Sunday, June 18, 2017

23rd Ramadhan - Weekend akhir

Assalammualaikum semua...

Hari minggu akhir di bulan Ramadhan, weekend minggu depan kita dah berhari raya inshaAllah. Saya tak ke mana2, ganti tidur saja...oh best nya dapat tido lepas subuh, nikmat tu tak boleh nak kabo macam mana rasanya. Hari bekerja jangan harap dapat nikmat tido macam ni, dari sabur siaran langsung sampai malam berjaga, itu yang lepas berbuka mata tu dah mula kuyu semacam je 😁

Dalam 12pm baru bangun, terus start kemas2 rumah...bateri dah charge full katanya. Bersihlah sikit sawang2 di syiling, habuk2 di dinding, debu2 di lantai...nak raya ni rumah kena bersih sama walaupun takde impian pun nak buat open house 😂

Berbuka tadi pun yang simple2 saja, goreng ikan, panaskan kari ayam frozen, kek pisang dengan teh o panas. Lepas solat magrib terus kemas2 dapur, dah takdenya nak makan apa2 lagi kecuali minum air putih saja. 

kudapan sambil menonton tv

peneman setia setiap kali saya bersihkan rumah

Selain dari kek pisang, ada chocolate cake jugak dalam ais gobok tu, suami dok perabih sambil layan ragbi. Chocolate cake saja beli sebab kami memang suka ada manisan macam ni di rumah.  

Friday, June 16, 2017

21st Ramadhan - sakit gigi

Assalammualaikum semua...

Salam Jumaat...

Kita dah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan, kenapa cepat sangat masa berlalu ni huhuhu. 

Dah 2-3 hari saya tak berapa sedap badan, dedar nak demam pun ye jugak. Ini gara2 sakit gigi, saya ada sebatang gigi yang berlubang punya dalam sampai ke gusi dah. Sekarang ni gusi dekat gigi berlubang tu dah buat serangan bengkak, berdenyut bagai...paham2 je la kalau sakit gigi macam mana kan, lumpuh seluruh fungsi badan. Sekarang ni saya dok telan pain killer bila malam sebab kalau biarkan memang tak dapat tido jawabnya. Bila siang hari, mencabar sangat2. Tak tau macam mana nak gambarkan, tapi memang berserah saja segala dugaan yang ada 🙇

Pagi tadi saya bersahur dengan bubur nasi. Suruh suami belikan malam tadi waktu dia keluar jumpa kawan lepas terawih. Berbuka semalam saya tak makan apa pun kecuali minum air kosong je, mau tak mengigil kelaparan pagi tadi. Suami belikan jugak daging masak kicap, pesan dengan tukang masak tu daging cincang2 bagi halus sikit. Dapatlah saya makan bubur nasi dengan daging pagi tadi, terima kasih suami 🙋

Berbuka tadi macam biasa dekat rumah dulu sebelum keluar untuk dinner yang sebenar. Nak makan nasi ayam saja, senang nak telan. Maklumlah hakak sekarang ni macam ular sawa, semua makanan main telan. Pegi dinner dekat nasi ayam hainan, pilih steam chicken dengan sayur kangkung...makan daun je 🙍

Supper time sekejab ni tadi makan pisang, 2 ulas ni macam berjam nak habiskan. Adoiii memang menderita kalau sakit gigi/gusi ni. Hidup jadi gundah gulana. Lepas raya nanti siap la, nak pegi dental bagi cabut/tampal 🙎

Wednesday, June 14, 2017

19th Ramadhan - bila Celcom 3G down

Assalammualaikum semua...

Semalam experience line 3G Celcom down, dari 6am perasan my phone senyap sunyi tanpa WA dari boss or friends. Lama pulak tu, about 930am baru line 3G kembali bernyawa tapi data network macam tak function lagi. Baru beberapa jam takde data network, dah terasa macam LOST. Dulu2 sebelum adanya mobile network data ni, takde langsung masalah kan...orang kata kalau tak pakai handphone pun takpe. Cubalah zaman sekarang buat macam tu, tak pakai handphone...perh tak boleh imagine 😾

Semalam jugak saya balik lewat, keluar office by 6pm. Mengadap la jalan jammed tapi dah agak kurang jugak. Rata2 orang start keluar office 430pm kan, by the time saya balik tu orang dah kebanyakkanya sampai ke destinasi masing2. Singgah Ampang Point beli groceries sikit untuk nak masak juadah berbuka yang terang2 dah lewat 😿

Biar lewat dari tak masak langsung kan, iolsss pun berbuka dalam bus sambil korek hidung 🙆

Beberapa hari yang lepas ada lalu di kawasan Danau, lalulah jugak depan kedai makan William Corner tu tapi macam dah bertukar owner je nampaknya. Sekali pandang dah macam kedai mamak je, dah tutup ke kedai William tu?!!!

teringat pulak soda herb, rata2 dah banyak yang jual air gaya gini dekat bazaar  

Makaroni cheese, saja hakak mengimbas menu pilihan tetap setiap kali datang makan dekat kedai pak william ni 🙈 Tak payah nak keliur sangat ye, dah 10 malam terakhir Ramadhan ni takkan tak jitu diri menahan dari lapar dan dahaga kot...

Tuesday, June 13, 2017

18th Ramadhan - Gaffe & Co Cafe

Assalammualaikum semua...

Hari ini nak cuba beriftar di cafe pulak, cafe 'hipster' kata kaw. In trend kan sekarang ni, perkataan 'hipster' tu sendiri. Kita ikut jelah perkembangan dan peredaran, nanti dikatakan kita tak up to date pulak. Macam biasa selepas solat magrib baru keluar rumah untuk cari makan, kita iftar jugak lettew...dekat rumah just makan 3 ketul kurna dengan segelas air suam je 😪

Ini bukanlah visit pertama tapi dah berkali datang cuma ini baru pertama kali update dalam entry je, ok memang diakui banyak je tempat2 makan menarik yang saya tak update dalam entry ini, kira ambik dan je mana sempat nak update...kalau tak sempat kita, halalan toiban sajo. Yang seronoknya cafe ini, tempat parking besar luas + ruangan dalam cafe jugak luas mata memandang...ada 2 tingkat tempat untuk duduk, ada indoor and outdoor. Interior cafe dah tentu ala hipster dengan dan structure binaan adalah berasaskan kontena yang diubah suai menjadi bukaan bangunan berupa tempat makan, ada tempat galeri kereta kalau tak salah, dah few business shop di tingkat bawah cafe ni. Senang kata, one stop center gitew 😰 

Cafe ini jugak tak jauh dari rumah iolsss, so senang sikit nak ke sini pun. Terasa macam nak jadi hipster sikit, terus datang cafe ni kahkahkah. Dari tadi dok cerita2 tapi tidak pulak diberi nama cafe ni kan, okay saya dengan suami telah beriftar di Gaffe & Co Cafe tadi. Alasan dah muak nak makan nasi dan tak tau nak masak apa dah tetap menjadi yang utama setiap kali iftar di luar 😳

Cafe2 macam ni kebiasaannya tidak banyak perbezaan antara menu yang disediakan cuma tinggal lagi saya memang suka makan sesuatu yang manis seperti desert. Pilihan pertama saya adalah Chocolate Muffin ni 😵

Jangan risau untuk datang lepak lama di cafe ini kerana kemudahan surau juga disediakan untuk pengunjung2 menunaikan ibadah solat. 

Air putih macam ni tak pernah takde atas meja kami, siap tukar botol 3 kali. Mujur saja budak2 pelayan ni baik2 belaka, setia layan hakak dengan senyuman manis. Jadi port ngetah pun best jugak tempat ni, leh lepak sampai bosan 😸

Salmon Pasta - RM22 - Menu pilihan suami dan dia kata sedap 😹

American Chocolate - RM13

Caramel Macchiato - RM12 (atas) Mocha - RM12 (bawah)

Sunday, June 11, 2017

16th Ramadhan - Rumah arwah ayah

Assalammualaikum semua...

Masih berada di rumah arwah ayah lagi. Hari ini sambungan sesi mengemas rumah, tak banyak benda nak kemas pun sebenarnya. Lebih kepada nak sapu habuk2 buang sawang2 dan cuci semula pinggan mangkuk saja...dah nak raya ni, rumah mestilah kemas. 

Abang Ngah saya dah balik ke Kemaman pagi tadi atas urusan kerja. 

Dekat kawasan Pasir Raja, ada signage ni. 

Tak cukup dengan signage, gambo najis pun abang ngah saya nak ambik jugak 😤

Petang ni nanti saya akan balik ke KeeL semua. Besok still cuti tapi suami kata nak rehat dekat rumah. Yelah kan besok dah kerja semula + sekolah pun dah mula di buka. Walaupun takde lah kena mengena sangat alasan tu tapi biarlah 😥

Saturday, June 10, 2017

15th Ramadhan - Nak demam kah...

Assalammualaikum semua...

Musim kot ye sekarang ni, rata2 ramai yang demam batuk selsema sekarang ni. Seminggu sebelum puasa ari tu, ibu mertua dengan adik ipar sekeluarga demam...demam yang berulang2 tu. Memang 'lumpuh' satu rumah bila semuanya demam. Mujur suami sedang bercuti masa tu, dialah yang selalu datang tengokkan mereka semua...uruskan hal anak2 saudaranya jugak. Dapatlah dia pengalaman jadi baby sitter selama seminggu, tapi seronok katanya. Biarlah asalkan dia dapat berbakti pada keluarganya 😘

Sekarang ni suami pulak yang dah ada rasa sakit2 tekak, dedar badan...itu dah petanda sangat tuh. Terus saja bagi makan ubat demam, batuk, selsema terus sebelum melarat 😞

Ini antara ubat batuk yang saya dan suami selalu makan, serasi untuk kami berdua. 

Sekarang ni ada dekat kampung rumah arwah ayah, bila badan terasa panas sikit cepat2 masuk dalam bilik pasang air cond. Jangan balik KeeL nanti demam, sudahlah 😡

Friday, June 9, 2017

14th Ramadhan - Syukur selalu

Assalammualaikum semua...

Semalam received good news from my boss, penambahan generasi dalam keluarganya...alhamdullah rezeki Ramadhan. Now his on leave start from yesterday till this Friday. While his away dan covering by other 'Head'. Segala his billing pun saya dah settle kan semalam jugak, weekend ni kan cuti panjang takut apa2 terjadi susah jugak nanti. Hakak nak balik kampung, tak nak bagi kepala pening pikir pasal kerja dah 😎

Hari ini macam biasa saja kerja di office, keluar by 330pm. Syok la jalan tak jammed lagi even kalau keluar office by 4pm pun cantik jugak cuma bila ada peluang balik seawal 3pm, baik cabut je. Bukan saya suka2 hati nak keluar awal ye, kot ada lah yang berpendapat macam tu kan. Saya memang masuk office awal dan dah start kerja dari 7am lagi. During fasting month ni, waktu kerja diteruskan over lunch hour jugak dan mesti cukup waktu bekerja 8 hours/day. Ikut kiraan dengan jari pun dah terang2 saya boleh balik by 3pm tapi kadang tu terlajak jugak atas sebab2 kerja. Tak cukup tegar tinggalkan kerja demi nak balik awal katanya 😏

Minuman wajib setiap kali berbuka puasa, teh o panas dengan kopi o panas + bercawan2 air suam. Air manis sejuk memang takde kalau dekat rumah sendiri tapi kalau balik rumah kakak memang akan adalah air kaler2 sejuk2 tu. Masa tu aja kalau nak merasa minum pun kan, dah ada dekat mata kot...minum je la 😐

Takde mood pulak nak makan berat2, bosan wo...hari2 makan nasi mee nasi mee. Hari ni saya tukar menu ruji kepada kuih saja. Karipap tadi petang beli dekat bazaar, pisang goreng je goreng sendiri. Abang ipar bagi 5 sisir pisang kapas yang belum berapa masak last weekend. Sekarang ni pisang2 tu dah muka kekuningan, sedang elok kalau nak di goreng. Tahun ini takde rezeki durian, tapi alhamdulillah ada rezeki pisang pulak. Lebih dari 20 tandan dapat di tebang setakat ini dan dijual hasilnya. Suami suka makan pisang goreng dengan kicap cili, mai kita buat sekali 😖 

Thursday, June 8, 2017

13th Ramadhan - Looking for tempat practical

Assalammualaikum semua...

Nak tanya uolsss la, ada tak company tempat kerja uolsss yang nak ambik intern setakat ni. Anak saudara saya ni tengah mencari tempat yang boleh dia buat practical from July - Sept tahun ni. Jurusan yang di ambil, Cognitive Science...mostly about design software, coding and animation. Kalau ada, boleh forward info dekat ruangan komen so nanti saya akan take action. Thank you in advance 😊  

Tadi iftar minum teh o panas dengan roti bakar 2 keping. Ikutkan ada lagi lauk pauk frozen dalam peti ais tu tapi macam malas pulak nak panaskan. Suami asyik cakap nak minum teh dekat mamak jadinya saya ajak dinner dekat mamak saja. Suami makan roti telur dan saya makan nasi kandar dekat Restoran Vanggey Sri Rampai.

Teringat masa mula2 kawin dulu, muka suami tidaklah selebar itu dan mula isteri pulak tidak sekecik tirus macam gambo atas tu. Tapi kini sebaliknya berlaku 😌 perubahan yang normal kan. Dari dulu lagi kami sering berdua dan akan berdua selagi tidak ada yang ke tiga kehkehkeh. Dah itu saja nak update untuk hari ni 😍 

Wednesday, June 7, 2017

12th Ramadhan - Ramadhan Holiday

Assalammualaikum semua...

Minggu terakhir cuti persekolahan, minggu depan dah mula sekolah di buka. Untung anak2 sekolah tahun ini, 2 minggu cuti sekolah di dalam bulan Ramadhan. Takdelah banyak drama sangat kan, minggu depan bersedialah ibu bapa pada anak2 yang baru nak belajar berpuasa tu...segala jenis drama sebabak akan muncul 😈

Tidak terkecuali dengan anak2 saudara saya jugak. Kalau dah katanya masih sekolah rendah, drama dari sahur sampai berbuka tu mesti ada. Kakak ipar jiwa kental memang tak dilayannya kerenah anak2, bersabar je la korang anak2.

Sekarang ni keluarga abang saya sedang bercuti rehat2 dalam bilik saja di Kuantan. Bercuti dalam bulan Ramadhan takde apa nak buat cuma habiskan quality time dengan berehat sepenuhnya sebelum sekolah di buka semula. Seronoklah mereka dapat merasai suasana Ramadhan di negeri orang, merasai juadah mereka yang dah semestinya ada kelainannya tersendiri. Dapat terawih di masjid negeri lain, berkenalan dengan orang2 Kuantan pulak. Memang seronok la. 

Budak2 yang paling seronoknya pun, duduk hotel asyiklah mintak nak pegi kolam tapi dah ditetapkan masa oleh kakak ipar. Kalau bagi mandi kolam awal sangat, lapar awal pulak budak2 tu nanti. Jadi selepas asar je baru dibenarkan mandi kolam sampai 6pm saja. 

Mereka akan balik Jumaat nanti coz Sabtu nanti inshaAllah kami adek beradek akan balik berbuka di rumah arwah ayah pula. Kena kemas2 rumah tu sebelum raya nanti 😉

Tuesday, June 6, 2017

11th Ramadhan - Dinner at Selera Ramai Ikan Singgang

Assalammualaikum semua...

Tak tau nak masak menu apa hari ni, sudahnya iftar tadi makan kurma dengan roti bakar 2 keping dengan teh o panas. Lepas tu terus saja solat magrib, baca al-Quran dan terus teringat nak makan dekat luar sajalah nanti. Kesian suami nanti tak cukup makan pulak kalau setakat roti bakar 2 keping saja. Nak ikutkan dia, memang ok saja tapi kita ni pulak rasa kesian yang lebih. Tapi bila ajak keluar makan, suami jugak yang hover beria nak bersiapnya kan...terbukti sangat sapa yang lapar sekarang ni 😅

Nak makan singgang la rasanya, terus saja kami keluar ke arah Chow Kit. 

Kedai pilihan, Selera Ramai Ikan Singgang. Singgangnya memang terbaik in town kata orang ramai, bukan saya sorang saja. Tapi kalau tanya suami, katanya singgang isteri buat lagi sedap...ok itu statement ambik hati supaya lepas ni saya boleh masak singgang pulak, tau dah tektik tu selalu dia guna 😆

Singgang ikan kembung semangkuk besau ko, besau agaknya ikan kembungnya. Ada budu dengan ulam sekali, itu saja menu kami. Lauk2 sampingan lain memang takde sebab saya tak suka makan budu dengan lauk2 yang lain, tak berapa nak IN tekak ni.  

Monday, June 5, 2017

10th Ramadhan - Dah mula rasa libang libu

Assalammualaikum semua...

Pejam celik pejam celik, hari ini kita dah almost memasuki pertengahan bulan Ramadhan...terlalu cepat masa berlalu kan uolsss. Masih terasa lagi keseronokkan awal2 Ramadhan yang lepas dan terlalu sayang rasanya nak melepaskan Ramadhan ni. Perasaan setiap kali Ramadhan adalah sangat seronok kalau nak dibandingkan dengan bulan2 yang lain, itu bagi saya 😇 

Persiapan raya tidak ada satu pun yang dah saya sediakan. Baju raya pun takde lagi gamaknya kami suami isteri. Boleh tak kalau puasa je tak payah raya2 ni 😄 Kami cari yang ready made ja sudah la, kuih raya tahun ni kami pakat semangat nak buat sendiri saja...order pun sekarang harga kuih raya kemaen mahai. Bukan tak nak support tapi kami ikut kemampuan kami la, rasa mampu buat kami buat saja. 

Apa yang lebih utama sekarang, tanggungjawab pada diri sendiri, keluarga dan tangungjawab pada kerja. 

Sunday, June 4, 2017

9th Ramadhan - Rendang campur dan birthday abang

Assalammualaikum semua...

Weekend yang dinanti setiap kali Ramadhan. Nikmat woo kalau weekend ni, boleh tido lepas sahur. Jangan dibuat adegan tu diwaktu hari bekerja, dikuatiri terus ambik cuti emergency nanti 😂

Semalam saya balik rumah kakak di Lenggeng. Kakak merendang dan panggil semua adik beradik berbuka dirumahnya. Rendang kakak memang legend, rendang campur paru + limpa + daging. Rendang yang senantiasa dinanti setiap kali ada apa2 acara keluarga. Ini minggu ke dua kakak merendang, kali pertama minggu lepas masa mogang Ramadhan.

Memang seronok sangat berbuka sama2 keluarga ni, nikmat tu lain macam sangat. Saya memang lebih suka berkumpul dengan keluarga setiap kali hujung minggu sepanjang Ramadhan. Kalau kawan2 nak iftar beramai2 ni saya pertimbangkan saja dulu 😃

Semalam juga hari lahir abang saya yang ke 49. Ada orang tiup lilin la malam tadi gamaknya tapi tak up la gambo tiup lilin tu, next tahun je ye baru up. Tapi nak up ucapan dari kakak ipar kepada suaminya la....alololo anje2 nyee 😍

Semoga abang dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus2 dan keluarga yang senantiasa aman bahagia, ameen 

Friday, June 2, 2017

7th Ramadhan - Lontong dan kuih talam

Assalammualaikum semua...

Hari ini rasanya saya dah boleh digest routine Ramadhan yang agak mencabar pada awalnya. Isnin Selasa yang lepas, tak tau nak cakap macam mana punyalah mencabar keupayaan mata dibuatnya. Mengantuk tu kalau boleh dilayan mau rasa nak tido dari pagi sampai habis waktu kerja...penangan betul. Tapi bermula dari semalam dan hari ni getting better, dah tak rasa mengantuk lagi sepanjang hari. Tidak lagi rasa letih lesu. 

Bangun seawal 430am, sediakan susu kurma dan bread toast...ini saja memu bersahur saya suami isteri. Kecuali hujung minggu bila balik rumah keluarga tu barulah menu sahur bertukar kepada nasi. 530am, mandi solat dan terus bersiap untuk ke office. Keluar rumah dalam 615am sebab cuti sekolah, nanti dah habis cuti sekolah kena keluar awal lagilah gamaknya agar saya boleh sampai di office sebelum 7am.

Ada maksud tersirat jugak nak sampai office sebelum 7am tu. Biasalah, bila sampai awal boleh balik awal kan. Makanya by 3pm saya dah boleh balik kalau boss takde, kalau ada maknanya kena berbuka di luarlah.   

Kepingin bebenor rasanya nak makan lontong masa iftar semalam. Singgah bazaar ramadhan mencari lontong tapi nan hado. Kedai lontong yang biasa saya pergi tu memang tutup sepanjang Ramadhan ni. Alahaiii kenapalah waktu2 ni jugak tekak nak makan benda alah ni. 

Gambo di atas tu cuma hiasan semata ye. Takdenya saya berjaya makan lontong semalam. Rata2 yang jumpa gerai jual nasi ayam rempah, nari beriani, laksa saja...huhhh kecewa. Sudahnya saya beli kuih talam, itu pun sebab suami suka makan kuih talam. Ambik 19 potong sebab gerai tu ada jual 19 jenis talam 😁

Bila iftar makan kuih talam je dengan teh o panas, lepas tu boleh pulak bergaduh suami isteri pasal kuih talam. Terus hakak sentap masuk bilik tido sampai 4am tadi baru bangun utk sahur. Biasalah tu berkelahi suami isteri 🙈