Friday, March 31, 2017

Muhasabah...

Assalammualaikum semua...

Permulaan hari yang tidak berapa baik tapi cuba muhasabah diri, baru rasa tenang kembali. Camar putih tak boleh start, bateri dah kong gamaknya. Kebetulan suami cuti, dia settle kan problem tu. Saya tiada pilihan lain, terus tukar plan pegi kerja naik bus. Bus dari rumah transit dekat Ampang Point dan kemudian ambik bus untuk ke Ampang Park. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya, perjalanan pun mudah dan senang. Dalam bus dah siap text boss kata sampai lewat sikit sebab takut dia tak bawak kunci bilik. Biasanya dia sampai office about 730am, dalam 715am saya text siap supaya senang. 

Perjalanan yang agak senang, saya boleh sampai office about 730am, yes still tak lambat dan boss pun tak sampai lagi. Alhamdulillah saya dapat sampai dulu sebelum dia sampai. Jangan tanya kenapa tak guna Grap/Uber sebab adalah hak saya untuk menentukan pilihan sendiri 😁

InshaAllah, semoga kesulitan hari ini memberi kebahagiaan selepas ini...amen.

naan cheese

chicken tandori - carbo replacement

sebab petang semalam lepas gian lari 10km @ Taman Tasik Ampang. Dah start training coz lepas ni dah nak mula run even semula. 

Thursday, March 30, 2017

Langgar lari

Assalammualaikum semua...

Pagi tadi punya cerita suami isteri, pasal kisah langgar lari last Sunday night. Kisahnya macam ni...

Kami tak nampak masa kejadian berlaku, perasan bila dengar bunyi macam motor terjatuh saja...berdentum la jugak. Bergegas la kami yang kepochi ni mengintai dari tirai kamar sebab bunyi tu datang dari tepi rumah kami saja. Masa tengah sibuk nak selak langsir tu perasan ada satu kereta Myvi hijau kalau tak salah mata melihat, memecut laju. Ternampak jugak sebuah motor yang dah tumbang di tepi jalan betul2 dekat selekoh nak masuk guard house ke apartment kami. 

Rupanya yang jatuh motor tu husband and wife, tinggal di apartment kami jugak tapi block berlainan. Tak perasan sangat wajahnya sebab malam dan terlindung sikit penglihatan dengan pokok2. Nampak jugak security guard berlari menolong pasangan tu. Kira habis di situlah, takdenya kami nak menebeng lama tepi tingkap. Yang pastinya kereta Myvi tu memang takde datang semula ke situ (tempat kejadian). 

Selepas beberapa hari, itu yang pagi tadi baru suami informed yang pemandu Myvi tu dah kena tangkap. Rupanya Myvi tu baru keluar dari kawasan apartment kami as visitor. Memang silap besar la sebab info pasal driver tu tentu dah ada record dekat guard house. Security bagi info dekat polis, nama, IC no dengan driving no...no kereta dah tentu ada sekali. 

Yang tak pahamnya tu, kenapa nak lari. Kalau terlanggar sebab tak perasan ke, perasan ke atau di langgar ke...kenalah berhenti, at less prihatin pada yang dah jatuh tergolek tu. Ini tidak, boleh tekan minyak menderu laju je larinya...clear cut dah salah dekat situ. 

Muda remaja lagi pemandunya, agaknya itu pun baru dapat kereta kot. Race tak mau komen, kang resist pulak. Hope ini dapat jadi pengajaran buat pemandu kereta tu, muda2 jangan nak jadi samseng jalanan...cuba jadi pemandu berhemah sikit. Jalan raya tu untuk kegunaan semua orang.
    
Dinner malam tadi makan ayam kepci, sejuk2 ni dapat melapah ayam memang sangat bahagia 😁

Wednesday, March 29, 2017

2 aktiviti dalam 1 malam

Assalammualaikum semua...

Sejuk2 pagi ni kan, seronok betul kalau hujan...alam Kuala Lumpur ni rasa fresh, only moment that u can get after raining. Kalau tak hujan, jangan mimpi nak dapat fresh air 👃

Now my family semua dah balik from Jakarta. Selesai sudah majlis pertunangan anak saudara di sana. Later baru saya update, sekarang tengah belek gambar mana yang patut saja masuk dalam entry ni, takkan nak letak 1 album ken...ada yang muntah darah nanti 👅

This weekend inshaAllah kami akan berkumpul lagi, ini pun later je baru update. Ni nak cerita last gathering, rasanya about last 2-3 weeks...kami gather di Kota Damansara. Bila dah berkumpul tu, memang ada saja aktiviti 👈 

Aktiviti terbahagi kepada 2 dan 2 kumpulan berlainan jugak. Aktiviti pertama di malam minggu, lepak mamak. Keluarga saya dengan mamak susah nak diceraikan 😁 Mak2 apak2 budak2 underage dan yang tak berminat dengan aktiviti ke 2 akan terus join aktiviti ni, aktiviti makan sapa tak nak kan 👍

Aktiviti ke 2, golf. Saya ni dah berapa kali kena remind start training semula tapi saya buat tak tau je. Mentang2 yg ajar pun abang sendiri, boleh la buat macam tu. Kalau bayar private trainer, takdenya saya nak ponteng. 

So far anak2 saudara lelaki la pun yang nak melayan pakciknya, yg lain2 tu baiklah pegi lepak mamak je termasuklah saya. Tapi lepas tu kena jugak turun padang, tak boleh engkar pesanan guru. 

Anak saudara yang ini memang dah pro, belajar from pro player jugak. But he more into rugby as now merupakan rugby player dekat sekolah.

Anak saudara yang ini pulak memang betul2 fresh from oven. Baru pertama kali pegang kayu golf. Baru pukul 10 bijik bola dah ketar lutut. Jangan kata golf permainan yang senang, tak kena skill memang susah.

Tengah demonstrating oleh abang saya, cara berdiri, cara pegang dan cara hayun iron tu. Banyak lagi bola nak kena pukul depan tu jugak, mau berpeluh ketiak 😅 

Tuesday, March 28, 2017

Magnum Pink Pomegranate

Assalammualaikum semua...

New ice cream from Magnum, Pink Pomegranate. How new...jangan tanya la, bukannya saya nak buat review untuk ice cream ni pun. Perkataan new di situ adalah untuk saya saja yang baru (new) mencuba flavour ini. Tapi kalau dah betul2 new pun apa salahnya berkongsi citarasa dan cerita.

Merasa ice cream ini pun secara kebetulan, ada promoter yang buat promotion on this ice cream di hadapan Starbucks Ampang Point. RM1 for 1 ice cream, dalam box ada 3 ketul...jadinya per box jatuh harga RM3 sahaja. Saya yang kebetulan sedang buat office work at Starbucks Ampang Point di hari Sabtu yang tak berapa best nak buat kerja office tak terpaksa buat jugak atas sebab2 tertentu, teruja dengan promotion tu. Suruh suami pegi beli, laju je dia ikut perintah sebab nak jugak kan 😁 

Keterujaan pada peket warna pink ini, terus suami beli 2 kotak (6 ketul). Saya makan satu je dah cukup, suami ambik satu jugak tapi balance 4 tu sapa nak makan?!! Bukan boleh bawak balik pun sebab ada plan lain selepas selesai kerja nanti. Sudahnya saya bagi je staff2 Starbucks ni sorang satu ice cream, apa salahnya berkongsi rezeki. As return, budak2 tu (staff Starbucks) pegi beli kerepok losong pulak, makan ramai2 dengan diorang...so best 👍

Inilah rupa paras Magnum Pink Pomegranate itu.

Seminggu sebelum kejadian ini, budak2 office jugak ada beli ice cream yang sama dengan harga yang sama jugak. Diborongnya ramai2 sampai penuh sendat freezer. Terpaksa pindahkan ice cube box dengan susu perahan mak2 semata nak letak ice cream 👅

Itulah dia penangan ice cream ni...

Monday, March 27, 2017

Yesterday...

Assalammualaikum semua...

Happy Monday...Happy Working Day ♩♪♫

Yesterday, hari yang penat lit lit. Keluar rumah lebih kurang 9am lepas GrapCar sampai, ada date with BFF gitew di Nu Sentral. Jalan tak jammed lagi, boleh sampai tempat di tuju sekejapan saja. Spent time with them until petang, walaupun plan asal sampai tengah hari je...adat la lettew kan ☝

Details activity tu nantilah, mood rajin tak berapa IN pulak sekarang ni.

Sampai rumah lebih kurang 630pm lepas singgah AEON AU2 untuk beli cat litter. Malas nak singgah pet shop yang saya biasa pergi sebab hujan. Masuk je AEON parking, tak kena hujan. Beli 1 paket je untuk this 2 weeks times, agak mahal jugak harga kalau takde members card.    

Settle beli cat litter, keluar AEON terus drive balik ke rumah. Tapi sebelum tu singgah tapau dinner dekat Secret Recipe, Thai fried rice. Tapau untuk suami saja sebab saya masih kenyang lagi hasil dari makan dengan kawan2 sebelum tu. 

Sampai rumah dah ada kerja rumah yang menunggu...biasalah bini2 ni mana nak duduk senang lenang kan, ada saja kerja rumah yang nak di buat. Takde masa nak kisah hal rancangan TV, nak update2 media sosial bagai. Baiklah buat kerja yang berfaedah dari mengadap benda2 macam tu ✌  

Saturday, March 25, 2017

Mereka yang tinggal

Assalammualaikum semua...

Ketika ini semua ahli keluarga saya berada di Jakarta attending my nephew engagement dekat sana. Mereka fly on last Thursday and will be return tomorrow. Saya tak dapat attend the ceremony for some reason tapi akan available kan diri on majlis nikah mereka nanti...this year jugak 😁

Makanya kalau saya dah tak pergi hanya kerana sebab ini saja, jaga anak2 buah yang lain. Selain dari tak lepas nak cuti dari kerja jugak huhuhu. Makpak memasing pegi kan, anak2 kecik ni semua tinggal la. Makcik bangsu ni jugaklah yang kena jenguk mereka ni dekat rumah makcik diorang pulak. 

Nisa, bawak dia keluar makan malam tadi, nak makan roti tisu katanya. Petang semalam lagi dah call suruh datang Seremban bawak dia makan, hamboiii anak. Hah ko, roti lagi tinggi dari orangnya. Kakak2nya yang lain nak makan ayam KFC, layankan jugak...bawak pegi makan kepci pulak lepas tu. Balik rumah dah dekat tengah malam, terus lena 😂

Ok saya nak tido sekarang, besok kena bangun awal. Ada date dengan bestie friends 😃

Friday, March 24, 2017

Salam Jumaat

Assalammualaikum semua...

Pagi tadi bangun extra awal about 5am, selalu bangun dalam 530am. Siap2 macam biasa dan still sempat nak sediakan breakfast 🙆

Takdelah menu gembak sangat, setakat bread toast dengan teh o panas saja. Minum pulak masa hujan tengah lebat mencurah pagi tadi, kena keluar lewat sikit nampaknya. Cuti sekolah ni tak cuak sangat kalau keluar by 7am, still boleh sampai office about 730am 🙇

Alhamdulillah, hujan rahmat di pagi Jumaat. Semoga kita semua di rahmati dengan segala rahmat/nikmat/rezeki yang Allah berikan kepada kita semua. 

Thursday, March 23, 2017

Sakit betis

Assalammualaikum semua...

Sepanjang minggu ni sampai la ni, kaki masih terasa penat lagi...terasa sangat otot dekat betis tu sakit setiap kali buat squat. Agaknya mintak berehat seketika kot, asyik lenjan kaki tak berhenti setiap hari dekat gym. Makanya HARI INI saya cuti pegi gym, hari ni je pun. Tak boleh cuti selalu, nanti badan tak sihat + mental pun mereng jugak 😼 

jemput jemput tapi saya suka sebut cekodok tepung

fruit salad

Minum petang semalam di KL Convec. Ada meeting terus lajak minum petang sekali sebelum proceed to the gym di Avenue K (Fitness First) 😽

Wednesday, March 22, 2017

Alhamdulillah

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah berikan kepada kita tidak kira dalam bentuk apa jua. Kalau ada yang dapat lebih itu adalah rezekinya, jangan pulak nak jaki tak tentu pasal dengan kelebihan yang orang lain ada. Nak LEBIH, kena usaha LEBIH...itu aja yang perlu. Kadang2 tu terdetik jugak rasa jaki dalam diri tapi cepat2 positive kan fikiran, sebagai manusia biasa ni kita banyak kelemahan dalam menanggani perasaan sendiri 😹

tempat WAJID kunjungi setiap minggu 😺

Sejak dari semalam rumah saya dah ada pendatang baru, tumpang sekejab je sementara tuannya travel to oversea. Kucing anak saudara saya, namanya Gwen. Senang jaga sebab kejanya asyik makan tido. Monday next week baru tuannya datang ambik 😻

Tuesday, March 21, 2017

Pahang International Marathon 2017

Assalammualaikum semua...

Dated : 12th March 2017
Venue : Taman Gelora, Jalan Dato Abdullah
               Kampung Tanjung Api, Kuantan
Time : 3.00am
Categories : 42km, 21km, 10km and 5km

Zenith Hotel, Kuantan

9am dah mulakan perjalanan ke Kuantan. Drive santai2 saja sebab kami takde plan lain selain dari nak collect race kit sahaja. Since dah siap sarapan sebelum keluar rumah, hanya berhenti di tempat rehat untuk ke toilet and by 12pm kami dah sampai di Kuantan.

Event yang sentiasa saya tunggu setiap tahun sejak dari 2014, cuma tahun lepas sahaja saya tak join atas alasan tertentu. Kuantan lah tempat kali pertama saya mencuba untuk lari HM, maybe lepas ni Kuantan jugak menjadi tempat pertama FM pulak kot 😵 

Flag off untuk HM tepat pada 5am, this is yang saya paling suka coz sebelum ni larian di Kuantan pasti selepas subuh which is dah lewat. Sebelah pantai timur kan siang cepat, by 7am tu matahari dah terik. Route agak mendatar, takde cabaran sehingga saya rasa agak bosan dan mengantuk masa larian. Kecewa sikit sebab tahun ni takde route yang menuju ke Tanjung Lumpur, hanya sekitar pinggiran bandar Kuantan saja. Walaupun begitu, still ada cabaran sepanjang larian, mental strength.

Ada banyak water station disediakan tapi macam biasa saya hanya singgah bila perlu sahaja. Tak nak minum banyak sangat sebab nanti asyik nak terkencing saja, nak avoid sebenarnya. Last 5km baru ada water station yang sediakan pisang, adoiii memang ambik 2 biji pisang dan makan sambil lari...sangat2 lapar waktu tu walaupun sebelum lari dah ambik power gel. Tempat sembahyang disediakan, surau tapi dah tak ingat nama tempat but kebanyakkan runner solat di hentian bus ikut mana yang sempat bila masuk waktu subuh.  

Done my run in time walaupun run app buat hal, stress jadinya sebab tak boleh check pace. Duduk lepak sekejab hilangkan penat sambil tunggu kawan2 yang lain sampai. Pegi van milo dulu ambik 2 cawan milo sejuk, nikmat tak boleh nak gambarkan...sedap giloz. Boleh repeat ambik sebab takde line, tak ramai runner yang sampai lagi kan 😶 

Official result saya 

Splits every check point, ranking sekitar below 30 runner

e-Certificate

Medal ke 3, more is coming 😸

Monday, March 20, 2017

Cuti sekolah dah mula

Assalammualaikum semua...

Ok, sila bukak mata besar2 ye...jangan nak layu sangat kelopak mata tu. Tau la sejuk2 ni mengundang ngantuk sesangat kan sebab saya pun sama jugak ni. Kalau dapat peluang lelap memang tak lepas punya 😪

Sabtu lepas dalam sibuk2 nak mem baking untuk majlis marhaban anak buah sebelah suami, saya sempat lagi cabut balik rumah kakak di Lenggeng. Ada keja sikit nak kena buat...ni ha, isi simpulan kasih sayang ni dalam botol untuk majlis bertandang anak saudara nanti. Entah kenapa weekend lepas takde sapa pulak yang balik, kebetulan stock simpulan kasih ni sampai. Kakak call suruh balik if ada masa katanya, kalau tak dapat dia buat sendiri nanti sikit2. Kesian pulak, terus je saya balik sekejab untuk siapkan sementara kakak siapkan dinner untuk kami 😫 

Sambil masukkan dalam balang, masuk ke perut pun ada jugak. Suami siap bawak lari 1 balang masuk kereta sebelum kami balik 😰 

Semalam petang baru abang saya hantar 2 orang assistant untuk seminggu. Sekarang kan cuti sekolah, bolehlah budak berdua ni temankan makciknya sambil tolong ape2 yang perlu. Budak2 ni pun memang sibuk sangat nak tinggal rumah maklongnya masa cuti sekolah. Tinggal adiknya saja dengan makpak diorang, buat teman bergaduh 😳 

Saturday, March 18, 2017

Akah Nasi Dagang Keramat

Assalammualaikum semua...

Teringat nasi dagang sedap makcik Akah, terus set pagi2 hari ni sarapan nasi dagang di Medan Selera AU5. Ini kedai nasi dagang fav saya dan adik beradik, kalau malas nak masak nasi dagang tu ke sinilah kami melepaskan keinginan. Kalau datang makan di sini, tak sah kalau tak bungkus, buat bekal makan sampai dinner. Rasanya dah lama sangat kami jadi pelanggan setia kedai ni, dulu harga nasi dagang sepinggan 5-6 hengget kalau tak silap. Sekarang jangan harap nak dapat harga macam tu, percayalah sepingan nasi dengan lauk ni harganya 10 hengget. Tapi kalau dah sedap, oklah dengan harganya dan kami masih lagi kekal menjadi pelanggan di kedai ni 😜

Kena datang kedai ni awal sebab selalu nasi dagang habis awal, tengokkk walaupun agak mahal tapi tetap menjadi pilihan ramai. Nak merasa nasi dagang asli dari Terengganu, meh datang kedai ni...rasa masakan dari rumah gitew 😤

Sebelum balik sempat beli frozen roti boom, pun kebaboom jugak rasanya 😰

Balik dari sarapan, terus singgah kedai bahan2 kek. Hari ini kerja2 mem baking akan bermula. Ibu mertua request buat kek marble untuk kenduri marhaban besok. Dalam kepala dah plan nak buat 3 kek marble, 1 brownies dan kalau sempat buat kuih talam sejenis 2...itu pun kalau sempat, inshaAllah.

Selepas beli barang2 untuk majlis besok, singgah station Caltex untuk cuci kereta pulak. Pulun sekali jalan buat kerja, senang 😳 

Friday, March 17, 2017

Salam Jumaat

Assalammualaikum semua...

Salam Jumaat, penghulu segala hari. 

Hari ini rasa jalan raya macam kurang kenderaan, tapi hari ini last sekolah kan sebelum start cuti penggal pertama minggu depan. Seronoklah pegi kerja sepanjang minggu depan, kurang sesak sikit jalan raya.

Keluar dari rumah 630am, singgah isi minyak + beli nasi lemak daun pisang 2 bungkus still boleh sampai office before 7am. Selalunya kalau ada singgah2 ni memang sampai lepas 7am gamaknya tapi ye la, kalau jalan tu tak sesak semua jadi cepat kan. Yang penting boleh sampai dulu sebelum boss. Boss saya memang sampai awal, kadang2 tu dia sampai dulu sebelum saya. Kalau sampai awal tu, dia duduk dulu di tempat saya dengan alasan tak bawak kunci bilik...ke saja nak tengok hakak sampai kol berapa ek, saja lettew 😖 

Lunch hour pegi makan rojak sedap dekat Jalan Bellamy.

Happy weekend uolsss...semoga cuti hujung minggu ini memberi keceriaan kepada semua 😘

Thursday, March 16, 2017

Pas kunci rumah

Assalammualaikum semua...

Hari ini hari Khamis, sekejab saja kita dah berada di hujung minggu. Begitu pantas masa berlalu. Hari ini jugak keputusan SPM akan diumumkan. Tahun ini tiada dari ahli keluarga saya yang menunggu keputusan. Semoga kalian2 semua yang ada anak/anak saudara/sepupu/saudara mara yang mengambil keputusan hari ini agar mendapat keputusan yang cemerlang, mesti dah debor2 sekarang ni kan 😏

Menu dinner malam tadi selepas merembeskan peluh2 jantan di gym. Lepak pulak dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Janji nak pegi gym sama lepas tu dinner sama...burn and add lemaks gitew 😐

Tak dapat lepak lama atas sebab2 tertentu, on the way balik saya singgah beli burger di Bandar Baru Ampang...ala burger sedap depan 7E tu. Burger tu untuk suami sebab dia tak makan lagi dari siang, niat di hatinya nak diet tapi lepas tu mengelupur lapar 😒

On the way balik, anak saudara called sebab nak ambik kunci rumah di Kemaman. Dia kena balik Kemaman malam tadi jugak sebab nak hantar barang, URGENT katanya. Saya terus singgah rumah ambik suami dan kami terus pergi ke Petronas Taman Melati, janji jumpa dekat sana. Rumah Kemaman tu memang macam ni keadaannya, sekadar menjadi rumah transit/persinggahan pada sesiapa ahli keluarga yang nak ke sana. Kunci rumah asyik berpindah dari tangan ke tangan 😓

Selesai semua perkara lebih kurang 12am, terus balik ke rumah. Suami ajak jugak minum dulu tapi saya dah mengantuk 😔

Wednesday, March 15, 2017

Malaysia Women Marathon 2017

Assalammualaikum semua...

March so special for WOMEN dan setiap kali March datang saya pasti akan menunggu event ini jugak, Malaysia Women Marathon (MWM). Bilangan wanita yang menyertai acara larian ni kian bertambah tau, seronok bila tengok ramai wanita yang berlari sama tak kira kategori 😍

Untuk event kali ini saya masuk untuk kategori women open half marathon (21km) dan pelepasan pada 530am, 05/03/2017 di Stadium Shah Alam. Agak kelang kelibut jugak mencari jalan untuk ke stadium pagi tu sebab jalan tertentu sudah mula di tutup untuk kenderaan seawal 2am. Mujur saja organizer dah prepared all info dan setiap selekoh jalan ada direction to parking space yang disediakan. 

Route, memang mintak nyawa punya. For FM dengan HM route adalah sama cuma FM tu lebih jauh lagi. Route bermula dari stadium to Kemunting - Shah Alam Highway dan patah balik dari plaza toll ke stadium. Sesiapa yang biasa dengan highway tu dah tentu tau macam mana jalan tu, turun naik bukit berkali2 sampai rasa tak mampu kaki ni lagi nak mendaki. 1st 1okm saya still boleh lari bila jumpa bukit tapi selepas 10km, asal nampak bukit je kaki terus takmo bagi kerjasama lagi 😌 

Sepanjang larian tu ada 3 runner yang kecundang, dah terlentang tepi jalan tak mampu nak habiskan larian. Cuaca masa tu adalah agak panas walaupun matahari belum terbit lagi, hujan rintik2 di awal pelepasan tapi tak sempat nak basah badan hujan dah berhenti.  

Berjaya habiskan larian in 02:15:38, about 745am dah sampai finish line. Official results seperti di atas, ranking ke 54 dari 459 runner dalam kategori yang sama. 

Overall event best dan medal pun cantik 😎

Tuesday, March 14, 2017

Lepas sudah...

Assalammualaikum semua...

Di suatu petang sebulan yang lepas, ada seekor tupai sesat termasuk ke dalam rumah. Bak menyerah diri katanya, dapat di tangkap. Anak tupai gerangannya sebab sedang2 besar rupa paras. Nak dilepas dah jatuh sayang pulak sebab COMEL. Pantang mata ni melihat yang comel2 terus saja nak disimpan jadi hak milik terpelihara 😆

Kejadian berlaku di rumah kakak di Lenggeng. Kawasan kampung memang macam ni la, macam2 yang bertandang masuk ke rumah. Mujur rumah berpagar, tidak kalu cik kinzir pun boleh bertandang sama 😈

Inilah rupa bentuk tupai yang tersesat tu. Hari2 bagi makan buah pisang betik jambu batu ikut apa yang ada. Anak saudara masukkan dalam rangka kipas yang dah tak pakai cover by jaring dawai kasar.

Inilah anak saudara saya yang dok jaga selama sebulan lamanya. Tapi kini anak tupai tu dah dilepaskan. Bukan tak sanggup nak bela cuma kesian. Anak tupai tu takde kawan, lepas tu dia macam tercari2 keluarganya. Dari tersiksa lebih baik lepaskan aje 😉

Semoga anak tupai tu boleh jumpa dengan keluarganya semula dan survive hidup di luar sana. Jangan lompat2 di jalan raya pulak, bahaya...nanti kena langgar kereta 😊

Monday, March 13, 2017

Pagi Sabtu lepas

Assalammualaikum semua...

How uolsss punya weekend, hebat..., sudah pasti kan. Hujung minggu saya agak memenatkan, later saja saya cerita ye. Sekarang ni mata masih lagi menagih bantal dan tilam, paling tidak beralaskan lengan pun boleh tapi apakan daya. Nanti ada yang kata kita tak productive pulak 😁

Berbekalkan secawan kopi pekat TrueStart Performance Coffee, satu set roti sapu butter dengan gula buat sendiri bolehlah membuatkan mata saya kekal celik sampai at least waktu lunch nanti. uiiiii sapa kata menahan ngantuk ni suatu perkara yang simple, mencabar ni tau 😂 

Petang ni dah plan "tuang" gym, niat di hati nak balik awal, dinner awal dan tido awal. Kalau boleh dinner pun nak skip tapi takut tengah malam nanti boleh terjaga sebab perut mintak di isi. Bolehlah sebelum balik singgah Subway dulu, balik nanti goreng kepok lekor je. Ini plan saja, harapnya jadilah nanti 😃

Ter UP pulak gambo masa pipi masih kembang setaman. Bila tengok balik terasa rindu la pulak keadaan macam ni 😄

Jumaat malam lepas, sempat masak ayam masak gulai untuk lauk nasi dagang. Sabtu pagi saya ke Kemaman, terasa macam nak masak nasi dagang buat bekal dalam perjalanan. Sudahnya jadi sarapan pagi Sabtu sebelum keluar rumah, tak jadi nak bawak bekal sebab nasi habis di makan. Balance lauk simpan siap2 dalam freezer. Dah safe belanja pagi tu, tak perlu singgah mane2 RnR untuk sarapan lagi, jimat duit, tenaga dan masa tapi kalau nak ke toilet kena jugaklah berhenti kan 😅

Sunday, March 5, 2017

After run event

Assalammualaikum semua...

Pagi tadi selepas bersusah payah menghabiskan larian sepanjang 21km sambil dalam kepala asyiklah fikir "kenapa aku buat kerja gila ni...baiklah tido je lagi bagus" 😜

Tapi itu hanya sekali sekali je wujud dalam hati, bila terasa diri tu penat sangat baru timbul perasaan yang bukan2 tu. Tapi setiap kali sampai finishing line, feeling tu dah jadi lain...semangat nak lari lagi pasti ada.

Ok back to main topic, anak saudara ajak breakfast di KL Convec. Her company ada buat event dekat situ lepas tu boleh la selit2 kami suami isteri makan sekali. Hanya untuk breakfast sahaja, tengah hari dengan minum petang kami tak join. Bawah ni antara menu2 yang saya ambik dan makan/minum, perut kecik...banyak itu je yang boleh masuk.
 
Result run event pagi tadi akan update dalam entry minggu depan ye. Kena tunggu official result keluar dulu 😝

Saturday, March 4, 2017

Lepak McD

Assalammualaikum semua...

Jumaat malam sekarang ni dah lain perasaannya, dah sama macam malam minggu. Mungkin sebab next day nya adalah hari cuti so ramai yang akan ambil kesempatan untuk plan aktiviti pada sebelah malam. Malam tadi saya dinner di McD Ampang Jaya, punya ramai manusia dalam tu tapi bila masanya McD tak penuh kan. 

Carb replacement after 10km run training petang tadi. Besok dah kena rehat, safe energy for next run event Sunday morning. As usual another 21km to go at Shah Alam.  

Lepas training biasanya selera tak berapa nak IN, so kita makan yang light saja tapi ikutkan tak light mana pun. Lebih kepada makanan kena elak kalau nak kurus but i need this type of food went it's come to cheat day 😚

Friday, March 3, 2017

Rendang Ayam Pedas

Assalammualaikum semua...

Lama rasanya tak masukkan entry resepi masakan dalam blog ni. Kalau malas tu sampai, buat apa saja pun tetap MALAS tu kukuh dalam diri kan. Hari ini yang pertama dalam 2017, saya masukkan resepi masakan 😓

Ahad lepas saya sempat merendang ayam pedas. Saya share resepi di bawah:

Bahan-bahannya:
Ayam
Santan pekat
Daun limau purut
Bunga kantan - belah dua
Daun kunyit - hiris halus
Asam gelugor
Kerisik
Garam dan gula

Bahan kisar:
Cili padi hijau
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit hidup

Masak bahan kisar bersama santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau semua bahan sampai mesra dan mendidih dan masukkan ayam. Masukkan kerisik, bunga kantan dan perasakan. Saya mengunakan ayam daging, tak perlu kacau selalu dan tambah hirisan daun kunyit bila kuah hampir kering. Saya tidak berapa suka terlalu kering dan biarkan rendang saya agak berkuah sedikit, ini ikut cita rasa masing2. Sekiranya ayam adalah ayam kampung, kena masak lama dan lebihkan air supaya daging ayam empuk. 

Untuk ayam tu saya guna 2 ekor, boleh makan puas dan boleh ngulang makan sampai 3-4 hari. Rendang ni kalau selalu panas tu makin sedap uolsss. Boleh makan dengan nasi impit tapi saya lebih suka makan dengan nasi putih saja. Serdak tu pulak sedap kalau buat colek dengan roti 😖

Thursday, March 2, 2017

Hiking

Assalammualaikum semua...

Biasa dengar Bukit Broga, biasa kan. Antara bukit yang femes di Negeri Sembilan. Setiap hujung minggu atau cuti umum, bukit ni akan didaki oleh ramai orang, ada yang datang dia luar Negeri Sembilan jugak. Saya dan ahli keluarga yang lain pun suka buat aktiviti mendaki di Bukit Broga + dekat dengan rumah, kampung sendiri katanya 😍

Suatu pagi yang hening, gitew...saya bersama wanita2 gagah dalam clan Hj Ishak buat rancangan nak mendaki. Plan menginap di rumah kakak di Lenggeng so dekat sikit dengan Broga. 
  
Dah sampai kemuncak, kena snap gambo sebagai bukti walhal dah tak tau berapa kali mendaki pung. Hantar bukti dekat laki katanya 😎

My 2 lovely sisters yang sedang gigih menurunkan berat badan yang setiap kali jumpa pun saya tengok besar tu jugak 😏

Sekarang ni cuaca dah mula sejuk sikit dan keadaan sekeliling adalah agak gloomy, serupa macam jerebu je 😐

Selepas hilang penat, turun bawah dan balik rumah. Kami drive 1 kereta saja dan sebelum balik singgah dulu di Pekan Lenggeng beli sarapan, nasi lemak sambal ikan sembilang #WAJIBbeli