Thursday, July 27, 2017

Puasa ganti ke 7 dan gym

Assalammualaikum semua...

Khamis di hari pertama bahan bakar iaitu petrol naik 👆 menjadi RM2.03. Malam tadi selepas balik dari gym, tak tunggu lama terus pergi station minyak Petronas pump minyak penuh tank dengan harapan dapat pertahan sampai harga petrol turun semula ke tahap RM4++ seliter 💀. Tak tau sampai bila nak hadap drama turun naik harga petrol ni, belum lagi harga barang2 asas...naik manjang tapi tak pernah turun.
    
Saya dah kembali semula ke gym seawal July lepas, sebulan rehat/freeze membership in June sebab nak bagi laluan pada Ramadhan. Kesian pulak suami terpaksa berbuka sorang2 kalau saya asyik sibuk di gym. Now enjoying the moment at gym sebelum akan freeze membership semula dalam sebulan dua lagi. Kena outstation ke negeri lain yang memang confirm takde Fitness First dekat sana, adoiii...kena pegi gym hotel sajo la yang setakat ada a view equipment tu. Bersyukur dengan apa yang ada ye kan, dari takde langsung lagi parah. Ada jugak plan sport activity dengan geng2 fitness dekat sana (outstation) nanti, tapi benda tak jadi lagi...susah nak nampak kesungguhannya 💆 

Sekarang ni kan saya berniat (ikut kemampuan) jugak untuk cuba berpuasa sepanjang tahun pada setiap hari Isnin dan Khamis, Ya Allah permudahkanlah semangat umat Mu ini... Tapi kalau tidak dalam bulan Ramadhan, kemalasan nak bersahur tu agak menjadi jugak. Walau set jam pun belum tentu nak bangun lagi, fuhhh susah kalau syaitan dah lepas ni ek hiksss. The only thing that saya selalu buat adalah makan heavy meal malamnya sebelum tido. Macam malam tadi saya makan bihun celop (heavy meal ke ni ermmm), suami pulak kuew tiaw lakna. Alhamdulillah kenyang sampai sekarang ni, tanpa ada rasa dendangan lagu irama malaya dalam perut. 

Petang ni tak tau lagi nak sediakan menu apa untuk iftar. Ingat nak masak nasi impit dengan panaskan kuah kacang frozen je, inshaAllah.  

Monday, July 24, 2017

30th Syawal - Puasa ganti ke 6

Assalammualaikum semua...

Last raya hari ini rupanya, hampir lupa dah saya ni. Maklumlah puasa ganti pun tak lunas lagi 😅 Cuba jugak sedaya upaya untuk lunaskan sepenuhnya sebelum ni tapi banyak syaitan durjana membatalkan niat murni tu 😁

Hari ini alhamdulillah ku teruskan jua perjuangan dengan niat nak buat Isnin Khamis inshaAllah. Lebih molek kalau dapat diteruskan amalan tu ek sehingga Ramadhan tahun hadapan tapi itu angan2 saya je...hakikatnya belum tau lagi. Kekuatan dalaman tu yang penting kan, itu yang saya takde lagi (muhasabah diri).

Lunch hour tadi pegi ke Nu Sentral, nak cari sport item dekat sana. Sempat grap this healthy fruit cake dekat Food Court sana. Bolehlah for desert berbuka puasa nanti.

Thursday, July 20, 2017

26th Syawal - Bila hati susah

Assalammualaikum semua...

Little gloomy dalam hidup saya seminggu dua ni, banyak masalah dalam dunia ni kan...ada masa kita mampu atasi tapi ada masanya sangat berat untuk dilalui. We just put aside, happy as always sudah. Not just put aside without any solution, problem still have to solve kan. 

Doa, dan terus berdoa mintak petunjuk dari Allah swt. Usaha selagi ada daya, itu je cara. Selebihnya yakin, tawakal...inshaAllah. YE, ini saja untuk saya lebih tenang 😢
  
By the way, this little chicky monkey ni pun sentiasa memberi ketenangan hati. Layan her like u never have any problem in life, kenapa la budak2 ni sentiasa menjadi ketenangan jiwa ek. Mau hakak nak beranak lepas ni 😤 

Happy belated birthday to my sister, tomorrow pulak birthday abang ipar. Both in same month of birth, happy couple till jannah 😍 

Tuesday, July 18, 2017

24th Syawal - 5th puasa ganti - Apa yang u makan?!!

Assalammualaikum semua...

Not in the good health for now. Tak tau kenapa perut ni since Sunday night rasa bloated till today. Serba tak kena rasanya dengan perut rasa macam sakit kejab tidak, rasa kembung pun ye jugak. Try hard to remember, apa yang saya makan sebelum ni sebab sangat jarang ada masalah macam ini walaupun ada kalanya saya TERlebih makan. That's the only thing that i remember and assume is, tapai pulut. 

Last Sunday i have been to my brother house for makan2 hari raya and salah satu menu yang ada adalah tapai. Ada yang requested nak vanilla ice cream sekali and saya sempat singgah Econsave and belikan 2 large tubs of vanilla ice cream. Memang seronoklah tekak bila dapat benda sedap2 ni kan and surprisingly, saya makan tapai saja almost 4 tangkai. The tapai rape by daun getah dan setiap tangkai ada 3 bungkus tapai. Tapai tu pulak baru masak, memang tengah sedap2 makan, ermmm can't resist 😁

And the final result, malamnya saya tak lena tido. Rasa serba tak kena dengan perut, almost vomiting tapi tak jadi. Sapu minyak panas, gelek perut dengan botol air suam pun tak jalan jugak. This time je rasa nyesal sangat2 makan tapai, menyesal hokey 😂

My husband the one yang membebel marahkan saya about my makan habit, well biasalah saya buat tak tau je...dah salah sendiri kan, just admit. But he still sapu the minyak panas, gelek my perut with botol air suam...i ❤ u the most okay.

This afternoon, perut feel better than yesterday and almost takde rasa bloated lagi...yeayyy boleh pegi gym today. Semalam juga saya berjaya puasa ganti but today tidak, lupa nak baca niat last night 😌 Hope besok boleh continue berpuasa, inshaAllah. Uolsss mesti dah settle puasa ganti dan sunat syawal kan...I'm still trying hard to that. 
    
Accidentally found this photo masa tengah gemuks lagi, terus share in this entry. Its about 3 years back time, me and my running buddies in run event at Taman Tasik Titiwangsa. We still running till now and most important, still FIT 😃 

But not to this girlfriend who is not fit enough to continues our dream to run till old kihkihkih.  

Friday, July 14, 2017

20th Syawal - L size pleaseee

Assalammualaikum semua...

Body figure is not a big issue for me but hence, it will be a huge mistake statement for others. YES, it is. Kita ni rambut pun ada macam2 kaler, tak semua orang sama perasaan kan. Macam saya, tak sendap pun kalau orang still kata saya GEMUK coz i know am still fit for it (dalam hati > siap ko ye, mengata aku gemuk 👊). Normally orang akan kata saya terlalu kurus sebab saya suka pakai pakaian yang longgar or senang cerita oversize. Dekat rumah saya pakai t-shirt yang bersize M-L je, sedangkan if S size pun still besar....just imagine bila saya pakai t-shirt suami 😁

Always fall in ❤ with this brand, UniQlo...especially on their pants. Love their leggings pants, have few color too for the same type. Tetap memilih size L untuk seluar jenis ini, selesa sungguh and tak perlu risau kalau termakan banyak masa pakai seluar ni...stretchable katanya, perut tak boncit 😆 

Terkecik pulak gambo ni, this little chicky boy in UniQlo outfit too  

Wednesday, July 12, 2017

18th Syawal - LOVE

Assalammualaikum semua...

Pernah alami "keberatan kata2" untuk your spouse. Like this, ada perkara yang ingin diperkatakan kepada spouse kita tapi terasa 'berat' sangat kata2 tu nak terkeluar and end up, tunda ke lain hari dan waktu. For me, YES its happen. I always take the next step which is wait until the right time. Sekiranya masa itu dah sampai, i will choose that last minutes time to talk to. If tak jugak terkeluar kata2 tu, last step is TEXTING. That definitely desperate action from me to Faizal. His is open person and easy going, i can share anything with him but as a wife...sometimes it like awkward to share with him on specific matter. Might be thing related with him or us but it has to be transparent for husband and wife kan. Its LOVE ❤
      
This morning, one of the Head here in the office gave me sandwich, smoke chicken with avocados and mushroom soup...sandwich is missing in action 👅. As he aware that am the eat clean person (not really all the time hihihi), he has some confident that his sandwich also in line with eat clean level. Please guys, even am a bit picky in eating food but saya tak pernah menolak pemberian orang. Always appreciated/LOVE food walau hanya seketul kodok pisang.

Lunch hour pulak, tiba2 ramai yang cakap my boss was so so so sweet sebab nak bawakkan lunch pack for me from other building to office sedangkan ada yang willing to send tapi he still insist to carry my lunch pack. Saya yang dekat office ni dah makan lunch pack pemberian orang lain (Nando's hokey hahaha) dengan berbesar hati makan lagi lunch pack yang his carry with LOVE tu (that was nasi arab, puff)…meaning today afternoon I have to run more KM than usual 💦. LOVE with benefit sungguh.  

Monday, July 10, 2017

16th Syawal - Lite update

Assalammualaikum semua...

Hari ini dah pertengahan bulan kita berhari raya tapi rata2 masih terasa kehangatan hari raya itu sendiri. Raya sebulan kan tapi terasa macam baru je semalam kita berhari raya pertama, cepat sungguh masa berlalu. Saya masih belum dapat meneruskan puasa ganti dan puasa sunat aidilfitri, inshaAllah sehari dua lagi bolehlah mulakan semula bila diizinkan nanti 😖

Weekend Sabtu jadual penuh dengan jemputan tapi saya ni memang memilih kalau nak memenuhi semua jemputan tu. Ikut mana yang sempat dah lebih utamakan pada jemputan ahli keluarga dahulu. Macam semalam dah penat sangat, lalu berkurung dalam rumah sambil senang lenang tengok tv dari pagi sampai ke malam. Katam segala movie saya layan, best sungguh. Suami keluar sekejab lepas Zohor jumpa anak saudara...petang baru balik, saya malas nak ikut 😘
  
Dapat pucuk mengkudu ni dari kakak ipar, selera la semalam makan nasi budu berulam dengan daun ni. Bertambah makan 2 pinggan uolsss 😜

Lepas makan, golek2 layan ini budak bulus. Gwen kalau dapat tido, walau macam mana dikacau pun dia takkan bangun punya. Senang hidup ko nak, jalan makan tido saja. Tak suka didukung tapi sebenarnya tengok orang jugak yang dia nak berdukung pun. Tak suka dengan budak2, kalau ada budak2 in the house surely dia menyorok ataupun jadi bad mood...lepas tu start buat perangai. Obviously dia akan kencing dekat alas kaki instead of dekat pasir dia. Banyak ragam dia ni, mujur sajalah ko kucing...tetap comel dipandang 😝