Tuesday, December 26, 2017

Puding tembikai

Assalammualaikum semua...

Petang2 hari cuti ni kalau dapat duduk2 santai depan tv sambil dihidangkan desert best memang terbaek lahaiii. Petang2 ni jugak saya teringin nak cuba buat puding yang tak pernahnya nak lulus buat tapi mujur semangat nak mencuba tu tak pernah padam. Dan akhirnya menjadi jugak puding tembikai saya walaupun ada jugak cacatnya tapi okay lah dari tak jadi langsung 😌

Puding tembikai ni yang menariknya adalah kaler yang digunakan. Kalau betul caranya memang nampak sangat macam buah sebenar. 

1 paket serbuk agar2
2 sudu mentega
1/2 tin susu pekat
1 cawan gula
6 cawan air
1 sudu kecil asen vanila
2 keping roti
Pewarna merah dan hijau
Cincau - di cincang kecil (saya tak letak)

Masak agar-agar serta gula dan setelah sebati masukkan mentega dan susu pekat. Letakkan esen vanila dan jadilah satu adunan. Ambik sedikit adunan tadi dan blend dengan roti. Masukkan adunan roti tadi ke dalam adunan yang asal tadi. Pastikan adunan asal sentiasa berada dalam periuk dengan api perlahan agar ia tidak mengeras. 

Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna hijau (sebagai kulit tembikai) dan masukkan ke dalam bekas, tunggu sehingga adunan agak keras. Ambil sedikit adunan asal dan letakkan sedikit sahaja ke atas adunan hijau tadi (sebagai lapisan kulit ari tembikai) dan tunggu sehingga keras. 

Lebihan adunan di dalam periuk bolehlah diletakkan pewarna merah sebagai isi tembikai dan boleh di tuangkan ke dalam bekas dan tunggu sehingga keras dan sejukkan sebelum di potong. 

Sedap lahaiii makan di petang2 hari or bila2 masa saja 😁

Monday, December 18, 2017

Last Saturday

Assalammualaikum semua...

Sinonim kan, cuti sekolah musim orang kawin. Walaupun bukan cuti sekolah still ada orang yang melangsungkan perkahwinan tapi tak semeriah cuti sekolah. Saya dulu masa nak kawin, perancangan awalnya takdelah nak pilih hari langsungnya masa cuti sekolah tapi...makcik2 pakcik2 ni menegah le sangat kata buat cuti sekolah lagi sonang. Ontah mano yang sonang tu yang tak paham. Okay la, kita menurut je kata orang otai ni...sudahnya tarikh nikah kawin saya jatuh masa cuti sekolah + public holiday + musim perayaan santa turun bagi hadiah...haaaa motip tak kat situ maksud tersirat 😁

Jemputan pertama untuk bulan ini yang saya dapat attend, sungguh la banyak invite yang lain terpaksa turndown atas sebab2 tertentu. Informed tuan rumah, bagi angpow siap2 sebab nanti tuan rumah berharap kita datang. Orang kata tak baik tak datang majlis kalau di jemput kan 😌 
  
Majlis ini dapat hadir, dekat2 dengan kawasan rumah saja + majlis pun pada hari Sabtu lepas. Ini cuma majlis akad nikah sahaja, reseption nya on Sunday, sudah semestinya saya tak dapat hadir sebab dah nak travel lagi ke Johor. Jemputan cumalah sanak saudara perantin dan kawan2 terdekat termasuklah saya yang terpaksa dikategorikan sebagai kawan terdekat 😂

Sampai agak lewat walaupun dekat2 dengan kawasan rumah. Nakharom Ampang ni kalau jammed macam mane kan, tapi dah disebabkan janji + dah separuh jalan jugak, ku redahi jua. Nak ikutkan hati mau je patah balik rumah terus, ishhhh putuh kawan pulok nanti 😅

Dia punya lewat sampai makanan dah habis uolsss, dah boleh bayang kan lewat macam mane tu. Tuan rumah order lagi makanan pada katerer sebab bukan saya je yang lewat sampai, ada lagi few kereta sampai selepas kami. Mujur katerer punya kedai pun dekat2 situ jugak, call terus delivery sampai. Tuan rumah hidang nasi mandi chicken and lamp uolsss, sodap la haiiiiiii. Perantin pun dah almost nak tukar baju tido tapi sempat stop lagi sebab nak bagi iolsss ni bergambo dulu dengan perantin dan outfit perantin, bukannya dengan baju kelawar. Ish tau la dah kawin, tak sempat2 perantin ni nak tukar baju tido kan 😆

Booth perantin, FB bentuk ❤ daripada playwood...semua invitee mesti tulis ucapan for mempelai sebelum pulang. Tren la jugak sekarang ni kan.

Malamnya makan cereal sajo, dah tak lalu nak makan makanan lain. Makan nasi perantin ni memang berkat, sampai ke esok hari kenyangnya 😇

Okay habis dah cerita Sabtu lepas, tunggu next entry pulak yo...da 

Thursday, December 14, 2017

Bila di Johor

Assalammualaikum semua...

Khamis minggu2 akhir sebelum kita semua melangkah ke 2018 yang dah hujung2 jalan je  ni. Sekejab sangat masa terlalu, kelip2 mata dah nak ke tahun baru sudah...banyak lagi hajat yang tak tertunai untuk tahun ni 😞

Takpela ek, pelan2 kayuh selagi hayat masih ada...cuba penuhi apa yang dihajati tu dulu. 

This year saya tidak terlalu menjaga makan minum lagi, dengan keadaan diri yang memerlukan travel ke sana sini atas urusan kerja menyebabkan semua yang 'biasa' dah mula jadi 'tak biasa'. Senang cerita, normal routine tu susah nak maintain tapi next year akan lebih teratur...inshaAllah 😌

Sejak dari Isnin malam saya dah berada di Johor, pagi Selasa cepat2 turun nak breakfast. Punya lapar perut ni sebab malamnya dah malas nak keluar dinner. Sempat breakfast heavy meal sebelum driver sampai. 

Routine di site office macam biasa, sedar2 dah waktu lunch. Tak sempat keluar makan, mintak officemate tapaukan saja. Kebetulan officemate tu nak keluar, bolehlah tumpang kirim. Dibelinya nasi ayam, hok alahhhhhhhh kemahen sedapnya...ke kami ni dah kebulur sangat 😂

Petangnya dapat pulak sedekah dari kawan block sebelah pisang goreng cicah sambal kicap...iolsss in JOHOR hokay, IN sangat dengan pisang goreng cicah sambal kicap. Meletop2 podehnya tapi sedap. Hujan lebat pulak semalam, kena dah tu menu time hujan kata ko 😅

Sampai masa untuk pulang tapi tak boleh pulang lagi, biasa dah macam ni. Kena tunggu 'yg berhormat my boss' habis meeting dulu, kalau tak saya nak balik naik apa...huhhh. Site office dah kosong, seriau pulak duduk sorang2. Kemas2 barang, terus tunggu dekat main gate...ada jugak abang polis dengan security. Tak kenai pun tak pa, janji depa nampak kami kami nampak depa sudah la 😎 Tunggu punya tunggu sampai 730pm jugak baru keluar, hai la nyawa...bawak banyak2 sabar.

Sampai hotel about 830pm, singgah bilik hantar barang dan keluar balik. Nak cari barang sikit dekat Maslee Bandar Penawar, lepas tu tapau dinner dekat Ombak Rindu Seafood. Plan asal nak makan shawarma saja tapi dah habis, sudahnya tapau (sebab lone ranger) mee goreng mamak. Jalan sana sini macam tu je dah habis masa jugak, sampai bilik 9++pm. Niat nak pegi gym pun tolak tepi sebab gym hotel tutup about 10pm. Makan, mandi, solat dan tengok movie...yang pasti lepas tu movie tengok kami tido sampai pagi 😏


Tak tau lagu mana, lapa lagi ka tak cukup makan ka....boleh pulak kami malam tadi mimpi makan rojak mee minum cendok weh. Nakrahom mana pulak nak cari rojak cendol sedap celah2 Bandar Penawar ni 😒 Takpa2 rasanya boleh jumpa jugak ni, dengan berkat usaha yg jitu...hari ini misi mencari rojak cendol sedap akan bermula 😓 wish me LUCK!!!

Monday, December 11, 2017

Sunday...

Assalammualaikum semua...

Kisah hujung minggu, sekarang ni kalau update memang saya up cerita hujung minggu je la sebab hujung minggu tu je yang ada kisah 😁 Hari2 weekday tu ada cerita jugak tapi semuanya berkisah di tempat kerja which is saya memang tak share perihak tempat kerja dalam blog.

Tengah hari lunch dekat Oldtown White Coffee, bak kata suami...dah lama saya tersebut2 nak makan dekat sana. Terasa lama dah sangat tak melawat Oldtown tu, itu yang membuak2 keinginan. Lepas makan terus suruh kemas2 meja sebab dah nak mula ON laptop, nak siapkan kerja office yang mana patut2 tu. Sejam 2 jugak masa terpakai dengan suami pun sama busy dengan kerja dia jugak. 

Dah petang, tingin pulak nak tea break dekat tempat sama. Maleh dah nak mencari tempat lain. 

2 sets of bread toast with ice cream 

2 cups of white coffee

Habis kerja, tutup laptop...ON tab pulak. Layan fav series, Desperate Housewife yang tak pernah jemu dok repeat tengok bertahun2 😂

Wednesday, December 6, 2017

Kisah cuti panjang tapi tak ke mana2

Assalammualaikum semua...

Selamat kembali bertugas pada yang bekerja tu. Saya pun baru masuk office start semalam. Seronok la haiii dapat cuti dari Jumaat sampai Isnin walaupun hanya memerap dekat rumah, mengedap TV marathon tengok movie sampai pitam 😁 Selang sehari pegi menapak ke Ampang Point bagi lepas gian pekena kopi nan secawan. Nak jugak la keluar tengok dunia luar kan, walaupun sekadar minum kopi but it's worth it.

Isnin lepas, pegi Ampang Point sebab nak cari WiFi access. Punyalah semangat pegi Starbucks tapi hawau internet line dia down ke hapa tah. Kecewa, minum kopi laju2 lepas tu pegi mamak Rashid makan lunch. Mamak sekitar Ampang Point memang saya layan Rashid sajo, yang lain tak menepati citarasa sangat. Lepas tu gigih lagi pegi Starbucks semula tanya WiFi okay ke tidak lagi, tapi jawapan kecewa...still tak boleh. 2nd option, pegi Oldtown White Coffee pulak. Duduk cukup punya baek ko, siap dah plug in laptop kunun2 nak buat keje office terus tapiiiiiiiii WiFi pun tak jalan. Kecewa punya pasal terus order lagi kopi segelas sorang, ting tong kepala. 

Rupa2nya memang main line Maxis ada problem Isnin lepas dan nak dijadikan cerita semua access pun guna Maxis, cisss. Kecewa tak dapat buat kerja office walaupun phone berdering2 mintak action cepat, mood DOWN 😂

Terus balik rumah, baik layan kucing2 yang sedang menganas bergurau. Panjat sana sini lepas tu berlari keliling rumah sampai suami pun boleh menjerit marahkan kucing2 ni, memang lawak la tapi pening jugak kadang2 tu. 

Lepas tu buat cheese cake buat penyedap tekak 😃

Gitulah episode cuti panjang tak ke mana2 saya...uolsss macam mana pulak?! 

Saturday, December 2, 2017

Apam Beras

Assalammualaikum semua...

Menu breakfast pagi tadi. Teringat masa kecik2 tinggal dengan makcik, she always make this apam untuk sarapan lagi or any occasions. Memang sedap la, takde tandingannya 😁 

Malam tadi punya cerita leni, masak nasi macam biasa masa dinner tapi sebab suami dah tak makan semangat macam selalu, maka ada nasi lebih. Lebih tu sampai tahap boleh makan bagi kenyang sekali lagi tahapnya. Nak bagi kucing makan, kucing pun tak layan nasi ni...kalau letak ikan rebus goreng sekali pun tetap bolayan. Nak buat nasi goreng, macam tak lalu pulak. Pikir punya pikir, teringat apam...YES nasi pun boleh dijadikan apam jugak. Senang je cara membuat apam beras.

Bahan2nya:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu kecil yis kering
Pewarna makanan (saya tak letak)
Kelapa parut putih (saya tak letak)

Blend nasi dengan air hingga halus dan campurkan brown sugar serta gula pasir, blend sekali sehingga sebati. Di dalam bekas lain, satukan bahan2 kering dan gaul sehingga sebati. Masukkan bahan blend tadi ke dalam bekas bekas bahan2 kering dan kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam (saya buat sebelum keluar jogging pagi tadi). Sementara menunggu cukup 3 jam tu, bolehlah sediakan acuan2 kecil yang nak digunakan semasa mengukus nanti. 

Didihkan air dalam pengukus dan balut penutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis atas apam tu nanti. Sapukan sediakan minyak jagung pada acuan kecil untuk mengelakkan apam dari melekat. Selepas 3 jam dan adunan cukup kembangnya, bolehlah letakkan pewarna makanan sekiranya suka. Seperti yang saya nyatakan tadi, saya tak letak pewarna tambahan dan lebih suka pada warna asal brown sugar tu sendiri. 

Masukkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar sehingga masak. Tunggu apam sejuk dan baru keluarkan dari acuan.   

Hidangkan dengan minuman kegemaran uolsss, macam saya semestikan teh o lemon panas. It's my perfect breakfast 😂