Sunday, January 29, 2017

Present from friends

Assalammualaikum semua...

Just nak share present yang saya dapat last week from friends 😏

Inai from friend yang baru balik dari menunaikan umrah, alhamdulillah selamat pergi dan pulang.

Coklat from friend yang baru balik dari long holiday overseas. Dah full recharge battery katanya, bolehlah lepas ni tak payah cuti lagi...just tunggu end of year je for next holiday, katanya la 😖

Thanks for them, thanks for remember me as your friend a well.    

Saturday, January 28, 2017

CNY cuti ke dua

Assalammualaikum semua...

Hari ini so far berlalu seperti biasa sahaja, not much to share. Cuma habiskan masa di rumah sambil makan, menonton tv as usual 😉

Sambungan dari entry yang lepas berkenaan majlis perkahwinan sepupu saya yang saya tidak dapat hadirkan diri semasa majlis akad nikahnya. Alhamdulillah saya dapat menghadirkan diri pada majlis persandingannya. Dari KL saya dan suami terus pergi ke Senawang. Majlis persandingan dilakukan di rumah sahaja sama tempat semasa akad nikah. Konsep rewang masih di kekalkan tapi hidangan masih memerlukan bantuan katerer. Makcik saya cuma sediakan hidangan sampingan sahaja, buat tambah2 lauk gitu 😊

Color theme is emerald greed tapi kami pakai je green yang ada dalam lemari kami. Cantik pelamin mereka ni, kami pun apa lagi...tumpang bergambar ala perantin baru jugak 😌
  
Jenuh jugak mencari gambar perantinnya tapi tak ado, nampak nau yang kami memang jarang nak ambik gambo orang lain 😎 jangan marah no...

Friday, January 27, 2017

CNY cuti pertama

Assalammualaikum semua...

Macam mana tempat kerja masing2 hari ni, kalau yang ramai pekerja berbangsa cina mesti dah terasa kosong office kan. Kebanyakkan dari rakan2 kita ni dah mula cuti sejak dari semalam lagi. Hari ini seperti yang telah sedia maklum saya dah start cuti sehinggalah Rabu minggu hadapan, seronoknya habak kat hang 😁

Breakfast saya pagi tadi, tosai tapi lupa nak pesan buat garing. Dah macam roti kirai pulak rupa tosai tu tapi habis jugak, janji kuahnya sedap. Lepas habis sarapan, terus terjah pet shop tapi terlupa yang hari ini Jumaat, pet shop kegemaran tutup. Terpaksa cari pet shop lain sebab dekat rumah dah kehabisan stock cat litter. Pegi pet shop dekat Taman Nirwana, settle masalah. Beli 20kg cat litter, pencedok pasir baru dengan repack cat food buat tambah2 saja 😃

Selesai urusan saya terus balik ke rumah untuk kemas2 barang, hari ini balik Seremban jadi rumah mesti bersihkan dulu, settlekan segala kelengkapan kucing2 sementara suami pulak pegi masjid untuk solat Jumaat. Kemas kain baju, tapau brownies yang sempat saya baking malam tadi...purposely buat untuk bawak balik ke Seremban sebenarnya. Terus balik ke Seremban selepas suami selesai solat. 

Ini miki masa masih kecik lagi. Sekarang ni budak bulus ini memang banyak sangat buat perangai yang boleh mendatangkan kemarahan saya dan suami. Hari ini dia dah dapat hukuman, kena stay dekat luar rumah tapi saya masukkan dalam cage siap makanan minuman segala. Mengada sangat kan...biarkan kena denda 😈

Thursday, January 26, 2017

Last day sebelum cuti CNY

Assalammualaikum semua...

Pagi tadi masa dalam perjalanan nak ke tempat kerja, ada accident di Jalan Ampang (berdekatan Holiday Villa). Ekor jammed baru sampai simpang nak ke Ampang Hilir maka suami divert ke Damai. Masa tu sekitar 645am. 

Menu dinner malam tadi, musim2 sejuk ni kan memang NIKMAT ya amat kalau dapat makan makanan berjenis sup. Makan masa panas2 berasap tu, perhhh nikmat dunia ni memang indah 🙊

Ini pulak menu pilihan suami, dia dan nasi bagai aur dengan tebing...berpisah tiada. Tempat makan still dekat port fav, gerai ayam lekit 🙋

Tapi yang paling seronok adalah hari ni LAST DAY kerja, besok dah start cuti sampai Rabu minggu depan. Seronoklah macam ni, ambil 1 hari cuti (31st Jan) dapat cuti direct 6 hari 🙌 

Wednesday, January 25, 2017

Separuh dari azam

Assalammualaikum semua...

Sejuknya pagi ni, mandi pun rasa macam nak ngelat je. Terlintas jugak di hati nak mandi dekat office, at least ada heater tapi tak tersampai hati pulak rasanya 😼. Abaikanlah situasa pagi saya tu, yang pasti saya mandi jugak sebelum pegi kerja tadi...jangan kata hakak tak mandi yo 😽

Seharian semalam hujan mencurah bumi, pagi tadi dengar news pun jumlah mangsa banjir semakin meningkat dan lebih banyak kawasan dikuatiri dinaiki air jugak. Ya Allah, bantulah hamba2 Mu yang di timpa musibah ini. Cekalkanlah hati2 mereka melalui dugaan dan cabaran hidup.

Pagi ini keluar rumah agak awal dari biasa, lepas subuh terus keluar ke office. Reason nak mengelakkan jammed dan saja nak ikut laluan biasa tanpa melalui tol. Ini salah satu azam saya untuk tahun ni. Bukannya sebelum ni asyik keluar lewat, still before 8am sampai office tapi saya nak cuba untuk keluar lagi awal dari biasa dan kalau boleh nak kekalkan keadaan tu. At least boleh jimat sikit perbelanjaan on tol tu, RM25 per week...erm setahun banyak jugak jadinya. InshaAllah, usaha tangga kejayaan kan 🙆

Satu hari di majlis pernikahan sepupu saya, saya tak attend majlis ni atas sebab2 yang dah saya tak ingat lagi...nampak nau nau kejadian ni dah lama kan. Gambar2 pun dari hasil ehsan WhatsApp group keluarga. Tiga dara tu sempat pegi makan burger dulu sementara menunggu majlis akad nikah berlangsung. Biasalah bila akad nikah dilakukan di rumah, MESTI lambat selesainya. Para tetamu dah resah gelisah dek kelaparan.  


Most of adik beradik saya attend dan almost 10pm baru start makan. Kalau saya ni memang dah tak tunggu lagi, mau makan dulu dekat corok dapur 🙈


Acara makan2 tidak habis di situ saja. Lepas beberapa jam mereka makan lagi tapi kali ni di mamak. Nampak tak dekat situ yang keluarga saya ni kalau berkumpul memang acara UTAMAnya makan sajo 🙉

Tuesday, January 24, 2017

Kewpie Sandwich Spread

Assalammualaikum semua...

Benda yang MESTI ada dalam ice gobok saya, KEWPIE Sandwich Spread - Original. Kenapa mesti ada, KERANA saya sangat suka makan sandwich spread ni. Vegetable oil, vegetable, vinegar, spices and seasonings are the main ingredients di dalam spread ini. 
   
Selain dari Original, terdapat jugak flavor lain seperti Cheesy Cheese, Spicy Black Pepper dan yang terbaru, Wasabi Taste dressing, Roasted Sesame dressing and Caesar dressing. Tapi saya tetap suka yang asli (original) jugak 😵 

Boleh didapati di Lazada bagi sapa2 yang kemaruk online shopping, yelah kan senang katanya....click2 bayar dan tunggu je barang sampai depan pintu. Saya pulak lebih suka round di hyper market, entahlah rasa seperti lagi puas kot kalau nak dibandingkan dengan beli secara online ni...ini adalah PENDAPAT saya, jangan nak salah ertikan pulak 😶

Pagi ini saya breakfast dengan Kewpie Sandwich Spread, dah tak sempat nak letak bahan2 lain just sapu je spread ni. Pun sangat sedap dan yang penting, CEPAT cara penyediaannya...picit dan sapu2 je 😸 Make sure habiskan dalam masa sebulan ye, jangan pulak simpan lama2 sampai spread menternak bakteria lain. Spread ini hanya bertahan dalam keadaan baik selama 30 hari selepas di buka. 

Monday, January 23, 2017

Weekend biasa2 je

Assalammualaikum semua...

How was you weekend? Semestinya seronok kan, giloz tak seronok cuti walaupun cuma 2 hari je 😜

Weekend saya sama saja macam sebelum2 ni, memerap di rumah sepanjang 2 hari tu. Cuma malam tadi saja keluar dari sangkar sebab suami teringin nak makan karipap dekat Ikea...motip sangat mamat ni 😖

Drive lah kami ke Ikea, makan set 1/2 dozen karipap bersama soft drink yang boleh refill sampai kembung perut. Makanlah 3 biji sorang, saya pun mampu habiskan 3 biji karipap tu sorang je 😤

Lepas tu macam tak cukup pulak, hahhh tambah lagi 1/2 dozen tanpa minuman tapi kali ni saya tak mampu dah nak makan, suami yang melantak sampai 2 ketul...total damage 5 ketul dia makan. Punyalah teringin sangat kan 😥


Selebihnya waktu yang lain melayan 2 ketul anak ni saja. Mengadap mereka pun boleh tak terasa masa berlalu. Seronok sebab dah pandai bergurau, boleh layan main kejar2 sekali...bila dah penat bermain, mereka tido tak sedar diri 😰

Friday, January 20, 2017

ZERO plastic bag

Personally saya sangat SOKONG campaign ini. Tidak pernah ada masalah setiap kali pergi ke hypermarket untuk shopping barang2 dapur event shopping kain baju sekalipun, jarang saya accept plastic bag kecuali kalau keadaan terdesak or plastic bag tu nampak COMEL 😌

Dah practices sejak dari mulanya campaign NO plastic bag setiap hari Sabtu dan perangai tu berterusan sehingga kini. Setiasa ada dalam handbag bag kecik yang boleh gulung2 tu incase tiba2 terBELI, biasalah saya ni ada kala terbeli jugak walaupun sering memikirkan yang PERLU saja tapi terbabas nafsu tu. Dalam bonet kereta pun ada at least 5 recyclable bag untuk shopping barang2 dapur. Plastic food container untuk tapau makanan pun ada sekiranya nak bungkus makanan 😍

The reason i DO all this thing...

Dekat rumah saya ada banyak sangat plastic bag hasil dari menyumbang pada mall tahun2 sebelum ini dan sekarang saya dalam proses untuk re-use semula ke semua plastic bag itu sebagai plastic sampah. Rumah yang mempunya isi rumah setakat 2 orang memang tak selalu buang sampah, selang 3-4 hari baru buang....jadi bilanya plastic bag tu nak berkurang. Sama jugak jadinya dengan plastic food container, nak dibuang selepas digunakan terasa sayang bila tengok cantik lagi container tu. Berkesudahan dengan bekas makanan tu penuh satu almari dapur saya....sesak sungguh mata. Akhirnya guna jugak buat bungkus2 makanan setiap kali balik kampung or bertandang rumah saudara mara, tak kuasa nak pikir2 'sayang' lagi 😎

Ini saja alasan saya, memang tak kuat sangat kot tapi for myself...campaign ni sangat membantu saya to reduce penggunaan plastic bag yang tidak bagus untuk environment 😏
  
My elders sibuk shopping raya, raya minggu depan weh...nak beli ayam buat rendang katanya 😐

Malam tadi celebrate birthday anak saudara lagi.

Thursday, January 19, 2017

Brownies

Assalammualaikum semua...

Malasnya sekarang ni nak share resepi masakan, masaknya pun malas jugak tapi kalau dah teringin tu gigihkan buat. Sangat kagum dengan kaum hawa yang bertungkus lumus di dapur setiap hari menyajikan juadah untuk keluarga. Tabik spring sikit, you are THE BEST 😉

Malam tadi sempat panaskan oven, baking brownies. Benda senang nak sediakan, lajulah buat. Kalau leceh, simpan aja niat tu untuk azam tahun depan pulak 😊🍰

Wednesday, January 18, 2017

Power window kereta buat hal

Assalammualaikum semua...

Pernah tak alami power window kereta uolsss stuck. Jenuh la tekan2 punat tingkap tu tapi cermin tak jugak naik. Mesti ada yang pernah alami kan 😁

Itulah yang berlaku pada cermin kereta saya, masa kejadian yang terus tak mau naik tu pada malam arwah pakcik saya dikebumikan. Balik saja dari tanah perkuburan tu mulalah cermin kereta buat mogok, punya ramai abang2, anak2 saudara, sepupu2 yang mengejakannya tapi tak jugak berjaya cermin tu berfungsi. Tamat jugak gamaknya nyawa cermin tingkap tu 😂

Malam tu sebelum balik ke sarang masing2, kami adek beradek lepak makan minum dulu di mamak, parking kereta sebelah menyebelah dengan kereta kerabat sendiri dekat2 dengan kedai...senang nak monitor. Mujur jugak malam tu memang dah planning untuk stay terus di Seremban, parking dalam kawasan garage...kereta my sista terpaksa parking di luar rumah 😃 

Suami memang cuti semalam, so dia settlekan hal cermin kereta. 2pm anak saudara bawak ke bengkel sekitar area Senawang sana. Dapatlah di baiki cermin kereta tu, tah apa yang rosak tu suami punya kerja la...malas nak ambik tau. Yang penting dah ok dengan bayaran upah RM120 😄
  
Minggu depan nak raya...dah dapat ke belum sampul angpow. Saya dah dapat, tinggal nak bagi orang 'mintak' isikan aje RM*** nya. Nak masukkan USD pun ok jugak tapi RARE kejadian tu berlaku 😅

Limau raya pun dah ada, sat lagi nak distribute bagi staff makan, nak bawak balik rumah ke...terpulang atas depa nak buat apa. Dekat rumah saya pun selang 4 hari beli lagi sekotak sampai sekarang ni dah mula sakit tekak, terlebih makan limau agaknya 😆

Kuih raya pulak setakat ni tat nanas je baru, ingat nak cari kuih love letter lah nanti buat tambah2. Wahhhh meriahlah raya 🐔 tahun ni 😇

Tuesday, January 17, 2017

bila sudah sampai WAKTUnya

Assalammualaikum semua...

Pagi ini saya dari Seremban, datang kerja naik bus dari sana dan turun di Puduraya. Pada mulanya saya ingat bus berhenti di tempat biasa iaitu depan Central Market tapi kini tidak lagi. Tidak pasti adakah ini untuk selamanya atau sementara saja memandangkan depan LRT Pasar Seni tu sedang dalam proses menaiktaraf di kawasan pedestrian area. Dengan gigihnya saya berjalan kaki dari Puduraya ke LRT Pasar Seni. Nak ke LRT Masjid Jamek rasanya lagi jauh kalau nak dibandingkan. Tak mahu naik Putra LRT sebab malas nak transit di Masjid Jamek station. Pagi ni saya agak penat, maka semua benda pun tak cukup gigih nak dibuat.

Pemandangan Dayabumi diwaktu pagi, indahnya. Terasa rindu pulak nak balik ke bangunan ni tapi apakan daya, kita tidak berjodoh lagi tapi kenangan banyak di sini...banyak usia saya habis di bangunan ini. Yang tinggal adalah kenangan dan kawan2 yang masih ada di sana.

Petang semalam saya bergegas pulang ke Seremban selepas waktu office hour tamat. Niat di hati memang dah kuat sangat mau pulang dan terus pergi ke hospital untuk melawat pakcik saya yang di dalam keadaan critical. Dalam kelang kelibut nak siapkan segala kerja sebelum balik, saya mendapat perkabaran sedih. Pakcik telah MENINGGAL DUNIA tepat pada 430pm petang semalam, 16 January 2017 pada usia 58 tahun. Alat bantuan pernafasan telah dicabut pada waktu itu selepas 3 kali CPR dilakukan iaitu pertama kali pada hari arwah tidak sedarkan diri (Ahad lepas) dan 2 kali pada pagi semalam.

Begitulah kesudahan kisah seorang insan yang menghabiskan sepanjang hayatnya di hospital kerana di situlah juga tempat rezekinya. Arwah pakcik saya berkhidmat di Jabatan Kesihatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban sehingga pencen dan bersambung under contract basis selepas tamat tempoh persaraanya. Untuk nak ikut perkiraan kerja, arwah telah mengambil cuti dari Khamis lepas hingga semalam tapi siapa sangka, rupanya CUTI untuk selamanya. Jodoh pertemuan, ajal maut tetap dari ALLAH dan itu adalah rahsiaNYA. Kita sebagai hamba, harus YAKIN. 

Jenazah telah sampai ke rumah dalam 7pm semalam. Saya terus balik ke rumah kakak untuk ambik anak saudara dan menukar baju kepada yang lebih sesuai. Selepas masuknya azan Isyak, jenazah di bawa ke surau untuk solat jenazah dan seterusnya di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Senawang untuk dikebumikan. Segalanya berlaku dengan cepat dan dipermudahkan. Disusuli dengan tahlil arwah pula bermula malam ini dan seterusnya selama 3 malam berturut2. Malam ini saya tidak dapat hadir, inshaAllah besok akan balik semula ke Seremban.

Perkembangan makcik saya pulak selepas OP, tengah hari semalam telah dibenarkan pulang ke rumah. Kakak saya sempat membawa makcik saya melawat arwah sebelah paginya. Sebelum membawa makcik berjumpa arwah, kakak saya terangkan dahulu kepada makcik akan keadaan sebenar arwah dan mintak supaya makcik bersabar dan tenang. Semasa proses penerangan oleh my sista pun tidak begitu sukar sebab makcik saya memahami keadaan arwah kerana makcik saya jugak seorang bekas jururawat yang bertugas di hospital yang sama. Atau mungkin juga naluri seorang isteri itu telah merasakan yang suaminya telah meninggalkan dia pada waktu itu, wallahu'alam bissawab.

Arwah telah meninggalkan seorang balu, 2 orang anak dan 4 orang cucu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah untuk keluarga makcik saya atas kehilangan ini, semoga mereka tabah. 

Al Fatihah...     

Monday, January 16, 2017

Bila banyak benda berlaku...

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah pagi ni kita semua dihadiahkan dengan hujan yang sejak dari malam tadi turun tidak berhenti2 rasanya. Sejuk sikit bumi Allah ni, hadiah lena dalam kesejukan untuk umatNYA. Sudah 2 petang berturut2 hujan turun membasahi bumi Ampang dan rasanya seluruh kawasan Kuala Lumpur juga. Cuma hujan turun mencurah2 tu bersama dengan angin kuat jugak sampai ada beberapa pokok di sekitar kawasan perumahan saya yang patah dahannya. Keadaan biasa kan untuk kawasan yang banyak pokok2 besar ni 🙀

Sepanjang weekend lepas, saya dihadiahkan dengan demam...kepala berdengut2 tak berhenti2 seperti mau dihantukkan kepala ni ke dinding rasanya. SUNGGUH, memang sangat sakit sampai terpaksa telan jugak ubat demam sakit kepala untuk bagi rasa mengantuk dan boleh tidur. Sekurang2nya boleh hilangkan rasa sakit buat sementara. Tak sure kenapa tapi yang pasti seluruh urat kepala saya terasa seperti tegang semuanya. Bila bawah jumpa doctor, tiada yang membimbangkan cuma maybe ada sikit STRESS. Sungguh, saya sangat jarang rasa stress tapi kali ini masalah itu timbul tanpa diketahuai dimana letaknya stress level tu. Biarkan dulu, mungkin dengan cara tenangkan hati boleh membuatkan stress level saya hilang 🙅

Dalam family besar saya, ada 2 musibah sedang melanda ketika ini. Makcik saya telah dimasukkan ke hospital Rabu lepas kerana mengalami kesakitan di bawah rahimnya. Bila diselidik, doctor sahkan ada cyst. Khamis malam terus buat OP dan cyst berjaya dikeluarkan. Sekarang ni makcik saya masih berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.

Pada hari Khamis pulak pakcik saya iaitu suami kepada makcik saya tu mengadu demam dan keadaan berlarutan sampai pagi semalam. Anaknya telah paksa rela bawak pakcik saya ke hospital untuk check up tapi pensan dalam perjalanan ke hospital. Terus sepupu saya pergi ke kawasan MERAH (Emergency Area) dan pakcik dikejarkan untuk rawatan susulan. Dan kini, sehingga detik ini pakcik saya masih lagi tidak sedarkan diri dan berada di ICT dengan hidup bergantung pada support life machine. Keterangan doctor amat memeranjatkan iaitu TIADA HARAPAN untuknya sebab kandungan gula dalam darah terlalu tinggi dan dia masih tidak sedarkan diri. Ya Allah rasa seperti luruh jantung ni bila mengetahui keadaan mereka. Saya mohon kalian semua doakan keselamatan makcik dan pakcik saya ya. Ketika ini kami semua berada dalam keadaan standby mood, bukan mengharapkan keadaan buruk terjadi tapi sekiranya terjadi sekurang2nya kami semua dah sedia maklum 🙇

Sepanjang weekend lepas saya hanya di rumah sahaja. Tidak jugak pulang ke Seremban kerana keadaan diri saya pun tidak begitu gigih untuk pulang. Suami jugak tidak ke mana2, kereta pun tidak panas engine nya selama 2 hari. Petang ni saya akan pulak ke Seremban untuk melawat insan2 tersayang, semoga saya masih sempat untuk bertemu mereka...saya akan cuba berada di sana seawal yang boleh.

Capati pagi tadi, sempat singgah breakfast di mamak kawasan rumah. Bila tengok jalan nak keluar dari kawasan perumahan saya punyalah sesak dan kami suami isteri tak nak sesak2 kepala hadap jammed maka kita singgah kenyangkan perut dulu. Breakfast tak perlu masa yang lama, paling sekejab 15mins up to 1/2hrs saja dan percayalah sehingga kami habis breakfast pun jammed masih tak reda lagi.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua hari ini serta sepanjang minggu ini dan hari2 seterusnya, inshaAllah 

Wednesday, January 11, 2017

Memori yang ditinggalkan

Aktiviti bersambung selepas dari majlis kenduri akhir tahun lepas. Linknya di SINI

Tidak lengkap rasanya kalau balik ke kampung tanpa melawat rumah arwah nenek. Rumah ni dah lama tidak berpenduduk selepas arwah nenek kembali ke rahmatullah. Rumah ini pun dah cukup uzur keadaannya sampai saya tak benarkan suami pijak walau satu mata anak tangga, habang tu badang dek...mau runtuh rumah tu nanti 😹

Anak buah yang kecik2 (cicit kepada nenek) tu semua tak pernah masuk rumah tu apa tah lagi pernah stay dekat situ. Sampai generasi saya saja yang merasa sebab masa kecik2 dulu setiap kali cuti sekolah mesti saya dengan sepupu2 yang lain balik kampung. Semua perkara yang sering anak2 kampung lakukan semuanya saya belajar bila cuti sekolah dan di kampung. Pengalaman mandi sungai, tangkap belalang, main patuk ayam, belajar naik basikal tapi tak pernah pandai sampailah dah kertu macam ni 😺, mengaji walaupun dalam tempoh cuti sekolah saja, tengok orang main meriam buluh, pegi fun fair...macam2 lagilah yang biasanya takkan ada peluang macam tu kalau bukan di kampung. Seronok sangat moment tu.

Tapi kini rumah tu hanya tinggal kenangan dan mungkin akan roboh/dirobohkan untuk tujuan pembaharuan, yang tinggal adalah kenangan dalam ingatan. Agak mustahil untuk kekalkan rumah itu sebab main structure rumah tu pun dah tak kukuh lagi, seperti saya katakan tadi...anytime boleh runtuh menyembah bumi 😾 

We are 3rd and 4th generation of this family dari 'ibu' yang sama 😻. Apa yang perlu ditunjukkan pada cucu cicit keturunan Hjh Kiah dah pun ditunaikan. Definitely golongan cicit tak sempat untuk mengenali moyang mereka tapi cukuplah untuk mereka tahu di mana kubur dan rumah saja.    

 teh ais paling sedap di Pekan Jelebu

Kedai kopi paling lama di Pekan Jelebu. Kami sekeluarga kalau balik kampung MESTI kena singgah makan minum dekat kedai ni. Bukan setakat kami saja tapi even makpakcik sepupu sedara kami semua pun sama. Seperti satu kemestian walaupun kedai ni dah berubah generasi jugak dari bapak ke anak yang menguruskannya 😽

Tuesday, January 10, 2017

Petua untuk sengugut

Assalammualaikum semua

Nak tanya petua or sedikit advise dari reader semua.

Sekarang ni saya kerap mengalami masalah sengugut sampai rasa macam boleh demam rasanya badan ni bila setiap kali sengugut menyerang. Jangkamasa yang biasa saya alami adalah 3 hari pada hari pertama sehinggalah hari ketiga diwaktu aliran tengah banyak. Hanya perempuan saja tau macam mana sakitnya bila sengugut ni, sakit yang tak tau macam mana nak diterangkan.

Dah minum air panas, ye...saya minum air panas tapi kena tiup2 la, tak ye pulak nak gogok pepanas tu kan. Hanya akan rasa lega masa perut tu terasa panas, lepas tu sakit semula 😭

Ikut jugak petua tuam dengan air panas sampai rasa pijar dah kulit perut tapi result nya masih yang sama 😱

Sapu minyak panas tu memang HARUS sehingga dah tak kuasa pakai perfume sebab bau minyak panas lagi kuat dari perfume tapi tak mampan jugak 😳

Yang sentiasa menjadi mangsa untuk buat benda2 di atas tu sudah semestinya suami. Kadang2 tu bising jugak dia sebab saya kalau dah macam tu sometimes mood berangin jugak, mudah melentingnya tapi itulah...cepat2 ingatkan diri sendiri, sakit itu penghapus dosa2 kecil 😶

Sekarang ni saya masih dalam proses recover for sengugut, masuk hari ke dua. Bertahanlah badan, rasa seram sejuk demam masih ada lagi sampai nak makan pun tak lalu. Andai kata kakak2 adik2 ada petua yang boleh dikongsi, saya sangat alu2kan sebab dah tak tertahan rasanya setiap kali sengugut menyerang. 
  
Last Saturday night ada advance mini celebration birthday my niece, tarikh birthday sebenarnya adalah semalam tapi weekend kan family day...itulah masanya untuk celebrate on any occasion pun ❤🍰🎇 

Budak paling mengada bila ada ramai orang di rumah. Masa itulah dia nak tunjuk aksi manja tak bertempat 😺

Monday, January 9, 2017

Kisah Sabtu lepas

Assalammualaikum semua...

Hari ini dah masuk minggu ke dua di tahun baru 2017. Tapi entah kenapa saya rasa macam lambat pulak masa berlalu, hari ini baru 09/01...lambatnya nak dapat gaji baru 😜

Ada kisah di pagi Sabtu yang lepas, agak suspen la. Kejadian berlaku di depan mata. Macam ini kisahnya. Bermula minggu lepas kembali semula my running routine every weekend. Macam tahun2 yang lepas, saya keluar jogging selepas solat subuh lebih kurang 645am sometimes might be early lagi. Saya memang sangat suka keluar berlari waktu itu sebab fresh weather dan tak panas lagi and normally memang saya akan lari bersama uncle2 pacer. Diorang start lari lagi awal, biasanya diorang start 630am tapi by time sampai at my area tu dalam 645am jugak la. Hanya 3 or 4 of us only yang lari pepagi waktu macam tu.

Tapi tidak sama macam Sabtu lepas, saya lari alone coz uncle2 pacer ada run event di Johor. Disebabkan saya seorang saja jadi saya tak cukup berani untuk lari seorang diri, 645am tu masih gelap lagi. Saya tunggu sehingga 7am baru mulakan larian, walaupun agak gelap lagi keadaan sekeliling tapi oklah. Baru saja saya nak mula berlari, tiba2 ada dengar suara orang bercakap tapi dengan nada yang agak kuat, bila terdengar berkali2 dah macam suara menjerit pun ada. Baru perasan tak jauh dari kawasan saya berdiri untuk warm up tu ada orang macam berdiri sambil memerhati one sport which agak terlindung dari tempat saya tu. 

Mulanya malas nak ambik tau, as usual saya memang jarang sangat nak campur urusan orang lain. Dah mula berlari2 anak sambil pasang earphone untuk start lari tapi saya kena tahan oleh 2 orang abang yang berdiri tak jauh dari saya. Abang ni tak bagi saya lari ikut route yang biasa saya ikut tapi disuruh tukar ke route lain. Saya pun apa lagi tanyanya kenapa dan rupanya suara jerit2 yang saya dengar tadi itu adalah dari seorang yang boleh dikatakan tidak sioman atau gila. Barulah saya nampak orangnya pun yang tengah cuba untuk memanjat kereta yang berhenti depan dia. Memang lepas mamat tu (yang dikatakan gila itu adalah lelaki) panjat kereta tu sambil melompat2 atas engine cover and bumbung kereta yang sedang berhenti tu. Wah...dramatic ko, hakak terkejut sangat. Mujur masa tu ada 3 orang muda yang cuba untuk suruh mamat gila tu turun. Orang dalam kereta tu tak keluar langsung, mungkin takut nak keluar dari kereta kot. Lepas tu baru mamat gila tu melompat turun dari kereta tu and kereta tu apa lagi ambik peluang untuk undurkan kereta dan u turn. Dari mata kasar saya ni tak nampak apa2 kemek pada kereta tu tapi entahlah. 

Rupanya itu bukan kenderaan pertama yang kena, sebelum tu ada bus, motosikal dan basikal jugak yang kena rupanya. Mamat gila itu akan tahan segala jenis kenderaan yang lalu dengan cara tiba2 dan menendang kenderaan tersebut sambil mencarut2 tak tentu pasal. Abang yang menahan saya tadi tu adalah orang yang dah kena tahan dek mamat gila ni sebelum tu, sebab itu saya tau kisah sebelum kejadian mamat gila ni panjat kereta putih tu dan diorang jugak yang call polis.

Selepas kereta putih tu buat u turn dan pergi dari tempat kejadian, mamat gila ni mula bergerak ke hadapan guard house one of the resident dekat taman perumahan ni dan tidak jauh jugak dari tempat saya dengan 2 abang ni berdiri. Masa tu kami berdiri betul2 di hadapan main gate sekolah menengah. Mamat gila ni boleh tahan jugak mencarutnya bila di dengar dan telah mengundang kemarahan 3 orang muda yang dari tadi mengawal mamat gila ni supaya tidak bertindak gila lagi. Dah terjadi adegan tumbuk menumbuk dengan mamat gila tu pulak. Salah seorang abang yang lepak sama2 dengan saya tadi dah meluru ke arah diorang yang syok bergumpal tu untuk redakan keadaan dan kononya nak ikatlah mamat gila ni tadi. Tapi waktu tu jugaklah tak jumpa tali untuk nak mengikat pun dan sudahnya mamat gila tu duduk tepi jalan sambil mencarut2 jugak tapi kali ni dia tak bertindak ganas seperti sebelumnya sambil di kawal oleh 3 orang muda + 2 orang lagi berbekalkan kayu di tangan masing2. 

Agak lama jugak nak tunggu polis sampai, lebih kurang 720am baru sampai di tempat kejadian. Masa polis sampai pun ada drama jugak mamat gila buat sampai saya pun rasa macam nak gelak pun ada nak tumpang sekali belasah mamat gila tu pun ada 😝 Apa taknya, tak nak naik kereta kereta polis tapi nak naik kereta besar mewah (brand tak payah sebut la ye). Lepas tu bila dah kena marah dek orang ramai sekeliling, terus dia nak naik kereta polis tu tapi nak duduk depan, tak nak duduk belakang dengan alasan belakang takde aircon...ko ghase 😠

Saya still duduk di tempat yang sama sehinggalah mamat gila tu betul2 telah di bawa oleh polis barulah saya mulakan larian. Itulah kisah di pagi Sabtu yang lepas. Bergema taman perumahan dengan siren polis pagi tu. Bila tengok dari fizikal mamat gila tu, orangnya muda lagi dan berpakaian kemas pada asalnya...base pada keterangan abang yang lepak duduk bersama2 dengan saya tu. Mamat gila tu tahan abang tu yang sedang naik motor dan bila abang tu berhenti sebab ingat pasal apa kan. Tiba2 je mamat tu macam nak tendang motor abang tu sambil mencarut2 dan masa tu baru abang tu realize yang mamat ni gila.

Kisah mamat gila ni tahan bus secara tiba2 tu memang agak menakutkan. Boleh mamat ni tahan bus yang tengah bergelak agak laju dengan cara berdiri tengah2 jalan sambil mendepangkan 2 tangannya. Mujur saja driver bus tu sempat tekan break walaupun orang dalam bus tu dah hampir nak terjunam ke hadapan bus. Perbuatan yang sama jugak mamat gila ni buat, tendang2 bus tu sambil mencarut. Sama jugak yang terjadi pada abang yang naik basikat sehinggakan abang tu sempat hadiahkan mamat gila tu sebijik dekat muka. 

Apa yang saya belajar dari kejadian ni, memang susah untuk kawal orang macam ni...tindakannya sentiasa di luar jangkaan. Tindakan memukul mamat gila ni pada saya ikut keadaan, sekiranya tidak membahayakan harta benda dan orang lain rasanya memang takdanya dia kena pukul tapi mamat gila ini bertindak di sebaliknya. Memang patutlah kot kena balun. Lepas ni memang payahlah saya nak keluar jogging sorang2 lagi especially waktu awal pagi sebelum 7am kalau takde teman 😡 

Bila diperhatikan pada wajah mamat gila tu, rasanya seperti bukan penduduk dari taman perumahan saya. Tak tau dia duduk di mana dan bila check dengan budak2 yang dok kawal mamat tu pun diorang seperti tak pernah nampak mamat tu sebelum ini dekat area kawasan kami. Entah apalah nasihnya mamat gila tu sekarang, entah tekanan perasaan, entah tersalah pembawakan. Kesian bila ingat semula, orangnya molek tapi begitu pulak nasibnya 😣 

Makanan lunch Sabtu lepas, ayam panggang madu. Cara nak sediakan pun sangat mudah dan saya punya banyak masa terluang Sabtu lepas untuk layan semua aktiviti di dapur sambil TV menjadi peneman. Suami tu ada tapi dia ada kerjanya sendiri, kami lebih rela tumpukan masa yang ada dengan aktiviti masing2. Dah masak tu potong2 sikit salad dan rebus lobak merah, itu je yang saya kawinkan dengan ayam panggang madu ni dan makan bersama brown rice.  

Masa lunch itu saja waktunya saya menceritakan kisah kejadian mamat gila pada suami saya. Terus dia suruh saya keluar lewat sikit lepas ni kalau nak jogging. Ingatkan dia nak cakaplah nak ikut join ke hapa kan, cehhh 😥

Gambar Miki di ambil minggu lepas jugak, budak ni baru bangun tido kekdahnya. Bila dah terasa lapar baru bangun kan, dengan taik mata selebet merata 😪

Friday, January 6, 2017

Kenduri kawin penutup 2016

Kira azam baru jugak ni, setiap malam sebelum tido saya akan iron baju tudung untuk keesokan harinya. Macam sebelum ni memang malas sangat nak buat macam tu, tahan la bangun pagi lepas mandi baru sibuk2 nak iron. Bukan tak pernah terbangun lambat lepas tu kelang kelibut menggosok baju lepas tu dah tentulah lambat keluar rumah. Serik masa tu je tapi lepas tu tak jugak insaf. Tapi mulai tahun ini saya cuba untuk berubah, kena pasak dalam diri sebelum tido buat kerja2 mengosok ni dulu. Tak sampai seru lagi nak gosok sekali gus hujung minggu 😎

Tapi lain pulak yang terjadi kini, bila saya dah siap awal tapi suami punyalah liat nak kejut pagi. Dia ni kalau malam tahan mata semata nak tengok sport kegemaran dia, tah jam berapa baru nak tido. Selalu je tv yang tengok dia tido. Memang saya akan kejut dia awal untuk subuh dulu, sambil2 tu saya bersiap2 tapi lepas tu dia boleh sambung tido semula. Yang menjadi masalah, tido for 2nd time memang payah liat nak bangunnya. Mulalah hakak jadi tarzan di pagi hari, bukan sebab anak liat nak bangun pegi sekolah tapi laki. Begitulah yang terjadi pagi tadi, tapi alhamdulillah mujur boleh sampai office sebelum 8am 😐
Hujung minggu lepas penghujung tahun 2016, attend wedding dekat kampung. Bukan saudara mara sedarah sedaging tapi saudara sesama Islam. Dekat kampung kan begitu, satu kampung kenal sesama jiran tetangga. Saya tak kenal tuan rumahnya tapi adik beradik saya yang lain kenal so demi nak berkumpul adik beradik sendiri, saya pun datang majlis kenduri kawin ni. Semua adik beradik saya hadir 😘


Anak2 saudara jugak turut serta mana yang ada. Sekarang ni diorang dah balik ke hostel masing2, inshaAllah hujung bulan ni diorang balik lagi for semester break sebulan.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Kalau dekat kampung, mereka masih mengamalkan masak sendiri untuk upacara perkahwinan. Panggil orang2 kampung datang untuk tolong memasak sama. Tapi tak ramai lagi yang buat cara itu walaupun ada segelintir yang masih mengekalkannya. Biasalah dekat kampung tinggal yang dah berumur panjang, mana terlarat lagi mereka2 untuk menguruskan kerja2 macam tu lagi. Nak harapkan golongan muda2, memang alternative choice yang di buat...cater sajo 😜

Thursday, January 5, 2017

Capati

Nak makan tosai ke capati, tosai ke capati, capati ke tosai.... 😈

Okay, u WIN capati 😋

Wednesday, January 4, 2017

Routine 2017

Hari pertama di office pada 2017. So far perasaan ini masih yang sama macam tahun2 sebelumnya. Iyelah, masih duduk di office yang sama, tempat yang sama dan boss yang sama jugak. Cuma yang membezakan hanyalah time bangun tido je, sebulan yang lepas boleh bangun 7am dan still boleh sampai office before 830am. Sekarang jangan berani nak cuba try test, mau lepas 9am baru sampai office. Tapi itu memang payah weh, hakak jet lac bangun awal2 ni 😆

Hari ini jugak bermula semula routine nutrition drink selepas sebulan saya tidak amalkan sebab tiada run event for last Dec. Bulan ni dah mula minum semula, pepaham la kenapa kan 😇

Malam tadi lepak minum kopi dulu dengan my sister dekat Seremban sebelum balik KL, itu pun gerak balik lebih kurang 1030pm. Seronoklah dekat highway dah tak banyak kereta, dalam 45mins drive dah boleh sampai Ampang. Balik rumah tak boleh nak terus tido, kena kemas tempat kucing. Feeding them dulu replace air minuman dengan littering box mereka, dah tinggalkan dekat rumah 2 hari kan. Air minuman masih berbaki tapi makanan jelah yang dah habis 😌 

Tuesday, January 3, 2017

Ermmm enaknya mee maggi

Salah satu azam tahun baru, nak kurangkan makan di luar dan lebihkan makan di rumah saja. Bukan kedekut tapi memang nak berjimat cermat walaupun orang kata duduk berdua lebih baik makan dekat luar je, lagi jimat dari masak di rumah. Tapi bagi saya memang betullah apa yang dikata tapi kita mesti ada cara sendiri untuk mengatur cara hidup kita kan 😁

Sejenis makanan yang MESTI ada di rumah saya, mee maggi. Perisa fav pulak sudah semestinya perisa ayam dan kari, perisa lain pun ok jugak kadang2 tu bila teringin nak rasa beli jugak perisa2 lain. Mee maggi ni sedap tau, saya suka je bila sampai pada menu mee maggi ni. Teringat lagi, setiap kali naik Air Asia, hakak memang order mee maggi tau...sedap lain macam wa cakap lu weh. Itu belum lagi makan mee maggi kari dekat mamak, ermmm tak tau nak describe kesedapannya 😂

Hari ini saya masih lagi bercuti, bukan sebab hantar anak pegi sekolah tapi saja la ambik cuti pun. Memang setiap tahun menjadi tradisi, saya akan ambik cuti masa anak2 orang lain dah mula masuk sekolah tada hari pertama persekolahan. Rumah depan sekolah, memang boleh nampak kemeriahan di sekolah dari dalam rumah je 😃

Menu makan lunch tadi, makan mee maggi ayam dengan salad je dek. Hakak nak jimat cermat dek, mana tau cukup tahun boleh dapat pegi haji 😄

Takdolah macam tu tapi hari ni suami rasa macam nak makan mee maggi, katanya macam lama dah tak makan walhal baru minggu lepas je makan. Tapi hakak memang suka je bila dia mintak nak makan mee maggi, SENANG dimasak, SEDAP dimakan 😅

Monday, January 2, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Orang kampung macam saya ni sudah semestinya sangat suka dengan sayur kampung dan sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmatinya bila ada peluang. Antara sayur kampung yang saya suka, nangka muda. Sebut saja pasal gulai nangka muda, sudah pasti saya akan teringatkan masakan makcik2 dan kakak2 saya...sedapnya. 

Pagi semalam singgah pasar tani, memang saja mencuba nasib kot2 terjumpa dengan nangka muda. Orang2 legend selalu berkata, kalau dah rezeki tu tak kemana...alhamdulillah memang ada pulak nangka muda. Nangka muda beli di pasar ni senang nak uruskan, tinggal potong2 dan masak saja. Kalau dekat kampung tu, ambik dekat pokok lepas tu nak uruskan tu yang saya tak berapa nak reti. Rimas pun ye jugak bergelumang dengan getahnya sekali, memang takkan terbuatlah jadinya. Anak muda zaman kini memang gitu 🙊  

Gulai Nangka Muda, menu pertama di hari pertama 2017 semalam. Tidak dimasak bersama ikan masin tapi saya goreng ikan masin sepat berasingan, dipadankan sekali dengan sambal tempoyak tapi tidak dalam gambar ni. Saja takmo letak, nanti uolsss terkeliur pulak 🙋 

Ada pelbagai cara untuk masak gulai nangka muda ni dan ada macam2 version jugak pada resepinya. Terpulang pada uolsss nak masak cara macam mana pun, kalau tersalah cara pun takpe...yang nak makannya pun kita sendiri kan, kalau sedap tu apa salahnya. 

Semalam hari pertama di tahun 2017, cuaca cukup baik di sebelah siangnya. Saya sempat mendobi dahulu sebelum ke pasar tani, routine yang takkan pernah berubah sepanjang tahun 🙌 

Bergegas balik untuk sediakan lunch, masak gulai nangka muda. Kena semuanya berjalan pantas sebab di sebelah petangnya dalam 2pm saya akan ke Seremban dan seterusnya ke Melaka pulak. Memang agak terkejar2 tapi niat nak masak tu terlalu tinggi rasanya dan saya sempurnakan dulu niat diri sendiri. Bak kata orang2 legend, nanti kempunan pulak 🙍

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan "Selamat Tahun Baru 2017". Walau hari pertama 2017 kita dah dihadiahkan dengan harga minyak yang baru + dengan penutupan selamanya pengkalan TUDM di Sungai Besi dan dengan percutian berkeluarga our beloved PM yang di taja or di derma or pakai duit sendiri...entahlah. Semoga tahun 2017 ini memberikan kegembiraan pada kehidupan kita semua, dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak putus sepanjang tahun. Seringlah kita melihat orang2 susah sekeliling kita agar menjadikan kita tidak pernah lupa pada kesusahan dan ringankan niat untuk membantu. Bantuan kewangan pada yang berkemampuan, tapi kalau kita tidak mampu menghulur dari segi kewangan, doa sudah cukup. Ingat, kuasa doa itu adalah mustajab...saya sangat percaya dengan kuasa doa. Anda bagaimana?!!