Sunday, April 29, 2018

Weekend tanpa kereta

Assalammualaikum semua...

Weekend yang tidak keluar dari KL, duduk diam2 dekat rumah dari semalam sampai Selasa ni...inshaAllah. Besok cuti, dapatlah terus menerus 4 hari...tak ke mana pun, nikmat je duduk di rumah masak makan tido.

Pagi Sabtu jumpa my kawan baik, Anis...singgah hantar barang. Minah ni main terjah datang sedang saya lagi busy berlari ukur jalan sekitar taman perumahan. Terus je complete kan satu pusingan dan singgah kedai beli barang untuk nak masak dan balik rumah. Laju2 kejut suami, and tunggu diorang sampai rumah. Jumpa dekat area parking je pun 😳

Selepas Zohor hari yang sama, kami keluar nak ke Quill Mall untuk collect run bib. Naik bus all the way sampai Dang Wangi LRT Station and berjalan ikut shortcut sampai destinasi. Settle urusan run bib, terus cari tempat makan...tak lunch lagi + perut lapar mengila dah. Singgah makan di Ah Cheng Kopitiam, plan asal nak makan asam laksa tapi ter order kari laksa 😵 

Masa jalan dalam Quill Mall, terjumpa kawan masa kerja di office lama dulu. Tegur salam borak kejab, lepas tu berlalu. Singgah booth Brooke dekat area bib collection tadi, terus sambar sepasang run shoe. Memang ada plan nak beli run shoe baru memandangkan run shoe lama dah over mileage. Jadilah dapat sepasang dengan price yang agak murah 🙆

Singgah minum kopi sementara tunggu hujan berhenti. Akhirnya petang Sabtu turun jugak hujan, sejuk sikit alam semesta. Selepas hujan berhenti, kami berjalan kaki ke bus stop depan Renaissance Hotel, balik rumah.  
   
Lepas Magrib, keluar semula nak cari makan. Once again jalan kaki dari rumah ke tempat makan area rumah jugak...mujur saja tak jauh. Nikmatlah dapat makan ABC malam tu, kemahen paneh lagi haba malam selepas hujan.

Siang tadi my anak buah datang rumah hantar hamper ni, ada dapat lebih katanya...hakak terima dengan tangan terbuka je. Penuh dengan junk food macam tu sapa tak suka kan. Super Ring tu je suami hadap sorang, tak dan nak share 🙊

Beginilah setakat hari ini, membuktikan tanpa kenderaan persendirian kita masih lagi mampu untuk ke mana2. Cuma kena usaha lebih, sabar lebih dan sentiasa ada cash in hand. Selama seminggu ni saya bergerak hanya menggunakan perkhidmatan bus Rapid sahaja, tanpa menggunakan LRT or order Grab. Masih sampai office on time dan sampai di rumah sebelah petangnya awal, yang penting kena rancangan perjalanan dengan betul. Kos, jauh lebih murah. Hope boleh bertahan momentum naik bus pergi balik kerja selepas ini even kereta dah elok 🙏

Friday, April 27, 2018

Kereta

Assalammualaikum semua...

'Patah kaki' this week, kereta meragam lagi last week. Suami ambik dekat KLIA and terus balik Seremban. Sebelum balik rumah, singgah late dinner dulu dekat McD...masa nak balik tu lah bermulanya kisah. Kereta boleh start tapi macam takde power, boleh bergerak tapi merangkak di bukit. Engine mengaum, dah rasa macam mengogok petrol ni...mau cepat habis petrol kalau teruskan jugak perjalanan. Mujur saja dah sampai Seremban masa tu, jadi terus balik rumah. 

Malam tu dah berkira2 dalam kepala, boleh ke tidak nak proceed to Melaka. Di Melaka ada my officemate wedding, dah berjanji pulak nak datang. 

Next morning lepas breakfast, terus suami hantar kereta tu workshop tempat my kakak selalu hantar. Depa pegi berdua je, saya kena duduk rumah standby to ambik my anak saudara later on dekat KTM Seremban. Once dah check2 bagai, alahaiiiiii major problem uolsss 😞 dekat engine. Kereta ni 2 je major problem, kalau tak engine mesti aircond. Terus cancel plan nak pegi Melaka, dah takde rezeki nak makan nasi lauk perantin ari tu. 

Cost spare part je dah cecah 500++, kalau check yang lain2 and repair termasuk labour charge bagai tu...overall boleh cecah 700++. 'Tabah' tu tidak la, tapi 'bertabah' lah jugak sebab still kena ada kereta jugak kan nowaday 😟 Kereta still tinggal dekat Seremban, later my abang ipar akan send kereta to workshop, let him kawtim dengan orang bengkel tu...cina sama cina ni senang nak kepoci 😡 Kena banyak safe lah bulan ni, budget dah lebih ke kereta 😣

This week pegi balik keja, pandai2 lah nak hidup. Kita masih mewah dengan public transport kan, alhamdulillah.

Meh makan je la untuk merawat luka poket hakak yang koyak bulan ni 😢😤 Mujur ada nafsu makan lagi.

Jangan di cakap, "tukar je kereta baru"...hey, ni tahun bukan untuk tukar kereta ye. Mau menganjing hakak nanti 😬😭

Friday, April 20, 2018

Comolot by Hilmi Loma

Assalammualaikum semua...

Today is friyayyy, dah tak sabar nak naik flight petang ni. Bukan sebab nak bercuti, tapi tak sabar nak balik tengok suami dan keluarga lol. Nak drive jauh + maleh + penat, baik keluarkan duit yang ikutkan sama je cost nya kalau naik flight pun. Ikut keselesaan la kan, pilihan masing2 😙

Comolot by Hilmi Loma

Dah...jangan nak pikiran tu pikir yang lain2 pulak. Takat comolot je, tak lebih2 pun citer dalam novel tu...kalau berahi jugak, itu bukan masalah kami la ye 😚

Mengisahkan 3 beradik, che baya dan puaka komolok. Kalau baca sekali memang tak susah nak faham jalan ceritanya tapi saya baca berkali2 pun tak paham2 jugak 😛 Seyes hokay, terlalu banyak watak2 yang berkait bersangkut sampai serabut. 

Berkenaan komolok, dendam kesumatnya hanya pada lelaki ke atau apa. Lepas tu gigih nak membentuk negara yang at the end tak jadi ape pun. Kaum dia pandora tu kaum bangsaan apa pulak, adakah kaum ini yang mentadbir negara tu. Tapi yang paling keliru, nama 3 beradik tu...sya sya sya ish payoh nak ingat 😜

Overall cerita boleh di hadam walau hakikatnya pening jugak nak faham. Mungkin pemahaman saya tidak cukup bagus lagi. Akan cuba repeat n repeat baca bagi betul2 paham ye.

Last weekend pegi makan steamboat n grill, suami dah lama mengidam. Penat setiap weekend bagi hind dekat isteri, "lama dah kita tak makan steamboat grill kan". Saya memula tu buat2 tak faham je tapi ye la, sampai bila je kita boleh bertahan pun. Akhirnya pegi jugak minggu lepas. 

Monday, April 16, 2018

Standard Chartered KL Marathon 2018

Assalammualaikum semua...

This event memang saya sentiasa tunggu2 every years dan tahun ini dalah 10th aniversary for this run event host by Standard Chartered.

Boleh pulak sehari sebelum event day saya terlupa nak check road closing, sudahnya berpusing2 sekitar Jalan Conley dekat 1/2 jugak. Mujur saja keluar rumah awal dalam 4am sebab run start 530am. Walaupun memang ada cuak jugak sampai nak cari jalan ke LRT pun tersekat sama tapi akhirnya suami dapat jugak jumpa jalan keluar dan terus ikut Jalan Pudu dan terus ke Dataran Merdeka. Saya turun betul2 berhampiran Dayabumi dah jalan lari2 aka worm up ke Dataran dan terus lagi ke hadapan bangunan DBKL untuk simpan bag. Suami pun katanya stuck jugak sebab tak dapat masuk Kg Baru, tapi berjaya jugaklah dia convince polis yang jaga lalu lintas tu untuk bagi dia lepas nak balik rumah. Terkubur jugak niat tahun ni nak cuba naik tren free ke SCKL, kita cuba tahun depan pulak ye 😏

Seramai 11 ribu peserta untuk acara 21km sahaja, memang ramai dan saya berada di start pen 4. Kita orang2 lari tak laju, kena dok belakang2 lol 😐 Di awal permulaan larian memang hajab sikit, tak boleh nak laju langsung disebabkan ramaiiiiii runner yang lain. Masa ni jangan harap nak dapat tengok belon pacer, memang jauh ke depan. Route for this year untuk 21km lebih landai kecuali dalam 10km yang akhir baru ada bukit2 "membunuh" di sekitar Jalan Duta. 

Dapat habiskan larian with painless, alhamdulillah kaki bagi kerjasama yang baik this time walaupun nak akhir2 larian tu dah ada rasa kebas2. Tak tunggu lama, singgah water station mintak medic people spray 2 belah kaki...heal dan terus boleh lari macam biasa. 

Lepas dapat medal terus cari group company di belah2 belakang sebab dah diberitahu company runner kena berkumpul after run untuk dapatkan snack pack sponsor by company. Event pun dapat jugak, kiranya double snack pack. Duduk rehat hilangkan penat sampai 9am lebih kurang, lepas tu terus rasa nak balik. Dah tak kuasa nak tunggu kawan2 yang masih belum sampai tu. Pegi collect bag semula dan terus balik naik tren ke Kg Baru. Tren sesak masa tu dengan kami2 yang baru habis lari dengan bau peluh memasing sampai kena jeling2 dengan orang2 biasa yang naik tren sama2 runner ni. Nak buat macam mana, hadap je la. Saya tukar baru di toilet station Kg Baru.
  
front medal

 back medal, tapi yang tengah2 tu boleh pusing2 

This is my full result, 21km Women Category. Within personal record je 😓

Friday, April 13, 2018

Orde Heritage Recipes Kg Baru

Assalammualaikum semua...

Today is friyayyy 💃 + saya pun bercuti jugak hari ni, double 💃💃

Not much activity pun di hari cuti sendiri ni, lebih kepada ambik peluang cuti dikala boss pun cuti. Itulah cara saya bercuti, kalau boss cuti baru saya cuti sama...if not mereputlah sesama dekat office 😅

Nak share something in here, yesterday berlaku kematian dalam keluarga saya. Suami kepada sepupu saya telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam kerana sesak nafas. Innalillah kepada ahli keluarga sepupu dan seluruh keluarga makcik saya atas kehilangan ni. Saya tak dapat hadirkan diri semasa pengkebumian kerana berada di KL sementara keluarga sepupu berada di Pasir Gudang Johor. Semoga arwah tenang dan diberkati selalu hendaknya, Al Fatihah 🙇

Ini gambar atas masa majlis kawin entah sapa, adoiii boleh lupa pulak. Tapi biarlah tepek dalam entry ni walaupun dah lupa serba serbi details tentang wedding ni 😆

Nak gebang satu tempat makan ni, dekat area Kg Baru. Hari ni suami solat jumaat di Masjid Kg Baru, saya tukang teman tunggu dalam kereta saja sebab lepas solat nak terus balik Seremban. Dah lama tak balik sana pun, sebelum my kakak bagi kata2 berkias sebab dah lama tak balik...baiklah adek nya pegi menyembah diri dulu 😇

Tidak disengajakan singgah kedai makan ni, kiranya nak makan siap2 dulu sebelum nak balik Seremban. Mulanya nak usha kedai lain tapi tutup pulak. Dah alang2 dapat parking, kami terus je pegi dekat kedai2 yang berhampiran dan Orde Heritage Recipes menjadi pilihan. Antara makanan yang diorder:-

Dah lapar punya pasal, kami order ayam sambal 2 sets dengan air sirap limau. 

Set nasi putih + sup kosong dengan sambal belacan. Bukan ini saja, kami order jugak set asam pedas...

Yang menjadi pilihan sangat sampai tersinggah kedai ni pasal inilah, asam pedas. Tengok gambo dekat papan iklan, uhaiiiiiiiiiii memikat tekak weh. Kami terus order asam pedas ikan kembung. Apa yang saya boleh komen, still rasa asam pedas tapi tidak sampai my expectation but STILL boleh tahan rasanya. Ikan, of course tak segar...memang payah nak jumpa ikan fresh kalau dekat bandar2 besar ni kan. Ada bendi dan beberapa potong sayur terung yang membuatkan asam pedas ini tidak terlalu plain cuma takde bunga kantan atau daun kesom di dalamnya. Kuah pekat, ini memang WIN sebab saya memang suka asam pedas yang pekat. Tahap kepedasan okay, tidak lah sampai pedas terlampau sampai nak order air bercawan2. Overall masih sedap dan boleh diulang datang kalau teringin sangat nak makan asam pedas next time 😉
  
Asam pedas ini sekali dengan set nasi putih, telur dadar dengan sambal belacan. Sebenarnya saya nak order asam pedas saja tapi tak tau pulak ada set. Sudahnya datang another pinggan nasi putih, kami ambik jugak as nasi tambah. Suami saya kan badang, no worries...mesti habis punya 😋

Kalau tak salah kedai ini ada buat delivery jugak di kawasan2 sewaktu dengannya, just dial + order + tunggu sampai makanan sampai. Senang bai tu kalau nak makan nowadays 😊 Kedai ni pulak di area medan selera, Jalan Haji Hashim Kg Baru berhadapan dengan Setia Sky Residences.

Wednesday, April 11, 2018

Kulcats Barrio TTDI

Assalammualaikum semua...

TTDI sampailah area The Strand adalah tempat wajib bertandang setiap kali weekend untuk saya dengan suami, kami memang suka la berpeleseran dekat area sini. Bukan takat saya saja tapi almost semua anak2 buah abang kakak sepupu2 pun melepak dekat area sini jugak.

Last Saturday we had dinner dekat Kulcats Barrio TTDI, lebih kepada carbo loading sebab next day saya ada run event Standard Charted. Apa yang boleh saya katakan tempat ini lebih kepada tempat "hipster hangout" place. Jangan risau, bukan setakat youngsters saja tapi ada jugak familys yang lekaping 😀 Kedai biasa2 je deko, takdelah fancy sangat...syok sikit nak lepak lelama. 

Pilihan menu lebih kepada western style. Desert pun ada kalau takat nak layan kopi + desert saja. Cuma kali ni saya mai tak order desert, kami nak jadi carnivor 😂 Service tip top bak hang 👍 and antara menu yang kami order...  

BBQ Beef Bacon Burger - RM24

Quesa Chicken - RM21

Lemon Grass & Lemon Tea - RM7/pot

Anyway, apa makna 'kulcats' 😸

Nak ke tempat ini senang baitu. Type je nama kedai dekat waze app, sampai lah korang nanti depan kedai ni 😁 Nak brutal cari tanpa app pun takpe cuma kena melilau sikit coz kedai ni hat belakang2 lorong. Nak address, meh kami bagi;

Kulcats Barrio
35 Lorong Rahim Kajal 13
Taman Tun Dr Ismail
Tel: 03-77333420

Dengarnya owner kedai ni antara rakan kongsi muda mudi, bagus bai...muda2 dah boleh usahakan sebuah kedai makan. Semoga perniagaan korank bertambah maju lagi, chaiyok 🙌

Monday, April 2, 2018

PDRM Night Run 2018

Assalammualaikum semua...

Last weekend sepatutnya plan balik Seremban tapi tertido punya pasal terus cancel plan asal. Kena postpone ke date yang lain pulak, yang pasti not this week sebab ada run event coming weekend ni nanti. 

Jadinya last weekend aktiviti makan dekat luar saja, nak masak di rumah pun punyalah malas. Antara yang diterjah adalah Sushi King, ikut ketekak suami. 

Last run event...

PDRM Night Run 2018
17th March 2018
Dataran Merdeka

Run event yang secara kebetulan masih open selepas kecewa tak sempat register MWM 2018. Itu pun selepas di approached oleh sorang polis bantuan dekat office, sebab dia pun masuk jugak...nak partner2 lari le ni. Feb pun takde run langsung, oklah reg sebab on March pun ini saja run event yang masih available 😓

Rasanya ini adalah run event pertama PDRM anjurkan, teruja jugak nak join 🙌 So far pengaturcaraan adalah bagus dan well organized. Security check memang tip top uolsss, laluan trafic pun terkawal walaupun ada jugak laluan yang masih ada kenderaan awam yang lalu sedangkan jalan tu dah ditutup...ini kes ikut kepala sendiri kot 😤 

Sebab yang ke 2 kuat untuk join event ni, route sekitar Bukit Tunku. Dah 2 tahun tak lari dekat route ni, lest 2 years cuba elak laluan ni sebab dah kerap sangat ikut route ni sebelum tu sampai dah naik bosan. Bila dah lama tak lalu tu, teruja lahai nak mendaki bukit lakhanat tu 😂 

Harap next year akan ada lagi event macam ni yang dianjurkan oleh PDRM, really looking forward for the next event dah ni. 
      
Yeayyy medal pertama dari PDRM 💃

Result je yang tak berapa nak cantik 😞 Tak nak comment sangat, inilah jadinya kalau tak training. Salah diri sendiri. Ikutkan dah tak larat nak habiskan larian 21km ni tapi lagi hampa/malu/kecewa kot kalau tak habis. Biar habis walaupun result standard lempar ke laut 😰

Tak mau berterusan kecewa, now saya dah rebuild semangat yang hilang tu. Terpaksa, if not memang tak lari dah la lepas ni 😳🙇