Tuesday, March 27, 2018

Cerpen by Nadia Khan

Assalammualaikum semua...

Hujan la hai sepanjang hari ni sejak dari malam tadi, lebat pulak tu. Menggigil duduk dalam selimut pun rasa macam tembus je hawa sejuk tu. Mulalah badan rasa tak berapa nak IN bila dah cuaca gini. 

Bila sejuk jugaklah perut ni lapar memanjang mintak diisi dengan sesuatu yang sedap + panas2. Sedapnya kalau dapat sup panas2 sekarang. Dapat sup kosong pun layan jugak asalkan sup panas berasap. Tapi buat masa ni, telur rebus ni je yang mampu dapat pun. Nak turun bilik dah malas kalau dah berlingkar atas katil. 

What i do is, masukkan telur sebijik ni dalam kettle dan panaskan air banyak kali. Kalau panaskan sekali je boleh tapi telur tu separuh masak kejadiannya. Buat masa ni takde pulak sudu dalam bilik hotel. Mangkuk tu pun memang dah bawak siap2, senang nak letak makanan bila perlu. Lepas dah dapat telur yang masak keras, tunggu sejuk dan makan dengan kicap manis. Mana dapat kicap, beli lah dey...takde nya hotel ni nak layan tekak guess sediakan semua benda yang kita nak.

Ini saja menu dinner malam ni sebagai anak perantauan gitew 😅

Sambil layan Cerpen by Nadia Khan, habis dah baca malam ni. Rasa macam nak repeat baca tapi saya proceed dengan novel lain dulu, ambik mood orang kata. 

Cerpen by Nadia Khan ni tak bosan dibaca sebab buku ini adalah himpunan cerita pendek dan 3 skrip filem pendek di dalamnya yang ditulis sendiri oleh penulis. Sebahagian dari cerita2 pendek tersebut pernah disiarkan di akhbar dan majalah yang sememangnya saya jarang nak beli 😆 Rugi weh beli suratkhabar majalah sekarang ni, baik baca online je. Tapi untuk membeli novel, saya tak pernah rasa rugi lagi walaupun ada online novel nowadays. 
   
Boleh dikatakan almost semua cerita dalam cerpen ini saya suka, itulah sebabnya saya memang ingin untuk ulang baca sekali lagi the whole book's pun. Banyak kesimpulan secara pro and con dalam setiap cerita2 yang di sampaikan, terpulang pada perception pembaca sendiri untuk menilai setiap cerita yang ada. Bagi saya buku ini sangat santai penceritaannya dan sesuai untuk semua golongan pembaca, yang matang saja la. 

Sunday, March 25, 2018

Makanan

Assalammualaikum semua...

Macam mana hujung minggu uolsss setakat hari ini, hope perfecto inshaAllah. Saya lalui hari2 minggu seperti biasa saja. Lebih di rumah sahaja sebab sekejab lagi dah nak travel semula, rasa malas pun ada jugak tapi dah tugas...malas nak comment. Ada jugak keluarnya semalam ke majlis kenduri kawin.

Seawal 630am semalam dan hari ini dah keluar jogging, ini kena buat sebab another 2 weeks another run event nak kena hadap. Pulun traning lah lepas ni, secara paksa ke rela ke hadap je lah 😓

Complete traning 18km pagi tadi, just slow n easy je. Ngam habis lari dah dekat2 9am, terus pegi mini market beli grocery sikit untuk masak. Plan nak masak sambal sardin, masak lebih untuk buat frozen jugak + saya pun boleh bawak bekal sikit ke Johor. Makan dengan roti malam2 dalam bilik kalau malas sangat nak turun cari makan nanti.


Masak sekejab, satu jenis makanan je pun. Lepas tu nak kena bersiap2 ke airport pulak. Dalam 2pm keluar rumah, tidaklah terlalu lewat...biar awal sampai area airport. Biasanya awal sampai tapi akan berhenti minum2 dulu dekat area Chartered Field. 45mins before boarding baru pegi airport.


Jemputan kenduri kawin semalam. Bukan sapa2 pun, ahli keluarga sendiri jugak 😀 Jemputan di Lenggeng, anak buah kepada abang ipar yang kawin ni. Dah janji dengan my kakak untuk pergi sama. Terus balik ke Seremban jemput my kakak dan terus pergi ke Lenggeng.

Masa nak balik semalam terus dapat lagi bungkusan2 makanan kenduri (bungkus sendiri 😂) Adalah lebih kurang 4 jenis makanan, bestlah dapat buat tambahan frozen food lagi. Ginilah adat weekend wife, suami dekat rumah kena jugak tinggalkan makanan untuk dia walaupun dia tak kisah untuk makan dekat luar hari2.

Besok dah mula kerja semula, cuti sekolah pun dah habis kan...  

Tuesday, March 20, 2018

Gigi

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah sejuk bumi Ampang pagi tadi, semalam dipulun hujan selebat2nya sampai air sungai Ampang naik mendadak...mujur tak melimpah 😅 Dah beberapa hari panas terik tanpa hujan. 

Pagi tadi sebelum pegi kerja, nak pergi klinik gigi dekat Klinik 1 Malaysia di UTC Pudu. Kawan di tempat kerja suggest pergi ke sana, service better + layanan baik dan yang penting tak ramai orang. Saya ni kalau bab klinik gigi memang azalinya payah nak pergi, kalau pergi pulak mulalah rasa sakit perut, badan nak demam, berpeluh tak pepasal...sah takut nau dengan doctor gigi tu 😭 sungguh ni tak tipu.

Tapi tidak untuk klinik 1 Malaysia yang saya pergi ni, mulanya memang dah gemuruh sesangat tapi result selepas rawatan, sangat mengujakan. Tapi gusi saya tak sihat la, banyak gigi yang kena diberi rawatan dan penjagaan 😩 Tiba2 rasa menyesal pulak tak jaga betul2 masa gigi tengah kuat bertenaga dulu, la ni dah goyang sana sini baru nak insaf. 

Service hari ini untuk adalah cuci karang gigi, tak nak citer la karang gigi saya macam mana kan...dah kata tadi gusi tak sihat, pepaham sudah 😖 Suami pun buat service yang sama tapi dapat pujian dari doktor, gusi sihat + gigi pun baik cuma jarang2 tu dah semula jadi kejadiannya. Ada iri jugak dekat situ tapi terpaksa telan jugak hakikat gigi sendiri tak sebaik gigi suami.

Untuk semua service di atas in total saya bayar hanya RM3. RM1 untuk pendaftaran + RM2 untuk rawatan cuci gigi. Sangat2 berpatutan. Suami pun nak suggest dekat adik dia untuk hantar anak2 buat rawatan gigi di klinik 1 Malaysia ni. Untuk kanak2 yang masih bersekolah, ada perkhidmatan braces untuk mereka. Orang dewasa takde lah ye.

Saya ni pulak peel kalau selepas cuci gigi mesti tak nak makan, hilang feel kot sebab taik 💩 gigi dah hilang 😂 Sebelum tu dah siap2 pegi makan makanan korea petang semalam di kala Ampang hujan lebat. Ye la, ko hilang akal ke nak makan sup panas2 tu lepas cuci gigi. Mau ngilu tak sudah nanti, ishhh potong selera tu. So hari ni masa tulis entry ni, iolsss tak rasa apa bila tengok itu gambar. 

 lili tido
lulu tido

Penjagaan gigi itu penting, tak kiralah gigi kapak taring arnab jarang ronggak ke hapa bagai. Fungsi gigi jugak adalah penting dalam diri kita. Ada yang mengatakan gigi juga adalah gen keturunan kita. Jagalah gigi selagi ia masih sihat dan kuat. Gigi nak pakai lama kan, baru senyum ada manis nanti.

Ni iolsss tengah dok riki2 suplement baik untuk gusi dan gigi...ada cadangan brand apa yang bagus?!!!

Sunday, March 18, 2018

Pasta Goreng Dengan Zucchini & Tomato Ceri

Assalammualaikum semua...

Cuti2 hujung minggu ni macam biasalah ye, kita kaum hawa musti nak masak sedap2 untuk keluarga tercinta kan. Tidak terkecuali untuk saya jugak. Hujung minggu lah masa yang paling sesuai untuk main masak2 di dapur. Biasanya kalau masak lauk tu saya akan masak lebih untuk dijadikan frozen food, senang untuk suami jugak. Bila nak makan, tinggal panaskan saja makanan dan makan ikut suka dia nak digandingkan dengan nasi, roti or oat. 

Hari ini saya sediakan pasta untuk lunch kami. Ini tak boleh nak frozen lah ye, tak berapa sesuai. 

Antara bahan2 yang diperlukan:
Pasta ikut apa jenis yang ada di dapur uolsss
Bawang merah > dihiris 
Bawang putih   > dicincang
Zucchini            > dipotong memanjang 
Tomata ceri      > dibelah 2
Meatloaf ayam > dipotong kecik2
Sosej                   > dipotong kecik2
Olive oil 
Butter
Serbuk lada hitam
Bahan perasa
Parmesan cheese 

Rebus pasta sehingga masak, tos dan ketepikan. 

Panaskan olive oil dengan butter dan tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan meatloaf dengan sosej dan kacau sehingga masak. Masukkan zucchini dan tomato ceri dan kacau sehingga sayur sedikit layu. Masukkan pasta yang sudah dimasak awal tadi bersama serbuk lada hitam dan bahan perasa. Masukkan sedikit olive oil dan kacau semua bahan dan boleh tutup api 

Taburkan parmesan cheese semasa menghidang. Makan ketika panas2 baru um 😋 

Kaki masih sakit akibat larian malam tadi. Itu sebab tiada langsung training sebelum run event...akibatnya tuan badan tanggung sendiri 😓

Monday, March 12, 2018

Air dan Kucing

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah, air dah ada dekat rumah yeahhh. Yeahhh la sokong kawan2 yang terpaksa bersukat air selama seminggu minggu lepas. Ikutkan kawasan rumah saya pun effected jugak tapi sebab tangki air besar, bekalan air tu sentiasa ada sepanjang minggu lepas walaupun kawasan sekeliling dah takde air lagi. Yang teruk adalah kawasan2 rumah teres, memang menunggu lori air setiap hari. 

Saya ni sebenarnya tak tau menahu pasal beberapa kawasan di Selangor terputus bekalan air. Punyalah tak sempat nak tengok news isu2 semasa kalau outstation di Johor tu. Suami pulak memang tak update sebab still under cover katanya + kalau inform pun apa je yang saya boleh buat. Baguslah kalau dia berfikiran macam tu 😀

Sabtu lepas selepas collect race bib dekat Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, terus balik Seremban selepas singgah lunch di Kampung Baru. Suami sekarang rajin bebenor ikut jalan dekat area KLIA untuk ke Seremban, katanya now dia dah pro jalan2 dekat area situ. Maklumlah setiap minggu mesti ke KLIA kan ngantar bininya ni 😁 Alang2 dah lalu KLIA terus ngajak singgah Mitsui untuk solat asar, motip sangat kan walhal boleh je singgah masjid KLIA tu. 

Teringatlah dalam kepala nak membeli run compressor baru, tahun ni belum ada lagi membeli run ettire baru. Reward diri sendiri atas minat yang ada, apa salahnya. 

Balik Seremban selalunya dengan bekalan baju kotor jugak + takde air kan, lepas tu nak pegi dobi dekat ampang...perhhhh bertabah bila tengok Q memanjang. Pertama kali tengok dobi self services begitu meriah dengan pelanggan. Sampai je Seremban, terus ke Senawang mencari dobi. Alhamdulillah dapat jugak basuh baju stock minggu lepas yang dah melimpah bakul 😂

Hulu hilir at the end sampai rumah my sister dah nak tengah malam. Bila masukkan kereta dekat parking terasa macam lain pulak situasi. Biasanya ada bunyi kucing2 bersahut2 tapi kali ni senyap je dengan sangkar2 pun dah takde...puzzle di situ. Tanya my kakak mana kucing2 tu semua tapi mula2 tu kakak macam tak nak cerita. Dah kena tanya lama2 kakak pun informed that kucing2 tu semua dah mati kena serang dengan anjing liar. Tak tau dari mana anjing2 masuk kawasan rumah. Memang kesian sangat bila dengar, mujur saja mayat2 kucing tu takde kesan gigitan cuma tak pasti macam mana boleh mati. Dah sunyi rumah my kakak selepas kejadian tu 😭. Ada yang dapat diselamatkan tapi she's dah fobia dengan bunyi salakan anjing + anjing2 liar tu still datang lagi sebab tau still ada kucing yang survive. Jahat betul anjing2 tu, rasa macam kalau nampak depan mata...nak rejam je dengan batu. My bil dah suruh kakak call MPS tapi biasalah kakak saya ni malas nak cari hal, takut nanti anjing yang tak berdosa pun kena hangkut sama. Ish dah jadi macam tu pun still nak diam jugak...geram jugak la dekat situ.

Balik ke Ampang malam tadi selepas hantar my niece ke Kampung Baru. Lepas tu terus singgah minum kopi dating2 dengan suami sebelum balik ke rumah.

Habis dah kisah hujung minggu lepas 🙇  

saya dan kopi payah nak diceraikan

add pulak cake, what a lovely evening 💖

Thursday, March 8, 2018

Rindu

Assalammualaikum semua...
 
Saya ni dah tak sabar nak balik KL petang ni, lama sangat dah rasanya di Johor even weekend pun macam terkejar2 nak travel sana sini. This coming 2 weeks time ni harapnya maintain in schedule dekat KL saja. Lama dah tak lenjan lari on the rood, dalam bulan ni pulak ada run event. Mati la...dah lah langsung takde training.  
 
 Rindu nak lepaking dengan suami sambil2 minum kopi...

Rindu nak berebut makan kek nan sepotong ni dengan suami...
 
 
Suami aku ni rindu ke tidak dengan bini dia ni ek?!!! 

Monday, March 5, 2018

Wedding last weekend

Assalammualaikum semua...
 
Last Saturday attend wedding my office buddy at Glenmarie Golf Club Shah Alam. So teruja for this invitation sebab boleh jumpa kawan2 lain yang definitely dah lama tak jumpa. Saya kan dah jauh dari office KL, saat2 macam ni memang sentiasa di tunggu. Apa orang kata, its good time to get together gitew.

Saya dan suami sampai about 10-15mins perantin naik atas pelamin, masuk2 hall je dengar doa sedang dibaca. Lega rasa hati, ingatkan kami dah lewat sangat tiba...biasalah my suami kan bukan planner yang bagus, setiap kali lambat memang confirm berpunca dari dia mihmihmih. Mujur lagi masa sampai club, still ada reception yang menjaga...if not terkapai2 mencari meja sendiri.

Majlis memang pantas berlalu, by 10pm tetamu dah mula beredar pulang...saya still luangkan masa bergambar2 dari meja makan sampai ke pelamin. Suami tetap tunggu dengan setia, nak wat macam mana kan...dia takde geng sembang. Lepas habis sesi bergambar, terus je pulang.

Sampai Ampang about 11pm, masih awal kata suami lalu terus ajak dating minum coffee dekat Mc Café Ampang. Minum coffee je sebab desert dekat Mc Café ni tak berapa nak kena dengan tekak, jadilah dari takde langsung kan. After that terus balik rumah.
 
Ini gambar bukan gambar majlis last weekend tapi majlis anak saudara my friend, majlis dah lama...mau dah 2 tahun kot. Perantin ni pun anak dah besar hahaha. Tapi nak citer la, sedapnya lahai lauk dekat Glenmarie Golf Club tu. Ada kari kambing tu, teringat2 sedapnya sampai sekarang. Selected of food jugak berpadanan, kuih muih pun sedap2 sampai suami beria makan kuih koci 3 ketul. Finger bite size tapi kalau dah sedap takdenya nak makan seketul kan. Cuma desert kacang hijau maneh aiiiii, nak naik pelamin kot tukang masaknya ni.
 
Overall segalanya baik2 saja, hope perantin berbahagia sehingga ke jannah inshaAllah.

Gambo perantin malam Sabtu pun tak transfer lagi, saya up gambo lama je la ek...aci kan. Gambo dengan my best friend on her nephew wedding dekat Melawati if not mistaken. Ahad tak banyak rancangan sebab petang dah nak fly back to Johor. Suami pulak tak berapa sihat malamnya lalu makan ubat demam. Terus siang hari minggu bangun lewat, 2pm kot baru bangun. Saya ni malaslah nak kejut2 orang tengah tido, mau mengamuk bergaduh tak pepasal nanti. Result nya, saya tak sempat nak drop luggage...mujur saja beg ringan. Makanya jangan berani lagi nak cuba keluar rumah 3pm sedangkan boading time 445pm huhuhu. Kalau dari Seremban memang sangat sempat tapi kalau dari Ampang, memang gampang