Tuesday, February 28, 2017

Shah Alam Half Marathon 2017

Assalammualaikum semua...

Last week event. On Saturday saya pergi ke Da Men Mall, Subang Jaya for bib collection about 11am keluar dari rumah. Pergi ke sana naik tren je. Pertama kali naik tren sampai ke USJ7, jauh jugak dalam 45mins perjalanan. Mulanya suami nak drive je tapi saya yang beria nak naik tren sebab senang, tak payah nak stuck in the traffic. Walking distance from LRT station to mall pun is about 5mins je. Da Men Mall, mall baru rupanya. Tak banyak lagi kedai2 dalam tu tapi convenience for those yang tinggal di area Subang Jaya untuk shopping and makan2.

Bib collection booth open for 2 days, 24th-25th Feb. Masa saya sampai, line clear even ramai je yang berkumpul di booth. About 5 mins dah settle ambik baju and no bib.    

route map for 21km

About 930pm saya terus ke Shah Alam, starting point at Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 1st time pergi tempat ni, berpusing jugak mencari walaupun guna Waze and sampai about 11pm. Just nice dengan parking pun masih ok lagi waktu kami sampai. Lepak dulu dalam kereta sambil makan 2 cucuk sate dengan 4 ketul nasi impit buat alas perut. This time saya tak bawak any performance energy, sebenarnya terlupa nak bawak...agak risau sebenarnya takut sepanjang larian nanti perut terasa lapar.

Flag off for 21km @ 1230am. During pelepasan tu hujan turun dengan agak lebat without lightening. Hati dah gundah masa tu, takut organizer batalkan acara sebab hujan tapi acara diteruskan jugak...yeahhhhh. Lari dalam hujan adalah hazab ye, dengan baju seluar kasut stokin lencun...menambahkan lagi berat bebanan + SEJUK, ini TAK AWESOME. But this time memang almost larian dalam hujan sampai ke akhir garisan walaupun hanya gerimis tapi tetap air turun dari langit kan. 

Route at Shah Alam, seperti sedia maklum memang banyak bukit bukau yang nak kena daki. Sangat2 mencabar coz every loop memang ada bukit yang menunggu. My 1st 10km masih mampu lagi mendaki sambil berlari tapi bila dah masuk 11km and above, bukit je kaki ni dah terasa nak berhenti saja tapi saya paksa jugak melangkah dengan berjalan gaya lumba jalan kaki.

Ada banyak water station in every 4km and 2km thru-out the end. Saya seperti biasa hanya akan singgah pada 3rd water station and akan berselang seli sehingga garisan penamat. But for this event, organizer memang well prepared. Almost semua water station disediakan portable toilet untuk kesenangan runner. Mineral water and isotonic drink sponsor by 100 Plus. For 1st time saya merasakan SEDAPnya air 100 Plus ni. Agak keliru sebenarnya, adakah saya benar2 dehydrated waktu tu or memang air tu sedap sangat...entahlah. 

Running situation yang tidak membosankan, night run memang favorite saya. Laluan berbukit tu tak boleh nak buat apa, redho saja. At the end by 3am, manage to finish 21km as per run apps result. 

Yes, I am an Awesome 21km Finisher!!!
   
1st medal for 2017 and akan banyak lagi menyusul selepas ini, dah panas engine katanya. 

This is my official result. Masih tak dapat lagi melepasi own benchmark tapi still berpuas hati dengan result selepas 3 months without run.

Wait for next run, this weekend.    

Monday, February 27, 2017

Monday feeling joy

Assalammualaikum semua...

How's weekend, harapnya semua baik2 saja 😃 

Weekend saya, later saya ceritera ye. For now nak update feeling this morning saja. Kepala ada sikit ting tong gara2 malam tadi tido lewat. Saya kalau tido kena cukup at least 6-8 hours, if not memang ting tong lah jadinya on the next day. Kena tukar mood nampaknya, kena fikirkan sesuatu yang happy je today supaya boleh hilangkan mood ting tong tadi. Ikut fomular saya sendiri, lain orang lain cara pulak kan. 😄

Tapi memang confirm mood bertukar gembira sebab ada kawan belanja breakfast pagi tadi. Dapat makan capati tampal dengan milo tarik dekat mamak's as my request. Ikut tekak kawan ni, dia nak belanja coffee dengan donat Starbuck 😅

Lepas tu during lunch ada left over food meeting pagi tadi, nasi lemak daun pisang dengan telur dadar...double gembira sebab save money for today. Boleh simpan duit buat belanja besok pulak, jadi total RM20. Hakak ajar diri ni macam budak sekolah, hari2 dapat duit belanja dari suami RM10 saja. Permintaan saya sendiri, jangan kata laki hakak kedekut pulak. Kalau rasa2 nak makan mewah, kenalah keluar duit sendiri...jangan kedekut went it come to duit sendiri 😆

Total of the day, mood hakak adalah JOY 🙌

Friday, February 24, 2017

Project baru

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah pagi ni kita dihadiahkan dengan hujan, sejuk bumi. Pada yang tersekat di jalan raya sebab hujan, banyak2 bersabar ye...ingat today is FunDay 😂 

Today nak update about new project yang abang saya tengah buat. Bukan project ribu riban malah project yang tak masuk duit dalam bank pun malah keluar dari poket sendiri adalah. Project apa, project buat pagar di kebun buah. Cost tak banyak kot...kot la, cuma perlu kederat sendiri untuk menjayakannya. 

pakai kayu je buat tiang pagar, kayu pun potong sendiri 

 lepas tu baru pasang dawai kawat

tak sure cukup ke tidak tiang2 kayu tu, dusun ni besar 

Semoga siap nanti ye, jangan separuh jalan pulak 😃

Wednesday, February 22, 2017

Masalah kutu kucing

Assalammualaikum semua...

Kucing2 saya kini adalah masalah sikit, mereka semua di serang oleh masalah kutu. Tak tau dapat dari mana, bukannya mereka ni lepas bebas di luar rumah or bercampur dengan kucing2 lain. Setiap hari kalau tengok tv tu mata ni lebih kepada membelek bulu mereka sekor2 sambil menindas kutu. Dah jadi ketagih pulak saya dengan suami sampai kucing pun tak mau dekat dengan kami sebab takut kena kepit cari kutu 🙍

Sekarang jadual mandi mereka pun dah berubah. Setiap hari at least saya akan mandikan 2 ekor sambil bilas dengan air garam, garam pulak guna garam bukit. Kerlassss ko bedah, mandi kucing dengan garam bukit 😁 Garam tu sebenarnya untuk rendam kaki tapi masing2 malas dan garam tu dah makan tahun jugak tersimpan tak berguna. Baiklah dipanjangkan saja ke kucing pulak. Dah la dengan masalah kutu ni, ishhhh memang rimas. 

Mulanya saya perasan yang mereka ni dah ada kutu sebab bulu mereka dah mula gugur dengan kualiti yang agak banyak. Hari2 bila sapu lantai tu ada banyak bulu kucing sampai saya rasa pelik kenapa banyak sangat bulu kucing gugur. Kalau dukung pun sama, melekat sampai ke lengan tangan baju habis penuh dengan bulu kucing semata. Bila belek2 terjumpa satu mahluk berayap dengan bebasnya dalam bulu2 kucing tu. Haaaaa dah sah, masalah kutu leni.

Sekarang kena buat kerja lebih sikit la, instead mandikan mereka seminggu or 2 minggu sekali, leni mandikan hari2 sehinggalah kutu2 tu semua berjaya di nyahkan 🙏 hopefully can be settle in this short period. Penat jugak nak mandikan mereka2 ni, bukannya sekor... Tapi saya mandikan 2 ekor per day continuously.  

Shiro selepas dimandikan

 Bagi lepas dulu sampai bulu kering

Bila dah nak tido baru masukkan dalam cage

Tuesday, February 21, 2017

Moody la kononnya...

Assalammualaikum semua...

Hari ni terasa DOWN pulak. Entah kenapa yang walang sangat dalam diri. Uolsss ada pernah tak terasa diri macam ni?!! Nak kata sedih, tidak sedih tapi ada sikit sayu yang tak tahu apa punca. Agaknya mesti sampai satu fasa dalam hidup seharian kita yang pasti akan melalui saat ini kan. Terasa sayu kosong hiba tak pepasal. Saya tak layan sangat, biarkan aja rasa macam tu berlalu pergi 🙇
Ke mood kelaut sebab pagi tadi dah lambat pegi kerja. Lambat waktu saya about 730am, walaupun still boleh sampai office before 815am tapi tetap lambat tu. Dah use to came before 7am, bila sampai 8am terasa macam sampai 9-10am pulak...poyo sangat ko jemah (sambil posing2 sebelum pegi kerja) 🙈 

Yesterday terjumpa boss lama, ada meeting ke KL katanya. Sempat bagi present untuk saya, dari his daughter from UK and Australia. Both balik masa CNY lepas. Patut kemahen happy lagi boss saya tu, anak2 semuanya balik raya. Saya pun tumpang gembira jugak, dapat present raya + boss tak pernah lupa bagi angpau setiap tahun. Tahun depan bagi lagi ye, jangan lupa 🙉

Uolsss rasa mengada tak mood pagi tadi, tiba2 bawa ke petang macam happy ever after pulak 🙊

Monday, February 20, 2017

Cucu pertama

Assalammualaikum semua...

Introducing my immediate cucu. Anak kepada anak buah saya yang pertama dalam family, cicit pertama both arwah Hj Ishak dan Hjh Jaharah. Memang kami semua teruja menunggu kelahiran baby ni, generasi ke dua katanya dari clan kami. Ramai je makcik2 yang 'men offer kan' diri untuk menjaga nanti bila maknya dah start kerja. Cucu sendiri kan, memang lain rasanya. Fahamlah kenapa makpak kita teruja bila ada cucu sendiri ni kan 😻
     
Baby boy, Areeq diberi nama. Gambar diambil selepas beberapa jam dilahirkan. Sekarang ni dah balik ke rumah my sister. Berebut2 nak pegang baby Areeq, sedaplah tido atas tangan je kan. Lepas ni 'masak' neneknya nak kendong 😽 

Petang semalam balik ke rumah kakak semata nak tengok baby Areeq. Budak baru lahir ni sedap dibuli kehkehkeh. Balik ramai2 dengan other sibling. Snack petang, mangga muda makan dengan kicap cili. Sumpah masa makan ni dah tak kisah pasal budak kecik tu lagi, lupa terus kot sebab kesedapan mangga muda makan ramai2 ni 🙅

Sunday, February 19, 2017

Udang masak lemak bersama kacang panjang

Assalamualaikum semua...

Masa membeli barang2 groceries pagi tadi untuk topup, nampak udang besar2 pulak dekat Hero. Terdetik di hati, kalau buat masak lemak sedap jugak ni. Tak tunggu, terus je beli udang, sayur sikit dengan ikan bilis yang dah habis stock di rumah. Lepas shopping barang2 dapur, terus balik rumah. Kebetulan suami dah breakfast dekat rumah mak dia sementara saya jogging di KLCC Park, ada running clinic program. 

Udang
Kacang panjang
Kunyit hidup
Santan 
Cili padi
Garam

Tumbuk cili padi dengan kunyit hingga lumat. Masak bersama santan bahan tumbuk tadi, kacau selalu. Selepas santan dah mula mengelegak, masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek2 dan masak sehingga agak lembut. Akhir sekali masukkan udang yang telah dibersihkan. Saya suka masak dengan kepala udang sekali, baru terasa manis udang tu. Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Sedia untuk di hidang.

Menu lunch kami suami isteri hari ini, digandingkan sekali dengan telur dadar, ikan masin, ulam kobis dan sambal tempoyak 😺

Saturday, February 18, 2017

Wedding kawan

Assalammualaikum semua...

Selamat berhujung minggu. Sabtu datang lagi dengan activity yang masih sama, tidak pernah berubah. Cuma hari ini ada wedding je, jemputan kawin kawan di Gombak. Dah janji dengan kawan office yang lain untuk jumpa di rumah perantin about 1pm. 

Seperti dijanjikan, kami sampai tepat pada masanya. Perantin pun baru nak berarak ke singgahsana. Saya dengan suami tak tunggu la, terus je terjah khemah tempat makan...lapar sudah. Lauk istimewa dari keluarga perantin, kari kambing tapi saya tak ambik sebab tak larat nak layan kari tengah hari panas berdenting ni. Cuma ambik ayam goreng sambal, nenas, sayur campur dengan ikan masin. Semua masak sendiri, perh memang kagum kalau keluarga perantin boleh masak rewang...susah dah nak jumpa sekarang ni.

Suami saya dengan kawan saya, ok lantak pi mereka. Saya dah duduk makan waktu ni, tak tunggu...lapar kot. 

Selepas tu terus balik ke rumah, sambung tidur. Tidur masa perut kenyang ni memang NIKMAT 😹

Thursday, February 16, 2017

Anak buah

Anak buah saya yang sedang dalam proses menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaaan setelah sekian lama duduk di rumah selepas habis belajar. Selama ni lebih concentrate menjaga ayahnya aka jadi driver ke mana saja ayahnya nak pergi. Anak lelaki tunggal maybe, sentiasa ayahnya memerlukan bantuan anak walaupun sekadar peneman lepak di mamak 😸

Dalam seminggu ni dia sibuk buat wiring second office baru abang saya di Kota Damansara. Business kecik2 anak buah saya yang seorang lagi, kiranya pekerja pun sepupu2 jugak dengan beberapa pekerja tambahan.  

Seminggu jugak mereka ni berkampung di rumah abang, nak berulang Seremban-KL pun leceh kecuali pada big boss diorang aje la. 

Sekarang ini anak buah dalam proses untuk kurangkan sikit berat badan sementara tunggu panggilan untuk off shore later on. Risau jugak sebenarnya, takut tahap kesihatan yang menggagalkan dia untuk off shore jadi kami plan for him to go to on shore jika perlu. 

Muda belia lagi ni tapi dah ada masalah gout, ishhh budak2 zaman sekarang memang tak mau mendengar kata. Makan tak pernah nak PANTANG, adalah pantang tu tapi "pantang nampak" lah 😹

Wednesday, February 15, 2017

Keledek Goreng

Assalammualaikum semua...

Dah mula panas sekarang ni, keadaan biasa selepas CNY. Auntie dekat rumah saya tu pun selalu cakap kalau lepas raya cina mesti panas punya, haah betul la pulak kejadiannya. Sebelum CNY hari tu cuaca sejuk2 je, hujan seharian berhari2 sampai ada beberapa tempat yang naik air. Selepas beberapa hari CNY, cuaca dah menjadi lain pulak...panas terik. Itulah kekuasaan Allah, mencipta sesuatu kejadian itu dengan teratur dan bersebab. Sekarang ni setelah beberapa hati tidak hujan, keadaan panas agak membimbangkan. Dengan terasa badan dah mula ada tanda2 dedar demam, dengan penyakit misteri' yang tengah viral tu...ish macam2 penyakit zaman sekarang. Kawan2 semua hati2lah, yang penting KEBERSIHAN perkara utama dalam kehidupan. 

Terima kasih Allah, semalam dihadiahkan kita hujan walaupun tidak selebat mana. Tak sure kawasan uolsss hujan ke tidak tapi KL petang dengan malam tadi ada hujan sikit la, sekejab je tapi cukuplah sekadar membasah cermin kereta 😥

Dah lama tak membancuh tepung, terkenang2 pulak batter pisang goreng dekat tepi Ampang Park tu cam sedap2 je siap serdak2 sekali. Tapi saya punya bancuhan tak jadi pulak serdak2 tu, ish nak kena kenen2 jugak makcik tu...buat kawan. Nanti boleh selit2 mintak resepi batter dia pulak 😰 Tapi sekarang ni pisang goreng dah semakin nipis je potongannya ek. Masa saya menunggu pisang siap digoreng tu, abang yang tukang potong pisang tu potong sampai 4 hirisan bagi seulas pisang. Saya ni lembab sikit nak kenal jenis2 pisang ni tapi pisang yang biasa orang buat pisang goreng tu la gamaknya. Kalau nak compare 7-8 tahun lepas, saya pernah jumpa pisang yang sama size tapi belah 2 je. Ermmm memang mencabar hidup sebagai peniaga makanan zaman sekarang ni ye, semoga para peniaga makanan kita sentiasa diberikan rezeki yang lebih...inshaAllah.

Meh la saya share resepi batter versi saya pulak, goreng bersama keledek.

Keledek
Tepung beras
Air kapur
Sedikit serbuk kunyit
Garam + gula
Air 
Minyak untuk mengoreng

Bancuh tepung beras, air kapur, serbuk kunyit, garam dan gula, jangan terlalu cair dan pekat...sedang2 aje. Panaskan minyak dan goreng adunan keledek bersama batter tadi sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan bersama lemon tea panas 😋😵 

Tuesday, February 14, 2017

Fitting baju nikah

Assalammualaikum semua...

Final fitting, dah ok. Tunggu masa nak dinikahkan aje 😝 

Seminggu sebelum gambo yang atas tu, ini fitting yang pertama. Nampak baju agak besar, maybe masa ukur tu size besau sikit budak ni. Bahu baju pun nampak jatuh tapi cuma alter sikit saja. Itu comment makcik2 la, biasalah tu kami kalau anak buah nak kawin...makpak makcik pakcik yang kalut lebeh 😤  

Monday, February 13, 2017

Steamed Fish masam2 podeh

Menu semalam masa lunch dekat rumah kakak di Seremban. Nampak tak kepala ikan tu macam ada kesan pecah dagingnya, saya la punya keje tu. Terpatah pulak kepala ikan tu, membebel je kakak saya bising angkat ikan pun tak betul. Huhuhuhu dah tua2 pun hakak kena bebel lagi pasal nak hidang makanan 😐 Sebenarnya salah ambik bekas, bekas tu agak kecik tapi ikannya besar...tu yang ekor ikan pun terjulur keluar. Ala demi nak protect diri sendiri cepat2 je saya bagi alasan 'untuk kita2 je makan kan, takde tetamu nak datang kan' 😓

Kakak tu membebel sampai ke mana je kan, lepas tu puji2 sikit makanan dia masak sedap sampai licin makan mesti senyum je sampai petang. Giloz ape tak nak puji makanan kakak sendiri, memang sedap pun 😘

Takde resepi di sini sebab ini bukan saya yang prepare, saya tukang hidang dan makan saja. Google je la, zaman sekarang nak goreng telur pun orang sibuk cari dekat google kan 😜

Saturday, February 11, 2017

Roti telur

Sabtu punya menu pagi, Roti Telur. 

Dekat rumah saya ni memang sentiasa ada roti, boleh makan di kala lapar bila2 masa. Saya tak selalu masak kalau hari2 weekdays, jadi roti menjadi pengganti makanan ruji kami. Bukan sekadar on weekdays saja, kadang2 tu weekends pun makan roti jugak. Ni roti ada yang dah hampir sampai tarikh luput sedangkan ada sebungkus lagi roti yang baru dibeli, sayang nak buang begitu saja...kita transform kan aja jadi roti telur 😍

Lepas masak je terus update dalam entry ni, hahhh punya express post tu kan. Nampak nau nau tengah free sesangat. Tak payahkah resepi ek, bukan susah sangat pun nak buat roti ni...main celup2 goreng je 😎

Selamat berhujung minggu uolsss. 

Friday, February 10, 2017

Cuti Thaipusam

Assalammualaikum semua...

Cuti ke uolsss 😉 Saya koje ni ha, tapi ambik cuti 1/2 day petang nanti. Macam mana cuti semalam bagi warga negeri terlibat, pegi melawat makcik penjaga tangga dekat Baru Caves tu tak. Jalan MRR2 kemain sesak lagi sejak malam rabu lepas, tak sempat nak lambat2 dekat makcik...tak gigih nak ke sana pun. Takpe kot nanti ada masa saya lalu sambil lambat2 dekat makcik la, kot kecik hati pulak nanti 😊

Aktiviti hari cuti seperti biasa pagi2 selepas subuh saya dah keluar jogging, sekitar taman perumahan saja. Dalam 645am dah on the road, sekarang ni kan lembat terang...waktu macam tu pun keadaan sekeliling macam gelita lagi. Tapi as usual, saya ada geng apek lari pagi2 so kurang seram sikit. Tunggu jelah geng apek tu lalu kawasan rumah and follow then. Gambo jalan je ada, gambo apek takde...apek tu pun bukan hensem sampai beria nak ambik gambo diorang kan 😌

Selesai jogging about 8am, balik rumah buat shake and breakfast oat...normal routine hadap je la. Around 10am buat another brunch, burritos...sebab tengah hari saya ada class at gym sampai petang dan suami pulak ada hal dekat rumah parent dia, baik makan siap2.  

Begitulah cuti kami semalam, biasa2 je 😍  

Wednesday, February 8, 2017

Melawati Run 2014

Assalammualaikum semua...

Past Date: 16 Feb 2014 
Venue: Masjid Al Hidayah, Taman Melawati
Distance: 10km

join event in group, banyaklah kena ambikkan baju untuk kawan2 yang tak dapat ambik

Masa ini result larian masih teruk lagi, ranking about 100++. Cuma yang saya sangat suka dengan larian ni, route dia ada lalu tempat2 yang cantik sekitar Melawati tu, ada banyak angin pulak tu...syokkk. Tak pernah lagi saya naik di kawasan Melawati ni sampai ke empangan atas nun tapi for this event, rasa macam nak putus urat keting mendaki. Lepas tu ada kawasan menurun, boleh test my endurance jugak. Habis segala celah2 rumah orang saya lalu, sampai lalu depan rumah Yusof Haslam...bangga la kejab 😆

Yang tak seronoknya pulak, saya masih ingat setiap water station hanya isotonic drink je yang ada. Saya tak berapa sangat ambik minuman2 macam tu sebab tak boleh nak basahkan kepala. Tapi yang paling sedih adalah tiada minuman disediakan dekat finishing area. Hanya ada satu lori milo yang boleh bayangkan berapa panjang orang Q termasuk bukan runner pun sama jugak. Lupakan saja niat nak minum, simpan je dahaga tekak to proceed ke mamak je after that.

Sampai awal dekat event area sebab senang nak cari parking. Sampai lambat nanti parking dah jauh2 ke hujung jalan. Walaupun ada kekurangannya event ini tapi masih boleh dibanggakan jugak. Sekiranya ada peluang in future, saya akan join lagi. Tahun ni tak sempat reg 😇

run buddy - anak saudara

run buddy - office mate




Ok, habis 😈

Tuesday, February 7, 2017

Last weekend

Assalammualaikum semua...

Activity weekend lepas, lepak di rumah saja. Semenjak umur dah bertambah banyak ni saya memang suka habiskan masa di rumah sahaja. Malas dah nak fikir jalan sana sini. Sometime nak pegi shopping mall pun maleh. Bagus jugak perasaan macam ni sebenarnya, selain dari jimat belanja...boleh jugak rehatkan diri sepenuhnya. Masa inilah saya nak lenjan menonton movie drama yang sepanjang 5 hari tak tengok, kadang2 tu rasa macam rugi je langan Astro...dengan HypeTV pun tak tertengok. Tapi kalau tak ada nanti 'mati kutu' pulak tak tau nak buat apa dekat rumah. Kadang terasa diri ni tak pasti lagi antara KEINGINAN dengan KEPERLUAN 😃

Sabtu lepas tak masak, saya order pizza saja. Suami ada meeting dari tengah hari sampai ke petang, almost magrib baru sampai rumah. Pizza pilihan adalah Domino's Pizza. Dah lama tak makan pizza, boleh habis satu dulang tu saya makan sorang 😄 nikmat bebenor rasanya. Ambik yang under promotion, 2 Pizza Deals - regular with 1 side order. 

Another 1 dulang pizza tu saya tinggalkan untuk suami pulak for his dinner.

Untuk side order, normally saya akan order BreadStix. Memang saya sangat suka stix ni sebab mengenyangkan, sosnya pun sedap. Makanya ini menjadi menu breakfast di pagi Ahad. Sekali hadap habis, kenyang tahan sampai ke petang 😅

Monday, February 6, 2017

Weight loss journey

Assalammualaikum semua...

Jarang saya menceritakan perjalanan diet saya sebelum ini, bukanlah tak pernah langsung cuma gitu2 aje. Tujuan/matlamat saya untuk turunkan berat badan adalah untuk memantapkan lagi stamina or inner strengths saya. Ini adalah amat penting untuk saya kekal menjadi marathon runner. Kita mestilah boleh tau keupayaan diri sendiri kan 😸 Meh saya story mory sedikit sebanyak perjalanan from Zero to Hero saya for my ideal weight. 

Kisahnya bermula dari Zumba Class. Saya dah mula active zumba sebelum saya betul2 serius on running. Semuanya bermula dari tempat kerja, ada zumba class tapi just once a week. Dari tak tau menari sehinggalah sekarang, hip hop break dance irama malaysia pun hakak otai dah 😹 Eh back tu beginning sebelum melalut. Terasa macam tak cukup kepuasan, hanya sekali seminggu kan...saya mula mencari external zumba class tapi yang dekat dengan area rumah. Sebabnya nanti senang nak balik + tak perlu bersesak2 dengan trafic after office hour. 

Di suatu pagi about early 2014, normal routine saya every weekend akan lari di Taman Tasik Ampang dan kebetulan waktu itu ada one group ni organize free zumba class. Adalah amoi yang nak bagi flyer masa saya melalui tempat mereka berkumpul tapi saya just ignore aje even ada rasa macam nak berhenti jugak. Yang pasti saya tak berhenti pun, maybe niat waktu tu tak strong enough kot. 

Seminggu selepas itu saya jumpa lagi the same group during my run training but this time seperti nekad di hati untuk berhenti. YES, i made it. Saya join free class tu, sebab free kan kita cubalah...apa salahnya. After selesai, saya diberi flyer yang sama dan saya ambik and terus tanya in details of the class yang group ni offer and location. Rupa2nya group ini ada bukak class di area Ampang Point dan ini adalah promotion diorang for introduce this club to orang ramai. So saya agreed to have look at club later on and terus buat appointment.

with my kembar lain makpak and successful person in HerbaLife and he is doctor

Seperti yang dijanjikan, saya datang ke I Love MyClub...ini adalah nama club tu. Club ini adalah nutrition club dan mengetengahkan zumba sebagai main activity for this club selain dari memberi advise on nutrition. Nutrition product adalah HerbaLife. Sejujurnya saya tidak tertarik pun on nutrition product tu tapi lebih kepada nak join the zumba class saja. For 1st time saya diberi khidmat nasihat berkenaan nutrition thru my own body after timbang. Ketika itu berat saya adalah 61kg 😾

Bermula dari situ, saya kerab datang ke club ini untuk join zumba dan setiap kali datang akan dikenakan bayaran sebanyak RM15/class including 3 drink type of Herbalife Nutrition product. Secara tak langsung consume jugaklah diri ni dengan Herbalife product. Macam2 flavor dapat setiap kali datang club dan saya sangat suka dan akhirnya saya terus jadi members for HerbaLife. Hahhh jangan uolsss nak kalut pulak, hakak jadi members for myself je + product ni dah otai...tak payah nak seru2 orang to join guna pun, hangpa boleh tau keberkesanannya sendiri. Cuma sekarang selepas adanya GST bagai ni, RM20/class dikenakan for walk in customer. 

Saya memang sangat active di club ni sehingga zumba competition for others club pun saya join and MENANG 🙆

seorang doctor dan dalam masa yang sama mempunya HL nutrition club sendiri jugak

Selepas dari zumba competition itu, club ada organize program lain pulak iaitu weight loss challenge. Waktu itu weight hakak masih lagi banyak kg walaupun dah kurang dari 61kg tu. So join jugak challenge tu sebab lebih tertarik pada hadiahnya saja 🙈 Sapa tak nak, hadiah tempat pertama...RM1000 CASH hokay.

Saya hanya amalkan Herba Aloe Concentrate, teamix, F1 and protein powder...yang paling penting banyakkan minum air putih, ini SANGAT penting. Minumlah air sampai kembung pun takpe, belum ada lagi dalam sejarah orang mati sebab minum air kosong banyak. Kalau minum air manis banyak tu memang ramai la 🙉

Pemakanan jugak kenalah jaga tapi tidaklah sampai tak boleh makan itu ini, cuma tinggal lagi amalkan cara pemakanan sihat. Apa itu PEMAKANAN SIHAT, sila google ye...ada melambak info pasal tu.  Macam saya hari2 menu saya mesti ada nasi, i need carbo for my daily diet sebab hari2 jugak saya burn the calorie by doing exercise. Badan ni dah adapt with peluh, so kalau tak pergi exercise badan ni boleh demam dibuatnya 🙊 Diingatkan ye, pemakanan adalah 80% consume into our body kalau nak kurus...makanya jagalah pemakanan dan amalkan cara pemakanan sihat #eatclean

Exercise juga amat penting walaupun cuma consume 20% dalam badan. Kalau dah kurus, tentulah nak posture badan cantik kan...takde kulit2 gelebeh di lengan. Tentulah nak pejalkan otot2 badan kan. Disarankan exercise 3 kali seminggu tapi kalau saya memang hari2 non stop. Jangan ikut cara saya coz saya dah terlalu biasa dengan exercise activity 🙋

Antara dua petua itu, cuma satu je MAIN thing yang kena KUAT iaitu mind set kita. Kalau kita benar2 nak kurangkan berat badan, kena perlu ada NIAT yang kuat. Kalau niat kuat tapi USAHA tak kuat pun tak jalan jugak. MUHASABAH diri itu PENTING untuk NIAT + USAHA itu menjadi kenyataan. 

Ok, cukup dengan motivasi cara untuk mengecikkan diri untuk entry ini. Meh berbalik pada sejarah berat badan sendiri.

Dari berat asal saya 61kg, disarankan berat ideal saya adalah 54kg. Guess what, saya berjaya menghilangkan kg2 tu dalam masa SEBULAN sahaja. Tak percaya ke bedah, boleh datang sendiri di I Love MyClub dan tanya mereka di sana. Seru je nama hakak, mesti diorang kenal sangat 🙌

Dan untuk Weight Loss Challenge yang pertama ini, saya MENANG lagi 🙏
       
bersama winner for 2nd year of Weight Loss Challenge

Untuk 2nd year pun club suruh saja join challenge lagi tapi this time saya menolak sebab dah tau berat saya dah sampai limit. Now saya dah below my ideal weight dan dah below 50kg, takkan nak kurus lagi sampai 40kg kan...itu memang saya TAK MAHU.

Sehingga kini selepas 3 tahun berlalu, size masih yang sama, berat juga masih yang sama dan yang paling penting NIAT + USAHA masih yang sama jugak. Cuma tambah sikit je belakang tu, KEKALkan MOMENTUM. Ini adalah CABARAN sebenar. Nak kurus memang sangat senang, tapi untuk kekalkan itu adalah yang PALING SUSAH. 
   
friends yang sentiasa menyokong dan melihat setiap perubahan saya

crazy friends yang sentiasa ajak saya makan tapi asyiklah tak bagi saya makan ikut suka suki tekak 😁

and this is my coach, always push me till out of my limit 😂

Serba sedikit perjalanan kurus saya, tidak mencabar mana pun dan tidak jugak nak menunjuk2. Sekadar untuk self motivate. Semua gambar2 di atas adalah sewaktu CNY celebration di club, theme RED.   

Friday, February 3, 2017

Tomyam podeh

Assalammualaikum semua...

Semalam saya teringin sangat nak makan tomyam noodle dekat Secret Recipe, walaupun hakikatnya saya tak pernah mampu pun nak makan tomyam yang super duper pedas berdenting tu. Tapi kadang tekak ni terasa macam sado jugak, kiranya macam mampu makan la kekdahnya 😩 

Sebagai langkah berjaga2, saya suruh suami order Vietnamese beef noodle. Suami memang takde masalah pasal pemilihan makanan, senang nak jaga anak orang ni 😰 Percayalah, saya cuma mampu makan sesudu saja, lepas tu mangkuk noodle tu bertukar kedudukan. Diakui memang tomyam SR ni sangat sedap tapi saya memang tak boleh tahan tahap kepedasannya tapi suami saya memang mampu makan tomyam tu sampai habis, itulah sebabnya saya berani suruh suami order makanan lain yang tak berapa pedas. Pakcik tu tau dah, memang nanti dia yang kena habiskan tomyam tu pun 😳

Macam ternampak Penang Assam Laksa dalam menu SR, menu baru ke tu. Saya ni dah lama jugak tak makan dekat SR, tak peka menu baru ke lama. Kalau ada yang dah cuba, sedap ke assam laksanya tu 😶 

Thursday, February 2, 2017

Kucing punya kisah

Assalammualaikum semua...

Hari pertama bekerja dalam bulan Feb selepas long long holiday bersempena hari raya CNY. Dekat office dah ramai staff yang mula kerja, tidaklah terasa sunyi sangat. Jalan raya pun taklah lenggang, sekolah pun dah mula kan 😘

Nothing much to update, weekend activity pun rasa macam malas nak up je 😜 Update pasal kucing je la ye. 

Miki ni last week sungguh2 dia buat hal, kencing berak merata. Tak pernah buat perangai pun sebelum ni, entah kenapa angin mengada dia sampai pulak waktu tu. Terus kena grounded dekat luar rumah (hahaha grounded bukan dalam rumah ke). Lepas tu boleh pulak minah ni merajuk sampai takmo balik malam tu. Hati ni dah mula gundah gulana sebab minah ni sebenarnya penakut, Miki sangat takut dengan orang yang dia tak kenal. Ah sudah, mana pulak peginya. Satu malam tu dia dekat luar rumah, saya dengan suami sampai tido pun tak lena dok 'pasang' telinga nak dengar kot2 minah ni balik tengah2 malam tu. Rupanya nan hado sampailah keesokan harinya 😞

The next day tu, sebelah malam jugak baru dengar Miki memanggil2 dari tingkat bawah, punyalah kuat suara dia. Kita ni kalau dah kucing sendiri yang punya, bunyi mengiau kucing pun kita kenal kan...begitulah kan kawan2 PENCINTA kucing 😤

Baru almost 2 hari dekat luar rumah, tengok apa dah jadi dengan minah ni. Bulu habis kotor kepam, lepas tu kebuluran...makan sampai nak tercekek. Nak menitis air mata masa tengok Miki makan, laparnya dia 😡

Lepas makan, suami terus mandikan Miki...kasi bersih semula bulunya yang kepam tu.

Ayohai...abaikan keadaan bantal busuk kami tu ye. Cuti lama last week, walaupun hari tak berapa nak cerah tapi ada niat jugak nak jemur bantal sebenarnya. Tu yang dok longgokkan dekat kerusi, kalau panas boleh terus jemur saja. Selimut sarung bantal tu semua memang dah sampai masa untuk cuci, setiap minggu memang tukar. 

Tu Mika dan Miko, baek punya landing. Dapat peluang lepas memang macam tulah perangai mereka 😥

Restock cat food, nak cuti panjang dengan kedai haiwan pun bakal tutup agak lama maka saya standby beli repack makanan anak2 bulus ni dulu. Walaupun tidak tahan lama pun 1kg tu tapi bolehlah sementara nak menunggu kedai bukak nanti. Kedai2 cina sekarang ni kalau raya bukannya diorang tutup lama macam dulu kan 😩