Friday, April 7, 2017

Salam Jumaat

Assalammualaikum semua...

Mamai lagi pagi ni, maybe kesan mengantuk ubat batuk tak habis. Malam tadi makan sampai 3 sudu dengan alasan nak bagi tido lena tanpa terjaga tengah2 malam, kalau dah batuk ni faham2 saja la...boleh terbangun dibuatnya kalau dah mula tekak tu gatal. Mujur lagi boleh sedar bila jam loceng berbunyi pagi tadi, tidak kalu ada yang masuk kerja lambat pulak 😞

Alhamdulillah hilang jugak rasa mengantuk about 9am, baru boleh concentrate buat kerja...if not tersenggut2 je 😡 

Lunch tadi lepak gosip dengan kawan2 office dekat mamaks saja. Itu pun keluar lewat sebab malas nak bersesak2 dengan lelaki2 yang singgah makan dulu sebelum ke masjid.

Dinner malam tadi, bahulu dari majlis kawin cicah dengan teh o panas. Saya suka la mengutip door gift orang kawin macam ni, best apa...boleh buat cicah2 macam ni kan. Nak beli sebungkus bahulu pun mahal gak regenya 😤

No comments: