Friday, October 27, 2017

Salam Jumaat

Assalammualaikum semua,

Salam Jumaat, alhamdulillah besok kita semua dapat cuti 2 hari ye. Jumaat yang sentiasa dinanti2kan. Nikmat Jumaat ni tiada tolok bandingan dari hari2 yang lain. 

Besok plan nak mandikan all kucing (niat semua la), inshaAllah. Lepas mandi nanti mesti masing2 tergolek tido seharian sampai ke malam. Memang jadi adat kucing2 dekat rumah ni, lepas mandi je mesti lemau nak main2 dah. Tahan tido berhimpit2 ramai2 tu. Nak kata sejuk, mandi air suam...tuan rumah pun tak mandi air paneh weh. Mungkin sejuk jugak bagi mereka2 tu kan, manalah kita paham keadaan diorang ye tak.

Which me luck for tomorrow, semoga niat dipermudahkan 😊

Malam tadi temankan anak saudara dengan kakak survey bilik untuk di sewa. Anak saudara saya ni dapat kerja baru area KL, jauh untuk dia berulang dari Seri Kembangan tempat dia tinggal sekarang. Target area Kg Baru dengan Sentul dan setiap tempat tu dah ada bilik yang boleh di timbang kati lagi. Biarlah mereka anak beranak buat keputusan, saya dah bagi criteria2 yang perlu di highlight saja kalau duduk dekat KL ni...wah macam jemah keluar2 perut terus kenal KL ken 😌

Bagi tips aje kalau perlu on travelling, cost living dan segala kebarangkalian yang akan berlaku. Anak saudara baru nak hidup, jadi yang dah lama hidup ni kenalah bagi panduan untuk mereka...tak gitu jemah 😍

Wednesday, October 25, 2017

Color block

Assalammualaikum semua...

Bersiaran dari negeri Johor sekarang ni, mujur saja sini tak seterik di KL. Tapi dengarnya semalam KL hujan ek, tak tau la kalau kawasan2 tertentu je ke. 

Okay lupakan perihal cuaca ni. 

Saya dengan color block boleh dikata tak boleh nak dipisahkan. Apa itu color block, ala yang pakai macam color baju seluar tudung (kalau perempuan) yang tidak senada. Sonang cerita macam yang ese pakai dekat gambo atas tu le. Selama hari ini dan mungkin sampai bila2 saya akan pakai macam ni je, takde nak rasa serabut nak matching2 color dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dengar saya, sambar je mana dan, iron...sarung terus tanpa ada perasaan bersalah 😇

Tapi kalau saya, main pulun je nak pakai color apa. Kalau ikutkan ada etika jugak nak pakai color block ni macam mana tapi...ada aku kisah 😈

rindu pulak nak jogging dekat taman tasik ni...this weekend plan nampaknya 😉

Sunday, October 22, 2017

Masa kereta masuk bengkel

Assalammualaikum semua...

This week agak 'patah kaki' sikit, kiranya pergerakan tu agak terbatas lokasinya. Kereta masuk bengkel malam Ahad lepas. Breakdown betul2 pulak depan Intermark around 730pm. Mujur saja on Sunday night kan, buatnya waktu puncak hari bekerja, memang buat havoc uolsss. Kereta betul2 tak boleh start, macam2 drama la in between tu sementara nak tunggu pomen sampai. 

Sementara menunggu pomen sampai, saya pegi makan dulu di KFC Ampang Park sementara suami tunggu pomen sampai. Lepas makan terus back tu location, pomen pun dah sampai and tengah check kereta. Confirm tak boleh start terus call insurance agent for towing service. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, untuk pertama kalinya kereta naik lori tow 😁 ke bengkel.

Major problem jugak dengan kereta tu tapi tuan kereta kenalah berlapang dada, kereta selalu guna kan + dah berusia...bertabah la hati jiwa raga 😂. Selepas postmortem, disahkan oleh tukang pomen yang bertauliah 😃 kereta saya terpaksa di top overhaul. Sampai sekarang kereta masih dalam bengkel lagi, sepanjang minggu ni saya ke tempat kerja naik bus saja, luckily cuti sekolah seminggu...kurang trafic. 
  
Q masa sushi bonanza yang lepas, masa ni je saya ke Sushi King 😄

Hari ini terasa macam nak lunch dekat Sushi King je and lokasi terdekat tentulah dekat Ampang Point tapi sebab paneh sangat2 sekarang ni, masak maggi je sudah. Cuma petang2 ni still ke Ampang Point jugak, pegi layan kopi lagi di Starbucks. Setakat ke sana memang saya ambik Grab je la sebab suami ni tak suka menunggu bus bagai, maklumlah orang lelaki ni mana boleh tunggu2 kan. 

Hopefully next week kereta dah ready. Isnin ni saya dah kena plan nak ke KLIA dengan beg yang berat tu. Grab lah jugak nampak gayanya sampai BTS dan dari sana ambik ERL ke airport. Boleh la balik dari travel nanti makan dekat Sushi King, maybe masa tu dah ada mood nak makan sushi 😆 

Today ada wedding invitation pun terpaksa decline atas logistic problem ni. Bila difikirkan balik, memang kereta itu satu keperluan dalam hidup 😅 Bila dah kereta masuk bengkel macam ni, baru terasa kepayahannya. 

Saturday, October 14, 2017

Today is Saturday

Assalammualaikum semua...

Pelik pulak rasa diri bila bersiaran di hari Sabtu macam ni. Jarang dah nak on laptop hujung2 minggu tapi hari ni kena jugak sebab ada kerja yang perlu disiapkan. Dah alang2 on laptop, terus je bukak blog sama...boleh update satu entry ken ☺

Hari Sabtu macam ni saya habiskan masa di rumah sepanjang pagi tadi. Bangun lewat memang nikmat la, takde plan nak ber joging...simpan angan2 untuk besok je kalau rajin. Lama dah tak lari2 ni, rindu tu memang ada.

Lunch pun makan di luar je, masak pun dah tak berapa nak in mood, teragak nak makan nasi kukus ayam berempah dekat Pandan Indah. Lepas tu baru lepak di Starbucks Jln Ampang. Ingat siang2 hari tak ramai sangat rupanya...jemah tertipu bang 👀 punya ramai mandak2 rupanya. Once enter tak kuasa nak keluar dah, terus aje cari port yang tinggal side yang tak berapa nak best mejanya. 

Cantik cuaca hari ni, panas. Seminggu dah berdepan dengan hujan, panas + hujan panas di Johor, dah nak hujung tahun ni mulalah musim pun turut berubah. 

Malam tadi lepas touchdown KLIA terus teringat nak makan maggi goreng mamak. Bila dah lama tak makan dekat mamak, memang boleh terindu2 ek dekat kenikmatan teh tarik maggi goreng air tangan mamak ni 👅

Anyhow, happy weekend uolsss ❤❤❤

Monday, October 9, 2017

Artisan Roast Coffee TTDI

Assalammualaikum semua...

How uolsss spending time on the weekend? Spending precious time with family or hanging out with friends or lepaking at bed from day and night? 

Last 2 weeks, saya spending time dating on Saturday with suami. Sebelah petang ukur jalan di Jalan TAR mencari kain untuk wedding anak saudara SOON (event dah berlangsung semalam). Tak la ukur jalan sangat pun, setakat pegi Gulatis je dan lepas tu pegi minum cendol dekat pasar malam DBKL saja. After that only we go to TTDI for coffee time (this is MUST). Tempat dah lama tak pegi sebab sentiasa fullhouse, even masa kami sampai pun fullhouse jugak tapi ada la satu tempat kosong yang desperately kami ambik je. Desperate nya sebab ada 4 minah saleh sebelah meja kami siap duduk bersila atas kerusi sambil bukak kasut and u just imagine BAU KAKI depa macam mana, !@@#$$%%%^
  
Kek2 dekat sini is so awesome, almost semua kek saya dah rasa. 

Cappuccino RM10

Black and white painting wall tu memang menarik perhatian, not too crowded and colorful.    

Carrot Cake

 Caffe Mocha RM12

Cuma perkara yang saya paling tak suka kalau nak minum kopi dekat sini, mencari parking. Kalau tak tawaf 7 kali memang tak dapatlah parking, sometimes tak dapat langsung. Yang pastinya saya mampu pusing 3 kali je, kalau tak dapat jugak parking...bye2 je la 👋