Sunday, May 28, 2017

2nd Ramadhan - Bersama keluarga di Kota Damansara

Assalammualaikum semua...

Lebih kepada keluarga, memang sepanjang Ramadhan saya memang suka spend iftar time bersama keluarga sahaja. Tak kisah iftar di mana, asalkan dapat bersama keluarga itu dah lebih dari mencukupi. 

Seperti hari ini, saya dan adik beradik yang lainnya berkumpul pula di Kota Damansara rumah abang. Unplan sebenarnya tapi tuan rumah tetap nak jugak iftar ni 'menjadi' sebab selepas ini abang akan ke Labuan atas urusan kerja dan hanya akan balik minggu terakhir sebelum raya. Dah yang lain2 pun available, apa salahnya memenuhi permintaan abang kan 😶

Antara menu rare kami hari ini, landak masak lomak cili api...meletopsss uolsss. Landak ni fresh pulak, abang baru balik dari menembak gamaknya dan dapat sekor landak dan sekor ayam hutan. Masak landak je dulu, plan nya ayam hutan tu untuk raya nanti 😸

Karipap Ikea dari saya, singgah Ikea sebelum ke KD. Takkan datang rumah orang bawak perut je kan, kenalah bawak something jugak walaupun rumah keluarga sendiri 😹

Ini saja juadah panas dari dapur tuan rumah, kueh tiew goreng. Tak nak susahkan kakak ipar dengan kedatangan mengejut kami2 semua. Lagi pun unplan, nak memasak tiba2 dalam kuantiti yang banyak tu agak memenatkan jugak kalau sorang 😺

Kakak datang bawak duku langsat beli, tahun ni sedih sikit banyak pokok buah2an tak berapa nak menjadi. Tak mengapalah, tahun ni takde rezeki tapi tahun depan ada lagi ye dak 😻

Main dish adalah nasi arab. Sempat order dan sangat mencukupi untuk semua orang makan. 

Terawih, balik rumah sambung minum kopi pulak dan selepas tu pulang ke rumah masing2. Besok kerja, nak berlama2 tu memang susah sikit. Takut ada yang terlepas sahur nanti 😼

No comments: