Monday, January 29, 2018

Admited

Assalammualaikum semua...

Sejuk sungguh pagi2 Senin ni, barakah sangat. Tapi hati sedikit gundah gulana, sayu pilu semua ada. Terima message dari kakak yang sulung, kakak saya yang sorang lagi admitted Khamis lepas di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Bukan setakat kakak saja tapi cucu saya (nenda muda 😂) pun admitted hari yang sama di wad kanak-kanak di hospital yang sama jugak. 

Kakak admit selepas sakit perut, memula suspect sebab dia makan durian frozen tapi ada masalah lain rupanya. Punca sebenar masih tak tau lagi, after CT Scan saja baru boleh tau masalahnya. Dapat next appointment for CT scan on 07/02 di hospital yang sama, memang tak la nak tunggu selama itu sedangkan condition my sister masih yang sama. Hari ini my sister pegi ke Mawar Hospital selepas dapat referral letter. 

Cucu admit pulak sebab ada jangkitan kuman pada paru2. Patutlah baby tu seminggu dua ni batuk selsema tak sembuh walaupun dah berkali2 bawa ke klinik. Lebih mengharukan, last Saturday adalah hari aqiqah baby Aidan. Perancangan tetap diteruskan sebab semuanya dah di atur tapi majlis tanpa 'perantin'. Program terus ditukar kepada majlis doa selamat sahaja.   

Hari ini saya masih masuk office, besok onwards baru start cuti. Perancangan awal cuti2 panjang ni nak rehat2 saja di rumah tapi sekarang kena rombak semula. Saya akan balik ke Seremban sepanjang tempoh cuti ni, jaga kakak. Mujur saja anaknya yang study di Kuching sekarang tengah cuti semester, sementara ni dialah yang bergerak sana sini serta update status. Sekarang dugaan datang tanpa diundang, kita bantulah mana yang termampu. Bukan orang lain pun, ahli keluarga sendiri jugak.

Sehari dua ni agak sibuk berulang ke hospital, termakan pulak wafer dekat cafe hospital tu. Eh sedap le pulak rupanya wafer ni ek, boleh la lepas ni 'saja' datang cafe sepital sebab nak makan wafer ni 😁

Meh kita 'rawat' diri sendiri dengan doa jugak 

Tuesday, January 23, 2018

Neighbours Cafe Ampang

Assalammualaikum semua...

Apo kaba orang kg, sudah lama tak berjumpa...
Kirim2 kan berita, adakah sihat sejahtera 💃💃💃

Kemon...happy sikit. Minggu depan kito cuti panjang, ambik 3 hari dapat 9 hari leave terus menerus. Uisss meriah sangat dah tu, so apa plan uolsss semua 😁 Saya takde plan berjalan ke hapa, plan nak duduk rumah tido makan tido tu memang hado sangat. Tak kuasa nak berjalan duduk dalam kereta sangkut di jalan ber hour2 lamanya, dah jadi sinonim pulak situasi tu setiap kali cuti panjang.

Terus saja kisah makan2 hujung minggu lepas. Mencuba dah berkali cafe ni tapi ini kali baru nak review dalam entry. Cafe sepelaung dengan rumah, jalan kaki pun sampai...sungguh ni tak tipu, tapi dengan rumah saya je la. Mengenangkan malas nak tawaf beberapa kali mencari parking, saya dan suami decided untuk buat night walk. Malam bukannya panas pun, bahang pun tiada...mampu nak berjalan kaki ke Neighbours Cafe.

Makanan dekat cafe ni adalah sedap, tidak mengecewakan setakat yang kami dah pergi. Ini antara makanan yang pernah kami cuba hasil dari beberapa kali singgah tempah ni...  

Tea pot

Club sandwich 

sungguh la tak ingat nama cake ni

Kueh tiew goreng 

Meatball 

of course my coffee ❤❤

Enviroment cafe ini sama saja dengan hipster cafe yang lain. Tak kuasa pulak nak ambik gambo keliling 😁 Cafe ini pulak dimiliki oleh Islam/Melayu dan di jamin HALAL tanpa ragu2. Cafe dijaga dengan baik tahap kebersihannya dan so far beberapa kali datang ke cafe ni, saya tak pernah nampak ada pekerja warganegara luar bekerja di cafe ni. 

Kalau korank nak cuba, sila kan. Nah address...

Neighbours Cafe Ampang
17G, Jalan Bukit Indah 5
Taman Bukit Indah, Ampang

Wednesday, January 17, 2018

Bahang

Assalammualaikum semua...

Sejuk lagi ke tempat korang, sesejuk hujung minggu lepas tu. Sekarang ni tempat saya dah paneh membahang tapi saya betul2 menikmati cuaca sekarang, tak tahan la hai sejuk2 macam ari tu. Nampak nau tak layak pergi negara2 sejuk turun salji tu ek, nak buat macam mana...hakak redho 😅


Senin lepas rasa seronok sangat bila nampak cahaya matahari dah mula membahang. Rasa macam nak tekap pipi dekat cermin tingkap, tapi takut la pulak kena marah dengan kakak cleaner. Kak Semah cleaner tu garang weh 😆

Sama jugak keadaannya di ulu banak negeri Johor. Saja duduk berjemur tengah panas tepi pantai ala2 sun bathing diva jemah gitew. Gila la penangan Malaysia di landa musim sejuk seketika, impact melampau. Tapi ini semua terjadi pada diri saya SAHAJA, ingat tu. Saya memang tak tahan sejuk, cuaca sejuk seketika ari tu cukup memberi dilema dalam diri. Tak nak sejuk2 sangat, syukur alhamdulillah dengan cuaca negara kita yang katulistiwa ni. 
  
Sebelum terbang meninggalkan suami buat seketika Senin lepas, singgah dinner dekat2 dengan KLIA. Suami free boleh hantar ke airport, kalau tak pepandai la isteri nak hidup berdikari. Biasa dah pun macam tu, tak payah nak buat drama kesat air mata hidung bagai. Cuma kesian tu adalah, selalu suami sangat kena tinggal tapi tak jugak suami tu nampak kecik...lagi membesar badan tu adalah 😌

Monday, January 15, 2018

Cuaca sejuk tapi tak beku

Assalammualaikum semua...

Hari yang sejuk lahaiii sampai ngeri sangat tengok air sekarang ni. Kalau nak terkucil tu boleh ditahan, mau saja tahan dari kena masuk bilik air dan kena air. Sejuknya sampai ke tulang uolsss 😌

Pagi tadi saja mandi dengan air panas, sungguh punya tak mampu menahan kesejukan air. Rumah iolsss takde water heater, kena masak air seperiuk letak dalam baldi campur air sejuk sikit bagi suam2 berasap. Suam2 kuku dah tak mampan uolsss. Sebaldi je tau, dah lebih dari cukup buat mandi pagi tadi. Itu pun dah mampu buat kuku bibir jadi biru lebam 😐

Keluar pegi kerja, pakai long sleeve kemaja dengan harapan dalam bus nanti jangan la sejuk sangat. Niat asal nak cari shawl tapi tah mana selitnya. Alhamdulillah, boleh secure sampai tempat kerja..tak la sejuk sangat dalam bus tu. Tahan tak minum air sebelum keluar rumah, sejuk2 ni pantas saja nak terkucilnya.

Menjelang tengah hari ni, ada nampak sinar matahari. This is the time that we have to appreciate for. Suam habang sinar matahari cukup membahagiakan 😁 sungguh uolsss, rasa macam nak pegi berjemur dekat tengah padang kekdahnya. Saya bukan seorang yang tahan sejuk, sejuk sikit pun dah rasa macam sejuk sangat...makanya saya memang tak appreciate cuaca sekarang ni. Too hard for me sampai malam tido pun tak lena sebab sejuk sangat.  

Sekarang ni setiap malam gigih minum 'minuman untuk jantung sihat' gitew. Minuman ni memang saya buat untuk suami tapi this time saya pun minum sebab rasa halia tu mampu beri rasa sedikit panas dalam badan. Sangat2 segar lepas minum, terus boleh tido lena 💤

Macam mana korang lalui hari2 sejuk macam ni?!!!

Monday, January 8, 2018

Melawati Run 2018

Assalammualaikum semua...

1st run this year 2018. Fresh start after long break, almost 3 month w/out any long run or even traning. Setakat less than 10km tu ada la tapi nak dapat seminggu sekali tu agak mencabar jugak. Adalah alasannya here and there tapi saya akan perbaiki/susun semula jadual hidup. This is the one activity yang saya suka, so takde alasan lain untuk satisfied kan kepuasan diri sendiri kan. 

For the fresh start, saya nak mula dengan short KM. Tak berapa berani nak go for long run, kang hakak pancit di tengah jalan pulak 😌 Melawati Run 2018 adalah pilihan.

Pernah sertai event ni in 2015 kalau tak salah, and now join semula. Banyak improvement dari last event tapi ada jugak hiccup sana sini, tak perlu reveal...bukan kita organizer berbayar pun 😁

Details event : Melawati Run 2018
Date                : 07th January 2018
Venue             : Lorong Serawak (Main entrance Melawati Mall)
Catagory        : 15KM Women Open

Siapa tinggal area Melawati tau la route dekat situ macam mana kan, hill all over the track...mendaki turun, mendaki turun sampai la ke garisan penamat. Last 5KM mendaki near tu water damp terus hancus pace saya 😂

Anyhow, adalah agak memalukan kalau tak habiskan perjuangan kan. Manage to finish in 

01:45:37
Ranking in Category : 37/168

Its worth it after resting lama, terasa kepuasan. No pain no gain kan. Bib no tu takde nama sebab register last minutes jugak event ni, seminggu sebelum kalau tak salah.   

Official result dan e-cert dah attached. More run after this, inshaAllah 😃

Wednesday, January 3, 2018

Kek Coklat Moist sempena 2018

Assalammualaikum semua...

Selamat tahun baru 2018, soalan paling WIN...ape azam baru uolsss!!!

Azam baru kami, makan and makan and makan kot 😁 Selagi boleh makan kami makan la, besok2 kalau dah tak boleh makan...kami berhenti makan.

Permulaan tahun baru, nak lebih rajin lagi memasak di dapur sendiri. Asyik makan hasil air tangan orang lain je, erm tak menjamin kebersihan yang jitu gitew. Biar masak sendiri, walaupun tak sedap tapi kalau suami puji sedap pun dah rasa melayang2 ken 😂

Okay cukup dengan mukadimah merapu tu, back to point of topic je. Modal cerita hanyalah nak bagi tau hangpa2 yang kami buat kek cekelat weekend ari tu je. Merapunya macam ala2 kami berpesta tengok bunga api segala ken 😃 

"Chocolate makes everything better", ungkapan yang rata2 pencinta cekelat akan setuju berjuta2 lemon. Sebut pasal coklat, mesti terbayang makan coklat sedap, minum hot choco, makan kek cekelat pelbagai version...apa2 aje berkenaan dengan coklat boleh membuatkan kita automatic terkeliur cukup dengan kata2 sahaja. Samalah tu dengan suami kami, tiba2 pulak teringin nak makan kek coklat. Cepat je kami ajak makan dekat luar sepotong kek, demand hokey...nak kami buat sendiri. Kami ni mula2 malas jugak nak layan tapi malas2 pun kami buat jugak, pahala weh 😄 Maka terjadilah kek coklat moist (tengok gambo macam tak moist je jah) 

1 cawan air 
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak 
1 cawan serbuk koko
***semua sehingga likat***

2 biji telur 
***dipukul dan masukkan ke dalam bahan2 tadi***

1 cawan tepung gandum 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh double action baking powder
***ayak dan campur dalam adunan tadi***

Panaskan kukus dan kukus selama 25 minit.

Untuk ganache pulak;
1 cawan minyak 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
***masak atas api sehingga pekat***

Lepas tu curah la lagu mana nak buat atas kek ka belah dua kek tu ka...ikut suka. Lepas tu makan dengan gembiranya 😅

Kalau dah makan kek coklat, kena minum kopi...baru mesera orang kata. Meh pekena kapal api java latte satu. Baru berganda2 nikmat donia 😆