Tuesday, November 21, 2017

Shawarma vs teh arab

Assalammualaikum semua....

Ape menu lunch ari ni. dapat kebab (shawarma) sedap jugak ni. Kalau dekat area office saya ni, kebab dekat Ampang Park tu sedap jugak, lagi satu dekat tepi parking area G Tower tapi sekarang ni macam dah lama pulak tak nampak 😌

Dinner planned last weekend, sebenarnya lebih pada nak minum teh arab sajo tapi takkan nak minum je kan...baik order makanan jugak. Sekarang ni suami dah mula menjaga pemakanan dia, tak jadi pemangsa lagi dah. Jangan la makan ala tak habis lepas tu mintak dia habiskan, memang dia tak layan. Sebagai langkah selamat 2 ketul orang ni dah mula order makanan yang portion kecik2 je. Kalau andai kata makanan tu portion besar, order satu and sharing is caring gitu 😁 macam gambo atas tu, semuanya share bersama.

Cuma kebab ni saja den makan sorang, takat besar ni mampu je nak makan habis ye dak. Kalau nak share macam kedek sikit la kot 😂

Cuaca petang ni dah nak mula mendung berarak gelap. Harapnya cuaca tak end up seperti gambo di atas... 😨

Friday, November 17, 2017

SYUKUR

Assalammualaikum semua...

Tak sihat sikit kami ni, hidung asyik bersin2, malam tido badan tiba2 paneh tapi bila pagi kami memang kembali sihat seperti biasa. Kami biasa dah benda2 macam ni, tah ape korang kata kami ni jenih demam malam. Sekarang musim tak menentu, seminggu ni cuaca pun suram2 je. Jadi suhu badan kami pun suram2 jugak ikut cuaca 😁 Kami tak menyungut, kami pasrah dah dengan keadaan badan kami ni.
  
Sebenarnya kami rindu cuaca paneh lit lit ni, terbayanglah kalau paneh berjalan menapak nak pegi bungkus makanan waktu lunch....ohaiiiii kemain mulut kami ni menyungut paneh. Kisah benar, kami tak tipu. Tapi sekarang bila suram2, mulut kami pun sama la suram2 jugak...uiiiii sejuk sangat la pulak. Entah la kami ni tak pernah puas dengan apa yang ada ye, ada je yang tak kena. Kang bagi bonus demam terus baru tau 😂 

Tapi kami sentiasa hargai apa yang ada di depan mata, setiap apa kelebihan dan kekurangan kami redho. Pada kami setiap apa yang jadi, apa yang ada semuanya ketentuan buat kami sekeluarga. Kami SYUKUR, masih ada yang sayang kat kami 😍

Salam Jumaat semua 😃

Sunday, November 12, 2017

Weekend

Assalammualaikum semua...

How's weekend, tinggal beberapa jam lagi dah nak masuk new week semula. That goes round and round till cukup tahun, NO CHANGE 😅Weekend ni saya habiskan masa sungguh2 dengan tido makan tido semula. Malam baru keluar cari makan dan mendobi kain baju stock seminggu outstation. Alhamdulillah next week saya akan berada di office KL sahaja 😉 

tempat wajib lawat setiap weekend, YES only weekend 

Walaupun hari biasa boleh je nak datang minum pun kan tapi saya tetap prefer untuk lepak minum kopi di sini setiap weekend dengan suami. Entah tak tau apa nak update, sampai sini dulu la ye 😊

Monday, November 6, 2017

Weekend lepas

Assalammualaikum semua...

Kepada kawan2 yang berada di Penang, saya doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah senantiasa. Teruk sangat keadaan dekat sana kan (base on apa yang ditayangkan di news), musibah yang diluar kemampuan kita untuk dielakkan. Semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa selepas ni.

Saya baru saja sampai Johor, today ambik flight petang so dapat rehat lebih sikit. Selalunya ambik last flight, sampai hotel pun dah lepas midnight. Besok dah kena bangun awal, kadang2 tu ting tong jugak kepala dibuatnya. Seminggu lagi di sini sampai Jumaat nanti, inshaAllah.

Not much to update, cuma Sabtu lepas dapat berita makcik sepupu saya telah kembali ke rahmatullah sebelah pagi dan jenazah di kebumikan di Kota Damansara sebelah tengah harinya. Kali akhir jumpa arwah masa majlis perkahwinan anak saudara saya awal September yang lepas. Berkumpul lah semua kami adik beradik di rumah abang saya di Kota Damansara sehingga majlis tahlil sebelah malamnya. Semoga rohnya di cucuri tahmat, Al Fatihah.

Selepas selesai tahlil, kami adik beradih dah mula nak bersurai tapi tidak lagi selagi tak register mamak kan 😁 Terus singgah mamak area TTDI pekena naan cheese + tandori + teh tarik, baru up malam minggu. Nak pegi layan golf dekat driving range dah tak larat lagi, penat seharian dengan urusan jenazah. 

Activity pagi Ahad, jogging seperti biasa. Semenjak asyik outstation ni, larian semua dah tah ke mana. Memang dah tak tersusun aktiviti harian tu even dekat Johor pun nak menempuh gym tu macam jauh sangat, bukan malas tapi tak sempat masa. Disebabkan keadaan sekarang, saya dah tak register mana2 larian lagi. Tunggulah keadaan dah stabil baru saya mulakan semula. Its tough tapi have to fores myself. Buat masa ni Fitness First pun saya freeze jugak, dah kalau dapat pegi less than 10 times....rugi la pulak kan, bayar mahal kot for membership 😂