, tapau nasi lemak ikan keli...reward la diri sendiri, penat mendaki kot 😅

Monday, December 5, 2016

Suffle

Jumpa resepi ni dalam Majalah Saji tah tahun bila punya majalah. Saya ni memang suka beli majalah, buku2 resepi selain dari novel. Nama resepi ni "Suffle" tapi bila search google keluar souffle which is saya pun tak pasti adakah nama suffle itu telah di melayu kan atau tidak. 

Tak payah nak fikir masalah tu ye dak, terus je lah dengan resepi yang saya tiru bulat2 dari majalah tu. 

Bahan A
1/2 buku mentega
2 kotak kecil krim whipping
2 biji telur
200gm gula pasir

Bahan B
1 peket biskut marie
1 tin laici dalam tin - isinya dibelah 2
200gm biskut oreo - dihancurkan

Kisarkan kesemua bahan A hingga sebati dan ketepikan. Susun biskut marie dalam bekas kaca, taburkan laici dan kemudian tuangkan adunan bahan diatasnya. Lakukan proses yang sama hingga menjadi 4 lapisan (saya buat 2 lapisan saja). Tabur biskut oreo yang dihancurkan diatasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam atau lebih. Sedia dinikmati.

Seperti saya nyatakan tadi, resepi ini saya tiru bulat2 dari majalah. Kredit kepada Majalah Saji. Resepi yang sangat simple dan tidak perlu dimasak, sememangnya sedap dinikmati di waktu petang bersama minuman panas. 

Thursday, December 1, 2016

Kisah seorang sahabat

Semalam alhamdulillah panas sampai ke petang dan malam tadi rasanya macam tak hujan tapi tak taulah kalau tengah malam tu hujan pulak kan. Bila dah tidur, tambahan hujan pulak...memang bertambah lena jadinya. Mana nak perasan lagi hujan ke tidak kan. 

Erm...ari ni apa cerita nak saya share di sini ek?!!! Ok dah ada, kisah seorang sahabat.

Saya ada seorang sahabat yang kenal dah lama, office mate lama dan sekarang dalam company yang sama jugak tapi dah berlainan business unit. Still keep in touch more in WhatsApp group. Delimanya kini adalah "ketidakpuasan" hati di tempat kerja yang mana dia might be in the work team yang masing2 ingin menunjukkan kepandaian sendiri tanpa ada perasaan team mate. Saya tak berapa boleh merasa keperitan sahabat ni tapi dari luahannya itu terasa seperti berat je situasi yang terpaksa dia hadapi setiap hari di tempat kerja. Sehinggakan sampai satu tahap dia fikir nak berhenti saja kerja tapi bila mengenangkan hutang kereta dan rumah yang masih ada dan tah bila nak habis tu...dia terpaksa bertahan sambil menelan semuanya.

She's good in her deliberation work but am not very sure it's still the same as per today coz seperti yang saya katakan, kami berada di business unit yang lain. Seperti katanya lagi, dia sering tidak sependapat dengan pihak atasan dan sometimes sampai ke level meninggi suara. How she still manage to be at the same department 😨 

Hanya satu saja harapan saya padanya, semoga dia berjaya dalam apa jua yang diperjuangkan dalam bidang pekerjaan ini. Dunia kerjaya jugak ada banyak cabarannya, tidak mudah untuk senang selamanya. SABAR adalah key point yang penting dalam situasi ini tapi kita sebagai manusia sentiasa TEWAS dengan tahap kesabaran kita sendiri. Manusia ada tahap kesabaran masing2 yang kita sendiri tak boleh nak sangkal, kalau dah sampai limit yang tidak boleh sabar lagi...mau meletop jugak kan 😂 

Terang bulan itu bukanlah malam tadi tapi malam2 sebelumnya. Semoga hati sahabat saya lebih tenang sekarang ini. 'Sahabat' adalah perlu untuk dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan yang terpendam supaya tak menjadi separuh mereng kan 😆 

Ini saja yang saya nak kongsi bersama uolsss semua. Ketabahan seorang kawan untuk terus bertahan dalam dunia kerjaya yang serba mencabar kini. 

Kepok kembang kudapan malam tadi sambil menunggu pakaian siap di dobi. Biasalah hakak ni 3 hari sekali mesti menderma dekat selfservice dobi. Ginilah nasib rumah takde tempat nak ampai baju dek 😥