Tuesday, May 30, 2017

4th Ramadhan - Bonjour Garden The Intermark

Assalammualaikum semua...

Looking for light menu iftar, asyik take a heavy meal sejak dari 1st Ramadhan my mind dah tak boleh nak digest all kind of oily milky meal anymore. Looking for the cafe sebab rasa macam berbuka dengan kopi and any type of bread sahaja. Nak pergi cafe yang macam2 tempat ada sekarang macam dah lambat coz mesti nanti struck in traffic jammed jadi saya decide untuk ke Bonjour Garden di Intermark saja. Pilih tempat yang dalam bangunan office aje senang. Saya pun memang menunggu masa untuk ke gym (class by 815pm), so bolehlah berbuka dulu di office dan solat magrib.

 Butter roll - Cranberries and cheese

I go for bread, tak boleh nak pisahkan rasanya tekak ni dengan roti. I just love the varieties of bread here. They serve only the freshness bread and pastries every day. Kalau nak ikutkan waktu bukan dalam bulan Ramadhan, pagi petang siang malam saya pasti akan mencari makanan dekat bakery Bonjour ni.    

forever fav - latte

Lepas berbuka, naik ke office solat dan terus ke gym. Jangan culas exercise walaupun di bulan Ramadhan 🙆

Monday, May 29, 2017

3rd Ramadhan - Episode akhir menyambut menantu

Assalammualaikum semua...

Sampailah sudah ke episode akhir menyambut menantu, hambik ber episode sudahnya kan. Tapi happy sangat sebab akhirnya habis jugak cerita ni, dah malas sebenarnya nak update tapi dah mula entry tak syok pulak kalau tergantung atau ditinggal terus...jadi kita teruskan jugak hingga ke akhir 😾

Terus saja la ye...

All guys in familys, mereka ni kena duduk dekat khemah tetamu dekat belakang coz gate masuk ke dua di situ. Kena buat 2 pintu masuk which is satu depan dan satu lagi di belakang. Tapi masa balik tetamu kena jugak ikut depan sebab tuan rumah ada di khemah depan.

All girl in familys, kami kena berjaga di khemah hadapan bersama tuan rumah jugak. Tukang bagi door gift, kotak untuk angpau salam kaut semua kami yang jaga. Yang makcik2 pakcik2 pulak duduk beramah mesra dengan tetamu di bawah khemah. Semuanya kakak dah susun dan masing2 ada tugas masing2 jugak untuk nak pastikan semuanya berjalan lancar. 

Budak2 pulak cuma 2 tempat je mereka tuju, kalau tidak ke candy booth mesti diorang dok sibuk dekat photo booth bergambar. Tak pun dekat pelamin area coz sejuk ber aircond. 

Tapi yang guys ni bukan boleh percaya sangat, buktinya...↑. Kerja tak habis lagi tapi dah curi tulang, sempat layan karok la, makan minum berkali2 lah.

theme color our family this time, dusty peace

perantin in maroon 

Jangan nak kecam hakak ye, bagi chan sikit hakak nak anje2...bukan senang pun tak tengok aksi terlebih mesra hakak ni tau.

Oklah, pasti ada yang perasan yang baju2 sepanjang full majlis perkahwinan anak buah saya ni ada yang serupa. Yes, kain semuanya adalah sama setiap majlis untuk setiap ahli keluarga kami dan semuanya di beli di Bandung. Kecuali untuk baju melayu, kainnya kami cari di Jakel sahaja. Untuk majlis ini, saya dengan suami sediakan 3 pasang baju mengikut theme color yang dah ditentukan. 

Acara akhir sebelum tanggal kain baju ni, melaram di pelamin. Lepas tu terbang dah semuanya, yang saya tau lepas tu terus je makan sebab dah terlampau lapo.

Sunday, May 28, 2017

2nd Ramadhan - Bersama keluarga di Kota Damansara

Assalammualaikum semua...

Lebih kepada keluarga, memang sepanjang Ramadhan saya memang suka spend iftar time bersama keluarga sahaja. Tak kisah iftar di mana, asalkan dapat bersama keluarga itu dah lebih dari mencukupi. 

Seperti hari ini, saya dan adik beradik yang lainnya berkumpul pula di Kota Damansara rumah abang. Unplan sebenarnya tapi tuan rumah tetap nak jugak iftar ni 'menjadi' sebab selepas ini abang akan ke Labuan atas urusan kerja dan hanya akan balik minggu terakhir sebelum raya. Dah yang lain2 pun available, apa salahnya memenuhi permintaan abang kan 😶

Antara menu rare kami hari ini, landak masak lomak cili api...meletopsss uolsss. Landak ni fresh pulak, abang baru balik dari menembak gamaknya dan dapat sekor landak dan sekor ayam hutan. Masak landak je dulu, plan nya ayam hutan tu untuk raya nanti 😸

Karipap Ikea dari saya, singgah Ikea sebelum ke KD. Takkan datang rumah orang bawak perut je kan, kenalah bawak something jugak walaupun rumah keluarga sendiri 😹

Ini saja juadah panas dari dapur tuan rumah, kueh tiew goreng. Tak nak susahkan kakak ipar dengan kedatangan mengejut kami2 semua. Lagi pun unplan, nak memasak tiba2 dalam kuantiti yang banyak tu agak memenatkan jugak kalau sorang 😺

Kakak datang bawak duku langsat beli, tahun ni sedih sikit banyak pokok buah2an tak berapa nak menjadi. Tak mengapalah, tahun ni takde rezeki tapi tahun depan ada lagi ye dak 😻

Main dish adalah nasi arab. Sempat order dan sangat mencukupi untuk semua orang makan. 

Terawih, balik rumah sambung minum kopi pulak dan selepas tu pulang ke rumah masing2. Besok kerja, nak berlama2 tu memang susah sikit. Takut ada yang terlepas sahur nanti 😼

Saturday, May 27, 2017

1st Ramadhan - Makanan korea

Assalammualaikum semua dan salam Ramadhan yang pertama

Macam mana hari pertama puasa uolsss. Yang ada anak baru nak belajar berpuasa tu mesti seronok/bertabah melayan kerenah mereka kan. Budak2 biasalah kalau 1st day puasa tu dramanya lebih. Hope anak2 dapat bertahan sampai berbuka...bagi upah pegi bazaar ramadhan sekali. 

Ramadhan pertama saya dan suami, di rumah kakak di Sg Machang. Anak buah beria suruh balik sana, dapat berbuka ramai2...saya ni ikut aja kerenah anak2 buah. Suami pun tak kisah sebab inshaAllah Isnin nanti berbuka dengan ibu mertua pulak. 

Semalam, lunch yang akhir sebelum Ramadhan, dan2 itu tekak nak makan makanan korea...terus je layan ke Ampang Point. Maleh nak termimpi2 terkenang2 nanti, hakak henjun je pegi.

Dapat makan makanan yang diidam2kan...happy tummy, happy me 😵

Friday, May 26, 2017

Teachers in family members

Assalammualaikum semua...

The mantai day...yeah. Tak sabar dah nak balik kampung petang ni. My kakak dah update menu mantai, ada rendang ayam (menu wajib), pulut kuning dengan sambal ikan bilis dan macam2 lagi. Seronoklah perut malam ni dapat makan menu2 sedap tu 😋😤

Minggu lepas 'Hari Guru'. Dalam family saya memang ada ramai guru, kakak bekas guru (dah bersara), abang dan kakak ipar juga guru. Setiap tahun mereka2 ni selalu je update aktiviti hari guru dekat sekolah diorang. Tahun ni tema pendekar2 kot, tu cuba tengok gambo kakak ipar dengan baju mengikut tema tu 😰

Jasa guru tidak akan pernah hilang kerana merekalah kita menjadi diri kita sekarang ni. 

Thursday, May 25, 2017

2 days before Ramadhan

Assalammualaikum semua...

Ramadhan just in the corner, tak sabar rasanya nak menyampai Ramadhan tahun ni. 1st day fold on Saturday, meriahnya iftar bersama keluarga tanpa perlu mengambil cuti sendiri. Kebanyakan masjid pun dah banyak khemah2 berdiri sebagai persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ni. 

Persiapan saya tidaklah banyak sangat untuk Ramadhan ni, cuma cuba untuk lebih2kan lagi diri untuk bertarawih di masjid...inshaAllah semoga dipermudahkan. Life circle masih yang sama jugak untuk hal2 yang lain. Makanan berbuka bersahur masak sendiri walaupun sekadar telur goreng atau makan je instant noodle pun sedap jugak 😘
  
Nak pulang awal petang ni, punyalah lebat jugak sekarang ni. Terus tukar plan, turun lepak minum kopi di Starbucks 2-3 jam mungkin dan lepas tu nanti boleh proceed to gym. Malam ni class lambat about 930pm.

Lunch tadi date dengan suami, saya order bihun bandung yang rupa paras lain macam je tapi bila rasa...oklah boleh makan lagi. Hakak tak cerewet dek, asal sedap boleh makan hakak ok je 😜

Itu je nak update hari ni...

Tuesday, May 23, 2017

Chocolate Cheese Lava

Assalammualaikum semua...

Dah lama suami request nak makan cake, saya pun cepat je ajak dia pegi makan cake at any cafe yang dia suka tapi tak dimahunya. Nak makan cake yang saya bake sendiri. Ishhh kalau mood nak membaking tu takde, memang malas la nak panas2kan oven bagai...jadi sila tunggu sampai mood saya ada ye bang 😒

Sehinggalah sampai malam tadi, baru ada mood nak baking cake...mood datang sendiri ye tidak di paksa2. Petang semalam singgah baking shop beli barang2 dan start baking malam tadi jugak. Kalau mood tu dah ada, tak payah tunggu besok ke lusa ke tulat ke...dan2 tu jugak nak buatnya. Maka terjadilah Chocolate Cheese Lava version saya 😖

Cepat2 saya share resepi sebab lepeh ni tak tau bila musim nak buat lagi ken...

1 cawan UHT whipping cream
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko
1 cawan castor sugar
1 cawan susu pekat manis
2 biji telur (great A's) - dipukul dan ketepikan

Bahan2 kering - satukan semua bahan dan ayak
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan UHT whipping cream, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko and castor sugar ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api perlahan sehingga gula larut. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejab je tau dan selepas itu masukkan campuran bahan2 kering tadi. Masak sebentar sambil kacau rata dan tutup api. 

Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar secara steam bath pada suhu 170c @ 45 minit atau sehingga kek masak.

Cream Cheese
500ml UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon

Satukan cheese dan susu pekat manis, putar sehingga adunan lembut dan sebati. Masukkan UHT whipping cream and putar sehingga kental.

Coklat Leleh
250gm coklat masakan 
250ml UHT whipping cream
1 sudu golden syrup
1 sudu besar butter
1 sudu besar Nutella
1 sudu teh esen vanilla

Satukan coklat, butter dan Nutella dalm mangkuk. Masukkan UHT whipping cream and golden syrup dalam periuk dan panaskan sehingga berbuah kecil. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat tadi dan biarkan coklat mencair. Tambah esen vanilla and gaul rata dan coklat cair keseluruhannya. Biarkan sejuk sedikit. 

Saya tidak buat 2 lapisan kek. Letakkan cheese tadi diatas kek dan layerkan coklat di atasnya. Wallah...selamat mencuba.

Monday, May 22, 2017

Last preparation before Menyambut Menantu

Assalammualaikum semua...

Thank you Fiza for bertanya khabar. Alhamdulillah sihat seadanya, kadang2 tu ada jugak rasa badan ni macam nak demam. Biasalah tu kadang2 ada jugak manjanya badan ni 😍

Entry kali ini, sambungan pada persiapan majlis menyambut menantu yang niat laju2 nak habiskan kisah ni. Bukan saja uolsss bosan, saya pun dah naik meluat pun ye jugak nak up entry ni...sampai ada rasa macam nak abaikan terus je tapi ermmmmm buat je la.

Malam sebelum hari majlis, selain dari buat persiapan terakhir...yang di dapur terus memasak hidangan, yang di tengah rumah sibuk mengemas barang dan yang di luar rumah dah mula sibuk kemas laman jugak. 

Saya dengan anak2 buah memang suka ambik masa berkumpul macam ni untuk celebrate birthday birth, sambil menyelam minum air katanya. Malam tu kami sambut birthday for March babies, 2 orang kakak ipar dan seorang anak buah. 

mak dengan anak sambut birthday bulan yang sama

another my kakak ipar pun in March, date diorang ni elak sehari 2 je beza

😎😏

Our cake chef in the house sampai tertido sambil menunggu kek siap di bakar. Port baek punya tido dekat atas pelamin. Dia jugak yang volunteer nak buat kek tingkat2 kan...ko hadap le nyah 😐

Sunday, May 21, 2017

Nasi lemak sedap di Village Park Damansara

Assalammualaikum semua...

Hari ni banyak jalan2 utama di KeeL tutup for KL Marathon. Sayang this year saya tak depat join sebab application tutup cepat sangat, tak rezeki orang kata so kita duduk diam2 dekat rumah sudah la 😆

Malam tadi selepas selesai semua kerja2 untuk kenduri tahlil hari ini di rumah ibu mertua, saya dan suami terus pegi ke rumah abang saya di Kota Damansara. Kami stay overnight di sana sebab dah janji nak breakfast sama hari ini. 

Selalu dengar my brother cakap nasi lemak sedap dekat Uptown Damansara, teringin jugak nak cuba. Mesti sedap ni sebab my brother tu susah sikit nak kata sedap kalau tak betul2 sedap di tekaknya. Kalau kita ni asal sedap, ok aje kan.

Seawal 8am, dah penuh dengan customer sampai ke luar kedai. Ini pun saya dengan kakak ipar turun kereta dulu untuk chop booking meja sementara yang lain cari tempat untuk parking kereta. Dah datangnya 3 kereta, faham2 la nak susun macam mana keluarga Hj Ishak ni kan 😇

Demi nasi lemak sedap itu, kami sanggup je menunggu meja tapi dipermudahkan segalanya bila tak lama mana menunggu dan meja kami siap tersedia di sebelah dalam kedai. Syukur lagi sebab tak perlu berpanas dekat luar kedai. 

Kedai ini memang tidak putus dengan customer even semasa kami sudah habis makan, tetap penuh seperti sebelumnya. Asal ada meja kosong, pasti dah ada yang menanti. 

Walaupun nampak seperti agak sesak dengan customer, ventilation dalam kedai ini for me agak baik...takde bau2 yang kurang menyenangkan seperti bau makanan or seumpamanya. Table pun dibersihkan dengan cepat sebaik saja last customer bangun dari meja, takdelah customer yang lain kena menunggu lama untuk meja dibersihkan. If not mistaken kedai ini ada 2 shoplot sebelah menyebelah, so memang banyak table/seat disediakan + services pun baik coz staff yang ramai 😉 

This is our family table, mujur dapat dekat corner...agak convenience untuk kami dan customer2 yang lain jugak sebab meja kami combine 2 table untuk accommodate semua orang 😊 
  
Cuma yang kurangnya, teh tarik tak sama kaw dengan mamaks la 😌

As me and husband are 1st timer datang ke sini and we decide to order the famous nasi lemak with spices fried chicken. Nasi lemaknya memang alahaiiiii sedapnya, dengan rasa lemak secukup rasa sampai saya order lagi semangkuk nasi lemak tambah share dengan suami. Ambik basic nasi lemak dengan sambal je dah cukup sedap rasanya 😋

Saturday, May 20, 2017

Sabtu...

Assalammualaikum semua...

Sabtu tiba lagi. Sabtu minggu depan inshaAllah kita dah masuk Ramadhan, seronoknya la hai. Ramadhan ni perasaanya lain kan, seronok tu berpanjangan sampai menjelang hari raya. Diharap Ramadhan tahun ini memberi keberkatan untuk kita semua.

Sebelum terlewat, selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak berapa lama je lagi. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan nanti berkekalan sehingga Ramadhan yang seterusnya...insyaAllah 😤

Plan nak balik Seremban tapi tak jadi sebab ibu mertua nak buat kenduri arwah Ahad nanti. So hari ini spend masa dekat Kg Baru tolong apa2 yang patut untuk kenduri tu nanti. Sebelum ke Kg Baru, saya dan suami singgah makan dulu pekena cendol, paneh berdenting pulak hari ni.

cendol biasa


bila dah order cendol, susah nak pisahkan yang ini...maka rojak mee satu jugak 😅

Lepas kenyang baru pegi ke rumah ibu mertua, siaran langsung je buat kerja...tak perlu nak stop untuk makan lagi.

Friday, May 19, 2017

Stalker Cafe by Fattah Amin

Assalammualaikum semua...

Janji temu with the girls biasanya bersamaan dengan brunch time. Kali ini nak cubalah satu cafe yang hebak sangat le gamaknya tapi...

Parking senang sebab awal lagi, cafe pun baru bukak. Dapur pun baru nak warm up katanya 😎

Saya dengan suami sampai kemudian, the girls ni dah order minum tapi...ishhh nak komplen je rasanya pasal cafe ni. Mood hakak pepagi tu dah la tak berapa nak bagus, dapat cafe hampeh service macam ni...agak mengelegak jugak darah dibuatnya tapi hakak maintain senyum jah 😒

Konsep di cafe ni, order and pay at counter dan tunggu sampai pesanan di terima di tempat duduk masing2. 

Suasana susun atur cafe macam sekarang la, hipster cafe...bersih kemas. Cuma tempat kecik la, no wonder selalu nampak penuh. Service dekat cafe ni, satu perkara lagi yang menyakitkan nak komen 😔

Reen and my suami abam bolat 😘

This is what we order for drinks. Suami pilih Chocolate Brownie Frappe RM13 and saya macam biasa gadis mocha hahaha RM12. Overall menu, nothing much can choose, portion pun oklah 😞 

Ok, "thing" yang paling menyakitkan. Untuk 2 MINUMAN ni saya terpaksa menunggu lebih dari 1 hour hokey. Same goes to my friends too. Ape ke halnya pepagi baru bukak customer service dah ke laut. Nak kata customer ramai masa tu, tidak la sampai kena Q pun. Kata selalu penuh meriah, so mesti dah biasa dan service pun kena pantaskan. 

Bukan table kami saja yang komplen tapi table lain jugak. Agak kecewa la di situ, 1st visit dah hancus perseption yang indah2 tu. Terus suami band cafe ni, sorry fattah...bukan tak nak support artis malaya nak maju tapi sebab small mistake in systemwise boleh bagi impak besar on services. Itu baru order minum, kalaulah kami order dengan makanan sekali...tak tau berapa lama lagi nak kena tunggu 😠

Thursday, May 18, 2017

Today is Khamis

Assalammualaikum semua...

Hari ini lebih baik dari semalam, inshaAllah. 

Saya so far hari ini agak ok, soal keja pun berjalan seperti biasa saja. Petang2 ni pulak terasa nak minum kopi, terus turun sambil kendong laptop ke Starbucks. Tengah semangat nak update entry lettew. Malas dah nak online dekat rumah, nampak tilam bantal...watamat la jawabnya 😊

Sungguhpun today ada Starbucks Reward tapi saya tak ambik pun coz still lagi murah bila pakai tumbler sendiri, JIMAT 😋

Balik rumah nanti, ingat nak gomol2 dulu dengan budak kenit bulu ni. Makin gomok dengan jayanya. Mementang 2 beradik je, mewah dengan susu ibu 😌

Monday, May 15, 2017

Lunch date at Johnny Rockets

Assalammualaikum semua...

Monthly gather with my BFF, setiap kali berjumpa tempat makan adalah benda penting untuk di set kan dulu. Tapi tempat makan lunch yang ini tidak termasuk dalam plan pun, kiranya kita tuju je dulu and later baru decite nak makan apa gitu 😤 

Tempat lunch yang di maksudkan adalah di Johnny Rocket. Last saya datang makan di sini adalah lebih kurang 2 tahun yang lepas kot masa celebrate my niece birthday. Tapi ada sorang of my friend ni tak pernah lagi makan dekat sini, so kita masuk je la. Dah lama tak makan, so layan jugak 😅

Antara menu yang saya dan suami pilih. Kali ni suami dapat join coz he ada free hari tu.

vanilla shakes - suami punya

A&W Root Bear - saya punya

chicken philly cheese steak - share berdua

Sekali lagi, bukan kedekut ye tapi portion benda alah tu memang besar. Mana nak larat saya habiskan kalau makan sorang. Dari membazir baiklah share saja dengan suami. Cuma fries tu tak segomok dekat Harrods Cafe la 😇

One complete photo dalam Johnny Rockets ni, kena ambik sebelum makanan sampai. Tidak kalu meja nampak messy je. 

Gambo lepas makan kena ambik sipi2 je. Masa ni memang dah kenyang sangat sementara menunggu anis pegi habis solat. Pempuan biasalah bersiap lambat, kalau laki sap2 soi je 😉

Lepas settle semua perkara, shopping time dari kedai kain baju kasut sampailah ke periuk belanga. Pepaham sajalah kalau dah The Curve berjiran dengan Ikea 😈

Sunday, May 14, 2017

Sunday activity

Assalammualaikum semua...

Cepatnya masa berlalu, today is Sunday huhuhu. Kalaulah Sunday ni di beri masa lebih dari 24 hours kan best...dah bedah jangan nak mintak yang bukan2 😜

Masa hari ini dihabiskan dengan relax di rumah sahaja. Nak kemas rumah pun ala2, lebih kepada layan Diva di channel Astro yang lebih sambil golek2 dgn Miki the cat. 

Menu breakfast, teh susu tarik sendiri dengan choco bread toast. Saya memang jarang buat teh susu di rumah, selalu kalau teringin minum...pegi mamaks saja. Tapi pagi ni malas la nak keluar tapi dalam masa yang sama teringin, maksudnya kena buat sendiri lettew. Sekali buat kaw punya, suami terus mintak lepas ni TOLONG....buat lagi 😞 

Lepas solat Zohor, baru keluar cari makan. Suami ajak makan sushi, sian dah lama dia ajak makan sushi sebenarnya tapi asyik tak berkesempatan nak pegi. Hari ini kita penuhi permintaan dia, kang kepunan susah pulak 😡 

Sekejab saja keluar, lepas makan kami terus cabut balik ke rumah. Mujur saja Sushi King ada di area Ampang Point nun.

Balik rumah terus ngulit kucing semula. Ini namanya Oya, kucing my sister. Dia tumpang sekejab di rumah kami sebab she's on traveling sekarang ni di Singapore. Sehari dua lagi balik la tu.