Wednesday, February 28, 2018

Dedar

Assalammualaikum semua...
 
Sihat ke?!. Sekarang ni panasnya cuaca bila siang, tak pasti pulak kalau tempat uolsss ada hujan tapi dekat hujung Malaysia ni paneh lit lit gitu. Bila panas di luar bangunan, dan masuk bangunan pulak sejuk aircorn...sekarang ni saya dah rasa badan dedar semacam. Kepala rasa semacam tapi still larat nak membawa diri. Perut pulak dari pagi tadi rasa sakit tapi tak pasti pasal apa. Nak kata salah makan, tidak pulak memulas cherry berry.
 
Hari ni keluar dari site adalah sedikit awal, driver kena pegi airport sebab besok dia cuti. Kena drive sendirilah nampak gayanya besok, boss saya memang takkan drive punya. Tadi drive pun rasa kabur2 je pandangan, ish jangan besok tak boleh drive sudahlah.
 
Sampai awal, dapat parking depan hotel. Masuk bilik terus baring berselubung, aircord ON pada suhu yang tinggi. Dapat lelap 5pm sampai ke magrib. Bangun terus solat, punyalah sejuk bila kena air di badan. Tak nak layan sangat badan ni, terus siap2 pegi gym. Biar keluar peluh jahat2 tu, besok pagi bangun dah segar semula...inshaAllah. 
 
Mungkin rasa susah hati membawa ke badan. Benarlah orang kata, bila hati kita tak tenang...kesannya boleh dilihat terus ke badan ye. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Ada benda terbeban dalam diri, tak terlepas2 lagi...sedangkan tahap sabar tu dah senipis kulit bawang.

Jumaat ni makan makan dekat McD la bila dah sampai KL nanti. Teringin nau2 dah rasanya. Maklumlah dekat hujung Malaysia ni takde McD 

4 comments:

Maria Firdz said...

Moga diepdipermuda segala urusan...

Hans Hanis said...

moga urusan dipermudahkan
best lah dapat makan mcd :)

Abam Kie said...

Wah! Bestnya boleh pakai driver. Kita je kena drive sendiri jauh2..

Sheila Adziz said...

semoga dipermudahkan segala hal... wah ada driver best... hehe